You are on page 1of 19

Topik  Idea dan Teori

yang
2 Mempengaruhi
PAKK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan kepentingan idea pendidikan awal kanak-kanak.
2. Membincangkan idea dan teori oleh tokoh pendidik yang telah
mempengaruhi bidang pendidikan awal kanak-kanak.

 PENGENALAN
Sepertimana sejarah yang lalu telah banyak membantu kita dalam membentuk
masa depan, adalah baik untuk kita menoleh semula kepada sejarah pendidikan
awal kanak-kanak bagi membantu kita memahami perkembangan bidang ini.
Terlalu banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah. Idea, latihan, falsafah, dan
keutamaan boleh menjadi asas kepada konteks hari ini. Aplikasi pada masa lalu
boleh membantu pendidikan awal kanak-kanak hari ini dalam melaksanakan
strategi pengajaran.

Teori yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak,


bentuk asas latihan pendidikan dipelajari daripada sejarah. Idea daripada
pendidik yang masyhur, ahli falsafah dan pemikir sebelum ini memberi
pandangan berguna bagaimana kita hendak melaksanakan amalan dalam dunia
moden hari ini. Sejarah, perkembangan dan teori mengenai pendidikan awal
kanak-kanak banyak mempengaruhi kurikulum, strategi pengajaran dan kaedah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  21

masa kini (Brewer, 1992). Bagi masyarakat Islam, pengaruh Islam dalam
pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam
kurikulum dan strategi pendidikan (Islamic Foundation for Education and
Welfare, 1997; Ibn Khaldun Centre for Development Studies seperti dipetik dalam
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, 2003).

Dalam topik ini, kita akan mengimbau semula sejarah silam untuk mempelajari
daripada tokoh pendidikan yang terkenal, meneroka pemikiran dan teori mereka
yang telah membentuk pendidikan awal kanak-kanak seperti yang kita tahu hari
ini.

2.1 PENDIDIK PAKK YANG TERKENAL:


FALSAFAH DAN PENGARUHNYA
Dalam subtopik ini, anda akan dapat mengenali beberapa tokoh penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) dan meneroka sedalam mungkin falsafah
dan pengaruh mereka kepada PAKK.

2.1.1 Martin Luther (1483‒1546)


Martin Luther ialah reformis agama yang terkenal dari Jerman (lihat Rajah 2.1).
Beliau mengatakan pendidikan mestilah sejagat dan wajib. Diiktiraf sebagai
pendidik ahli kemanusiaan (humanist educator) yang pertama, beliau
memperjuangkan hak pendidikan asas bagi semua kanak-kanak termasuklah
kanak-kanak perempuan dan orang miskin. Beliau menggalakkan ibu bapa
mendidik anak mereka dengan mengajar tentang moraliti dan soal jawab agama.

Rajah 2.1: Martin Luther, Reformasi Agama dari Jerman

Sumber: http://www.vebidoo.de

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Luther menekankan keperluan membina sekolah bagi mengajar kanak-kanak


membaca. Walaupun fokus utama kebanyakan sekolah telah berubah sedikit
demi sedikit daripada fokus pendidikan agama, dua tujuan utama persekolahan
bagi Luther iaitu membaca dan pendidikan agama, masih lagi mempengaruhi
kurikulum.

Menurutnya lagi, pendidikan muzik dan pendidikan jasmani ialah dua subjek
yang perlu diwajibkan dalam kurikulum. Beliau yakin bahawa keluarga ialah
institusi paling penting dalam pendidikan kanak-kanak dan ini telah diterima
pakai oleh kebanyakan tokoh pendidikan. Bagi beliau, matlamat asas pendidikan
dan persekolahan ialah mengajar kanak-kanak bersosial, agama dan moral.

2.1.2 John Amos Comenius (1592–1670)


Lebih satu abad selepas Luther, John Amos Comenius mencadangkan beberapa
perubahan dalam pendidikan (lihat Rajah 2.2). Dengan menyokong fakta bahawa
kanak-kanak mesti ke sekolah, beliau juga menambah bahawa pendidikan dan
persekolahan haruslah menjadi pengalaman pembelajaran yang positif. Sekolah
sepatutnya menjadi tempat yang menggembirakan, bebas dan menyeronokkan.

