You are on page 1of 15

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA MELAYU


KOMUNIKASI PROFESIONAL

PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL


BMP487

TAJUK TUGASAN:
ANALISIS MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA

DITULIS OLEH:
AMYLIN FARAH BINTI ABDULLAH SANI

NOMBOR PELAJAR:
2022977937

NAMA PENSYARAH:
PUAN NURUL AFNIEZA BINTI MD ZAIN

TARIKH HANTAR:
MINGGU 8
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 LATAR BELAKANG MAJLIS 3

3.0 ANALISIS VIDEO 4


3.1 Tempat Majlis 4
3.2 Penyambut Tetamu 5
3.3 Pakaian Tetamu 6
3.4 Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat 6-7
3.5 Aturcara majlis 7
3.5.1 Pengacara Majlis 7-8
3.5.2 Sesi Perasmian 8-9
3.5.3 Tayangan Video Montaj 9
3.5.4 Sesi Persembahan 10

4.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

LAMPIRAN 13
1.0 PENGENALAN
Perkataan protokol dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu “Protokollen”. Perkataan
“Protokollen” merupakan gabungan dua kata dasar iaitu “Protos” dan “Kolla”. “Protos”
bermaksud yang pertama manakala perkataan “Kolla” didefiniskan sebagai pelekat. Oleh itu
apabila digabunggan antara maksud pertama dan pelekat, ia membawa maksud sebagai
sehelai kertas yang ditampal pada dokumen undang-undang untuk membuktikan
kesahihannya dan berkenaan persetujuan dalam perjanjian serta memorandum
persefahaman.

Protokol dan etika dalam sesuatu majlis ini bertujuan untuk memberi penghormatan
kepada seseorang tetamu kehormat dan tetamu jemputan disamping menetapkan segala
peraturan yang telah digariskan supaya dapat diikuti dan perlu dipatuhi oleh penganjur
majlis. Kemenjadian dan kesempurnaan sesebuah majlis yang dianjurkan akan
mencerminkan integiriti dan kredibiliti sesebuah agensi itu. Penganjur majlis perlulah
memastikan majlis yang dirancangnya itu mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan
supaya kelancaran majlis dapat dilakukan dan mengurangkan masalah-masalah teknikal.

Selain itu, majlis rasmi merupakan majlis yang bersifat formal dan boleh dikatakan
bersinonim dengan maksud upacara yang merangkumi acara, istiadat, keramaian, jamuan,
parti, kenduri, pertemuan, perhimpunan dan perkumpulan. Maksud yang kedua merujuk
kepada jawatankuasa iaitu meliputi badan, lembaga, panel, senat junta, panitia dan juga
jemeleh. Erti kata lain, majlis rasmi ini melibatkan tatacara-tatacara yang perlu dipatuhi oleh
individu yang telah dijemput untuk menghadiri majlis formal seperti ini. Antara etika-etika
yang melambangkan protokol dapat dilihat melalui etika pemakaian busana, tudung, kasut
dan sebagainya. Etika pemakaian ini sangat dititikberatkan kerana ia termasuk aspek yang
melambangkan peribadi seseorang.

