You are on page 1of 36

PANDUAN PEMBELAJARAN

MPU3412
Khidmat Masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

PANDUAN
PEMBELAJARAN
MPU3412
Khidmat Masyarakat

Penulis: Oo Cheng Keat


Open University Malaysia

Penyederhana: Dr Rozeman Abu Hassan


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2017


Edisi Kedua, April 2018
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2018, MPU3412
Hak Cipta Terpelihara. Tiada sebahagian daripada kerja-kerja ini boleh diterbitkan semula
dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa cara tanpa kebenaran bertulis daripada
Presiden, Open University Malaysia.

1
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

2
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

PENGENALAN PANDUAN PEMBELAJARAN


Panduan Pembelajaran ini adalah untuk kursus Open University Malaysia
MPU3412 Khidmat Masyarakat. Ia terdiri daripada DUA bahagian, seperti
yang dinyatakan di bawah:

Bahagian Satu terdiri daripada Pengenalan Kursus, yang memberikan anda


gambaran keseluruhan kursus. Lebih khusus lagi, ia menyediakan sinopsis
kursus, objektif, hasil pembelajaran dan beban kursus. Terdapat juga
penerangan ringkas buku teks utama, yang anda mesti baca untuk memenuhi
keperluan kursus. Terdapat juga senarai rujukan bacaan tambahan. Anda
digalakkan untuk memasuki myINSPIRE untuk menyemak penilaian, tugasan
dan format peperiksaan akhir.

Bahagian Dua pula terdiri daripada Panduan Pembelajaran. Ini bermula


dengan gambaran, jadual kajian mingguan yang disyorkan untuk membimbing
proses pembelajaran anda, dan penerangan ringkas mengenai pelbagai
elemen dalam Panduan Pembelajaran. Terdapat juga senarai topik yang akan
dibincangkan. Bagi setiap topik, anda diberi hasil pembelajaran tertentu,
gambaran topik dan penyenaraian bidang tumpuan, bersama-sama dengan
bacaan tugasan dan maklumat mengenai bidang tumpuan didapati. Untuk
mengukuhkan pembelajaran anda dan menguji kefahaman anda, ringkasan
kandungan utama yang diliputi dan soalan kajian disediakan pada akhir setiap
topik.

Akhir sekali, terdapat dua lampiran Sokongan Pembelajaran dan Petua


Belajar, untuk membantu anda menempuhi kursus ini dengan jayanya.

Sila baca Panduan Pembelajaran ini sebelum anda memulakan kursus. Kami
berharap pengalaman belajar anda di sini adalah menyeronokkan.

3
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Kandungan
Bahagian Satu: Pengenalan Kursus .......................................................... 5
Sinopsis ............................................................................................. 5
Objektif ............................................................................................... 5
Hasil Pembelajaran ............................................................................ 5
Bebanan Pembelajaran ..................................................................... 6
Rujukan Utama 6
Rujukan Tambahan............................................................................ 7
Penilaian ............................................................................................ 7

Bahagian Dua: Panduan Pembelajaran ..................................................... 8


Gambaran Keseluruhan ..................................................................... 8
Topik 1: Pengenalan Kursus Khidmat Masyarakat...........................10
Topik 2: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (I): ....... 19
Perancangan
Topik 3: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (II): ...... 24
Pelaksanaan
Topik 4: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (III): ..... 26
Pelaporan
Topik 5: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (IV): .... 28
Jurnal Refleksi

Lampiran .................................................................................................... 31
Lampiran A: Sokongan Pembelajaran ............................................. 31
Lampiran B: Petua Belajar ............................................................... 33

4
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

BAHAGIAN SATU: PENGENALAN KURSUS

Sinopsis

Kursus MPU3412 Khidmat Masyarakat membincangkan konsep projek


khidmat masyarakat, penyediaan kertas cadangan dan ciri projek yang
berkesan. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan
penghayatan dalam melaksanakan projek keterlibatan masyarakat.
Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dalam talian (online),
perbincangan kumpulan, pembelajaran berasaskan pengalaman melalui
aktiviti kumpulan dan semangat kesukarelaan. Pada akhir kursus ini,
diharapkan pelajar dapat mengamalkan nilai dan etika, kepimpinan dan kerja
berpasukan serta tanggungjawab sosial.

Objektif

Pada akhir pembelajaran kursus kelompok ini, pelajar boleh:


1. Memahami proses melaksanakan projek khidmat masyarakat yang
merangkumi aspek perancangan, kerja amali, refleksi, laporan dan
penghargaan;
2. Memberi pengetahuan tentang pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan
yang boleh dijalankan bertujuan untuk melahirkan lulusan universiti yang
bersifat ringan tulang dan jihad dalam kehidupan; dan
3. Mewujudkan sifat kesukarelawan, semangat bantu-membantu,
kerjasama dan bergotong-royong dalam diri pelajar sebagai satu amalan
hidup masyarakat harmoni.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran kursus ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengaplikasi kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat;
2. Mengaplikasi kemahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja secara
berpasukan; dan
3. Mempraktikkan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan
keusahawanan.

