You are on page 1of 4

SBLS2033 – WARNA DAN GAYA BAHASA KARYA KREATIF

SESI 2023/2024 (A231)

KERJA KURSUS 60%


- Tugasan 1 20% (CLO3)
- Tugasan 2 20% (CLO3)
- Kuiz 20% (CLO1, CLO2)
PEPERIKSAAN AKHIR: 40 %

TUGASAN 1

a) Tugasan 1 (20%) – Berkumpulan (3 orang satu kumpulan) = pembentangan 5%,


penulisan 15%

Menurut Chambers dan Trudgill (1990:3), dialek ialah suatu penyimpangan daripada bentuk
bahasa yang betul atau standard. Selain itu, dialek juga berkaitan dengan bentuk-bentuk bahasa
yang dituturkan oleh penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan tertentu, yang juga disebut
sebagai kawasan geografi linguistik, yang terpencil serta merupakan cabang-cabang kecil di
dalam suatu bahasa.

Walaupun dialek sering kali dikaitkan dengan percakapan harian, dialek juga tidak asing
dalam karya penulisan, khususnya dalam bidang kesusasteraan. Penggunaan dialek dalam
karya sastera seperti puisi, drama, cerpen dan novel kadangkala menjadikannya istimewa
seterusnya membantu meningkatkan populariti karya tersebut sehingga terkenal bukan
sahaja di dalam negara tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah
karya fiksyen seperti The Adventures of Huckleberry Finn oleh Mark Twain dan Pygmalion
oleh George Bernard Shaw di samping adaptasinya kepada bentuk pementasan muzikal, iaitu My
Fair Lady.

Filem Jogho (Juara) yang disiarkan pada tahun 1999, arahan U-Wei Haji Saari menggunakan
sepenuhnya dialek negeri Kelantan dan selatan Thai telah memenangi anugerah filem terbaik
dalam Festival Filem Malaysia ke 14. Begitu karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad Ranjau
Sepanjang Jalan dalam bentuk adaptasi pada tahun 1983, arahan Jamil Sulung dan juga teks
menggunakan dialek negeri Kedah.
b) Soalan :

Bincangkan penggunaan dialek yang terdapat dalam karya sastera terpilih berdasarkan SATU
filem ATAU SATU teks (novel).

Perbincangan harus menyentuh aspek


a) jenis dialek yang digunakan dalam karya
b) bagaimana dialek dapat memperjelaskan style atau gaya kepengarangan seseorang
pengarang.
c) Kesan penggunaan dialek dalam karya.

Perkara yang perlu ada dalam slide power point/pembentangan (minggu ke 10) dan juga
penulisan lengkap:

i. Pengenalan – Apakah dialek? (sekurang-kurangnya perlu ada 3 definisi dialek oleh


sarjana)

ii. Maklumat karya sastera atau filem yang digunakan (tajuk karya, siapa pengarang
(maklumat pengarang sepintas lalu), tahun terbitan dan Sinopsis karya sepintas lalu.
Masukkan juga cover buku atau filem yang digunakan.
iii. Sorotan karya berkaitan analisis dialek (sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal berkaitan
dialek perlu dimasukkan)
iv. Perbincangan / analisis berdasarkan filem atau teks pilihan kumpulan.
- Dalam bahagian ini perlu ada jadual dialek (senaraikan perkataan-perkataan yang
dikenal pasti sebagai dialek).
- ‘Bold’ setiap isi perbincangan. sebagai subtopik.
- Setiap isi perlu ada huraian kepada isi, petikan contoh dari karya(sekurang-
kurangnya DUA petikan contoh penggunaan dialek dalam karya yang dikaji
bersesuaian dengan isi yang dibincangkan.

Iv. Kesimpulan
v. Jumlah halaman – 13-15 tidak termasuk rujukan.
vi. Rujukan (mulakan pada halaman baru)

Peringatan

 Penggunaan bahasa Inggeris tidak dibenarkan.


 Tarikh pembentangan minggu ke 10.
 Tarikh serahan tugasan adalah pada Minggu ke-11.
 Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy .
 Markah pembentangan sebanyak 5% dilihat dari aspek isi pembentangan, kerjasama ahli
kumpulan dan kreativiti kumpulan.

BOLEH MENGGUNAKAN TEKS / FILEM BERIKUT- SATU KUMPULAN SATU TEKS,


PASTIKAN TEKS/FILEM SETIAP KUMPULAN TIDAK SAMA

NOVEL:

1- ANUAR RIDWAN- TIGA SIFAR LIMA


2- AZIZI ABDULLAH-NOVEL BERUK
3- S. OTHMAN KELANTAN - NAGHOHO ASTANA / ANGIN TIMUR LAUT
4- SHAHNON AHMAD- RANJAU SEPANJANG JALAN
*Teks pilihan pelajar yang sesuai boleh digunakan setelah berbincang dengan
pensyarah.

FILEM:
1- Jogho (Kelantan dan Pathani)
2- Rabbit (filem animasi – dialek campur semua negeri)
3- This is Pilah (negeri Sembilan)
4- Mak Cun (Kedah)
5- Mami Jarum (Pulau Pinang)
6- Polis Evo
7- Debu-debu kasih, 1995 (Trengganu)
8- Kaki Bakar, 1995 (dialek Jawa)
9- Filem Sabri Yunus (menggunakan dialek Kelantan)
*Filem pilihan pelajar yang sesuai boleh digunakan setelah berbincang dengan
pensyarah.

TUGASAN 2 (20%) – INDIVIDU

Soalan:
Berdasarkan teks/filem yang sama dalam Tugasan 1 di atas, bincangkan empat kategori
penggunaan gaya bahasa berdasarkan Tarigan (2009), iaitu gaya bahasa perbandingan,
pertautan, pertentangan dan perulangan.

Makluman:
Perbincangan untuk setiap jenis gaya bahasa sekurang-kurangnya mengandungi DUA ISI X
4 jenis gaya bahasa = 8 isi (contoh - gaya bahasa perbandingan, isi 1- metafora/ isi 2 –
personifikasi. Begitu juga untuk jenis gaya bahasa yang lain).

Format Tugasan:
Rujuk tugasan 1 di atas.

Tarikh hantar tugasan 2:


Minggu ke 13

You might also like