Setiap pakaian melambangkan majlis rasmi yang dihadiri sebagai antara pakaian yang
boleh dipakai ketika dalam majlis rasmi bagi perempuan adalah seperti baju kurung, kebaya
labuh, berselendang dan tidaklah sedondon atau pakaian kerja bagi sesuatu majlis
manakala pakaian rasmi bagi lelaki pula terdapat pelbagai jenis pakaian yang boleh dipakai
antaranya baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran, Baju Kebangsaan berwarna
hitam, “black tie”, baju batik berlengan panjang, “Lounge Suit”, pakaian kerja, Pakaian
Istiadat dan bersongkok.
Elemen-elemen lain yang terdapat dalam protokol majlis rasmi ialah pemilihan juadah
makanan untuk para tetamu. Pemilihan juadah makanan untuk tetamu perlu mencukupi dari
segi warna, susunan dan jenis-jenis makanan. penggunaan bahasa ketika berlangsungnya
majlis rasmi juga dititikberatkan sama ada perlu menggunakan bahasa Istana ataupun
Bahasa Melayu standard. Seterusnya, penggunaan lagu-lagu dalam majlis rasmi seperti
lagu kebangsaan, pemasangan gambar orang-orang kenamaan dan aturacara yang akan
dilaksanakan. Oleh itu, kesemua elemen-elemen ini amat penting untuk dijaga supaya
kelancaran majlis dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
2.0 LATAR BELAKANG MAJLIS
Pada bahagian ini, pengkaji memilih majlis rasmi yang bertajuk “Majlis Perasmian Hospital
Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara”. Majlis ini memperlihatkan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’an Billah
berkenan rasmi Hospital Al Sultan Abdullah di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Turut
berangkat pada majlis perasmian itu ialah isteri baginda Sultan iaitu Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Selain itu, turut berangkat pada majlis perasmian ini ialah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku
Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Pada masa yang sama, orang-orang kenamaan yang
hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Kewangan,
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin
Shari dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Majlis yang penuh rasmi ini berlangsung pada hari sabtu bertarikh 23 Julai 2022
bersamaan 23 Zulhijjah 1443H bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan
Selangor kampus Puncak Alam. Tujuan penubuhan hospital ini adalah untuk menawarkan
perkhidmatan rawatan dan kesihatan kepada hampir 1.5 juta rakyat di Selangor dan Perak
Selatan. Tambahan pula, hospital ini menawarkan perkhidmatan moden dan canggih untuk
pesakit. Selain daripada itu juga, hospital Al-Sultan Abdullah ini juga memberi jaminan
penawaran perubatan onkologi, geriatrik, forensik, kesihatan mental, rehabilitasi, dialisis dan
sebagainya. Bahkan, tujuan penubuhan Hospital Al-Sultan Abdullah ini adalah untuk
membuktikan bahawa UiTM mampu melangkah lebih jauh khususnya dalam bidang
perubatan dan penjagaan kesihatan melalui inovasi dan aktiviti penyelidikan berterusan
sekaligus dapat melahirkan graduan profesional bumiputera dalam pelbagai bidang dan
disipilin termasuklah bidang perubatan. Kesemua tujuan ini telah dibacakan oleh Naib
Canselor UiTM iaitu Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
3.0 ANALISIS MAJLIS
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menganalisis bahan yang berkaitan dengan majlis rasmi
berdasarkan video perasmian iaitu “Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti
Teknologi MARA”.

3.1 Tempat Majlis

Rajah 1: Tempat Majlis

Rajah di atas menunjukkan lokasi berlangsungnya majlis perasmian Hospital Sultan


Abdullah di UiTM Puncak Alam. Perasmian Hospital ini telah dirasmikan oleh Baginda
Sultan Abdullah dan lokasi majlis perasmian Hospital Sultan Abdullah ini dilaksanakan di
dalam Dewan Auditorium Universiti Teknologi MARA kampus Puncak Alam itu sendiri.
Hal ini kerana lokasi majlis itu bersesuaian dengan majlis yang ingin diraikan dan
menepati kapasiti tetamu yang dijemput.
3.2 Penyambut Tetamu

Rajah 2: Penyambut tetamu

Bagi penyambut tetamu, pengkaji mendapati bahawa terdapat dua orang penyambut
tetamu kehormat. Melalui gambar di atas, terdapat peranan-peranan penyambut tetamu
yang boleh dijelaskan secara terperinci antaranya menyambut tetamu, menunjukkan
arah atau mempersilakan tetamu untuk masuk ke majlis yang akan dilaksanakan dan
mengiringi tetamu kehormat ke atas pentas atau menunjukkan arah tempat duduk
tetamu kehormat. Bukan itu sahaja, tugas penyambut tetamu juga untuk menjawab
semua persoalan atau pertanyaan tetamu, mengedarkan buku aturcara kepada tetamu
dan membantu jika tetamu mempunyai masalah.