5
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Beban Pembelajaran

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40


jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai dua
jam kredit memerlukan masa selama 80 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Peruntukan bagi Masa Pembelajaran

Aktiviti Bil. Jam


Membaca kandungan kursus dan menyelesaikan latihan 36
Terlibat dalam perbincangan dalam talian 14
Menyiapkan tugasan 30
Jumlah 80

Rujukan Utama

Ali, H. (2002). Volunteerism and the development of Malaysian social care


system. International Council on Social Welfare, 101-109.

Holdsworth, C. (2010). Why Volunteer? Understanding Motivations for


Student Volunteering. British Journal of Educational Studies, 421-437.

Idris Jusoh. (2015, Januari 23). Terima kasih untuk sukarelawan. Berita
Harian.

Kementerian Pengajian Tinggi (2012, September). Yayasan Sukarelawan


Siswa (YSS): Medan mahasiswa tabur bakti. BITARA.

Khaled Nordin (2011, September 29). Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia.


Utusan Malaysia.

Mardhiyyah Sahri, Khairudin Murad, Asmidar Alias & Mohd Dasuqkhi


Sirajudin. (2013). Empowering youth volunteerism: The importance and
global motivating factors. Journal of Educational and Social Research,
3(7), 502-507.

Zaliha Hj Hussin, & Mohd Ramlan Mohd Arshad. (2012). Altruism as


motivational factors toward volunteerism among youth in Petaling Jaya,
Selangor. IPEDR, 225-229.

6
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Rujukan Tambahan

Franken, R. E. (2002). Human motivation (5th ed.). Belmont, CA: Wadsworth,


Inc.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). National higher education strategic


plan: Laying the foundation beyond 2020. Kuala Lumpur, Malaysia:
Author.

Maniam, V. A. (2004). Volunteerism for youth development. INTI Journal, 306-


317.

Mohd Azlan Abdullah, Noraziah Ali, Junaidi Awang Besar, Rosniza Aznie Che
Rose, Siti Khatijah Zamhari & Zuriatun Fadzliah Sahdan. (2012).
Pengetahuan dan amalan kelestarian alam sekitar di kawasan Majlis
Perbandaran Sepang, Selangor. Akademika, 82(3), 41-48.

RM100 million funds for iM4U. (2012, July 16). The Star.

United Nations Volunteers (UNV). (2011). State of the world’s volunteerism


report: Universal values for global well-being. Dicapai dari
http://www.ifrc.org/docs/IDRL/Volunteers/UNV%20Report%202011_full
.pdf

Penilaian

Sila rujuk kepada EPIC untuk maklumat yang berkaitan dengan kaedah
Penilaian.

7
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

BAHAGIAN DUA: PANDUAN PEMBELAJARAN

Gambaran Keseluruhan

Panduan Pembelajaran ini adalah disusun mengikut topik. Panduan ini


merangkumkan Topik 1 hingga Topik 5 untuk tempoh masa selama 14
minggu. Gunakanlah Panduan Pembelajaran ini untuk merancang
penglibatan anda dengan kandungan kursus. Anda boleh mengikuti Jadual
pengajian mingguan yang disarankan dalam Jadual 2 untuk membantu anda
bermula dengan minggu 1.

Jadual 2: Cadangan Jadual Pengajian Mingguan

Topik Minggu
Topik 1: Pengenalan Kursus Khidmat Masyarakat 1
Topik 2: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (I): 2-4
Perancangan
Topik 3: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (II): 5-10
Pelaksanaan
Topik 4: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (III): 11-13
Pelaporan
Topik 5: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat (IV): 14
Jurnal Refleksi

Setiap topik dalam Panduan Pembelajaran terdiri daripada bahagian berikut


(rujuk Rajah 1):

 Hasil Pembelajaran: Menggariskan tugas tertentu yang perlu dicapai;

 Tinjauan Topik: Menerangkan secara ringkas apakah antara topik yang


telah disentuh. Ini dapat menyediakan satu rangka kerja interpretasi am
dalam memahami isi kandungan topik;

 Bidang Tumpuan: Mengenal pasti bidang utama dan bidang sub yang
perlu dirangkumi;

 Tugasan Membaca: Membantu anda mencari buku teks utama dan bahan
bacaan lain;

8
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

 Ringkasan Kandungan: Menyediakan satu rangka kerja interpretasi bagi


memahami kandungan teras; dan

 Soalan Pembelajaran: Membantu anda menumpukan pada bidang utama


dalam mata pelajaran.

Rajah 1: Organisasi Panduan Pembelajaran

9
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Topik 1: Pengenalan Kursus Khidmat Masyarakat

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan khidmat masyarakat;

2. Mengenal pasti matlamat projek khidmat masyarakat;

3. Menjelaskan kepentingan khidmat masyarakat;

4. Meramalkan implikasi khidmat masyarakat terhadap individu;

5. Menyediakan diri anda sebagai sukarelawan; dan

6. Memilih kumpulan sasaran.

Tinjauan Topik

Topik ini dimulai dengan menerangkan konsep khidmat masyarakat.


Kemudian, topik ini diteruskan dengan membincangkan kesediaan seseorang
untuk menjadi sukarelawan. Selain itu, topik ini juga menerangkan
kepentingan khidmat masyarakat.

