You are on page 1of 7

PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN DAN KEBAJIKAN ISLAM

NEGERI SEMBILAN
12, Jalan Seri Kasih 1, Taman Sri Kasih,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
No Tel : 012-676 1187 (Abdul Ghani) / 019-654 5119 (Syamsudin)

Rujukan Kami : DSNNS/05/01 (19)


Tarikh : 21 Disember 2022

Kepada,

AJK Darussyifa’ N.Sembilan,


Pengurus PRK Seremban,
Pengurus PRK KLIA,
Pengurus PRK Tampin,
Pengurus PRK Senaling,
Ahli Darussyifa’ Negeri Sembilan.

Tuan,

IJTIMA’ SANAWI DARUSSYIFA’ N.SEMBILAN KALI KE-2

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Darussyifa’ Negeri Sembilan akan mengadakan Jamuan Kesyukuran dan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-2 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Februari 2023 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat : PRN Darussyifa’ Negeri Sembilan, Taman Sri Kasih, Seremban
Perasmi : Tuan Haji Rahman bin Ahmad
Pengerusi Darussyifa’ Malaysia
Pakaian : Baju Rasmi Darussyifa’.

3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan YDP


3.2 Membentang dan Menerima minit Mesyuarat Agung DSNS kali yang ke-1
3.3 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
3.4 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir
31 Disember 2022
3.5 Pemilihan AJK DSNS Sesi 2023/2025
3.6 Pemilihan Juruaudit Dalaman
3.7 Perbahasan Usul
3.8 Ucapan Penangguhan
3.9 Hal-hal Lain

4. Sehubungan dengan itu, pihak Darussyifa’ Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik serta kerjasama
Tuan/Puan agar dapat mengisi Google Forms untuk makluman kehadiran dan cadangan usul melalui pautan
pada lampiran 1. Sila isi selewat-lewatnya sebelum 10 Januari 2023. Turut dilampirkan panduan pengisian
Google Forms pada lampiran 1

5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini.

Sekian, terima kasih.


“KESEMBUHAN HANYA MILIK ALLAH”

Saya yang menjalankan amanah,

( ABDUL GHANI BIN AHMAD ZAIGHU )


Pengarah,
Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam (Darussyifa’) Negeri Sembilan
sk-Fail Darussyifa’ N.Sembilan

Lampiran 1
PANDUAN PENGISIAN GOOGLE FORM
MAKLUMAN KEHADIRAN DAN CADANGAN
USUL
MESYUARAT AGUNG
DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN
KALI-2 TAHUN 2023

1. Tuan/puan perlu mengisi borang Google Form untuk makluman kehadiran dan
cadangan usul pada pautan di bawah

i. Pautan Google Form : https://m5.gs/dVl2dz


Atau boleh melalui

ii. Kod QR : Imbas Kod QR kod melalui telefon pintar.

2. Borang ini terdapat 3 bahagian:-

i. Maklumat Ahli Darussyifa’ Negeri Sembilan

ii. Pengesahan Kehadiran.

iii. Cadangan Usul.

1. Maklumat Ahli Darussyifa’ Negeri Sembilan


-Sila isi nama, no. ahli, alamat dan no tel
-Jika selesai sila tekan butang

2. Pengesahan Kehadiran.
-Sila klik makluman kehadiran dan jumlah kehadiran.
-Jika selesai sila tekan butang.

3. Cadangan Usul.
-Jika tiada cadangan usul cuma taip "tiada"
-Jika selesai sila tekan butang
-selesai, terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

You might also like