You are on page 1of 21

Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09

GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

GPP PLANMalaysia@Negeri Sembilan


G A R I S PA N D U A N P E R A N C A N G A N

LADANG SOLAR
NEGERI SEMBILAN
PLANMalaysia@Negeri Sembilan
Perancangan Melangkaui Kelaziman
Planning : Beyond Conventional
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

2
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

© Hak Cipta Terpelihara


Tiada mana-mana bahagian dalam garis panduan
perancangan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman
dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah
PLANMalaysia@Negeri Sembilan.

FEBRUARI 2021

Diterbitkan di Malaysia oleh

PLANMalaysia@Negeri Sembilan
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,
70646 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-765 9701, Fax : 06 764 5622
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan ini telah


dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.8/2020
pada 26 Oktober 2020 untuk digunakan dan telah diluluskan
pemakaiannya oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan melalui
Kertas Mesyuarat No. 162/2021 pada 13 Januari 2021.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan


khusus yang terkandung dalam garis panduan ini perlu diselaraskan
dengan rancangan pemajuan (khususnya rancangan tempatan dan
rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa di kawasan
pihak berkuasa perancang tempatan di Negeri Sembilan.

Perlu dirujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian-


piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh PBPT kepada skop
kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang serta garis panduan
yang lain yang digubal oleh PLANMalaysia@Negeri Sembilan.
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

ISI KANDUNGAN
MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang 1
1.2 Skop 1
2.0 LADANG SOLAR
2.1 Definisi 2
2.2 Kategori 2
3.0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN LADANG SOLAR
3.1 Garis Panduan Umum 6
3.2 Garis Panduan Khusus 7
3.3 Mekanisme Permohonan Pemajuan Dan Pemantauan 11

4.0 PENUTUP 15

SENARAI FOTO

Foto 1 Ladang Solar di Chembong, Rembau,


1
Negeri Sembilan
Foto 2 Ladang Solar Amcorp Gemas ,di Negeri Sembilan 2

Foto 3 Komponen pembangunan tenaga solar atas tanah dan


3
permukaan air
Foto 4 Contoh penjanaan tenaga solar atas tanah dan 4
permukaan air
Foto 5 Contoh penjanaan tenaga solar atas bumbung dan
dinding bangunan yang tidak termasuk dalam skop 5
garis panduan perancangan ini
Foto 6 Ladang Solar Management di Chembong, Rembau,
7
Negeri Sembilan
Foto 7 Pelan Kebenaran Merancang, Ladang Solar
Management di Chembong, Rembau, 7
Negeri Sembilan
Foto 8 Contoh pelan laluan kabel bagi pembangunan ladang
8
solar
Foto 9 Kawasan tanah rata dan landai sesuai sebagai ladang
solar 9

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1 Anjakan dari sempadan tapak


7

Gambarajah 2 Pandangan sisi panel solar


7
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

1.0 PENDAHULUAN
Garis Panduan Perancangan Ladang • Permintaan bagi pembinaan ladang solar
Solar Negeri Sembilan (GPP Ladang ini semakin hari semakin meningkat dan
Solar Negeri Sembilan) memerlukan panduan dalam mengawal
disediakan untuk kegunaan semua pihak pembangunan jenis ini.
berkepentingan dalam merancang,
merekabentuk dan mengawal ladang solar • Justeru, Garis Panduan Perancangan
di Negeri Sembilan. Ladang Solar Negeri Sembilan ini
disediakan sebagai panduan kepada PBT
dan PBN dalam mempertimbangkan
1.1 Latar Belakang projek – projek fizikal berkaitan
penjanaan tenaga solar di Negeri
• Penjanaan tenaga elektrik secara Sembilan khususnya.
mampan menggunakan tenaga solar
semakin meluas di Malaysia sama ada
secara domestik atau komersial.
Perkembangan positif tersebut adalah
lanjutan daripada pelbagai insentif
yang diperkenalkan oleh Kerajaan
melalui Pihak Berkuasa Pembangunan
Tenaga Lestari (SEDA) antaranya
adalah Feed in Tariff (FiT) dan Skim
Net Metering.

