You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/357527938

Isu dan Cabaran Dalam Kemahiran Membaca Dikalangan Murid Sekolah


Rendah di Malaysia (Issues and Challenges In Reading Skills Among Primary
School Students in Malaysia)

Article · December 2021

CITATIONS READS

0 26,669

2 authors, including:

Khairul Jamaludin
Universiti Kebangsaan Malaysia
59 PUBLICATIONS 268 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Khairul Jamaludin on 03 January 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Isu dan Cabaran Dalam Kemahiran Membaca Dikalangan Murid


Sekolah Rendah di Malaysia
(Issues and Challenges In Reading Skills Among Primary School
Students in Malaysia)
Jayaganes Balanadam1*, Khairul Azhar Jamaluddin1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: jjayjay160184@gmail.com

Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran dalam kemahiran membaca
dikalangan sekolah rendah di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid sekolah kerajaan di
Malaysia disebabkan oleh (1) faktor individu, (2) psikologi,(3) faktor kaedah pengajaran guru,
(4) masa pengajaran, dan (5) faktor persekitaran yang digunakan. lmplikasi kajian ini
menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi
mengatasi masalah membaca murid-murid sekolah rendah di Malaysia.

Kata kunci: Isu dan cabaran kemahiran membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam,
sekolah rendah kerajaan

Abstract: This study aims to examine the issues and challenges in reading skills among
primary schools in Malaysia. Findings show that the contributing factors to the existence of
reading problems among government school students in Malaysia are due to (1) individual
factors, (2) psychology, (3) teacher teaching method factors, (4) teaching time, and (5)
environmental factors used. The implications of this study explain that the teaching methods of
language teachers need to be improved and enhanced to overcome the reading problems of
primary school students in Malaysia.

Keywords: Issues and challenges of reading skills, case studies, in -depth interview methods,
government primary schools
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperolehi
melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat
oleh mund ketika membaca (Zamri 2008; Yahya 2008). Sebagai contoh, untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyai kemahiran
membaca yang betul. Biasanya, murid akan mudah lupa dan tidak memahami apa yang dibaca
walaupun membacanya dengan beruiang kali. Keadaan tersebut menmiukkan bahawa cara
membaca murid berkenaan belum dapat menghasilkan kefahaman daripada pembacaan yang
dilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran masa, murid perlu mengetahui dan melatih diri
membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang berseraian dengan diri
mereka. Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentlrnya boleh menyebabkan murid

127
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca
(Samsiah 2008; Yahya 2008). Isu membaca tidak pemah lapuk diperkatakan. Biarpun
masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan
dunia teknologi maklumat dan perkomplrteran, namun hakikat kepentingan membaca tidak
boleh diabaikan (Mohamad Sofee 2007). Hanya dengan membaca, negara dapat melahirkan
generasi yang berilmu dan berwawasan. Masyarakat membaca juga menjadikan ilmu sebagai
landasan hidup. Oleh yang demikian, masyarakat membaca sangat cintakan bahan-bahan ilmu,
khususnya buku, jurnal dan majalah yang menyalurkan ilmu dan menyuburkan hikmah.
Masalah membaca juga dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata
pelajaran. Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca
penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan
berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan
amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikan bahasa
Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama
melalui penetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandllng dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah (Kernenterian Pendidikan Malaysia 2000). Justeru, masalah membaca
memberi kesan terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai keputusan yang lebih baik
dalam semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Definisi Kemahiran Membaca

Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan menjadi medium komunikasi utama sama
ada secara bertulis atau lisan dalam negara Malaysia. Majoriti sarjana dalam bidang pendidikan
seperti Effendy (2017), Halim, Tohar, dan Samsu (2018) dan Hassan, Angterian, dan Yusop
(2017) menyatakan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu merupakan asas
kepada pembinaan peradaban dan untuk mencapai status negara maju. Keperluan kepada
pemahaman konseptual bahasa Melayu perlu diberikan perhatian yang lebih mendalam dalam
kalangan murid sekolah rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemantapan penguasaan
bahasa Melayu perlu diperkukuhkan di peringkat awal persekolahan sebelum mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian
tinggi (Jamian, 2016; Nadzri, 2017; Taib, Mahamod, Haron, & Makmun, 2016).