Rajah 2.2: John Amos Comenius

Sumber: http://declarationofconciousness.com

Comenius juga percaya bahawa pendidikan adalah peningkatan semula jadi


mengikut umur dan kesediaan. Beliau menentang pembelajaran secara paksaan.
Rukun ini sangat mirip dengan konsep Montessori yang padan dengan tahap
perkembangan Piaget yang bersifat peka masa dalam kaedah dan amalan
pendidikan kanak-kanak. Peringkat yang dicadangkan oleh Comenius selari
dengan corak pendidikan formal hari ini dan peringkat ini ditunjukkan dalam
Rajah 2.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  23

Rajah 2.3: Peringkat-peringkat Pendidikan yang Dicadangkan oleh Comenius

Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius ialah kamus bergambar
berjudul Orbus Pictus (The World of Pictures, 1658) dengan tujuan membantu
mengajar kanak-kanak. Buku ini juga adalah panduan kepada guru yang
mengandungi aktiviti bertemakan latihan deria dan alam semula jadi (lihat
Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Buku Orbus Pictus yang ditulis oleh John Amos Comenius

Sumber: http://www.uned.es

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Dengan menggalakkan interaksi kurikulum, beliau sangat yakin bahawa


pembelajaran perlu aktif dan interaktif, dan percaya kanak-kanak perlu belajar
untuk menulis melalui tulisan dan bercakap melalui pertuturan. Kemajuan dalam
pembelajaran yang baik mestilah daripada umum ke spesifik dan daripada
mudah ke sukar. Beliau juga menegaskan „belajar melalui perbuatan‰ dapat
meningkatkan kemahiran deria dan beliau menyarankan bermain dengan kanak-
kanak lain yang sebaya.

Comenius percaya setiap deria perlu dibabitkan bersama dalam proses


pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang maksimum. Contohnya, mengajar
tentang suatu objek melibatkan kedua-dua aspek berikut: menunjukkan objek
tersebut dan menerangkannya.

Montessori, Piaget dan program kontemporari lain mengadaptasi dan menghalusi


prinsip-prinsip ini, dengan menambah manipulasi objek secara konkrit,
pendekatan secara projek dan pembelajaran yang aktif.

Comenius juga percaya aktiviti pembelajaran adalah sangat penting. Oleh itu,
sekolah ialah bengkel kerja bagi kanak-kanak di mana mereka boleh bekerja
dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh.

2.1.3 John Locke (1632‒1704)


Ahli falsafah berbangsa Inggeris ini dikenal pasti sebagai pengasas falsafah
pendidikan moden (lihat Rajah 2.5). Beliau merupakan ahli falsafah yang mencipta
konsep tabula rasa. Konsep ini melihat minda kanak-kanak seumpama sehelai
kain yang putih di mana pengalaman yang diperoleh diwarnakan dan dicorakkan
oleh ibu bapa, masyarakat dan pendidikan. Melalui teori tersebut, Locke
berpendapat bahawa persekitaran ialah faktor yang akan mempengaruhi dalam
menentukan masa depan seorang kanak-kanak dan bukannya ciri-ciri bakat
semula jadi. Pandangan ini memberi pengaruh yang kuat dalam praktis
pendidikan awal kanak-kanak moden yang menyatakan bahawa kanak-kanak
perlu diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman dan memperoleh
pengetahuan melalui deria dan pengalaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  25

Rajah 2.5: John Locke

Sumber: http://users.uoa.gr

Locke menganggap tidak ada idea yang semula jadi dalam proses pembelajaran
manusia. Kepercayaan ini membentuk asas kepada teori pemikiran sebagai tablet
yang kosong atau „kertas putih.‰ Locke menerangkan bahawa:

