You are on page 1of 1

MEMO

KEPADA : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5


DARIPADA : PENGETUA
TARIKH : 27/11/2021
PERKARA : UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS (BAHASA INGGERIS KERTAS 3)

1. Merujuk kepada perkara di atas, Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Islam Al-Amin
Gombak akan menjalankan Ujian Lisan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris Kertas 3). Ini
adalah kerana perkara ini sejajar dengan ketetapan yang digariskan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM), iaitu pelajar akan dianggap TH (TIDAK HADIR) jika gagal
menduduki mana-mana kertas bagi subjek tersebut.

2. Komponen Kertas 3 (Bertutur) merangkumi 25% daripada jumlah markah keseluruhan


subjek Bahasa Inggeris KSSM. Oleh itu, ujian lisan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH TINGKATAN
6 Disember 2021 Tingkatan 1
7 Disember 2021 Tingkatan 2
8 Disember 2021 Tingkatan 3
9 Disember 2021 Tingkatan 4
3 Januari 2022 Tingkatan 5

Masa : 8.30 pagi-1.30 tengahari


Pakaian: Baju Uniform Sekolah/Baju Sukan Sekolah/ Baju
Ko kurikulum

3. Kantin tidak akan beroperasi pada hari tersebut tetapi makanan akan disediakan
mengikut jumlah yang kehadiran pelajar yang akan diberikan kepada guru
bertugas.

4. Sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada guru subjek Bahasa Inggeris masing-masing.

Perhatian dan tindakan daripada ibu bapa/ penjaga amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

(PUAN ALIA BT MD NAZIR)


Pengetua,
Sek Men Islam Al-Amin Gombak

You might also like