• Ia bertujuan untuk menggalakkan


penglibatan pihak Kerajaan dan
Swasta serta orang perseorangan
untuk melabur dalam projek
penjanaan tenaga lestari bagi Foto 1: Ladang Solar di Chembong, Rembau,
mengurangkan kebergantungan Negeri Sembilan
kepada penjanaan tenaga
konvensional.

• Selain itu, ia adalah selaras dengan 1.2 Skop


komitmen yang dizahirkan oleh
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, i. Tertakluk kepada aktiviti ladang
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim solar di atas tanah dan permukaan
(KeTTHA) kini dikenali sebagai air yang dibenarkan (bukan
Kementerian Sains, Teknologi dan empangan) (kategori prinsipal)
Inovasi (MOSTI) yang menetapkan sahaja. Tidak termasuk domestik
sasaran sebanyak 20 peratus daripada (atas bangunan secara integrasi
penjanaan tenaga elektrik di Malaysia dengan struktur bangunan).
adalah daripada Tenaga Boleh Baharu
(TBB) menjelang tahun 2030. ii. GPP ini meliputi garis panduan
umum dan garis panduan khusus.

1
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

2.0 LADANG SOLAR

2.1 Definisi

• Satu tapak atau kawasan yang


menempatkan sistem panel photovoltaic
(PV) berskala besar untuk tujuan
penjanaan tenaga elektrik secara
komersial yang disambung kepada
rangkaian grid penghantaran nasional
dengan kapasiti penghasilan tenaga
elektrik satu (1) MW atau lebih.

Foto 2: Ladang Solar Amcorp Gemas


2.2 Kategori Ladang Solar Negeri Sembilan

Prinsipal Aksesori
Penjanaan di atas tanah dan permukaan • Penjanaan bagi tujuan domestik secara
air yang dibenarkan (bukan empangan) integrasi pada struktur bangunan,
sahaja bagi pembekalan elektrik kepada lebihan tenaga kemudian disalurkan ke
grid nasional. grid nasional.

* Kategori aksesori tidak tertakluk kepada skop GPP ini


Skala Kapasiti Anggaran
• Penentuan skala dan kategori adalah Luas Tapak
bertujuan untuk mengelakkan (Ekar)
pertimbangan dan ulasan yang rigid ke
atas projek solar yang pelbagai. Skala Kecil < 5 MW < 25
penjanaan tenaga bagi kategori Sederhana 5MW – 30 25-150
prinsipal adalah seperti berikut: MW

• Pembangunan ladang solar tidak Besar >30MW >150


melibatkan perubahan kepada zon
gunatanah sedia ada kerana ianya • Setelah tempoh tamat, aktiviti sedia ada
merupakan aktiviti kegunaan tanah perlu dilupuskan dan kegunaan tanah
sementara (temporary use of perlu kembali kepada status asal
land) dan mempunyai tempoh melainkan permohonan baru
tamat. dikemukakan. Sepertimana perenggan
22(5)(a) Akta 172:
• Tempoh masa maksimum adalah
adalah 21 tahun adalah mengikut “yang memberi kesan bahawa kebenaran
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 merancang yang diberikan berkenaan
(Akta 765) dan untuk lanjutan dengan apa-apa perubahan mengenai
tempoh perlu mendapat kelulusan penggunaan tanah atau bangunan
Menteri. adalah hanya untuk suatu tempoh yang
• Penggunaan perenggan 115(4)(g) terhad dan bahawa, selepas tamat
Kanun Tanah Negara telah tempoh itu, penggunaan tanah atau
membolehkan Pihak Berkuasa bangunan itu sebagaimana yang
Negeri membenarkan penggunaan dibenarkan oleh kebenaran merancang
dalam tanah pertanian yang tiada itu hendaklah terhenti dan tanah atau
kena mengena dengan pertanian. bangunan itu hendaklah dikembalikan
Manakala perenggan 115(4)(f) kepada kegunaan yang asal”
dan (g) boleh ditafsirkan sebagai
memberi kuasa kepada PBN untuk • Bagi penguatkuasaan bagi aktiviti
membenarkan kegunaan yang ladang solar ini adalah tertakluk
tiada kaitan dengan kategori kepada penguatkuasaan di bawah
pertanian. Kanun Tanah Negara. 2
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

