You are on page 1of 26

Panduan Pengguna MyGIMv2

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

PANDUAN PENGGUNA MyGIMv2


(Pengerusi)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Disediakan oleh : Tarikh kemas kini :


Bahagian Digital dan Informatik 19 Januari 2023
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

KANDUNGAN

1.0 CAPAIAN SISTEM ......................................................................................3

2.0 DAFTAR MASUK.........................................................................................5

3.0 PAPARAN AKU JANJI................................................................................7

4.0 PAPARAN UTAMA SISTEM.........................................................................8

5.0 TUKAR KATA LALUAN..............................................................................10

6.0 MAKLUMAT CALON TEMU DUGA...........................................................11

7.0 JADUAL PEMARKAHAN TEMU DUGA.....................................................13

8.0 PROFIL CALON TEMU DUGA................................................................. 16

9.0 CATATAN PANEL TEMU DUGA...............................................................18

10.0 CARIAN CALON TEMU DUGA...............................................................19

11.0 DOKUMEN...............................................................................................21

12.0 LAPORAN................................................................................................22

13.0 PERAKUAN KESELURUHAN.....................................................................24


Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

1.0 CAPAIAN SISTEM

1.1 Laman Web


MyGIMv2 boleh dicapai dengan memasukkan URL
https://mygimv2.spa.gov.my pada pelayan web (internet browser).

Rajah 1-1: Muka Hadapan MyGIMv2

1.2 iPad
1.2.1 Tekan pada ikon Safari pada iPad.

Rajah 1-2 : Capaian Pelayan Web (Safari) pada iPad


3
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

1.2.2 Taip URL Sistem MyGIMv2 (mygimv2.spa.gov.my) seperti pada Rajah 1-3.

Rajah 1-3 : Capaian MyGIM pada Paparan iPad

1.2.3 Muka hadapan MyGIMv2 akan dipaparkan.

Rajah 1-4: Muka Hadapan MyGIM

4
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

2.0 DAFTAR MASUK

ii

iii

iv
2.2

Rajah 2-1 : Skrin Daftar Masuk

2.1 Proses daftar masuk MyGIM


i. Masukkan ID Pengguna. ID Pengguna kali pertama adalah
nombor kad pengenalan.
ii. Masukkan kata laluan. Kata laluan kali pertama adalah nombor
kad pengenalan.
iii. Masukkan Kod Keselamatan. Kod keselamatan yang berlainan
akan terpapar setiap kali pengguna masuk ke
https://mygimv2.spa.gov.my. Kod Keselamatan ini adalah case
sensitive, penggunaan huruf besar atau kecil diambil kira.
iv. Tekan butang Masuk.

5
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

2.2 Sekiranya lupa kata laluan, pilih Lupa Kata Laluan , Skrin Lupa Kata
Laluan akan dipaparkan.

ii

iii

iv

2.1

Rajah 2-2 : Skrin Lupa Kata Laluan

2.3 Proses set semula kata laluan


i. Masukkan ID Pengguna.
ii. Masukkan alamat e-mel yang digunakan semasa
pendaftaran ID MyGIM.
iii. Masukkan Kod Keselamatan.
iv. Tekan butang Hantar.
v. Kata laluan baru akan dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan
oleh urus setia.

6
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

3.0 PAPARAN AKU JANJI

3.1 Skrin Aku Janji akan dipaparkan selepas log masuk berjaya. Skrin ini akan
dipaparkan sekali sahaja bagi setiap temu duga jika Aku Janji telah
ditanda bagi temu duga tersebut.

iii

ii

iv

Rajah 3-1: Skrin Integriti

3.2 Proses menanda Aku Janji

i. Pilih Pemerolehan (jika terlibat dengan lebih daripada satu temu


duga).
ii. Nama dan No. KP panel akan dipaparkan.
iii. Tandakan Aku Janji Integriti.
iv. Tekan butang Teruskan.
7
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

3.3 Peringatan untuk menandatangani Aku Janji akan dipaparkan sekiranya


butang Teruskan dipilih tanpa menanda Aku Janji.

