You are on page 1of 3

PERAPAN KAMBING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

2 kg daging kambing, ayam/ daging /ayam

1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar

1/2 cawan sos BBQ

1/2 cawan sos tiram

1/2 cawan sos lada hitam

1/2 cawan kicap manis

2 sudu makan gula pasir/ gula merah

1/2 cawan minyak masak

1sudu makan rosemary kering

2 sudu makan serbuk cili

Sedikit pewarna oren (jika suka- fungsinya untuk naikkan warna perapan)

BAHAN KISAR:

4 biji bawang merah besar

4 batang serai

5 ulas bawang putih

2 sudu makan cili kering

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan.

2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan.

3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna

oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.


RESEPI AYAM BAKAR ALA DOMINOS PALING SIMPLE & SEDAP
SANGAT
BAHAN-BAHAN
 Ayam sekilo (Saya guna bahagian drumstick tapi boleh guna seekor ayam tak
kisah apa-apa bahagian)
 120g sos cili
 120g sos tomato
 120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
 2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
 2 sudu besar gula
 1 sudu besar garam
 1 sudu besar serbuk cili
 2 sudu besar lada hitam
 2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
 60g butter
CARA-CARA
1. MASAK SEMUA BAHAN

Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk (kecuali ayam) dan masak atas api
hingga butter cair.
2. SEJUKKAN BAHAN

Kemudian bila dah siap masak, sejukkan sekejap.

Sambil tunggu sos perapan tu sejuk sikit, bolehlah kita bersihkan ayam, cuci dan toskan.

3. PERAP

Ambil sos perapan yang dah sejuk tadi dan bolehlah lumur pada ayam dan letak sedikit
minyak.

Biarkan ia diperapkan sebentar (kalau lagi lama lagi sedap).

4. BAKAR

Akhir sekali bakar suhu 180°-200° ikut oven masing. Guna api atas bawah.

Saya bakar dalam lebih kurang 30-40 min atau ikutlah nak garing mana ya.

Kalau suka garing boleh lebihkan masa bakar tu.


Resepi Kambing Perap

Bahan-bahan :

o Daging kambing 5-6 slice.

o Sos tiram 2 sb.

o Sos lada hitam 3 sb. (Pada resepi ini menggunakan sos lada hitam brand

kimball.)

o Kicap 3 sb. (Yang ini untuk bagi hitam saja, tapi kalau letak banyak pun

boleh).

o Hirisan halia atau tumbuk halus. (Tak mahu letak pun tak apa).

o Gula. (Pakai gula perang, pakai madu pun boleh).

o Serbuk lada hitam. (Boleh tambah jika suka pedas).

o Daun rosemary. (Penting bagi bau dan rasa jadi terangkat).

You might also like