Di peringkat sekolah rendah, subjek bahasa Melayu dikategorikan sebagai subjek teras. Subjek
bahasa Melayu memerlukan keupayaan mantik, meta kognisi dan kognitif untuk membolehkan
murid-murid menyampaikan idea mereka secara bersistematik (Aziz & Rahman, 2018;
Mohamad & Mahamod, 2016; Saad, Jalaluddin, & Abdullah, 2018). Untuk menguasai bahasa
Melayu, murid perlu menguasai 3 kemahiran penting ia itu bertutur, membaca dan menulis.
Beberapa pengkaji lepas memberi penekanan kepada kepada lima kemahiran utama iaitu
kemahiran bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kedua, kemahiran mendengar yang terdiri daripada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan
maklum balas. Ketiga, kemahiran bertutur yang merangkumi keupayaan murid berkomunikasi
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Keempat, kemahiran membaca yang
merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan lancar dengan sebutan, intonasi, dan
jeda yang betul. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan bacaan secara kritis. Kelima, kemahiran menulis yang dilihat sebagai keupayaan murid
menyampaikan idea tentang ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi secara kreatif melalui

128
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

penulisan dengan menggunakan perkataan dan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul (Hassan, Hussin, Siraj, Sapar, & Ismail, 2019; Idris & Ibrahim, 2014). Penguasaan
kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas dapat melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
perhubungan sosial dan urusan harian (Hassan & Rahman, 2016; Jamian, 2016; Awang
Sariyan, 2016).

Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia
merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak. Dalam proses tersebut,
manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis.

Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah kebolehan bacaan awal. Ia merujuk
kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan.
Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya, ia
dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah
serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah (Smith , 1985). Sinclair
dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal
bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan
pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak
dikenalinya.

Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah setahun
belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan,
boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat apabila
berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali. Terdapat beberapa kajian lepas telah
dilaksanakan dalam memenuhi usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu di
Malaysia. Pengkaji-pengkaji lepas telah memperkenalkan beberapa rumus struktur ayat untuk
meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid (Sebagai contoh: Ibrahim
(2012); Haron et al. (2012); Aswati dan Muliana (2016); He (2016); Zakaria & Abdullah
(2014)). Kepelbagaian kaedah baru ini adalah amat disarankan kerana dalam usaha membentuk
atau membina ayat yang baik, murid memerlukan kombinasi komponen aspek bahasa dan idea
(isi kandungan karangan) yang bernas (Amrullah et al., 2018; Idris & Noor, 2018; Nachiappan,
Yin, & Sehgar, 2018). Sehubungan itu, penekanan kepada kaedah untuk meningkatkan
keupayaan murid menjana idea-idea baru harus diberi penekanan seiring dengan pengukuhan
kemahiran Bahasa.

3. Jenis-Jenis Model Kemahiran Membaca

Model kemahiran membaca dalam DSKP


Model ini adalah salah satu model yang menekankan aspek kemahiran membaca di samping
penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan
murid untuk membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Terdapat
beberapa kajian lepas telah dilaksanakan dalam memenuhi usaha kerajaan dalam
memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia.

Model Teori Bottom- Up


Bottom-up berarti dari bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju
ke atas (otak/kepala). Menurut teori ini teks adalah yang menentukan pemahaman seseorang
pembaca. Menurut (Harris & Sipay, 1980), membaca dalam proses bottom-up merupakan
proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf,

129
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya. Menurut (Harjasuna, 1996), pula tugas utama
pembaca menurut teori ini adalah proses mengekod lambang-lambang yang tertulis menjadi
bunyi-bunyi bahasa. Menurut (Brown, 2001) menyatakan bahwa pada proses bottom-up
membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku
kata, kata-kata frasa, petunjuk gramatika dan tanda wacana, kemudian menggunakan
mekanisme pemrosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna.

Model Teori Top- Down


Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan dikembangkan oleh
Goodman (1976). Model ini melihat membaca adalah sebahagian dari proses pengembangan
skema seseorang yakni pembaca secara stimultan (terus-menerus) menguji dan menerima atau
menolak hipotesis yang ia buat sendiri pada saat proses membaca berlangsung. Proses
membaca model ini dimulai dengan hipotesis dan prediksi-prediksi kemudian
memverifikasinya dengan menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.
Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan strategi
yang didasarkan pada penggunaan petunjuk semantik dan sintaksis, dimana untuk
mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat menggunakan petunjuk tambahan yang berupa
kompetensi berbahasa yang ia miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa
saja memainkan peranan penting dalam membentuk makna bacaan. Jadi teori Top-down dapat
disimpulkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai
dasar dalam memahami bacaan.

Model Teori Transactional


Membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa /
konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca,
dan teks. Membaca adalah "aktiviti memilih." Pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan,
dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau penimbulan. Pendirian kita
ke arah membaca mungkin efferent (saintifik, membaca untuk info) atau estetik (seni,
perasaan). Namun demikian, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang mereka
akan perolehi daripada teks itu. Pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan
soalan yang berupaya mengalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan
memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk
membuat makna mereka sendiri.