Rajah 3-2 : Paparan Mesej Peringatan untuk Menanda Aku Janji

4.0 PAPARAN UTAMA SISTEM

4.1 Paparan utama hanya dipaparkan setelah Aku Janji ditanda.

4.2

4.3

Rajah 4-1 : Skrin Utama MyGIM


8
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

4.2 Maklumat temu duga dipaparkan pada bahagian atas skrin utama.
4.3 Perakuan temu duga yang tertera di skrin utama adalah seperti berikut :
i. L - Lantik
ii. S - Simpanan
iii. ST - Simpanan Tambahan
iv. TB – Tidak Berjaya
v. D - Daftar
vi. TH - Tidak Hadir
vii. TI - Tidak Iktiraf
viii. TLS - Tidak Layak Skim

4.4 Secara asasnya perakuan calon disetkan kepada TH. Selepas calon
daftar kehadiran melalui Sistem iREG, perakuan calon akan disetkan
secara automatik kepada D. Calon ini tidak boleh disetkan semula
kepada perakuan TH oleh panel temu duga. Panel temu duga boleh
meminda perakuan calon yang ditemu duga kepada L/S/ST/TB/TI/TLS
sahaja.

4.5 Bagi perakuan L, S, ST dan TB, panel perlu melengkapkan markah di Skrin
Markah TD.

9
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

5.0 TUKAR KATA LALUAN

5.1 Tekan butang Tukar Kata Laluan.

Rajah 5-1 : Kedudukan Butang Tukar Kata Laluan

5.2 Skrin Tukar Kata Laluan dipaparkan.

i
ii
iii
iv

Rajah 5-2 : Skrin Tukar Kata Laluan

5.3 Proses Tukar Kata Laluan

i. Masukkan Kata Laluan Asal.


ii. Masukkan Kata Laluan Baharu.
iii. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baharu bagi tujuan pengesahan dan
tekan butang Simpan.

10
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

6.0 MAKLUMAT CALON TEMU DUGA

6.1 Jika panel terlibat temu duga lebih daripada satu skim perkhidmatan,
pilih Nombor Pemerolehan atau Skim Perkhidmatan yang dikehendaki
daripada senarai tersebut.

Pilih Pemerolehan

Rajah 6-1: Pilih Nombor Pemerolehan

Pilih Skim
Perkhidmatan

Rajah 6-2: Pilih Skim Perkhidmatan

11
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

6.2 Klik pada senarai Tarikh dan pilih tarikh yang dikehendaki dan senarai
calon berkaitan akan dipaparkan.
6.3 Klik pada pautan [Resume] untuk capaian kepada resume calon.

Pilih Tarikh

Pautan
Resume

Rajah 6-3 : Pilih Tarikh Temu Duga

12
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

7.0 JADUAL PEMARKAHAN TEMU DUGA

7.1 Jadual Pemarkahan


Klik pada nama calon bagi memaparkan Jadual Pemarkahan Temu
Duga calon dan profil calon.

Nama Calon

Rajah 7-1 : Senarai Calon

13
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

7.2 Proses Pemarkahan

i. Klik pada salah satu kotak yang bertanda 1 sehingga 10 bagi setiap
item penilaian.
ii. Klik kotak perakuan.
iii. Bagi temu duga yang melibatkan gabungan skim, klik pada skim
yang berkaitan (bagi calon dengan perakuan Lantik, Simpanan
atau Simpanan Tambahan).
iv. Pengerusi hanya boleh melihat markah wakil jabatan.

ii

iv

Rajah 7-2 : Contoh Templat Markah Temu Duga

14
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

iii

Rajah 7-3 : Contoh Templat Markah Temu Duga (Skim Gabungan)

15
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

8.0 PROFIL CALON TEMU DUGA

Profil Calon

Rajah 8-1 : Tab Profil Calon

8.1 Klik pada tab berkenaan bagi membolehkan maklumat calon seperti
Maklumat Personel, Maklumat Penilaian, Maklumat Akademik, Pensijilan,
Pengalaman dan Rekod Temu Duga dipaparkan.

