You are on page 1of 8

Lampiran 2 : PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI

PENDAHULUAN

Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni di dalam beberapa aspek
persilatan, iaitu dari aspek-aspek tari silat (bunga) hinggalah ke aspek bela diri.
Pertandingan dijalankan dengan menilai persembahan sesuatu pasukan di mana persembahan adalah
dilakukan di kalangan sesama ahli-ahli pasukan mereka sahaja mengikut kaedah-kaedah peraturan
pertandingan.

1. KELENGKAPAN PERTANDINGAN

1.1 Gelanggang Pertandingan


a. Gelanggang persembahan merupakan empat segi dengan keluasan tidak kurang dari 81
meter persegi ( 9 x 9 meter)
b. Gelanggang boleh dibuat di atas tanah, lantai atau pentas yang rata yang pada pendapat
pengadil ianya tidak membahayakan peserta

1.2 Kelengkapan gelanggang


Kelengkapan gelenggang adalah terdiri dari:
a. Jam pertandingan
b. Gong atau alat yang berfungsi sama
c. Alat perakam kaset atau alat-alat untuk muzik silat.

1.3 Kelengkapan peserta


Pakaian pesilat yang terdiri daripada:
a. Pakaian kepala ( tengkolok)
b. Pakaian badan
Warna dan potongan yang sesuai untuk pertandingan mengikt kreativiti dan tradisi
Melayu yang berasaskan nilai-nilai murni.
c. Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan.
d. Baju layang tidak dibenarkan dipakai semasa acara Seni Tempur Silat dan Seni Silat Asli
e. Baju layang wajib dipakai semasa acara Seni Tari Silat dan Seni Jurus Silat .

2. PENYERTAAN

2.1 Peserta adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan bagi kategori menengah dan rendah
2.2 Peserta mestilah terdiri daripada murid yang sedang bersekolah di sekolah bantuan penuh
Kementerian Pelajaran Malaysia
2.3 Kategori Silat Seni
- Peserta sekolah menengah yang layak ialah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6
- Peserta sekolah rendah yang layak ialah murid tahun 4 hingga tahun 6 sahaja.

1
3. KATEGORI PERTANDINGAN

a) Silat Seni
i) Seni Tari Silat putera/ puteri ( Rendah & Menengah )
ii) Seni Tempur Silat Putera/Puteri( Rendah & Menengah )
iii) Seni Jurus Silat Putera/Puteri ( Rendah & Menengah )
iv) Seni Silat Asli ( Putera Menengah
3.3 CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN
3.3.1 Persembahan pertandingan yang lengkap adalah terbahagi kepada EMPAT
kategori sekolah menengah dan TIGA kategori sekolah rendah:

Seni Tari Silat - Dipersembahkan oleh SEORANG peserta


( lelaki dan perempuan)

Seni Tempur Silat - Dipersembahkan oleh DUA peserta


( lelaki dan perempuan)

Seni Jurus Silat - Dipersembahkan oleh EMPAT peserta


( lelaki dan perempuan)

Seni Silat Asli - Dipersembahkan oleh DUA peserta


( Lelaki Sek. Menengah Sahaja)

3.3.2 Masa persembahan bagi setiap kategori ialah 3 minit. Wisel atau gong akan
dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan. Pada masa 2 minit dan 50 saat masa
persembahan, wisel atau gong akan dibunyikan sekali sebagai tanda peringatan.
Kemudian wisel atau gong akan dibunyikan sebanyak 2 kali sebagai tanda akhir
persembahan.

Persembahan bagi semua kategori hendaklah diiringi oleh muzik manakala kategori.
Muzik boleh menggunakan minus one atau muzik secara langsung.

Corak persembahan Kategori Seni Tari Silat mesti menunjukkan keindahan seni tari
silat tanpa ada unsur serang balas atau gerakan jurus silat yang berturut-turut.

Corak persembahan Kategori Seni Jurus Silat pula mesti menunjukkan gerakan jurus
silat . Pola langkah tidak melebihi 3 pola untuk menunjukkan penghabisan satu-satu
jurus yang dipersembahkan.

4. ATURAN PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada pasukan-pasukan
yang membuat persembahan di kalangan pesertanya sahaja

4.2 Larangan-larangan di dalam persembahan ialah:


a. Persembahan-persembahan yang membahayakan penonton dan pegawai
b. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah dan sebagainya
c. Kelakuan yang mencabar.

2
5. PENILAIAN MARKAH

5.1 Nilai Markah


Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada kategori persembahan seperti
berikut:

a. Kategori Seni Tari Silat


i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30 = 100

b. Kategori Seni Tempur Silat


i. Teknik Serang Bela 30
ii. Kekayaan Teknik 30
iii. Ketangkasan & Kecekapan 20
iv. Daya Tahan & Pernafasan 10
v. Kemantapan Sikap 10 = 100

c. Kategori Seni Jurus Silat


i. Wiraga 50
ii. Wirama 20
iii. Wirasa 30 = 100

5.2 Perincian Pemarkahan – Bagi semua kategori

a. Nilai 5 markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan kurang
15 – 29 saat dari waktu yang ditentukan.
b. Nilai 10 markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan
kurang 30 – 45 saat dari waktu yang ditentukan.
c. Nilai 15 markah ditolak dari peserta pertandingan yang melaksanakan persembahan
kurang 60 saat dari waktu yang ditentukan.
d. Peserta diberi masa 15 saat untuk menyelesaikan gerakan terakhir dari persembahannya.
Persembahan akan dihentikan oleh Ketua Pertandingan jika peserta tidak memberhentikan
persembahan pada akhir tempoh masa tersebut. Persembahan di dalam tempoh masa ini
tidak akan diberi penilaian oleh para pengadil.

