You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SMJK 400-5/8/1 (12)


Tarikh : 01092023

TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH


SMK YOKE KUAN, JALAN SEKOLAH 45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN

1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat untuk
mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh 2 tahun mulai 01 Disember 2023 hingga 30
November 2023.

2. Sebut harga hendaklah di hantar di dalam surat berlakri dan bertanda “ SEBUT HARGA
KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang
berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 01 Oktober 2023 jam 1200
tengahari.

3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 ( Ringgit
Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk Cek/ Bank Draf atas nama SMK Yoke Kuan.
Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan tidak dipertimbangkan. Wang
Pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak Berjaya.

4. Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah mulai 8.00
pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA.

5. Jumlah anggaran murid pada tahun 2023 adalah seperti berikut:

Jumlah Murid Melayu 151


Jumlah Murid Cina 946
Jumlah Murid India 47
Jumlah Murid Lain-lain 1
Jumlah Guru dan Kakitangan 102
Sesi Persekolahan 2 sesi

6. Perkara-perkara dibawah perlu dilampirkan bersama dokumen sebut harga:

6.1 Sijil Kursus Pengendalian Makanan


6.2 Sijil Pendaftaran Perniagaan
6.3 Sijil Suntikan TY2
6.4 Salinan Penyata Bank

7. Keputusan Jawatankuasa Tender Kantin adalah muktamad.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

You might also like