Rajah 8-1-1 : Tab Profil Calon - Personal

16
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rajah 8-1-2 : Tab Profil Calon - PSEE

Rajah 8-1-3 : Tab Profil Calon - Akademik

Rajah 8-1-4 : Tab Profil Calon - Pensijilan

Rajah 8-1-5 : Tab Profil Calon - Pengalaman

Rajah 8-1-6 : Tab Profil Calon – Rekod TD


17
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

9.0 CATATAN PANEL TEMU DUGA

9.1 Klik pada tab Catatan untuk membuat catatan berkaitan calon dan
merekodkan maklumat tidak sama yang dikesan semasa sesi temu duga
berlangsung berbanding dengan maklumat yang tertera di dalam
Sistem.

9.2 Catatan wakil jabatan boleh dilihat oleh Pengerusi temu duga.

Rajah 9-1 : Tab Catatan – Maklumat Salah

Rajah 9-2 : Tab Catatan – Catatan Panel

18
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

10.0 CARIAN CALON TEMU DUGA

10.1 Carian Calon Temu Duga bagi LTD

Masukkan nama atau nombor kad pengenalan calon yang ingin


dicari dan klik pada butang Cari.

Rajah 10-1 : Carian Calon bagi LTD

10.2 Carian Calon Temu Duga bagi Pemerolehan

Klik butang Carian Keseluruhan.

Rajah 10-2 : Kedudukan Butang Carian Calon bagi Pemerolehan

19
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Masukkan Nombor Kad Pengenalan calon yang ingin dicari, tekan


butang Cari.

Rajah 10-3 : Skrin Carian Calon bagi Pemerolehan

Rajah 10-4: Contoh Paparan Hasil Carian Calon

20
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

11.0 DOKUMEN

11.1 Klik butang Dokumen bagi melihat senarai dokumen temu duga yang
berkaitan.

Rajah 11-1 : Kedudukan Butang Dokumen

Rajah 11-2 : Skrin Senarai Dokumen

11.2 Klik pada nama Dokumen berkaitan bagi memuat turun dokumen
tersebut.

21
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

12.0 LAPORAN

12.1 Klik butang Laporan , Skrin Utama Laporan dipaparkan.

Rajah 12-1 : Kedudukan Butang Laporan Pada Muka Utama

Rajah 12-2 : Skrin Utama Laporan


22
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

12.2 Klik laporan yang berkaitan, paparan senarai calon mengikut Laporan
yang dipilih dipaparkan.

Rajah 12-3: Skrin Senarai Calon Mengikut Laporan Pilihan

12.3 Skrin Senarai Calon Mengikut Laporan Pilihan akan dipaparkan.


Sekiranya terdapat mesej yang tertera, Pengerusi temu duga perlu
menyelesaikan semua isu yang dipaparkan sebelum membuat
perakuan temu duga.

12.4 Klik Cetak, laporan akan dimuat turun. Bagi lampiran yang dimuat
turun sebelum perakuan temu duga keseluruhan dihantar melalui
Sistem MyGIMv2, perkataan ‘DRAF’ akan tertera di bahagian atas (kiri)
laporan tersebut.

23
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

13.0 PERAKUAN KESELURUHAN

13.1 Klik pada Perakuan Keseluruhan seperti pada Rajah 13-1.

Rajah 13-1 : Paparan Capaian Perakuan Keseluruhan

ii

Rajah 13-2: Skrin Perakuan Keseluruhan

13.1.1 Setelah urusan temu duga selesai, Pengerusi perlu menghantar

24
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

perakuan temu duga. Setelah perakuan dihantar, sebarang


perubahan kepada markah dan catatan tidak boleh dilaksanakan
(Rajah 13-3).

13.1.2 Proses perakuan


Klik pada kotak perakuan dan klik pada butang Hantar untuk
menghantar perakuan.

Rajah 13-3 : Skrin Paparan Mesej Persetujuan Menghantar Perakuan

25
Panduan Pengguna MyGIMv2
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rajah 13-4 : Skrin Paparan Mesej Tidak Membenarkan Pelaksanaan Pindaan

26

You might also like