Selain itu, topik ini juga menjelaskan fungsi individu dalam khidmat
masyarakat di samping mengenal pasti golongan sasar yang menjadi subjek
utama dalam projek khidmat masyarakat. Kemudian, huraian implikasi
khidmat masyarakat terhadap individu turut dijelaskan. Akhir sekali, topik ini
menjelaskan kepentingan khidmat masyarakat.

Ringkasan Kandungan

1.1 Konsep Projek Khidmat Masyarakat


Apakah maksud khidmat masyarakat?

Khidmat masyarakat ialah kerja kemasyarakatan yang


dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat
serta tujuan tertentu.

10
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna


sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang
berguna.

1.2 Matlamat Projek Khidmat Masyarakat


Apakah matlamat projek khidmat masyarakat? Antara matlamat projek
khidmat masyarakat adalah:
(a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri
individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran;
(b) Memupuk dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
amalan nilai sivik dalam diri setiap individu;
(c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran
kepada masyarakat dan negara;
(d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama
serta saling membantu;
(e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa
mengira agama, bangsa, kepercayaan mahupun ideologi;
(f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
(g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Bagaimanakah pula dengan tema projek? Antara cadangan tema


projek yang dapat dijalankan adalah:
(a) Tanggungjawab pendidikan;
(b) Pembangunan komuniti;
(c) Kesihatan;
(d) Pengurusan bencana;
(e) Teknologi maklumat;
(f) Keusahawanan sosial;
(g) Kesejahteraan masyarakat;
(h) Inovasi, kesenian dan kebudayaan; dan
(i) Sukan.

11
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Apakah contoh penumpuan projek khidmat masyarakat? Beberapa


contoh penumpuan projek khidmat masyarakat adalah seperti berikut:
(a) Projek membersihkan kawasan universiti/kolej/sekolah/tadika;
(b) Projek mengindahkan kawasan sekolah;
(c) Projek membersihkan kawasan rekreasi;
(d) Projek membersihkan tanah perkuburan;
(e) Projek membersihkan balai raya kampung;
(f) Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim;
(g) Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua; dan
(h) Pelbagai lagi projek khidmat masyarakat, sama ada di peringkat
sekolah, kampung, bandar dan nasional.

1.3 Kepentingan Khidmat Masyarakat


Kepentingan khidmat masyarakat adalah seperti yang berikut:
(a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
menyelesaikan permasalahan rakyat. Peserta atau sukarelawan
dapat mempelajari isu yang berkaitan dengan lebih mendalam;
(b) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri
individu terhadap masyarakat di persekitaran;
(c) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama
serta tolong-menolong dalam masyarakat;
(d) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu masyarakat
tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi;
(e) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan
tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan;
(f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
(g) Meningkatkan kepercayaan kepada organisasi masyarakat dan
tadbir urus. Bekerjasama meningkatkan komunikasi dan
kesefahaman. Mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh bagi
pihak kerajaan, rakyat dan pemimpin serta organisasi dalam
mengurangkan konflik pada masa hadapan.

12
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

1.4 Implikasi Khidmat Masyarakat kepada Individu


Aktiviti khidmat masyarakat akan dapat memberikan input positif
kepada perkembangan diri setiap individu. Banyak kebaikan yang
akan diperoleh daripada pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat.
Antaranya ialah:
(a) Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan secara bersama
akan mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri
dalam sesuatu kumpulan;
(b) Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak
kesihatan diri dari segi fizikal dan rohani;
(c) Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah
masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum akan
memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih
utuh;
(d) Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain
khususnya orang kelainan upaya serta warga tua;
(e) Aktiviti khidmat masyarakat dalam bentuk gotong-royong akan
mengurangkan kos pelaksanaan;
(f) Mewujudkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam
kalangan masyarakat di sesuatu kawasan kejiranan; dan
(g) Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan cinta
negara.

13
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

1.5 Kesediaan Kendiri sebagai Sukarelawan


Mari kita mulakan subtopik ini dengan melihat petikan akhbar (lihat
Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Petikan akhbar mengenai sukarelawan


Sumber: https://goo.gl/x6mA4C

Rajah 1.1 tadi memaparkan sebahagian petikan yang dipetik dari


laman sesawang www.utusan.com.my yang bertarikh 25 Jun 2016.
Petikan ini menunjukkan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia
untuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan temasya tersebut.
Persoalannya, apakah yang ditakrifkan sebagai sukarelawan?

Sukarelawan boleh ditakrifkan sebagai kesediaan seorang untuk


terlibat dalam kerja sukarela.

Apakah kriteria menjadi seorang sukarelawan? Antara kriteria untuk


seseorang sukarelawan ialah mempunyai pemikiran yang positif
untuk berbakti kepada kelompok masyarakat tertentu. Selain itu,
minat, keprihatinan dan kecenderungan untuk menyumbang tenaga
fizikal, berkongsi minat, mencurahkan pengalaman kepada golongan
sasar mahupun sesuatu kelompok masyarakat juga antara kriteria
yang utama untuk menjadi seorang sukarelawan.

