You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KO SARANGAPANY

JALAN PAYA BESAR,09600 LUNAS KEDAH


TEL:04-4840220 KBD 5061
EMAIL: sjktjlnpayabesar.kbb@gmail.com

__________________________________________________________________________________

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE -65


SJKT KO SARANGAPANY

Tarikh : 15 OGOS 2022 - 16 SEPTEMBER 2022

Tempat : SJK(T) Ko Sarangapany

Anjuran : Unit Kokurikulum

PENGENALAN
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar
kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan
sejarah semata-mata namun ianya adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman
penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri. Sempena sambutan hari
Kebangsaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan
ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan
lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing. Bertemakan Hari
Kebangsaan Tahun 2022, “ Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

OBJEKTIF
i. Memupuk semangat patriotisme di kalangan warga SJK(T) Ko
Sarangapany.
ii. Memupuk nilai sayang dan menghargai alam sekitar
iii. Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah untuk kemajuan diri,
bangsa dan negara.
iv. Memupuk perasaan taat setia kepada raja dan negara.
v. Menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

KUMPULAN SASARAN
Semua warga SJK(T) Ko Sarangapany
PELAKSANAAN PROGRAM
Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sekolah Tahun 2022 ialah:

i. Pertandingan Mereka Cipta


Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 4-6. Setiap peserta dikehendaki
menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan reka ciptaannya. Penyertaan murid
adalah secara individu .

ii. Pertandingan Mewarna Poster

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid . Poster yang perlu dilukis adalah
bertemakan kemerdekaan kali ke-65 iaitu “Keluarga Malaysia , Teguh Bersama”.

iii. Pertandingan Menghias Kelas

Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan


warga SJK(T) Ko Sarangapany. Pertandingan ini secara terbuka. Kelas yang paling
banyak dan kreatif menghiasi jalur gemilang telah dipilih sebagai pemenang.

Pelaksanaan program adalah seperti berikut:

A) Majlis Pelancaran

Tarikh/Hari : 15 Ogos 2022 (Isnin)

Tempat : Tapak Perhimpunan SJK(T) Ko Sarangapany

MASA AKTIVITI
7.30 PAGI Bacaan Doa
Pihak pentadbir masuk ke tapak perhimpunan bersama tokoh merdeka diiringi
bendera besar.
Drama Lagu Patriotik
Gimik
Nyanyian lagu patriotik dan kibaran bendera.
Ucapan Perasmian Guru Besar
Persembahan murid

8.15 pagi Tamat

B) Pelaksanaan Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh/ Masa : 30 Ogos 2022(Selasa)


Tempat : Tapak Perhimpunan

MASA AKTIVITI

7.30 PAGI Bacaan Doa


Nyanyian lagu Negaraku
Ikrar RukunNegara
Nyayian lagu Patriotik
Laungan Merdeka
Ucapan Guru Besar
Persembahan murid
Perarakan murid dan konvoi basikal
8.15 pagi Bersurai

2.00-3.00 petang Konvoi Kereta di kawasan paya besar

C) Majlis Penutup

Tarikh/Masa : 16 September 2022 (Isnin)


Tempat :SJK(T) Ko Sarangapany

MASA AKTIVITI
7.45 PAGI Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku& Lagu Negeri Kedah
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Gimik Sambutan
Nyanyian lagu-lagu Patriotik
Persembahan Murid (Pantun Merdeka)
Persembahan Multimedia
Ucapan Guru Besar
Penyampaian hadiah
Ucapan Penghargaan PKKO
Bersurai

8.45 pagi Tamat

RUMUSAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2022, yang diadakan bermula
15 Ogos 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua aktiviti yang dirancang telah
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat
penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan. Guru-guru juga memberi komitmen
yang sangat baik sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK(T)Ko Sarangapany.
Ucapan tahniah dan syabas untuk warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ko
Sarangapany yang memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini.

Disediakan oleh,

_________________________
(SASIKALA A/P PADMANABAN)
Setiausaha Sambutan Bulan Kebangsaan,
SJK(T) Ko Sarangapany

Disemak oleh,

_____________________________
(ARULSELVI A/P SELOSAMY)
Pengerusi Sambutan Bulan Kebangsaan,
SJK(T) Ko Sarangapany
Disahkan oleh,

_________________________________
(NAVAMANY A/P GOVINDASAMY)
Guru Besar,
SJK(T) Ko Sarangapany,

LAPORAN BERGAMBAR

MAJLIS PELANCARAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
MAJLIS PENUTUPAN

You might also like