KOMPONEN PEMBANGUNAN

Atas Tanah

Panel Photovoltaic (Atas Tanah) Inverter(Atas Tanah) Bangunan sokongan

Pencawang ( Substation) Pusat Penyimpanan Tenaga Transmission Line


(Bateri)
Permukaan Air

Panel Photovoltaic (Atas Air) Inverter(Atas air) Pencawang ( Substation)

Bangunan sokongan Transmission Line

Struktur apungan, sistem


berlabuh dan tambatan
(anchoring and mooring)
Pusat Penyimpanan Tenaga
(Bateri)

Foto 3: Komponen pembangunan tenaga solar atas tanah dan permukaan air
3
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

JENIS-JENIS PEMBANGUNAN SOLAR


Atas Tanah
(Ground Mounted)

PERMUKAAN AIR
(Tasik)

Foto 4: Contoh penjanaan tenaga solar atas tanah dan permukaan air

Sumber: https://www.google.com/
4
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

JENIS-JENIS PEMBANGUNAN SOLAR

ATAS BUMBUNG BANGUNAN


(Roof Mounted)

INTEGRASI BANGUNAN
Building – Integrated PV (BIPV)

Foto 5: Contoh penjanaan tenaga solar atas bumbung dan dinding bangunan yang tidak
termasuk dalam skop garis panduan perancangan ini
5
Sumber: https://www.google.com/
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

3.0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN


LADANG SOLAR
3.1 GARIS PANDUAN UMUM
LADANG SOLAR ATAS TANAH
Zon gunatanah • Pertanian
yang • Industri
dibenarkan
Kawasan yang • Kawasan pertanian tidak produktif (kelas 3)*
digalakkan • Kawasan brownfield yang bersesuaian
i. Kategori A : Bekas Lombong/Kuari
ii. Kategori B : Tapak Pelupusan Sampah Yang
Penuh/Tidak Digunakan Lagi
(dan terletak berdekatan dengan grid elektrik)
• Kawasan perindustrian

Kawasan yang • Kawasan pertanian berproduktiviti tinggi seperti


tidak i. Kawasan Penanaman Padi
dibenarkan ii. Kawasan Pertanian Kelas 1 dan 2*
• Kawasan sasaran penting/kawasan sensitif alam sekitar
(KSAS)
• Kawasan yang mempunyai nilai estetika dan bersejarah

LADANG SOLAR ATAS AIR


Zon gunatanah Badan Air
yang dibenarkan
Kawasan yang • Tasik terbiar
digalakkan • Tasik bekas lombong (bukan sumber bekalan air
minuman)
Kawasan yang • Kawasan Sasaran Penting
tidak dibenarkan • Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
• Kawasan Rekreasi
*Nota:
Kelas Tanah Pertanian
• Kelas 1 – Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman
• Kelas 2 – Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertumbuhan
tanaman
• Kelas 3 – Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman
• Kelas 4 – Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada pertumbuhan
tanaman (rupabumi berbukit atau tanah gambut)
• Kelas 5 – Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada
pertumbuhan tanaman (sesuai untuk hutan)

6
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9
3.2 GARIS PANDUAN KHUSUS

Aksesibiliti • Tapak cadangan dalam 5 km radius dari lokasi infrastruktur


penyambungan sedia ada.
• Mendapatkan persetujuan tuan tanah bagi lot- lot terlibat
bagi penyediaan kabel.
• Mempunyai jalan masuk-keluar utama minimum 30 kaki
• Akses kategori jalan dalaman adalah 15 kaki.
• Tapak pembangunan tidak boleh menghalang atau menyekat
hak laluan awam sedia ada yang sah.
• Tapak yang menghadap simpanan jalan sedia ada perlu
disediakan simpanan pembesaran ROW yang sewajarnya,
tetapi tidak memerlukan penyediaan jalan susur/jalan servis
seperti keperluan lazim JKR.
• Bagi ladang solar atas permukaan air, akses ke struktur
terapung hendaklah disediakan melalui laluan terapung atau
jeti/docking boat.