14
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Kesediaan seseorang sebagai sukarelawan boleh didorong oleh


beberapa faktor seperti yang berikut:
(a) Kerja yang dilakukan adalah secara sukarela tanpa
mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak tertentu;
(b) Aktiviti sukarelawan mesti mendatangkan faedah kepada
sesuatu kelompok masyarakat dan bukan terhad kepada diri
sukarelawan tersebut semata-mata; dan
(c) Kerja kesukarelaan yang dilakukan bukan untuk mendapatkan
ganjaran kewangan ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang
ramai.

Apakah aktiviti yang membolehkan seseorang untuk menjadi


sukarelawan? Terdapat banyak aktiviti yang membolehkan seseorang
untuk menjadi sukarelawan seperti yang berikut:
(a) Memberi pertolongan kepada mangsa ketika sesuatu bencana
alam atau malapetaka berlaku (lihat Rajah 1.2 dan Rajah 1.3);

Rajah 1.2: Bantuan mangsa banjir

15
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Rajah 1.3: Bantuan mangsa kebakaran

(b) Menjadi tutor mahupun guru bimbingan kepada anak-anak


daripada golongan miskin; dan
(c) Melakukan rondaan pada waktu malam di kawasan kejiranan.

Sebagai menghargai sumbangan para sukarelawan dan mengiktiraf


kerja sukarela yang dilakukan oleh para sukarelawan, maka
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tarikh 5
Disember pada setiap tahun sebagai Hari Sukarelawan
Antarabangsa.

16
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

1.6 Kumpulan Sasaran (Pelaksana dan Penerima Manfaat)


Dalam konteks kursus ini, kumpulan pelaksana adalah semestinya
daripada anda sendiri iaitu sebagai mahasiswa yang menuntut di
institut pengajian tinggi. Ini adalah kerana, seperti yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Begitu juga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-


2025 (Pendidikan Tinggi), dalam Lonjakan Pertama menyatakan
bahawa:

Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang

Lonjakan ini penting memandangkan setiap graduan bakal menjadi


warga sejagat dengan jati diri Malaysia yang menyerlah, bersedia dan
sanggup untuk berkorban demi keharmonian dan kesejahteraan
keluarga, masyarakat, negara dan sejagat.

Seterusnya, golongan penerima manfaat yang dicadangkan adalah


seperti berikut:
(a) Warga emas;
(b) Orang kelainan upaya (OKU);
(c) Anak yatim;
(d) Gelandangan;
(e) Fakir miskin;

17
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

(f) Orang Asli/pedalaman;


(g) Ibu tunggal; dan
(h) Pelajar sekolah dan lain-lain.

Soalan Pembelajaran

1. Jelaskan maksud khidmat masyarakat dengan menggunakan perkataan


anda sendiri.

2. Bincangkan kepentingan khidmat masyarakat.

3. Baru-baru ini, anda telah menerima jemputan sebagai penceramah


sempena Hari Warga Tua peringkat kebangsaan anjuran Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya. Tajuk
ceramah ialah “Peranan Golongan Mahasiswa dalam Menyumbang
Bakti Khidmat kepada Warga Tua”. Sebelum anda memberi ceramah ini,
drafkan isi ceramah dan bincang bersama-sama rakan anda di
myINSPIRE untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

18
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Topik 2: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat


Masyarakat (I): Perancangan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan kepentingan perancangan;

2. Mengenal pasti perkara penting dalam perancangan;

3. Menggunakan elemen utama dalam penyediaan kertas cadangan; dan

4. Mengambil kira beberapa elemen penting untuk dimasukkan dalam


penyediaan kertas cadangan.

Tinjauan Topik

Tidak dapat dinafikan bahawa peringkat perancangan adalah begitu


mustahak dalam melaksanakan projek khidmat masyarakat. Oleh itu,
perancangan yang baik secara tidak langsung dapat melancarkan perjalanan
projek khidmat masyarakat. Fokus topik ini akan memperkenalkan kepada
anda elemen penting dalam proses perancangan selain elemen yang perlu
ada dalam sesebuah kertas cadangan.

Ringkasan Kandungan

2.1 Perancangan
Kita semua bersetuju bahawa perancangan amat penting. Hanya
dengan perancangan yang baik serta sempurna sesuatu projek
khidmat masyarakat akan dapat berjalan dengan sempurna serta
mencapai tujuan yang diharapkan.

Selain itu, elemen lain seperti analisis keperluan, perancangan secara


sistematik dan anggaran belanjawan yang tepat serta kredibiliti perlu
diambil kira oleh individu atau kumpulan yang hendak melaksanakan
aktiviti khidmat masyarakat.