5.3 Perkara-perkara yang membolehkan penolakan nilai semasa pertandingan:

a. Perkara-perkara a, b, dan c dalam para 5.3 seperti di atas.


b. Jatuh assesori:
i. Tengkolok ( kecuali semasa acara tempur ) – nilai 2 di tolak
ii. Pakaian badan – nilai 1 ditolak
c. Keluar gelanggang
( sama ada satu atau dua belah kaki atau badan ) – nilai di tolak 1
d. Perkara-perkara a dan b dalam para 4.2. tajuk 4 – nilai di tolak seperti:
i. Meludah
ii. Isyarat lucah
iii. Lain-lain perbuatan melampau yang menyentuh nilai-nilai kesopanan
iv. Perlakuan lucah
v.

3
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Pertandingan dengan dibantu oleh tiga orang
Dewan Juri, lima orang Juri, Setiausaha Pertandingan & Penolong dan Pengamat Waktu &
Penolong

6.2 Pengurusan pengiraan jumlah markah akan dibuat oleh Dewan Juri

6.3 Tugas Juri


Setiap Juri adalah bertanggungjawab:
a. Memberi penilaian markah kepada setiap persembahan
b. Menandatangani setiap borang penilaian markah yang dibuatnya

6.4 Tugas Pengamat Waktu


Pengamat Waktu adalah bertanggungjawab:
a. Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap persembahan mengikut kategori
b. Membunyikan gong atau alat lain yang sama fungsi untuk menandakan persembahan,
amaran waktu hampir tamat dan tamat masa persembahan
c. Mencatat jumlah masa persembahan setiap kategori pasukan yang bertanding
d. Pemotongan markah akan dibuat sekiranya pesilat berhenti sebelum gong kedua
dibunyikan.

7. PENGURUSAN PASUKAN

7.1 Setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Peserta


7.2 Tanggungjawab pengurus peserta ialah menerima segala arahan dari pegawai-pegawai
pertandingan dan melaksanakannya.

8. PENENTUAN KEMENANGAN

8.1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah dari setiap kategori yang
dipertandingkan
8.2 Dalam keadaan di mana jumlah markah yang diperoleh adalah sama, maka unsur-unsur berikut
dijadikan penentu kepada kemenangan mengikut keutamaan susunan ini bagi kategori seni tari
silat, seni tempur silat dan seni jurus silat sahaja.
1. Nilai Wiraga atau kekayaan serang bela
2. Nilai Wirama atau kekayaan teknik
3. Nilai pengurangan markah terkecil
4. Undian dijalankan jika ketiga-tiga penentu di atas tidak dapat mencapai keputusan
cemerlang

8.3 Johan keseluruhan akan ditentukan:


a. Berdasarkan kepada pungutan pingat iaitu johan, naib johan, ketiga dan keempat sekolah
menengah dan sekolah rendah.
b. Jika didapati sama jumlah pingat, jumlah kutipan markah keseluruhan kategori sekolah
menengah akan menjadi penentu kemenangan
c. Jika didapati masih sama, rujuk kepada pemenang mengikut urutan kategori seni tari silat,
seni tempur silat, seni jurus silat dan seni silat asli sekolah menengah lelaki sahaja.
d. Jika didapati masih sama, undian akan dijalankan.

8.4 Segala keputusan akan diumumkan oleh ketua pertandingan atau mana-mana orang yang diberi
mandat oleh ketua pertandingan

4
9. FORMAT PERSEMBAHAN PERTANDINGAN

9.1 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:


a. Peserta masuk ke gelanggang dimulakan kaki kanan
b. Memberi hormat kepada Ketua Pertandingan, Juri dan penonton.
c. Peserta menghadap ketua pertandingan untuk menerima arahan memulakan pertandingan
d. Peserta bersedia untuk memulakan persembahan
e. Masa akan diambil apabila bunyi penanda permulaan dibunyikan dan peserta hendaklah
memulakan persembahannya.
f. Bagi kategori seni tari silat dan seni tempur silat sekolah menengah dan rendah dan
kategori seni jurus silat , setelah 2 minit 50 saat dijalankan, bunyi penanda 1 kali akan
dibunyikan sebagai peringatan bahawa masa ada 10 saat lagi.
g. Tanda masa penamat bagi perkara 9.1 (e) di atas akan dibunyikan 3 minit setelah
persembahan dibuat dan peserta hendaklah mengakhiri persembahannya
.
h. Peserta memberi hormat tiga lungkah ke belakang dan keluar gelanggang dimulakan kaki
kiri.

10. JURI RAYUAN

16.1 Juri Rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan
16.2 Juri Rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap masalah
pertandingan yang dikemukakan kepadanya
16.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad serta tidak boleh dipersoal lagi.

11. ENGKAR DAN HUKUMAN

17.1 Engkar terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan daripada tatatertib
pertandingan boleh dikenakan tindakan:
a. Amaran
b. Dilarang mengikut kegiatan pertandingan
c. Hukuman

17.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang tidak menepati syarat
a. Peringkat umur dan status persekolahan
b. Jantina
c. Kerakyatan
Kategori yang tersebut di atas akan tersingkir dari menyertai pertandingan.

17.3 Perlaksanaan engkar hukuman juga termaktub kepada pengurus, jurulatih, dan pegawai
pasukan

12. Peraturan-peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini hendaklah ditentukan dan dijelas oleh
Jawatankuasa Penganjur Pertandingan.

5
SENJATA JURUS TUNGGAL

SENJATA PILIHAN GANDA SOLO


KREATIF DAN GANDA ( PILIH SATU /
BERKEMBAR)

6
7
8

You might also like