Mari kita andaikan pemikiran kita, apabila kita mengosongkan semua ciri
seperti sehelai kertas putih, tanpa idea. Bagaimanakah ia perlu dihias? Dari
manakah pula datangnya idea yang banyak daripada manusia yang selalu
sibuk dan dapat mewarnainya dengan pelbagai pilihan hampir tanpa had?
Dari mana ia mempunyai semua bahan dan pengetahuan serta sebab dan
musababnya? Untuk ini saya menjawab dalam satu perkataan, dari
pengalaman; inilah asas kepada semua pengetahuan kita, dan dari situ semua
ilmu diperoleh.
(Morrison, 2009)

Berasaskan idea ini, Morrison (2009) menghuraikan peranan utama dalam


mempengaruhi faktor persekitaran adalah jelas dalam program di mana
pendidikan awal digalakkan dan dipromosikan sebagai kaedah untuk menangani
atau mengimbangi persekitaran yang miskin atau kurang bernasib baik.
Sebahagian daripada pendapat ini mengandaikan bahawa setiap manusia
dilahirkan dengan kemampuan umum yang sama untuk perkembangan mental
dan pembelajaran. Program seperti ini mengaitkan kelainan dalam mencapai
pembelajaran dan tingkah laku kepada faktor persekitaran, termasuk keadaan di
rumah dan keluarga, situasi sosioekonomi, pendidikan awal dan pengalaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Program persekolahan awal, terutamanya daripada gerakan semasa yang


memperkenalkan persekolahan awal yang formal bagi kanak-kanak berumur tiga
dan empat tahun, adalah didasarkan pada kemungkinan terdapat sebahagian
kanak-kanak tidak bersedia untuk memasuki tadika atau Darjah 1 dan dengan itu
berisiko untuk gagal dalam alam persekolahan. Pembiayaan yang diperoleh
daripada orang ramai untuk memudahkan pembelajaran awal bagi mereka yang
tidak mampu adalah sangat biasa pada hari ini dan program sebegini adalah
dirancang khas.

Berdasarkan kepercayaan Locke, pengalaman ditentukan oleh individu


secara semula jadi, latihan sensori menjadi sifat yang ditonjolkan dalam
mengaplikasikan teori ini untuk pendidikan. Teori dan kepercayaan Locke banyak
mempengaruhi tokoh pendidikan lain, terutamanya Maria Montessori yang
merumuskan sistem pendidikan awalnya berdasarkan pandangan deria.

2.1.4 Jean-Jacques Rousseau (1712‒1778)


Jean-Jacques Rousseau (lihat Rajah 2.6) menulis buku bertajuk Emile yang
menjadikannya terkenal. Dalam buku ini, beliau „membesarkan‰ seorang kanak-
kanak secara hipotetikal dari lahir hingga remaja, sambal menjejak kemajuan dan
perkembangan ‰anak‰ tersebut. Dalam pembuka kata buku ini „Tuhan mencipta
semua benda baik tetapi manusia telah campur tangan hingga menjadikannya
jahat‰ (Morrison, 2009). Ayat ini mencerminkan pandangan Rousseau tentang
pendidikan dan politik di mana pandangan ini sangat radikal pada zaman beliau.

Rajah 2.6: Jean-Jacques Rousseau

Sumber: http://www.lemoni.gr

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  27

Teori Rousseau memperjuangkan bahawa pendidikan mesti mencerminkan


kebaikan semula jadi, membenarkan dan mewujudkan minat dan aktiviti kanak-
kanak secara spontan kerana pewarisan secara semula jadi adalah baik untuk
mereka.