Foto 6: Ladang Solar Management di Chembong, Rembau, Foto 7: Pelan Kebenaran Merancang, Ladang Solar
Negeri Sembilan Management di Chembong, Rembau,
Negeri Sembilan

Anjakan • Menyediakan zon nutralisasi dengan kelebaran 6 meter


(20 kaki) (15 kaki jalan dalaman/5 kaki perimeter planting)
di sekeliling tapak.

Ketinggian
struktur • Sekurang-kurangnya 1 meter dari permukaan tanah.
panel solar

Akses / Sirkulasi Perimeter


Planting
Pagar Perimeter di atas
Sempadan Panel Solar

Sempadan Tapak

15 kaki 5 kaki
Min.
Aras
20 kaki

Gambarajah 1: Gambarajah 2:
Anjakan dari sempadan tapak Pandangan sisi panel solar
7
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

Kemudahan • Laluan kabel bawah tanah: pelan susunatur perlu


Infrastruktur dan menunjukkan dengan jelas laluan kabel bawah
Utiliti tanah bagi memudahkan jabatan teknikal
mempertimbangkan kelulusan dan perakuan.
• Pelan laluan utiliti/infrastruktur (yang melibatkan
korekan tanah/rizab sedia ada).
• Projek ladang solar tidak tertakluk dengan
keperluan tempat letak kereta dan kawasan
lapang/hijau.

Foto 8: Contoh pelan laluan kabel bagi pembangunan ladang solar

Visual dan Estetik • Perimeter planting dengan tumbuhan yang


bersesuaian.

Topografi, hidrologi • Topografi yang rata dan landai.


dan pengurusan air • Topografi yang mempunyai kecerunan kurang 15°
hujan adalah sesuai.
• Perlu mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam
Malaysia (MaSMA).

8
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

Hidrografi Dan • Kajian untuk menentukan sempadan, kedalaman,


Batimetri (Khusus Bagi struktur dasar, sedimentasi, struktur tebing dan ciri
Solar Atas Air) hidrologi serta variasi paras air melalui pengukuran
batimetri perlu dilaksanakan untuk memastikan tapak
sesuai untuk dibangunkan.
• Kedalaman optimum bagi pembangunan ladang solar
atas air adalah kurang 15 meter dengan variasi paras
air yang minimum serta mempunyai struktur tebing
semulajadi yang kompak dan berkecerunan rendah
untuk pembinaan launching ramp
Alam Sekitar • Kerja-kerja pembersihan tapak dihadkan kepada
kawasan yang terlibat dengan pembinaan, operasi
dan penyelenggaraan sahaja; dan
• Kerja-kerja tanah perlu dijalankan pada tahap yang
minimum tanpa merosakkan bentuk muka bumi serta
topografi asal tapak.
Keselamatan Papan Tanda
• Pintu masuk tapak perlu dibina papan tanda projek
yang mengandungi maklumat am projek seperti
pemaju, kapasiti penjanaan, tempoh tamat, pihak
pembeli tenaga elektrik dsb.

Pagar Perimeter
• Digalakkan memasang pagar perimeter untuk
melindungi aset ladang solar daripada risiko kecurian
dan pencerobohan.

CCTV
• Pemasangan digalakkan bagi meningkatkan tahap
keselamatan ladang solar.

Foto 9: Kawasan tanah rata dan landai sesuai sebagai ladang solar

9
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

Kilauan dan Silau • Digalakkan penggunaan bahan yang tidak


memantulkan cahaya matahari bagi struktur
sokongan (rangka panel solar dsb)
• Pembinaan ladang solar perlulah dielakkan dalam
30km radius daripada lapangan terbang. Jika dalam
radius 30km, perlu merujuk kepada DCA sekiranya
perlu.

