You are on page 1of 2

SM AGAMA JAIM AL AHMADI

KM 18, PAYA RUMPUT JAYA 76300, SUNGAI UDANG, MELAKA

MINIT MESYUARAT
PANITIA GEOGRAFI BIL 2 /2022

Tarikh : 15 Julai 2022


Masa : 10.45 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan Tn. Hj Suboh Bin Maasom

Kehadiran :

Hadir : 1. Cikgu Junaidah Binti Abu Samah (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan)
2. Cikgu Ismafaizira Binti Ismail ( Ketua Panitia Geografi)

1.0 Kata Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
Mesyuarat Panitia Geografi kali kedua bagi sesi persekolahan 2022.

2.0 Pengesahan dan pencadang Minit Mesyuarat Panitia kali pertama Geografi oleh Cikgu
Ismafaizira Binti Ismail dan disokong sebulat suara.

3.0 Perkara Berbangkit : Tiada

4.0 Program Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Sempena Ulang Tahun
Kemerdekaan Negara Ke 65.

4.1 Pengerusi memaklumkan Tarikh Perasmian 5 Ogos 2022 bagi Program Sempena
Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Sempena Ulang Tahun
Kemerdekaan Negara Ke 65.

Tindakan : Semua Guru

4.2 Manakala Program Penutup Program Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan


Peringkat Sekolah Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke 65 akan diadakan
pada 15 September 2022.

Tindakan : Semua Guru


4.3 Panitia Geografi diingatkan tentang pembahagian hadian bagi Pertandingan Panitia
Geografi Program Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah
Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke 65 mengikut anggaran perbelanjaan
PCG Panitia Geografi.

4.4 Pengerusi membahagikan tugas AJK bagi Program Sempena Sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat Sekolah Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke 65
iaitu Panitia Geografi sebagai Setiausaha Program.

5.0 Kewangan

5.1 Pengerusi telah memaklumkan kepada Panitia Geografi bahawa kewangan pada tahun
2022 wajib digunakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pengerusi juga
memaklumkan duit PCG Geografi masih ada sebanyak RM1,300.00 wajib digunakan
dengan sebaiknya untuk kegunaan murid dan pembelajaran.

Tindakan : Ketua Panitia

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Pengerusi berharap pada tahun ini Panitia Geografi akan lebih mantap dari tahun
lepas dengan menaikkan GPMP bagi Geografi bagi Pentaksiran Akhir Tahun dan
mengadakan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dalam Bulan Patriotik dan
Kemanusiaan yang akan diadakan pada tahun 2023 nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada 11.15 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………. ………………………………
Cikgu Ismafaizira Binti Ismail Cikgu Junaidah Binti Abu Samah
Ketua Panitia Geografi GKMP Bidang Kemanusiaan

You might also like