Beliau mempromosikan pemikiran naturalisme, satu pendekatan untuk mendidik


kanak-kanak kembali kepada sifat semula jadi. Pandangan beliau tentang
naturalisme merujuk kepada menjauhi masyarakat yang penuh muslihat dan
berpura-pura, menyatakan bahawa pendidikan semula jadi membantu
pertumbuhan tanpa halangan atau had. Ia meningkatkan dan menggalakkan
kualiti dan ciri-ciri kanak-kanak seperti kebahagiaan, spontan dan sifat ingin tahu.
Oleh itu, kaedah pembelajaran ini menggalakkan ibu bapa dan guru untuk
membiarkan kanak-kanak berkembang mengikut kebolehan semula jadi secara
individu, dan tidak mencampuri perkembangan mereka dengan mendidik
mereka secara paksaan. Kanak-kanak juga tidak perlu terlalu dilindungi daripada
pengaruh masyarakat di sekitar mereka. Oleh itu, beliau mencadangkan
persekitaran di sekolah perlu fleksibel untuk memenuhi kehendak kanak-kanak,
dengan mengurangkan pengekangan dan memasukkan konsep autonomi dan
pengaturan diri. Beliau menulis:

Semua kekurangan kita semasa dilahirkan dan keperluan kita ketika


membesar diberikan kepada kita melalui pendidikan. Pendidikan ini datang
kepada kita secara semula jadi, daripada manusia atau benda. Perkembangan
dalaman dari segi minda dan tubuh badan kita ialah pendidikan secara
semula jadi. Ia bukan hanya perlu untuk memberi kanak-kanak peluang
untuk hidup. Mereka mesti belajar dari pelbagai kesukaran yang menimpa;
sama ada akan kaya atau miskin, sekiranya ditakdirkan tinggal di Iceland
mereka perlu berhadapan dengan fros yang sejuk atau di Rock of Malta
dengan cuacanya yang panas terik.
(Morrison, 2009)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Idea dan kepercayaan beliau tentang pendidikan kanak-kanak termasuk perkara


berikut (lihat Rajah 2.7):

Rajah 2.7: Idea dan Kepercayaan Jean-Jacques Rousseau


tentang Pendidikan Kanak-kanak

2.1.5 Johann Heinrich Pestalozzi (1746‒1827)


Konsep naturalisme oleh Rousseau begitu memberi kesan kepada Johann Heinrich
Pestalozzi (lihat Rajah 2.8) sehinggakan beliau mendirikan sebuah sekolah
berdasarkan idea itu. Pada tahun 1774, beliau membeli sebuah ladang dan
memulakan sekolah yang dikenali sebagai Neuhof, di mana beliau
mengembangkan dan mempromosikan pandangannya tentang pengintegrasian
kehidupan di rumah, pendidikan secara vokasional, dan pendidikan bagi
membaca dan menulis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  29

Rajah 2.8: John Heinrich Pestalozzi

Sumber: http://loscineastasdepuertoreal.blogspot.com

Banyak dipengaruhi oleh Rousseau, Pestalozzi berpegang kuat pada keyakinan


bahawa pendidikan mesti seiring dengan sifat kanak-kanak. Beliau membesarkan
anaknya sendiri berdasarkan pandangan Jean-Jacques, menggunakan buku Emile
sebagai panduan, menggunakan kaedah semula jadi yang harmoni dengan semua
pembelajaran yang diamalkan (Morrison, 2009).

Beliau percaya bahawa pendidikan bermaksud perkembangan deria, sebahagian


daripada kurikulum Pestalozzi adalah berdasarkan pembelajaran secara semula
jadi, dan juga menitikberatkan pentingnya bermain dan pengalaman sensori.
Fahaman pragmatik beliau termasuk menambahkan panduan bagaimana
mengajar kemahiran asas dan idea pengasuhan serta mendidik kanak-kanak.
Kasih sayang, hormat, sabar dan kefahaman ialah antara elemen yang sangat
penting yang perlu disampaikan apabila mengajar kanak-kanak. Beliau sangat
percaya bahawa kemampuan deria boleh diasah atau dipupuk melalui amalan.

