You are on page 1of 6

Tempat

Bersejarah

11:11PM
Nama tempat bersejarah:

Fort Maghretta Kuching


Sejarah Kubu Fort Maghretta
Fort Margherita adalah sebuah kubu lama yang dibina pada tahun 1879
oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching, Sarawak,
Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah
Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini dibina dengan
gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi
Kuching dari serangan lanun.

Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis


dari 1971 sebelum ia diserah kepada
kerajaan negeri Sarawak dan kini ia
merupakan satu tarikan pelancong di
Kuching.
Sejarah Fort Maghretta

Fort Margherita dinamakan sempena


isteri kesayangan Brooke, Margaret
Alice Lili de Windt, yang
dikahwininya di Highworth, Wiltshire
pada 28 Oktober 1869; dia dilantik
kepada pangkat Maharani Sarawak
dengan gelaran Tuanku Permaisuri
ketika perkahwinan mereka
Kubu ini berbentuk bangunan segi empat
dibina dari batu-bata berplaster. Ia
mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah
berlantai tanah untuk kawalan dan bilik
tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu
belian untuk ruang kediaman tentera.
Manakala bahagian bumbung merupakan
tempat kawalan. Tangga putar (spiral
staircase) daripada kayu belian dan
bertiang besi terletak disatu penjuru
menghubungkan setiap aras sehingga ke
bumbung. Menara tangga ini lebih tinggi
dari bumbung untuk pengawal meninjau
jarak yang lebih jauh.
Kedudukan kubu

Fort Margherita terletak di seberang Sungai Sarawak


berhampiran Astana, kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri
Sarawak. Fort Margherita boleh dikunjungi melalui jalan
raya. Ia memakan masa 15-minit memandu sepanjang Petra
Jaya, atau pelayaran sungai yang singkat dari Pangkalan
Batu, di hadapan Main Bazaar Kuching Waterfront. Ia kini
terletak di sebelah Bangunan Dewan Undangan Negeri
Sarawak Baru

You might also like