Aspek lain yang boleh dilihat dalam video perasmian ini ialah kedudukan
penyambut tetamu. Kedudukan penyambut tetamu di dalam rajah diatas, boleh
dikatakan bahawa penyambut tetamu berada di sebelah kiri tetamu kehormat. Selain itu,
jika dilihat dari segi pakaian para penyambut tetamu, penyambut tetamu lelaki memakai
baju Lounge Suit dan bersongkok manakala penyambut tetamu wanita pula memakai
pakaian Melayu iaitu baju kurung dan bertudung.
3.3 Pakaian Tetamu

Rajah 3: Pakaian Tetamu

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menganalisis secara terperinci mengenai tatacara
pemakaian rasmi bagi para tetamu dalam majlis formal ini. Antara pakaian yang dapat
dilihat dalam video yang dikaji ini ialah sesetengah tetamu kehormat wanita memakai
pakaian kerja mereka. Bukan itu sahaja, terdapat juga tetamu kehormat wanita yang
memakai baju kurung berserta selendang atau bertudung. Selain itu, bagi kaum lelaki
pula, tatacara pemakaiannya ialah mereka berbaju kemeja cerah, bertali leher dan
memakai “Lounge Suit” serta bersongkok. Ini membuktikan tatacara pemakaian mereka
mengikut etika dan protokol yang telah ditetapkan.

3.4 Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat

Rajah 4: Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat


Berdasarkan rajah 4 di atas, rajah 4 menunjukkan susunan kedudukan Tempat Duduk
Tetamu Kehormat yang melibatkan tetamu VVIP iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan isteri baginda Sultan iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah. Rajah 4 juga turut menampilkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku
Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di atas pentas.

Pelan Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat mengikut susunan keutamaan


iaitu keudukan Tetamu Kehormat yang membawa pasangan masing-masing. Sebagai
contoh kedudukan YDPA bersebelahan dengan Permaisuri Agong manakala Sultan
Selangor duduk di sebelah YDPA dan Permaisuri Selangor pula duduk di sebelah
permaisuri Agong. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa suami akan duduk di blok A
manakala isteri pula akan duduk di blok B mengikut susunan keutamaan.

3.5 Aturcara Majlis


Bahagian ini menunjukkan aturcara-aturcara majlis yang melibatkan pengacara majlis,
sesi perasmian, pertunjukan atau tayangan video montaj dan juga persembahan.

3.5.1 Pengacara Majlis

Rajah 5: Pengacara Majlis

Seterusnya, bagi bahagian pengacaraan majlis pula pengkaji mendapati bahawa cara
pemakaian pengacara majlis kelihatan formal iaitu dengan memakai Lounge Suit dan
bersongkok. Hal ini dikatakan kerana majlis yang sedang berlangsung itu merupakan
majlis yang bersifat rasmi ditambah lagi dengan kehadiran Tetamu Kehormat iaitu
Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, Permaisuri Agong Tunku Azizah,
Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor,
Tengku Permaisuri Norashikin.

Tambahan pula, jika didengar bait-bait kata, nada percakapan dan cara
penyampaian daripada pengacara majlis, dapatlah difahami bahawa pengacara majlis
telah membuat kata-kata salutasi atau ucapan dua taraf hadirin terhadap kerabat
Di-Raja dengan menggunakan bahasa istana apabila bercakap di hadapan Baginda
Sultan dan Permaisuri. Penggunaan bahasa halus atau bahasa istana ini bagi merujuk
tanda hormat terhadap institusi beraja dan menghormati Yang Di-Pertuan Agong,
Permaisuri Agong, Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor. Bahkan, pengacara juga
turut membuat ucapan satu taraf hadirin terhadap hadirin-hadirin yang turut sama
memeriahkan majlis perasmian Hospital Sultan Abdullah dengan menggunakan bahasa
melayu standard atau bahasa baku apabila berkata-kata dengan rakyat biasa. Ini
menunjukkan variasi bahasa yang dipertontonkan kepada khalayak umum.

3.5.2 SESI PERASMIAN

Rajah 6: Sesi Perasmian

Aturcara seterusnya ialah sesi perasmian yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’an Billah.
Al-Sultan Abdullah dilihat telah menandatangani plak perasmian Hospital Al-Sultan
Abdullah di atas pentas sambil diiringi oleh VIP kerhormat.