Casper dan Theiheimer (2010) menyebut terdapat tiga andaian yang menjadi asas
teori Pestalozzi, iaitu:

(a) Teori perkembangan kanak-kanak Pestalozzi adalah berdasarkan


kepercayaan asasnya mengenai kebaikan kanak-kanak secara semula jadi
yang beliau tunjukkan melalui kiasan tentang pertumbuhan pokok;

(b) Beliau mengatakan pendidikan sebenarnya berlaku dalam persekitaran di


mana kanak-kanak dapat merasai dan mendapat kasih sayang dan
perhatian; dan

(c) Pestalozzi berpendapat pendidikan bertujuan mendorong kebolehan kanak-


kanak melalui pengalaman yang dapat meningkatkan kebijaksanaan, moral
dan kemampuan fizikal mereka yang wujud secara semula jadi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Pestalozzi berkongsi dan menghuraikan ideanya tentang pendidikan pada tahun


1801 dalam bukunya How Gertrude Teaches Her Children. Dengan menggunakan
kaedah daripada senang ke susah, beliau juga menekankan betapa pentingnya
kurikulum bersepadu untuk perkembangan kanak-kanak secara holistik dan
menyatakan pendidikan umpama „tangan, kepala dan hati seseorang‰. Teori
Pestalozzi tentang pendidikan dan asuhan telah berjaya mengikut arus masa dan
hakikatnya menjadi asas ikutan amalan dalam pendidikan hingga ke hari ini.

2.1.6 Robert Owen (1771‒1858)


Robert Owen (lihat Rajah 2.9) ialah ahli perniagaan yang berjaya mengurus sebuah
model bandar perindustrian yang dikenali sebagai New Lanark di Scotland.
Pengalamannya dalam industri ini mempengaruhi pandangannya tentang
pendidikan. Falsafah pendidikan Owen adalah berasaskan persekitaran. Beliau
merasakan bahawa persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan banyak
mempengaruhi kepercayaan, tingkah laku dan pencapaian mereka. Oleh yang
demikian, beliau berpegang kepada idea bahawa masyarakat dan mereka yang
bertindak demi kepentingan masyarakat mempunyai kuasa untuk membentuk
karakter peribadi kanak-kanak.

Rajah 2.9: Robert Owen

Sumber: http://en.wikipedia.org

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  31

Beliau percaya sifat seseorang dibentuk melalui persekitarannya, maka beliau


yakin dengan mewujudkan persekitaran yang betul, beliau akan dapat melahirkan
insan yang rasional, baik dan berperikemanusiaan. Menurutnya, manusia
mewarisi sifat baik secara semula jadi. Malangnya, mereka dirosakkan dengan
layanan yang kasar. Oleh itu, Owen sangat menentang hukuman secara fizikal di
sekolah dan kilang. Malah, beliau telah mengharamkanhukuman ini di New
Lanark.

Pada tahun 1816, beliau telah mendirikan sebuah sekolah untuk bayi di New
Lanark. Sekolah ini berperanan sebagai pusat jagaan kepada kira-kira 100 orang
kanak-kanak, berumur antara 18 bulan hingga 10 tahun, iaitu anak pekerja kilang
kapasnya. Berikutan itu, sebuah sekolah yang sama juga dibina di London pada
tahun 1818. Pembukaan sekolah bayi (infant school) ini adalah sebahagiannya
dimotivasikan oleh Owen untuk menjadikan kanak-kanak mempunyai nasib yang
lebih baik daripada ibu bapa mereka yang kebanyakannya tidak berpelajaran. Di
samping itu, beliau menubuhkan sekolah malam untuk mendidik dan mengubah
pekerjanya menjadi „insan yang rasional.‰

Oleh itu, kanak-kanak kecil memasuki taska dan sekolah bayi beliau. Kanak-kanak
lebih besar yang bekerja di kilang, kebanyakan masanya turut menghadiri sekolah
menengah yang Owen panggil Institusi Membentuk Peribadi (Institute for the
Formation of Character).

Di sekolah ini, terdapat program merangkumi tarian, lagu dan permainan di luar
serta turut meliputi membaca, menulis, aritmetik, menjahit, geografi, sejarah
semula jadi, sejarah moden dan sejarah purba. Owen telah meninggalkan legasi
sekolah kanak-kanak ini di England dan ia berkembang hingga menjadi
prasekolah pada hari ini.

