You are on page 1of 2

MALAYSIAN RABBIT BREEDERS ACCOSIATION

(PPM-003-10-10072010)
NO 26 JLN TANJUNG API-API 30/195
SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM
SELANGOR
marbasec@gmail.com

Ruj. : MARBA(FELDA/COOK)
Tarikh : 18 Mei 2023

Encik Hasrin Ismail


Pengarah
Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan FELDA
Tingkat 30, Menara FELDA, Platinum Park
No. 11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN KOLABORASI RABBIT MEET THERMIE COOK-OFF MARATHON 2023

Sukacita perkara tersebut diatas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan, Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA) dengan kerjasama UiTM


serta D’Varomas akan menganjurkan program Rabbit Meet Thermie Cook-off Marathon 2023
berkonsepkan Healthy Family Meals from your Smart Kitchen bermula pada 5 Jun 2023
sehingga 28 Ogos 2023. Program ini dianjurkan bersempena dengan International Conference
on Rabbit Production in Tropical Climate yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September
2023 di Menara FELDA.

3. Objektif program ini ialah untuk mempromosikan kelebihan daging arnab yang kaya
dengan nutrisi dan penyediaan masakan yang menyihatkan dalam kalangan masyarakat moden
Malaysia. Maklumat lanjut seperti dalam Lampiran 1.

4. Sehubungan itu, pihak persatuan menjemput pihak FELDA untuk turut serta dalam kolaborasi
program ini bagi mempromosi dan memberi kesedaran kepada masyarakat luar berkaitan dengan
segmen pemakanan berasaskan daging arnab. Program ini turut mendapat sokongan daripada
kumpulan pengguna Thermomix yang membawakan konsep dapur pintar masa kini.

5. Dengan itu, pihak persatuan berhasrat untuk menjemput wakil daripada jabatan tuan sebagai
urusetia pelaksana program ini dan sekiranya boleh dipanjangkan kolaborasi ini kepada jabatan
dalaman FELDA dan juga kumpulan FELDA serta FGV. Jalinan kerjasama ini akan mewujudkan platform
bagi kedua pihak persatuan dan FELDA dalam usaha menyokong pembangunan ekosistem (supply
chain) Industri Arnab Pedaging yang dibawa oleh FELDA.
6. Maklum balas pihak boleh disalurkan kepada En. Kamarulazwa Muhammad ditalian 019 285
4767 atau melalui emel berikut marbasec@gmail.com.

Kerjasama pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar;

(AISYATURRIDHA ABDULLAH)
Timbalan Pengerusi
Persatuan Penternak Arnab Malaysia

LAMPIRAN 1

You might also like