You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KESELAMATAN KAMPUNG

KAMPUNG PARIT MUKIM 82200 BENUT PONTIAN JOHOR


No H/p :

Tarikh : Ogos 2023

Kepada;
Pengurus Bank Rakyat
Cawangan Benut

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN UNTUK JAWATANKUASA PEMBANGUNAN


KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) BMUKIM BENUT

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, tujuan pembukaan akaun bank ini adalah untuk Jawatankuasa
Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Parit Mukim Benut. Pembukaan ini
adalah untuk menyimpan wang hasil dari bayaran yuran yang dibayar oleh penduduk kampung
Kawasan 14 serta daripada pelbagai sumber kewangan lain untuk tujuan keselamatan.

3. Oleh demikian, setelah bermesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan


Keselamatan Kampung, dengan ini dimaklumkan bahawa kesemua ahli jawatankuasa telah bersetuju
untuk membuka akaun di cawangan bank Tuan. Berikut dilampirkan butir-butir yang diputuskan dalam
perbincangan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa:

Bil Nama No. Kad Pengenalan Jawatan


1. Pengerusi
2. Setiausaha
3. Bendahari

4. Pengeluaran boleh dilakukan dua daripada tiga penama. Penama dalam akaun ialah
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Selain itu, kuasa untuk menguruskan akaun JPKK ini bagi
penama adalah seperti berikut:
Bil Butiran Pengurusan Kewangan
1. Urusan Pengeluaran Wang 2 penama daripada 3 penama di atas
2. Pelbagai Urusan Penyata Kewangan 1 penama daripada 3 penama di atas

5. Segala jasa baik dan kerjasama tuan berikan amat kami hargai dan didahului ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

…………………………………
NAMA KETUA KAMPUNG
Pengerusi
JPKK Kawasan
Mukim Benut

You might also like