2.1.7 Friedrich Wilhelm Froebel (1782‒1852)


Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penghargaan perlu diberi kepada
Friedrich Wilhelm Froebel (lihat Rajah 2.10) yang telah menumpukan sepanjang
hayatnya dalam membangunkan sistem untuk pendidikan kanak-kanak. Beliau
membina prasekolah secara berkesan, tempat di mana beliau merealisasikan
pembelajaran kanak-kanak melalui bermain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Rajah 2.10: Friedrich Wilhelm Froebel

Sumber: http://studentzone.roehampton.ac.uk

Pendapat bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain adalah berlawanan


dengan pendapat pada zaman Froebel di mana kanak-kanak tidak perlu bermain
untuk belajar pada ketika itu. Daripada persahabatan yang erat dengan Pestalozzi
dan setelah membaca buku Rousseau, Froebel mengambil keputusan untuk
membina sekolah di mana beliau dapat melaksanakan pandangannya. Dalam
proses tersebut, beliau diberi gelaran Bapa Tadika (Father of the Kindergarten).

Penglibatan Froebel dalam pemikiran dan amalan pendidikan awal adalah dalam
lingkungan pembelajaran, kurikulum, kaedah dan latihan guru. Beliau ialah
pendidik yang pertama membina program yang dirancang secara sistematik
untuk pendidikan kanak-kanak. Beliau mengasaskan konsep kanak-kanak dan
bagaimana mereka belajar dengan idea yang terbuka (idea of unfolding), idea
yang sama dipelopori oleh Comenius dan Pestalozzi sebelum beliau. Idea ini
menempatkan pendidik, ibu bapa atau guru dalam keadaan memerhati
perkembangan minda kanak-kanak secara semula jadi, memberi peluang dan
aktiviti yang akan mendorong kepada pembelajaran kanak-kanak apabila mereka
telah bersedia. Peranan guru nanti adalah membantu dan memberi bimbingan
kepada kanak-kanak agar dapat mengembang kualiti dalaman mereka dan
kesediaan mereka untuk belajar. Guru menjadi pereka bentuk kepada pengalaman
dan aktiviti kanak-kanak (Morrison, 2009).

Froebel meninggalkan kesan yang ketara dan pengaruh melalui formulanya


untuk „sistem tadika‰ di mana beliau menekankan kepentingan bermain, dan
menggunakan „hadiah‰ (bahan permainan) dan „pekerjaan‰ (aktiviti). Peralatan
tadika merangkumi barang-barang yang boleh menarik minat kanak-kanak seperti
binatang peliharaan, blok dan permainan jari. Pemerhatian beliau terhadap kanak-
kanak menyebabkan beliau memahami bagaimana mereka belajar dan perkara
yang menarik serta gemar dilakukan oleh mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  33

Teori dan pendapat utama beliau termasuk fakta berikut (Tassoni & Hucker, 2000)
(lihat Rajah 2.11):
Rajah 2.11: Teori dan Pendapat Utama Froebel

2.1.8 Maria Montessori (1870‒1952)


Dengan mengikut jejak Froebel, Maria Montessori (lihat Rajah 2.12) turut
menunjukkan minat yang mendalam tentang kanak-kanak dan pendidikan
mereka. Sistem beliau dalam pendidikan kanak-kanak telah memberi impak yang
besar dan mempengaruhi hampir setiap program pendidikan awal kanak-kanak.

Rajah 2.12: Maria Montessori

Sumber: http://it.wikipedia.org

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Montessori merupakan doktor wanita yang pertama di Itali dan beliau bekerja di
kawasan orang miskin di Rom yang berkeluarga dan ada antaranya mempunyai
anak-anak yang istimewa. Pengalaman ini menarik perhatian beliau untuk
mencari penyelesaian masalah pendidikan bagi kanak-kanak yang kurang upaya
pendengaran, lumpuh dan dianggap „dungu.‰ Setelah masa berlalu, beliau
percaya bahawa kanak-kanak yang istimewa ini boleh dilatih dan diajar untuk
menjadi lebih cekap dan boleh hidup dengan lebih baik, bukannya „dibiarkan
sahaja.‰

