You are on page 1of 1

DEFINISI-DEFINISI

1. Program perancang keluarga kebangsaan


 Evolusi dasar kependudukan dan kekeluargaan di negara ini telah bermula sejak pelaksanaan Program Perancang
Keluarga Kebangsaan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN) pada tahun 1966. Tujuan utama
program ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk daripada 3% kepada 2%
menjelang tahun 1985 iaitu dalam tempoh kurang daripada 20 tahun.

2. Dasar 70 juta penduduk


 Pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia secara rasminya telah menyampai dan menjelaskan tentang dasar
kependudukan yang kedua iaitu Dasar 70 Juta Penduduk semasa membentangkan Kajian Semula Rancangan
Malaysia Keempat (RMKe-4). Rasional utama matlamat ini adalah untuk memperlahankan penurunan kadar
kesuburan penduduk sebanyak 0.1 mata bagi setiap lima tahun.

3. Kajian pelan strategik bagi pelaksaan dasar kependudukan negara


 LPPKN telah menilai prestasi pencapaian Dasar 70 Juta Penduduk melalui pelaksanaan Kajian Pelan Strategik
bagi Pelaksanaan Dasar Kependudukan Negara pada tahun 1992. Hasil kajian mendapati matlamat kuantitatif
dasar ini (penduduk berjumlah 70 juta) mungkin tidak akan tercapai disebabkan oleh kadar kesuburan penduduk
telah menurun dengan lebih cepat daripada apa yang dijangkakan.

4. Kajian pelan strategik kependudukan kedua


 Bagi menilai keberkesanan strategi serta prestasi pelaksanaan program dan aktiviti kependudukan dan
pembangunan negara sedia ada, pada tahun 2009, LPPKN telah menjalankan Kajian Pelan Strategik
Kependudukan Kedua. Penemuan utama kajian ini adalah kadar kesuburan penduduk telah menurun dengan lebih
cepat dan dijangkakan bahawa paras penggantian penduduk akan dicapai pada tahun 2015.

5. Kajian semula dasar kependudukan negara: pelan tindakan ke arah pembangunan lestari 2030
 Pada tahun 2017, LPPKN telah menjalankan Kajian Semula Dasar Kependudukan Negara: Pelan Tindakan ke
Arah Pembangunan Lestari 2030 untuk mengenal pasti isu-isu semasa berkaitan kependudukan dan seterusnya
menyediakan satu pelan tindakan yang strategik dalam usaha negara mencapai matlamat pembangunan lestari
menjelang tahun 2030 seiring dengan Post 2015 United Nations Development Agenda yang bertemakan
Transforming Our World: The 2030 Agenda for Sustainable Development

You might also like