19
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

2.2 Perkara Penting dalam Perancangan


Apakah perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam
perancangan? Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam
perancangan ialah:
(a) Mengenal pasti dan memilih tajuk atau projek khidmat
masyarakat yang akan dilaksanakan;
(b) Mengenal pasti matlamat, tujuan dan objektif yang jelas agar
tidak berlaku pembaziran dari segi tenaga, wang ringgit dan
masa;
(c) Mengenal pasti sumber lain yang dapat membantu pelaksanaan
aktiviti khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan;
(d) Mengenal pasti pihak lain yang dapat memberikan sumbangan
pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat;
(e) Mengatur dan memperincikan pelaksanaan mesyuarat ahli
jawatankuasa yang terlibat;
(f) Menyediakan senarai semak tugasan dan peralatan serta
sokongan lain yang perlu untuk melicinkan perjalanan aktiviti
khidmat masyarakat;
(g) Menyenaraikan dan membuat pembahagian tugasan mengikut
kemahiran serta kebolehan individu yang turut serta dalam
khidmat masyarakat;
(h) Menentukan cara pengumpulan maklumat dan dokumentasi
sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan;
(i) Menentukan cara merekodkan pelaksanaan projek khidmat
masyarakat bagi tujuan laporan dan dokumentasi;
(j) Menentukan sumber kewangan bagi pelaksanaan projek; dan
(k) Perancangan lain yang akan memastikan setiap aktiviti khidmat
masyarakat dapat dijalankan secara berhemah, berdisiplin dan
mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan.

2.3 Elemen Penting dalam Penyediaan Kertas Cadangan


Kertas cadangan projek khidmat masyarakat perlu mengandungi:
(a) Tema;
(b) Pengenalan/latar belakang program;
(c) Objektif program;

20
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

(d) Cadangan tempat/masa/tarikh;


(e) Anggaran perbelanjaan/implikasi kewangan;
(f) Program tentatif;
(g) Senarai ahli jawatankuasa pelaksana;
(h) Carta Gantt; dan
(i) Kumpulan dan jumlah golongan sasaran.

Dalam menyediakan kertas cadangan tersebut, beberapa perkara


perlu dititikberatkan dan dipertimbangkan, antaranya ialah:

(a) Berimpak tinggi (high impact) – Projek khidmat masyarakat yang


bakal dijalankan harus mendatangkan impak tinggi bukan
setakat kepada pelajar itu sendiri, tetapi juga melibatkan ahli
kumpulan serta masyarakat yang terlibat dalam projek tersebut.

Selain itu, bentuk projek khidmat masyarakat yang berimpak


tinggi juga merupakan projek yang mampu mempamerkan
tanggungjawab sosial dalam pelaksanaannya antara ahli
kumpulan dengan masyarakat.

Tambahan pula, nilai murni seperti kebertanggungjawaban,


bekerjasama, tolong-menolong, integriti, hormat-menghormati
dan sebagainya dapat diterapkan dalam melaksanakan projek
khidmat masyarakat yang berimpak tinggi.

(b) Berkos rendah (low cost) – Dalam menyediakan kertas


cadangan bagi melaksanakan projek khidmat masyarakat, kos
perbelanjaan pelaksanaan harus diambil kira dengan teliti. Dua
aspek kos yang perlu dititikberatkan dalam langkah penjimatan
kos bagi melaksanakan projek khidmat masyarakat ialah
integriti dan rasional.

Dalam aspek integriti, setiap perbelanjaan harus telus dan tidak


mempunyai konflik kepentingan (conflict of interest) antara ahli
kumpulan mahupun golongan sasaran. Aspek kedua dalam
pelaksanaan projek ini adalah rasional. Faktor kos rendah adalah
penting supaya projek yang dilaksanakan tidak membebankan
ahli kumpulan.

21
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

(c) Pelaksanaan yang cekap/pantas (rapid execution) –


Pelaksanaan yang cekap memerlukan perancangan yang rapi.
Perancangan yang rapi pula memerlukan perbincangan yang
berkesan antara ahli kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan
harus bekerja sebagai satu pasukan untuk menjayakan
pelaksanaan projek tersebut. Ingat, “bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh.”

Seterusnya, dalam dunia teknologi yang canggih ini, aspek


komunikasi adalah penting sebagai salah satu penentu dalam
melaksanakan projek ini dengan pantas. Anda boleh
menggunakan SMS, WhatsApp dan bermacam lagi aplikasi
untuk mempercepatkan komunikasi antara ahli pasukan
sungguhpun kadang kala timbul permasalahan untuk menghadiri
mesyuarat.

(d) Merentas pelbagai agensi (cross agencies) – Setiap projek yang


dilaksanakan harus merentasi agensi. Contohnya, apabila
menjalankan projek membersihkan kawasan rekreasi,
kebenaran perlu diperoleh daripada majlis daerah, ahli
jawatankuasa kampung atau taman yang terlibat dan
sebagainya.

(e) Kelestarian (sustainability) – Apakah maksud kelestarian?

Istilah kelestarian didefinisikan sebagai perihal apa sahaja


amalan manusia berkaitan dengan penggunaan sumber
secara terancang bagi memastikannya sentiasa
berkekalan tanpa mencetuskan impak buruk kepada
manusia dan persekitaran (Mohd Azlan Abdullah et al.,
2012).

Justeru itu, faktor ini perlu diambil kira dalam penyediaan kertas
cadangan.

22
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

(f) Kreativiti (creativity) – Apakah maksud kreativiti?

Kreativiti boleh diertikan sebagai kecenderungan untuk


menghasilkan atau mengiktiraf idea dan pilihan lain atau
kemungkinan yang berguna untuk menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan menghiburkan diri kita dan
orang lain (Franken, 2002).

Oleh itu, dalam konteks ini, kreativiti dalam merangka projek


khidmat masyarakat meliputi menjaga sensitiviti masyarakat
setempat dan ahli kumpulan, menghormati pandangan ahli
kumpulan untuk menjayakan pelaksanaan projek khidmat
masyarakat dan sebagainya.