Impak ekologi dan • Keperluan untuk Laporan Penilaian Kesan Alam


sosial Sekitar (EIA) adalah tertakluk kepada keperluan
Jabatan Alam Sekitar.

• Keperluan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA)


sekiranya difikirkan perlu oleh PBT.

10
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9
3.3 MEKANISMA PERMOHONAN PEMAJUAN DAN PEMANTAUAN

1. Mekanisma Permohonan Pemajuan

Perlu dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan dan melibatkan peringkat:

Permohonan
Kebenaran Pelan Bangunan Pelan Kejuruteraan
Merancang

Pelan Kerja Tanah Pelan Jalan dan Parit

2. Prosedur dan Dokumentasi Permohonan Kebenaran Merancang

1. Kebenaran • Kebenaran Bersyarat (KB) (3 hingga 5 tahun).


Merancang • Perlu memohon pembaharuan KB sebelum
tempoh KB semasa tamat.
• Tempoh pembangunan 21 tahun atau tertakluk
kepada keputusan PBN.
• Mengikut prosedur lazim yang digunapakai PBT
• Permohonan KM perlu dikemuka bersama pelan
pelan utiliti dan bangunan.
• Bagi kawasan yang melalui laluan mendarat udara
perlu merujuk DCA untuk ulasan.
• Pemohon digalakkan membuat pra rundingan
dengan agensi PTD, PBT, PTG, JKR,
PLANMalaysia@Negeri Sembilan, JPS, JAS dan TNB

Solar atas Air


• Pemaju perlu mendapatkan kelulusan penggunaan
badan air sebelum permohonan KM dikemukakan
kepada PBT.
• Tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang
ditetapkan oleh PBT

2. Fi Proses KM • Kadar fi tertakluk kepada Kaedah-Kaedah


Pengawalan Perancangan (Am) (Negeri Sembilan)
2020 bagi pemajuan lot industri.

3. Perihal Tanah • Syarat tanah adalah kekal seperti mana kategori


& Kadar Cukai asal.
Tanah • Tanah kategori pertanian – kelulusan permit khas
bagi pembangunan ladang solar dari Pejabat Tanah
dan Daerah.
• Mendapatkan permit penggunaan tanah pertanian
bagi tujuan bukan pertanian.

11
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9
3.3 MEKANISMA PERMOHONAN PEMAJUAN DAN PEMANTAUAN

4. Pelan Susunatur • Menunjukkan dengan jelas cadangan


keseluruhan pemajuan solar merangkumi
1. Komponen pembangunan.
2. Tatatur panel solar.
3. Rangkaian/sistem laluan utiliti bawah
tanah
4. Pelan sisipan bagi menunjukkan pelan
tapak cadangan dalam konteks makro,
termasuk jajaran kabel elektrik sedia ada.
5. Keratan rentas struktur panel solar dengan
mengambil kira aspek cadangan
kecondongan dan sebagainya.
6. Mengambilkira aspek hidrologi tapak
dengan memasukkan input saliran dalam
tapak dan kawasan sekitar.

Solar atas Air


1. Pelan susunatur yang perlu menunjukkan
dengan jelas cadangan keseluruhan projek
ladang solar.
2. Pelan keratan rentas struktur panel solar dengan
mengambil kira aspek cadangan kecondongan di
atas permukaan air, memasukkan input saliran
tapak dan kawasan sekitar.

