You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

HOOP HOOD
LIGA ALUMNI SBP
2022

24 SEPT 2022 – 26 NOV 2022

Disediakan oleh :
Orpheus Events Sdn Bhd
1.0 PENGENALAN

Permainan bola keranjang sebenarnya merupakan sukan kedua terbesar di


dunia yakni selepas permainan bolasepak. Walaubagaimanapun, permainan ini
lebih dikenali di kalangan masyarakat Tionghua di Malaysia.

Namun begitu, permainan bola keranjang sebenarnya sudah mendapat tempat di


kalangan bangsa-bangsa lain di Malaysia kerana ianya di anggap bukan satu
permainan untuk satu bangsa sahaja.

Permainan bola keranjang telah dipertandingkan di kalangan Sekolah Berasrama


Penuh (SBP) semenjak tahun 1974. Benih yang telah ditanam 43 Tahun yang
lalu telah melahirkan satu perubahan budaya keatas penceburan kaum melayu
dalam aktiviti sukan bola keranjang

Hoop Hood Liga Alumni SBP 2022 ini diadakan untuk meneruskan legasi
permainan bola keranjang di kalangan bekas pelajar SBP.

2.0 RASIONAL

Penganjuran Hoop Hood Liga Alumni SBP 2022 ini adalah salah satu usaha
berterusan untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dikalangan
komuniti bekas pelajar SBP.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjayakan satu program bersama antara komuniti alumni.

3.2 Mewujudkan suasana hubungan yang lebih erat antara pelbagai etnik

3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan bekas pelajar melalui


sukan.

3.4 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan


yang komprehensif.

3.5 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya


kebersamaan pelbagai keturunan tanpa rasa prejudis terhadap satu
sama lain.

2|Page
4.0 SASARAN
4.1 24 pasukan alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2022.
(Lampiran 1: Senarai jumlah SBP di Malaysia)

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

5.1 Nama kejohanan : Hoop Hood Liga Alumni SBP 2022

5.2 Tarikh kejohanan : 24 Sept 2022 – 26 Nov 2022 (Setiap Sabtu)

5.3 Tempat kejohanan : Gelanggang Bola Keranjang Taman Connaught


Cheras

5.4 Pengurus kejohanan : Orpheus Events Sdn Bhd

6.0 SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan terbuka kepada semua bekas pelajar (alumni) yang


pernah menuntut di sekolah berasrama penuh (SBP) sahaja.

6.2 Setiap pasukan HANYA boleh mendaftar pemain dari alumni sendiri
sahaja. Pemain luar tidak dibenarkan.

6.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain tanpa had. Namun,


hanya 12 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain bagi setiap
perlawanan.

6.4 Hanya 24 pasukan terawal yang membuat pembayaran sahaja layak


untuk bertanding.

7.0 FORMAT & SISTEM PERTANDINGAN

7.1 24 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan


(A,B,C dan D)

7.2 Pertandingan akan diadakan secara liga.

7.3 Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan
suku akhir (top).

3|Page
7.4 Pasukan tempat ketiga dan keempat dari setiap kumpulan akan layak
ke pusingan suku akhir (bottom).

7.5 Penentuan kedudukan bagi setiap pasukan di dalam kumpulan


berdasarkan kiraan mata & perbezaan jaringan.

7.6 Setiap perlawanan akan dijalankan selama 40 minit (10 minit setiap
suku), mengikut undang-undang terbaru Persekutuan Bola Keranjang
Antarabangsa (FIBA)

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan penganjuran Hoop Hood Liga Alumni SBP 2022 ini
dapat memberi impak yang positif terhadap perkembangan sukan bola keranjang
di peringkat SBP di Malaysia, seterusnya merapatkan hubungan di antara bekas-
bekas pelajar terutamanya di kalangan bekas pemain bola keranjang.

Ianya juga adalah sumbangan secara terus dari pihak penaja melalui rakan-
rakan perniagaan yang lain kepada komuniti SBP. Kejohanan ini juga boleh
dianggap sebagai satu program sarana pihak luar kepada komuniti pendidikan di
peringkat SBP

Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini dapat dijadikan inspirasi kepada


seluruh pasukan bola keranjang SBP di negara ini, keharmonian hidup
bermasyarakat melalui sukan di peringkat akar-umbi serta keperluan hubungan
baik dengan generasi remaja yang bakal mengambil ambil kepimpinan negara di
masa hadapan.

9.0 TANDATANGAN

………..........................................................
ABDUL MUTHALIB ZULKARNAIN
Disediakan oleh: CEO

4|Page

You might also like