3.5.3 TAYANGAN VIDEO MONTAJ

Rajah 7: Tayangan Video Montaj

Di samping itu, terdapat tayangan yang berupa video montaj bagi menunjukkan
kawasan sekitar dan reka bentuk hospital Al-Sultan Abdullah di Universiti Teknologi
MARA kampus Puncak Alam. Antaranya pintu masuk hospital, reka bentuk pintu yang
bercirikan molekul air zam-zam, wad-wad di hospital, perkhidmatan ambulans dan
sebagainya. Tujuan video ini dilakukan adalah untuk memperlihatkan
kemudahan-kemudahan hospital yang boleh diguna pakai oleh setiap rakyat Malaysia
terutama sekali kepada para pelajar UiTM sendiri.
3.5.4 SESI PERSEMBAHAN

Rajah 8: Sesi Persembahan

Selain itu, di dalam majlis perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah terdapat juga sesi
persembahan yang dilakukan oleh beberapa penari pada akhir majlis dan
pemain-pemain muzik. Sesi persembahan ini melibatkan beberapa orang penari
perempuan dan penari lelaki. Busana yang dipakai oleh para penari ialah pakaian
tradisional iaitu baju melayu bersamping serta bertanjak manakala bagi penari
perempuan pula cara pemakaiannya ialah berbaju kurung dan berkain serta
menggunakan perhiasan kepala dan gelang tangan. Bagi pemain muzik pula, mereka
memakai pakaian seragam mereka iaitu berbaju Melayu putih dan bersamping emas
serta songkok berjalur kuning keemasan.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat disimpulkan di dalam kajian ini ialah etika pemakaian bagi
setiap jemputan adalah mengikut protokol majlis yang telah digariskan oleh pengajur. Ini
menunjukkan bahawa keseragamaan dalam pakaian amat dititik beratkan oleh
penganjur agar terlihat sempurna. Di samping itu, majlis perasmian Hospital Al-Sultan
Abdullah ini melibatkan Yang Di-Pertuan Agong dan beberapa tetamu kehormat penting
yang lain. Amatlah penting untuk menjaga ketatasusilaan dalam majlis yang bersifat
formal seperti ini. Berdasarkan video perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, lokasi yang diadakan bertetapatan
dengan kapasiti jemputan dan lokasinya amat bersesuaian bahkan elemen-elemen lain
yang telah ditampilkan dalam video perasmian itu amat bersesuaian dengan amalan
protokol.

Selain itu, video pelaksanaan majlis yang bersifat formal dan rasmi ini telah
mengetengahkan amalan-amalan protokol yang melibatkan kerabat Diraja ataupun
hanya tetamu VIP sahaja seperti adanya ucapan salutasi dua taraf hadirin dan ucapan
salutasi satu hadirin. Justeru, dapatlah generasi-generasi muda yang bakal menjadi
pemimpin negara ataupun muda-mudi dapat membuat rujukan dan mempelajari
bagaimana cara untuk mengendalikan majlis yang bersifat rasmi ini. Oleh itu,
amalan-amalan protokol perlulah diteruskan agar dapat menjaga ketatasusilaan dan
disiplin diri dalam setiap lapisan masyarakat agar dapat menjaga tingkah laku dan
etika-etika yang telah ditetapkan.
RUJUKAN

Hamsuddin, A. A. (2022, July 23). Agong berkenan rasmikan Hospital Al-Sultan Abdullah
UiTM. Harian Metro. Retrieved December 11, 2022, from
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/864319/agong-berkenan-rasmikan
-hospital-al-sultan-abdullah-uitm

Hasbullah, A. F., Salim, N. S., Che Hashim, A. F. D., & Wan Nawawi, W. F. (2020).
Tudung dan Selendang ke Majlis Rasmi, 15.
https://www.coursehero.com/file/95745761/BMP487-TUDUNG-SELENDANG-KE
-MAJLIS-RASMIpdf/

Izuan Tahir, M. I. (2022, July 23). Agong berkenan rasmi Hospital Al Sultan Abdullah
UiTM. Sinar Harian. Retrieved December 11, 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/212677/berita/nasional/agong-berkenan-r
asmi-hospital-al-sultan-abdullah-uitm

MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI


MARA [Film]. (2022). UITM CHANNEL.
https://www.youtube.com/watch?v=w32o9YSMAC8

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). Carian Umum. Carian Umum. Retrieved
December 11, 2022, from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=majlis+rasmi

Rahimah Yusof. (n.d.). Majlis Rasmi dan Protokol - RAHIMAH YEOP. Jupem. Retrieved
December 11, 2022, from
https://www.jupem.gov.my/v1/wp-content/uploads/2019/05/6.-Majlis-majlis-Rasmi
-dan-Protokol.pdf
LAMPIRAN

You might also like