You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MAK MANDIN

TINGKAT MAK MANDIN 2


13400 BUTTERWORTH
KOD SEKOLAH: PBB2075
SEBERANG PERAI UTARA NO TEL : 04-3238073
pbb2075@jpnpp.edu.my / PBB2075@moe.edu.my NO FAKS : 04-3238073

Ruj. Kami : SKMM600-15/4/1 ( )


Tarikh : 17 OKTOBER 2023

Texas Chicken Malaysia,


G-1, Ground Floor,
Unit, Lot 11, Jalan 51a/225,
Section 51A, Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia.

Tuan,

PERMOHONAN TAJAAN MAKANAN TEXAS CHICKEN UNTUK MURID PROGRAM PENDIDIKAN


KHAS INTEGRASI (PPKI) SK MAK MANDIN PULAU PINANG SEMASA MENJALANKAN LAWATAN
KEMBARA CILIK KOTA RAYA 2023.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Mak Mandin
akan mengadakan program Kembara Cilik Kota Raya 2023. Butiran program adalah seperti
berikut :
Tarikh : 16 - 18 November 2023 (Khamis-sabtu)
Tempat : Kuala Lumpur
Bil. Peserta : 35 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak PPKI SK Mak Mandin ingin memohon tajaan makanan Texas
Chicken untuk murid-murid PPKI semasa lawatan dijalankan.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid PPKI SK Mak Mandin terdiri daripada murid
istimewa yang terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan. Program ini diadakan bagi memberi
pendedahan serta pengetahuan baru kepada para pelajar pendidikan khas mengenai dunia luar.
5. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh
berhubung dengan Pn. Noorasyikin binti Supian (Penyelaras PPKI SK Mak Mandin) di talian
013-4250488.
6. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

sk : Fail

You might also like