Beliau mengumpul pendapat dan cadangan daripada orang lain untuk mencari
penyelesaian dan membangunkan program pendidikan yang sesuai untuk kanak-
kanak istimewa ini. Pada tahun 1907, Montessori mendirikan prasekolah yang
dikenali sebagai Casa dei Bambini (Rumah untuk Kanak-kanak) dan kelas
pertama beliau terdiri daripada 50 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga
lima tahun. Sekolah ini ditubuhkan kerana ketua pengarah persatuan Roman
Association for Good Building meminta sekolah diselaraskan untuk kanak-kanak
yang keluarga mereka menghuni rumah pekerja yang dibangunkan oleh
persatuan tersebut. Sekolah beliau mempunyai seorang pekerja yang muda dan
tiada latihan atau latar belakang untuk mendidik kanak-kanak.

Kedua-dua konsep dan falsafah perkembangan kanak-kanak, dan panduan


perancangan untuk pertumbuhan, kaedah Montessori diasaskan kerana beliau
percaya bahawa pendidikan bermula sejak lahir dan tahun-tahun awalnya adalah
sangat penting. Masa yang paling penting dalam kehidupan adalah dari lahir
hingga enam tahun; ia tempoh masa kecerdasan seseorang iaitu aset yang paling
bernilai dibangunkan dan berkembang. Oleh yang demikian, prinsip yang
didapati menjadi asas penting untuk pendidikan awal kanak-kanak adalah
perkembangan semula jadi kanak-kanak tersebut.

Pendapat Montessori termasuk bahawa perkembangan mental melingkungi


beberapa „tempoh masa yang sensitif.‰ Kanak-kanak melalui setiap tempoh masa
ini dengan perasaan ingin tahu yang membuat mereka bersedia dan mendorong
kepada banyak kemahiran dan pengetahuan. Masa yang sensitif ini membolehkan
kanak-kanak tersebut untuk berhubung dengan dunia luar dengan lebih gigih
lagi. Dalam tempoh masa ini, semuanya kelihatan senang dan menyeronokkan,
dan dengan penuh semangat serta setiap usaha menandakan peningkatan dalam
kuasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  35

2.1.9 John Dewey (1859‒1952)


Apabila membicarakan pengaruh pendidikan di Amerika, orang melihat kepada
John Dewey (lihat Rajah 2.13). Sumbangan beliau dalam hala tuju semula
pendidikan di Amerika melalui jawatannya sebagai profesor falsafah di Universiti
Chicago dan Universiti Columbia, penulisan beliau yang meluas, dan amalan
pendidikan oleh ramai pengikutnya, tiada tandingan (Morrison, 2009).

Rajah 2.13: John Dewey

Sumber: http://dewewy.pragmatism.org

Sebagai ahli falsafah, pembaharu sosial (social reformer) dan pendidik, Dewey
telah membawa perubahan besar kepada kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Falsafah pendidikan beliau mempunyai fahaman pragmatis dan
memainkan peranan utama dalam Pergerakan Progresif (Progressive Movement)
dalam pembelajaran yang mengekalkan bahawa pelajar mesti mempunyai minat
dalam apa jua mereka pelajari.

Falsafah pendidikan Dewey memberi penekanan besar terhadap aktiviti


pembelajaran yang bermakna dan penglibatan di dalam bilik darjah yang
demokratik. Bagi beliau, bilik darjah ialah tempat di mana kanak-kanak terlibat
dalam aktiviti fizikal, usaha intelektual, penggunaan bahan dan perhubungan
sosial. Pendapat ini menggalakkan dan menyokong konsep bahawa pembelajaran
adalah aktif dan persekolahan tidak perlu masa yang panjang dan mengongkong.
Beliau berpendapat sekolah ialah tempat di mana kanak-kanak datang untuk
melakukan sesuatu dan mengalami serta berhubung dengan masyarakat; di
mana mereka mendapat bimbingan pengalaman yang sebenar yang memupuk
perkembangan dan kebolehan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat.
Kanak-kanak yang membesar dan berkembang perlu menggunakan peralatan dan
bahan untuk menjalankan aktiviti amali, misalnya, melakukan kerja harian atau
kerja seperti memasak dan bertukang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

