You are on page 1of 8

1.

2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1.2.1 Pendekatan Proses dan Produk


Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk
memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu
kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.
Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan
program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan
pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus
PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran


PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini
termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,
sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan
dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan
pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan
seharian.

Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah


penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan
yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk” tertumpu kepada hasil program
setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil
perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga
merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran
dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap
mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah
(1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi
pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-
empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri
dengan pengajaran dan pembelajaran.
1.2.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang


bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali
sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada
‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan
kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi
lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen
daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni


i. Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya
secara tersendiri.

ii. Sejarah Seni


Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau
dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik,
atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan,
politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.

iii. Kritikan Seni


Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat
penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat
apriesiasi seni.

iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai
sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan
pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di
samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya
itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara
beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama
dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti
penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih
digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model
(NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di
mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta
kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan
kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di
dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara
di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM)
kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta
kurikulum yang lebih terarah.

1.2.3 Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:
(i)Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif


Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian
perlu diberi kepada perkara berikut:
• pengetahuan sedia ada murid
• benda yang konkrit
• minat, kecenderungan dan latar belakang murid
• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
• mencetus idea dan imaginasi
Interaksi Yang Kritis Dan Kreatif Dengan Bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan
aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan
• aktiviti kecil mudah ringkas
• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
• bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / Membuat Penggunaan Alat Bahan Dan Teknik


• tatacara, langkah dan proses membuat
• amalan tertib kerja
• keselamatan semasa bekerja
• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti
Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti
mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti
mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
• aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton, rupabentuk dan bentuk
• aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
• aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
• penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
• perasaan, penghargaan dan refleksi diri
• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.
PROSES APRESIASI SENI / PENGHASILAN PRODUK

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai


proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
• Mengamati hasil seni dan
Menggambar menggambarkan sifat-sifat tampak
(description) seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur
• Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,
Menganalisa prinsip dan struktur.
(analisis) • Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
• Menghuraikan stail sesuatu karya.
• Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
Tafsiran simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
(interpretation) struktur corak dan bahan.
• Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
• Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan
Penilaian fungsi.
(evaluation) • Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.

Jadual 1.1: Proses Persepsi Dan Intelektual Feldman &Smith


Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang
seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses


penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting
sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru
mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.2.4 Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:


 Pemerhatian secara aktif
 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
 Apresiasi seni visual secara mudah
 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:

 Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci


 Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
 Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia
 Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

 Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam


mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
 Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

 Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni


visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi
 Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan
mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

 Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang


wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka
 Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan.

1.2.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

2.4: :-
 Menggambar
 Membuat Corak dan Rekaan
 Membentuk dan Membuat Binaan
 Mengenal Kraf Tradisional.
Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan
pendekatan kemanusiaan.Ia diaplikasikan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya
dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan
membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu:
• Mengenali diri sendiri
• Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
• Peka tentang perasaan
• Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita


mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan
dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai
sesuatu kemahiran. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and
Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik


Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek
andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni
tersebut.

(b) Pendekatan secara psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman
kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.Pendekatan
ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan
dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan dapat menerima
‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih
terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

You might also like