*bagi pemajuan ladang solar yang terletak di luar kawasan PBT,


pejabat tanah dan daerah akan menjadi agensi yang akan
mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang
ketidakpatuhan

12
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9
3.3 MEKANISMA PERMOHONAN PEMAJUAN DAN PEMANTAUAN

5. Peninggalan 1. Mengenakan cagaran (kadar ditentukan


(Abandonment) oleh PBT) untuk memastikan kegunaan asal
tanah dikembalikan setelah tamat tempoh yang
dibenarkan;
2. Tapak pemajuan solar yang dibiarkan tidak
beroperasi dalam tempoh lebih daripada satu
(1) tahun tanpa pemakluman dan persetujuan
(consent) daripada PBT dikategorikan sebagai
projek yang ditinggalkan (abandoned project);
3. PBT perlu mengenakan satu (1) klausa dalam
syarat – syarat kelulusan KM yang memberi hak
kepada PBT untuk memasuki mana – mana
tapak pemajuan solar sekiranya Penggerak
Projek gagal untuk mengeluarkan komponen
dan perkakasan tersebut dalam tempoh tiga (3)
bulan dari tarikh tamat;
4. Pemilik tanah perlu menyediakan
perjanjian bersama pemaju:
i. Tanah Kerajaan – akuan bersumpah oleh
pemaju
ii. Tanah Individu - Perjanjian sewa tanah
antara pemilik tanah dengan pemaju
Nota: perjanjian ini adalah bagi melindungi
hak tuan tanah sekiranya penalti di
Perkara 2 dikenakan.
5. PBT mempunyai hak untuk memasuki tapak
untuk menjalankan kerja – kerja pembuangan;
dan
6. Pemaju perlu bersetuju untuk membenarkan PBT
menjalankan kerja – kerja pembuangan dan
pembersihan tersebut berdasarkan syarat
kelulusan KM yang telah dipersetujui bersama.
Kosnya perlu ditanggung oleh pemaju /
penggerak projek.

13
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9
3.3 MEKANISMA PERMOHONAN PEMAJUAN DAN PEMANTAUAN

6. Pelan Penyahtaraan • Pemaju perlu menyediakan pelan


(Decommissioning) penyahtaraan dan dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) pada peringkat
permohonan pemajuan (Kebenaran
Merancang).

7. Pelan Pengurusan • Pemaju perlu menyediakan Pelan Pengurusan


Keselamatan Kecemasan bagi menangani insiden yang
tidak dijangka seperti kebakaran dan
pencerobohan dengan mengemukakan
langkah-langkah kontigensi bagi menangani
sebarang insiden kecemasan.

8. Kerosakan Panel • Panel solar rosak atau perlu dikitar


semula, ianya tertakluk kepada
Peraturan Buangan Terjadual Tahun
2005.

• Keperluan mengadakan pengurusan


e-waste

9. Pemantauan dan • Status Pemasangan Sistem Tenaga Solar -


Penyelenggaraan Pemaju perlu memastikan peranti dan
perkakasan dalam sistem penjanaan tenaga
solar berada dalam keadaan baik.
• Pengubahsuaian - Sebarang cadangan
pengubahsuaian yang melibatkan tambahan
kapasiti ke atas sistem penjanaan tenaga
solar yang telah mendapat kelulusan PBT
perlu dikemukakan semula untuk perakuan
dan kelulusan.

5
14
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

4.0 PENUTUP

Garis panduan ini telah menggariskan perkara-perkara asas berhubung dengan definisi
serta garis panduan umum dan garis panduan khusus yang perlu dipatuhi bagi
penyediaan dan pembangunan ladang solar di Negeri Sembilan.

Adalah menjadi hasrat PLANMalaysia@Negeri Sembilan agar aspek-aspek yang


dicadangkan di dalam garis panduan ini dapat dipatuhi dan memandu pihak-pihak
berkuasa negeri, PBT dan pemaju di dalam merancang, mengawal dan memantau
penyediaan dan pembangunan ladang solar secara lebih berkesan dan mampan.

15
Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Sembilan GPP-09
GPP-09-PLANMalaysia@Negeri Sembilan PMN9

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

PLANMalaysia@Negeri Sembilan
Perancangan Melangkaui Kelaziman
Planning : Beyond Conventional
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)
Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,
70646 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-765 9701, Fax : 06 764 5622
Laman Sesawang :http://jpbd.ns.gov.my

You might also like