Model Teori Interaktif


Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up.
Pada model interaktif, pembaca mengadopsi pendekatan top-down untuk memprediksi makna,
kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar
dikatakan oleh penulis. Maknanya kedua model tersebut terjadi secara spontan ketika proses
membaca. Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis
makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam
bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara
pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca. Menurut
(Rubin,1982), proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang
kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan
kemampuan berfikir tentang konsep verbal. Pendapat ini mengisyaratkan bahwa ketika proses
membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam masa yang
sama. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif merespon dan
mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca

130
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang
ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

Di samping itu, Noor Zila Md. Yusuf (2015) mengkaji pencapaian 28 orang murid Iban Tahun
4 yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk
menganalisis strategi pembelajaran murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Data daripada ujian karangan dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
strategi pembelajaran yang digunakan oleh murid semasa membina ayat dalam penulisan
karangan. Dapatan kajian menunjukkan murid mempunyai masalah dalam penguasaan aspek
imbuhan bahasa. Hal ini dapat dilihat dengan pengguguran imbuhan awalan masih tidak ketara
oleh murid, namun kesilapan penggunaan imbuhan awalan masih kerap dalam proses membina
karangan, iaitu dengan meletakkan imbuhan yang tidak tepat pada kata tunggal. Dapat
dikatakan model interaktif merupakan proses aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor
yang bertujuan untuk memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan
bacaan dalam peristiwa membaca.

4. Isu dan di kalangan Murid-Murid

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara namun, terdapat pelbagai kajian lepas
yang menekankan tentang kekurangan keupayaan murid di negara ini untuk menguasai bahasa
Melayu. Kajian yang dijalankan oleh Haron et al (2012) menunjukkan kebanyakan murid gagal
menggunakan tatabahasa dengan betul dan tidak gramatis. Manakala, Zamri dan Amin (2006)
didalam kajian mereka pula, mendapati kebanyakan pelajar terutama pelajar bukan melayu
melakukan pelbagai kesilapan pertuturan bahasa melayu. Malah, laporan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LLM) (2008) merekodkan kegagalan murid UPSR dalam
bahasa Melayu berpunca dari kekurangan keupayaan murid untuk memilih kosa kata yang
menarik dan bersesuaian dengan grafik soalan.

Tambahan pula, menurut Chua Soon Bui (2008) pula, berdasarkan Ujian Penapisan K1A2M
pada bulan Januari 2008, peratusan dan bilangan murid-murid Tahun 1 sekolah kebangsaan
yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis atau mengira dalam program
K1A2M di Sabah adalah sebanyak 65.5% atau 28,700 orang. Meskipun, prestasi tersebut
merujuk kepada sebuah negeri di Malaysia berbanding seluruh Malaysia, namun, jumlah
tersebut mungkin boleh bertambah jika dipandang enteng. Malah, menurut Che Hassan dan
Abdul Rahman (2011), pencapaian murid-murid dalam penulisan karangan masih kurang
memuaskan. Ini akan berterusan walaupun Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah
dimansuhkan pada 2020. Persediaan murid sekolah rendah ke sekolah menengah dari segi
penguasaan membaca amat penting kerana penguasaan membaca dapat menambahkan kosa
kata dan penguasaan penulisan murid.

Meskipun kegagalan murid dalam membaca boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti
kelemahan murid sendiri, sikap negatif murid yang kurang berminat terhadap pelajaran,
kelemahan strategi pengajaran guru, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak dapat
mengenal pasti suku kata dan penggunaan bahasa dialek (Che Hassan & Abdul Rahman, 2011),
namun usaha perlu diberikan untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut. Masalah
membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam
pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesan psikologi kepada
individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan diri sendiri sekiranya mereka
memiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud (2005), terdapat ramai murid
yang tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea, pendapat dan

131
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sebagainya. Sikap sesetengah guru Bahasa Melayu yang kurang memberikan perhatian
terhadap kemahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilik darjah berkemungkinan
telah menyumbang terhadap keadaan sedemikian. Bagi murid darjah enam di beberapa sekolah
rendah, sepatutnya mereka telah dapat menguasai kemahiran membaca tersebut dan dapat
memahami teks yang dibaca. Murid-murid yang berdepan dengan masalahmembaca tentunya
terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan berlaku gejala tersebut. Oleh itu, kajian
faktor masalah membaca dan kesan masalah membaca kepada murid-murid perlu dibuat kajian
di Malaysia, Tamam (2010).