Soalan Pembelajaran

1. Senaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan ketika dalam membuat


perancangan bagi projek mengindahkan taman rekreasi.

2. Bincangkan dua elemen yang perlu dipertimbangkan ketika


menyediakan kertas cadangan untuk mengelola kempen gotong-royong
di kampung anda.

23
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Topik 3: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat


Masyarakat (II): Pelaksanaan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan kepentingan pelaksanaan;

2. Menggunakan elemen utama dalam pelaksanaan khidmat masyarakat;

3. Mempamerkan kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam komuniti;


dan

4. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan semangat


kerja berpasukan.

Tinjauan Topik

Dalam topik sebelum ini, anda telah mempelajari proses pertama dalam
pelaksanaan projek khidmat masyarakat iaitu perancangan. Sekarang, topik
ini memfokuskan kepada peringkat pelaksanaan.

Ingat, perancangan yang bagus jika tidak dilaksanakan dengan baik juga tidak
membawa sebarang erti. Oleh itu, topik ini akan dimulakan dengan
menjelaskan maksud pelaksanaan. Seterusnya, topik ini akan menumpukan
kepada elemen penting dalam pelaksanaan projek khidmat masyarakat.

Ringkasan Kandungan

3.1 Pelaksanaan
Kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti khidmat masyarakat banyak
bergantung pada kerjasama dan kesepakatan antara setiap ahli yang
terlibat. Walaupun perancangan yang dibuat amat baik serta teliti,
sekiranya ia tidak diaplikasikan dengan betul maka banyak masalah
akan timbul.

Oleh itu, setiap ahli dalam kumpulan perlulah memastikan aktiviti atau
pelaksanaan khidmat masyarakat yang akan dijalankan kelak ialah
aktiviti bersama dan perlu dijalankan secara sekumpulan.

24
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Dalam melaksanakan projek khidmat masyarakat yang dicadangkan,


seseorang individu boleh menonjolkan tingkah laku kepemimpinan
melalui mesyuarat, perbincangan, rundingan/perancangan dengan
pihak yang terlibat mengikut elemen yang merangkumi:
(a) Nilai dan sikap memberi khidmat;
(b) Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerjasama; dan
(c) Kemahiran dan tanggungjawab sosial.

3.2 Elemen Penting dalam Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat


Antara perkara penting dalam pelaksanaan projek khidmat
masyarakat adalah seperti yang berikut:
(a) Memastikan bahawa projek yang dilaksanakan adalah
berdasarkan perancangan serta kemampuan yang telah
dirancang pada peringkat awal;
(b) Seelok-eloknya diadakan taklimat ringkas atau pemakluman
kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti
khidmat masyarakat yang dijalankan;
(c) Melaksanakan aktiviti secara serentak dan setiap ahli perlulah
patuh pada penjadualan tugasan yang telah diagihkan semasa
perancangan;
(d) Merekodkan setiap kerja khidmat masyarakat untuk dijadikan
bahan dokumentasi ataupun bukti;
(e) Segera mengambil tindakan penyelesaian masalah sekiranya
berlaku sesuatu di luar jangkaan dan perancangan; dan
(f) Pengurusan masa dan susun atur serta penjadualan yang
sempurna tentang setiap aktiviti perlulah difahami oleh setiap
ahli.

Soalan Pembelajaran

1. Nyatakan elemen penting dalam pelaksanaan projek khidmat


masyarakat.

2. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang paling utama dalam


melaksanakan sesuatu projek khususnya projek khidmat masyarakat?

3. Bagaimanakah anda mengatasi masalah “ad hoc” yang timbul ketika


pelaksanaan projek khidmat masyarakat pada masa hadapan?

25
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Topik 4: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat


Masyarakat (III): Pelaporan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan maksud pelaporan;

2. Menggunakan elemen yang terkandung dalam laporan; dan

3. Mengaplikasikan kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam


masyarakat.

Tinjauan Topik

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada format penting yang perlu ada
dalam menyediakan laporan projek khidmat masyarakat. Format laporan
adalah penting supaya laporan tersebut dapat menjadi rujukan kepada orang
lain yang ingin melaksanakan projek yang seumpamanya pada masa
hadapan.

Ringkasan Kandungan

4.1 Pelaporan
Apakah maksud laporan dan kepentingannya?

Laporan ialah suatu bentuk penulisan formal untuk dijadikan


bahan bukti tentang sesuatu pelaksanaan aktiviti yang telah
dijalankan.

Laporan amat penting untuk dijadikan panduan kepada orang lain bagi
tujuan yang sama dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat.

Dalam laporan, perkara berkaitan dengan kewangan, aktiviti, masa,


individu yang terlibat, pencapaian dan cadangan atau komen untuk
dikongsi bersama ahli kumpulan atau kumpulan lain untuk
melaksanakan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang
harus dinyatakan dengan jelas.