2.1.10 Perintis dan Ahli Falsafah Lain dalam


Pendidikan Awal Kanak-kanak
Antara abad ke-19 dan ke-20, kita melihat ramai perintis dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak. Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Rudolf Steiner (1861‒1925), pendidik Jerman yang memperkenalkan apa


yang hari ini dinamakan Waldorf School of Education.

(b) Margaret McMillan (1860‒1928) dianggap sebagai pejuang isu pendidikan


awal kanak-kanak terutamanya kesan kemiskinan terhadap pendidikan
kanak-kanak. Beliau menekankan kepentingan udara yang segar, mandi dan
tidur; dan meyakinkan bahawa kesihatan ialah „sebahagian elemen
pendidikan‰ (handmaiden of education).

(c) Susan Isaacs (1885‒1948) diketengahkan kerana sumbangannya yang besar


kepada taska dan sekolah yang semakin berkembang pada zaman beliau
iaitu pada awal abad ke-20. Beliau mempromosikan secara meluas peranan
guru sebagai penjalin kasih sayang, ibu bapa yang baik tetapi sentiasa
mengawasi anak mereka dan memberi peluang untuk meluahkan perasaan
agresif dalam bentuk yang diubah suai. Guru tidak perlu tunduk kepada
sentimen yang tidak baik seperti kebencian dan penindasan. Isaacs
meletakkan kepentingan mendengar dan menerima cadangan kanak-kanak
dan menyokong tanggapan „bermain sebagai kerja kanak-kanak.‰

AKTIVITI 2.1

Fikirkan tentang keperluan pendidikan awal kanak-kanak di tempat


anda. Bolehkah anda kenal pasti keperluan yang dipengaruhi oleh mana-
mana ahli falsafah yang hebat daripada pendidikan awal kanak-kanak?

Kongsi jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK  37

SEMAK KENDIRI 2.1

Lihat senarai pemikir dan ahli falsafah pendidikan awal kanak-kanak.


Bincangkan sumbangan mereka. Ambil sekurang-kurangnya satu
contoh bagaimana setiap pendapat boleh digunakan di dalam bilik
darjah bagi pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini.

 Program pendidikan awal kanak-kanak yang digunakan pada hari ini adalah
berdasarkan pendapat dan falsafah yang lalu.

 Pendidikan awal kanak-kanak telah dikenal pasti secara meluas hari ini dan
kepentingan bermain dalam perkembangan dan proses pendidikan telah
diakui dan diterima masyarakat. Sikap terhadap kanak-kanak, peranan
mereka dalam keluarga dan keperluan mereka telah berubah sejak beberapa
tahun kebelakangan ini.

 Bagaimana kanak-kanak diajar dan bagaimana masyarakat bertindak balas


kepada keperluan mereka bergantung pada bagaimana mereka melihat dan
mentafsirkannya.

Bapa tadika Pendidikan sensori


Blank slate Pertumbuhan pokok
Masa yang sensitif Sekolah bayi (infant school)
Pendidikan persekitaran

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 IDEA DAN TEORI YANG MEMPENGARUHI PAKK

Brewer, J. (1992). Introduction to early childhood education: Preschool through


primary grades (Ed. pertama). Allyn & Bacon.

Casper, V., & Theilheimer, R. (2010). Early childhood education: Learning


together. NY: McGraw-Hill.

Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2007). Beginning essentials in early childhood


education. Delmar Thomson Learning.

Morrison, S. G. (2009). Early childhood education today (Ed. ke-11). Person


Education.

Noor Hashimah Hashim, & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan
prasekolah. PTS Professional.

Tassoni, P., & Hucker, K. (2000). Planning play and the early years. Heinemann
Child Care.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like