Justeru, sebuah pendekatan pembelajaran yang berkesan adalah amat diperlukan bagi
memastikan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah boleh berlaku dengan lebih
kondusif.

5. Cabaran Dalam Peningkatan Kemahiran Membaca

Disamping itu berbanding murid melayu, murid bukan melayu mempunyai cabaran yang besar
untuk menguasai bahasa yang bukan dari rumpun mereka. Menurut Porrmalu @ Perumai et al,
(2017), keputusan peperiksaan UPSR bagi Sekolah jenis kebangsaan Tamil, (SJKT)
menunjukan peratus kelulusan bagi mata pelajaran BM PEM pada tahun 2011 adalah sebanyak
86.59% dan seterusnya menurun kepada 74.70% pada tahun 2013. Meskipun terdapat beberapa
faktor yang boleh dikaitkan dengan penurunan pencapaian tersebut seperti faktor sikap dan
minat murid (Pormalu @Perumai et al, 2017), namun, penurunan peratusan ini tidak boleh
diabaikan. Usaha perlu dipertingkatkan bagi membantu pelajar bukan Melayu menguasai
bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan.

Meskipun menurut Jamain et al (2018), kebanyakan pelajar bukan melayu di percayai gagal
untuk mempelajari dan menguasai bahasa melayu biarpun telah dipekenalkan dengan subjek
ini dari tahun satu disebabkan oleh pengaruh penggunaan bahasa asal dan adalah Bahasa
kelahiran mereka selain turut dipengaruhi oleh minat. Namun, sejauhmanakah pekara ini benar-
benar mempengaruhi pelajar bukan Melayu dalam menguasai bahasa Melayu belum dikenal
pasti. Tambahan, masih kurang kajian dijalankan dalam bidang pendidikan untuk melihat kesan
dan penguasaan pelajar bukan Melayu sekiranya mereka di ajar dengan menggunakan teknik
pengajaran yang berbeza. Di samping itu, dari aspek kaedah pengajaran pula, pelbagai kaedah
digunakan oleh guru bagi menyampaikan isi pelajaran, namun, menurut kajian yang dijalankan
oleh Radiah Yusoff, Eileen Sim Sew Wah, Jafizah Jaafar, dan Tang Tyy Ling (2010) didalam
Peng dan Haris (2019) terdapat hampir 80 peratus guru didalam kajian mereka menggunakan
kaedah suapan atau ‘spoon-feeding method’ dalam aktiviti pengajaran bahasa di bilik darjah.

Keadaan ini menurut Peng dan Haris (2019), amat membimbangkan kerana kaedah ini boleh
menyebabkan proses pembelajaran berlaku secara sehala dan membelakangkan kebolehan, dan
minat pelajar serta menggalakkan mereka menjadi penerima maklumat yang menerima dan
menyalin apa-apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Malah, sekiranya kaedah ini
diimplikasikan kepada semua jenis murid tanpa mengira tahap kemampuan dan keupayaan
murid, dibimbangi murid bukan melayu akan sentiasa bergantung kepada kaedah ini lantas
mengurangkan proses penjanaan idea dari kalangan pelajar.

Tambahan pula, menurut, Hasan (2017) murid bukan melayu mempunyai peluang yang sedikit
untuk mempraktikkan bahasa melayu berbanding murid melayu yang menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa natif. Malah, menurut Pormalu @ Perumai et al, (2017) tahap
pembelajaran bahasa Melayu murid-murid di SJKT bermula pada peringkat yang paling asas

132
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dan kebayakkan mereka diberi pendedahan awal kepada kandungan pelajaran bahasa Melayu
pada tahap satu dari darjah 1 sehingga darjah 3 berbanding pelajar melayu. Justeru, adalah
wajar sekiranya murid bukan Melayu terutama murid dari sekolah jenis kebagsaan diberi
peluang untuk mempelajari bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan berbeza sesuai
dengan penguasaan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam usaha mendalami bahasa
Melayu.

Pada waktu yang sama, jika dilihat dari aspek orientasi pengajaran di bilik darjah, fokus yang
diberikan oleh guru kebanyakkannnya menurut Peng dan Haris (2019) memberi fokus kepada
satu-satu aspek sahaja, sama ada produk dan hasil pembelajaran atau cara dan proses
pembelajaran lantas kurang memberi perhatian kepada proses perkembangan dan
pembangunan diri pelajar secara menyeluruh. Justeru, sebuah pendekatan yang memusatkan
pengajaran berbentuk kognitif amat diperlukan agar suasana pembelajaran koperatif dapat
dibentuk.