26
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

4.2 Format Laporan


Format Laporan adalah seperti yang berikut:
(a) Tema;
(b) Tajuk projek;
(c) Tarikh/tempoh pelaksanaan projek;
(d) Ahli kumpulan projek;
(e) Sumber kakitangan lain yang terlibat;
(f) Organisasi yang terlibat;
(g) Matlamat dan objektif projek;
(h) Perancangan;
(i) Pelaksanaan aktiviti;
(j) Refleksi;
(k) Cadangan/komen; dan
(l) Penghargaan.

Harus diingatkan bahawa penghargaan merupakan suatu bentuk rasa


terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama menjayakan
projek yang dijalankan.

Oleh itu, surat penghargaan dan terima kasih perlu disediakan dan
dikirimkan kepada mereka yang terlibat. Selain itu, penghargaan juga
boleh disampaikan melalui pemberian sijil penghargaan.

Soalan Pembelajaran

1. Nyatakan elemen dalam laporan.

2. Mengapakah seseorang ahli yang melaksanakan sesuatu projek perlu


membuat laporan secara bertulis?

27
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Topik 5: Proses Pelaksanaan Projek Khidmat


Masyarakat (IV): Jurnal Refleksi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan maksud jurnal refleksi dan tujuannya;

2. Menghuraikan kepentingan jurnal refleksi; dan

3. Menulis jurnal refleksi.

Tinjauan Topik

Topik terakhir ini akan dimulakan dengan takrif jurnal refleksi dan disusuli
dengan tujuan penulisan jurnal refleksi. Selain itu, elemen penting dalam
jurnal refleksi akan diketengahkan dalam topik ini. Topik ini diakhiri dengan
penggunaan formula DIEP dalam penyediaan jurnal refleksi.

Ringkasan Kandungan

5.1 Pengenalan Jurnal Refleksi


Apakah jurnal refleksi?

Jurnal refleksi ialah log pembelajaran kendiri yang bertujuan


merekodkan pembelajaran yang anda lalui.

Dalam jurnal ini, anda dikehendaki merekodkan dan berfikir secara


refleksi tentang apa yang anda perhatikan dan situasi yang anda telah
lalui. Jurnal refleksi ini membolehkan anda untuk meneliti pemikiran
dan idea yang anda gunakan dalam konteks tertentu. Jurnal sebegini
biasanya mengandungi tulisan, imej, lakaran dan pelbagai bahan
rujukan.

28
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

5.2 Tujuan Jurnal Refleksi


Apakah tujuan jurnal refleksi? Jurnal refleksi membolehkan anda
meneliti pengalaman dan pembelajaran yang anda telah lalui dalam
pelbagai cara. Jurnal refleksi ini berguna kerana:
(a) Anda boleh merekodkan perkembangan idea dan pendapat anda
dan/atau kumpulan anda dalam konteks/situasi tertentu. Ini
termasuklah teori, teknik, pendekatan dan falsafah yang anda
dan kumpulan anda gunakan dalam situasi tersebut;
(b) Anda boleh melihat semula (refleksi) bahan dan pengalaman
yang direkodkan untuk memperluaskan dan mendalamkan
kefahaman anda; dan
(c) Anda boleh menggunakan jurnal ini sebagai asas pembelajaran
dan pembinaan kendiri.

5.3 Panduan Menyediakan Jurnal Refleksi


Bagaimanakah caranya kita hendak menulis jurnal refleksi? Mari kita
lihat Jadual 5.1 yang menunjukkan dua cara menulis jurnal refleksi.

Jadual 5.1: Dua Cara Menulis Jurnal Refleksi

Menggunakan Soalan Refleksi Menggunakan Formula DIEP


Pilih satu peristiwa yang 1. Describe (Terangkan) – Terangkan
berlaku/anda telah lalui dan secara objektif apa yang berlaku. Anda
tanya diri anda soalan yang boleh tanya diri anda – Apakah yang saya
berikut: lakukan, baca, lihat, dengar dan lain-lain?
(a) Deskriptif – Apakah yang 2. Interpret (Tafsirkan) – Tafsirkan apa yang
berlaku? anda faham daripada peristiwa tersebut.
(b) Emotif – Apakah yang anda (a) Tafsirkan apa yang anda lihat, baca,
rasa pada masa itu? dengar dan buat.
(c) Kognitif – Apakah yang (b) Pendapat anda/jawapan yang anda
anda fikir pada masa itu? dapat.
(d) Penilaian – Apakah (c) Kaitan pengalaman tersebut dengan
pengalaman itu baik atau pengalaman lain.
buruk? Mengapa?
(d) Hipotesis/kesimpulan anda.
(e) Analisis – Apakah yang
(e) Apakah sebenarnya yang berlaku?
dapat anda fahami
daripada peristiwa itu? 3. Evaluate (Nilaikan) – Secara objektif
(f) Kesimpulan – Apakah yang catatkan:
telah anda lakukan dan apa (a) Penilaian anda terhadap peristiwa/
pilihan lain yang terbuka pengalaman tersebut.
kepada anda? (b) Pendapat anda tentang
peristiwa/pengalaman tersebut.

29
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

4. Plan (Rancangan) – Berdasarkan


maklumat sebelum ini:
(a) Apakah cadangan yang anda boleh
buat kepada diri anda pada masa
hadapan atau orang lain?
(b) Apakah yang anda dan orang lain
boleh pelajari daripada pengalaman
anda?
(c) Bagaimanakah pengalaman ini akan
mengubah anda pada masa
hadapan?

Soalan Pembelajaran

1. Apakah jurnal refleksi?

2. Senaraikan dua kaedah dalam menyediakan jurnal refleksi.

3. Apakah kelebihan penulisan jurnal refleksi?

30
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Lampiran
Lampiran A: Sokongan Pembelajaran

Tutorial

Terdapat 4 jam fasilitasi bersemuka, dalam bentuk DUA tutorial selama dua
jam bagi setiap tutorial. Anda akan dimaklumkan mengenai tarikh, masa dan
lokasi tutorial ini, bersama-sama dengan nama dan alamat e-mel fasilitator
anda, sebaik sahaja anda diperuntukkan kumpulan.

Perbincangan dan Penglibatan

Selain tutorial bersemuka, anda mempunyai sokongan dalam bentuk


perbincangan dalam talian di myINSPIRE dengan fasilitator dan rakan kursus
anda. Sumbangan anda kepada perbincangan dalam talian akan
menambahkan pemahaman anda dengan banyak tentang kandungan kursus,
dan membantu anda melakukan tugasan dan bersedia untuk peperiksaan.

Maklum Balas dan Input daripada Fasilitator

Sambil anda berusaha melaksanakan aktiviti dan membaca teks yang


diberikan, fasilitator anda akan menyediakan bantuan kepada anda sepanjang
tempoh kursus. Sekiranya anda memerlukan bantuan pada bila-bila masa,
jangan teragak-agak untuk menghubungi fasilitator anda dan membincangkan
masalah anda dengannya

Ingatlah bahawa komunikasi adalah penting bagi anda untuk mendapatkan


yang terbaik daripada kursus ini. Oleh itu, anda perlu, pada setiap masa,
berhubung dengan fasilitator, e-fasilitator dan rakan kursus anda, dan sedar
tentang semua keperluan untuk berjaya menamatkan kursus.

31
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber cetak dan dalam


talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital yang komprehensif ini
menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data dalam talian
yang terdiri daripada e-jurnal, e-tesis, e-buku dan banyak lagi. Contoh
pangkalan data yang sedia ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink,
Books24x7, Buku InfoSci, Emerald Management Plus dan Buku Elektronik
Ebrary. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang ada melalui perpustakaan ini.

32
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

Lampiran B: Petua Belajar

Komitmen Masa untuk Belajar

Anda perlu merancang untuk meluang kira-kira 12 jam untuk masa kajian bagi
setiap topik, termasuk membaca semua bacaan yang diberikan dan aktiviti.
Anda juga perlu mengetepikan masa untuk membincangkan kerja dalam
talian. Ia sering lebih berkesan untuk mengagihkan jam kajian selama
beberapa hari dan bukannya menghabiskan sehari suntuk belajar sesuatu
topik.

Strategi Belajar

Berikut adalah strategi yang dicadangkan untuk menempuhi kursus. Jika anda
menghadapi kesukaran dalam mengikuti strategi ini, bincangkan masalah
anda dengan fasilitator anda sama ada melalui forum dalam talian atau
semasa tutorial.

(i) Langkah yang paling penting adalah untuk membaca isi kandungan
Panduan Pembelajaran dengan mendalam.

(ii) Aturkan jadual belajar (seperti yang disarankan dalam Jadual 2).
Perhatikan jumlah masa yang perlu diluangkan bagi setiap topik serta
tarikh penyerahan tugasan, tutorial dan juga peperiksaan.

(iii) Sebaik sahaja anda menyiapkan jadual belajar, berusahalah untuk


mengikutinya sekerap mungkin. Salah satu sebab pelajar tidak dapat
menghadapi kursus dengan jayanya adalah kerana mereka suka
berlengah-lengah dan lewat menyiapkan kerja kursus mereka.

(iv) Anda digalakkan melakukan perkara berikut:

 Baca Panduan Pembelajaran dengan teliti dan lihat semula senarai


topik yang telah dibaca. Cuba kaji setiap topik dan kaitkannya
dengan topik lain.

 Baca kesemua bacaan yang telah diberi dan baca dengan teliti
seberapa banyak teks tambahan yang mungkin untuk mendapat
pemahaman yang lebih luas tentang kandungan kursus.

 Baca dengan teliti kesemua aktiviti dan soalan pengajian demi


mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pelbagai konsep dan
fakta yang dipersembahkan dalam sesuatu topik.

33
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU3412 Khidmat Masyarakat

 Cungkil idea daripada bahan bacaan yang banyak sambil anda


menyiapkan tugasan. Tugasan perlu dibuat sekerap mungkin
semasa semester berlangsung agar anda dapat menghasilkan satu
hasil kerja yang cemerlang secara sistematik.

(v) Apabila anda telah habis membaca satu topik, kaji semula Hasil
Pembelajaran untuk topik berkenaan untuk mengesahkan anda dapat
mencapainya dan melakukan apa yang diperlukan.

(vi) Selepas membaca kesemua topik, kaji semula Hasil Pembelajaran


untuk topik berkenaan untuk memastikan anda dapat mencapainya.

34
Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like