Tambahan pula, meskipun terdapat pelbagai kajian lepas yang menitik beratkan teknik
membaca bahasa Melayu, namun kajian yang memberikan fokus terhadap teknik tertentu
seperti pendekatan kognitif dan koperatif masih belum diterokai dengan lebih mendalam.
Malahan, kajian yang dijalankan bekaitan modul bahasa Melayu sediaada lebih memberi fokus
kepada proses implikasi dan penggunaan teknik dalam pembelajaran dan kurang memberi
tumpuan kepada pelajar bukan melayu dan sekolah jenis kebangsaan (Haron et al, 2009;2012).
Justeru, kajian yang memberi tumpuan kepada aspek tersebut adalah wajar dijalankan supaya
keberkesanan teknik ini dapat dikenalpasti dengan lebih mendalam.

Justeru, melihat kepada kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan, seharusnya kajian
untuk membangunkan sebuat model modul kemahiran membaca bagi memberi penumpuan
yang komprehensif kepada pemasalahan-permasalahan yang dinyatakan. Meskipun, murid
sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan dari arus perdana mungkin mempunyai
kemampuan dalam pembelajaran yang sama, namun kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh
murid bukan Melayu terutama sekali di sekolah jenis kebangsaan wajar diberi tumpuan.
Justeru, dengan memberikan intervensi yang bersesuaian kepada murid bukan Melayu melalui
pendekatan kognitif dan koperatif diharapkan dapat membantu meningkatkan daya tumpuan
mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran mereka
dalam memahami pembelajaran didalam kelas khususnya bahasa Melayu. Sehubungan itu, atas
dasar keprihatinan, kajian kemahiran membaca ini harus dijalankan dalam usaha mencari jalan
penyelesaian yang berkesan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar yang masih buta huruf.

6. Kesimpulan

Masalah ketidakbolehan membaca masih berlaku negara kita. Dengan jumlah penduduk yang
tidak ramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yang serba maju, sepatutnya
masalah tidak boleh membaca ini tidak boleh berlaku atau sekurangnya dalam jumlah yang
sedikit. Melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadap peserta guru, murid dan ibu bapa
murid, maka terdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh itu, agensi-agensi bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku
Teks, Bahagian Pendidikan dan Latihan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan
Daerah dan lain-lain perlu mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah
ketidakbolehan membaca murid-murid ini. Dalam kajian ini, telah dikenal pasti enam faktor
utama mengapa masalah membaca ini masih lagi berlaku. Justeru, langkah-langkah menangani

133
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

masalah ini boleh dibuat dengan mengambil kira enam faktor utama utama masalah membaca
yang dihadapi murid-murid darjah enam di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

Rujukan

Awang Sariyan. (2011). Mencari Makna Diri Melayu. Renungan untuk Bangsaku Edisi
Kedua.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Yan Piaw. 2006. Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Chwee Hwa Ooi. (2018). Keberkesanan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Imbuhan
meN dan peN dalam kalangan Murid SJKC. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra
Malaysia, Serdang, Selangor.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2): 10-22.
Creswell, J.W. 2005. Research design: Qualitative and quanlitative approach.Thousand Oaks,
CA: Sage Publication.Flick, U. 1998. An introduction to qualilative research. London:
Sage Publication.Jabatan Pelajaran Brunei. 1985. Sistem
Jamila K. A. Mohamad Kutty, Mohd Hanafi bin Mohd Yasin & Rosadah Abd. Majid. (2012).
Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis dalam Bahasa Melayu bagi
Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2):
111-127.
Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya:Longmann.
Landis, J.R. & Koch, G.G. 1977. The measurement of observer agreement for categorical data.
Biometrics 45:255-268.
Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan litera.gi bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif Pengalaman kerja lapangan kajian.Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Manprit Kaur & Mohamad Amin. (2011). “Language Learning Strategies Employed by
Primary School Students”. Dalam Mohamad Yazid Mohamad. Kekerapan Penggunaan
Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1): 85-92.
Marzukhi Nyak Abdullah. 1994. Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Kurikulum bersepadu
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Md. Daud Taha.2000. Bacaan mekanis dan hubungannya dengan kemahiran bertutur. Bandar
Seri Begawan: Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah.
Mohamad Yazid Mohamad. (2017). Kekerapan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa
Melayu dalam Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 7(1): 85- 92.
Mohamad Sofee Razak. 2007. Intelek kurang membaca. Utusan Malaysia,26 November.
Nathesan. S. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Kemahiran mendengar bahasaArab: Satu kajian di
sekolah menengah kerajaan negeri. Tesis Dr. Fal. Fal-ulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur
Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 8(1): 74-83.
Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kedua. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

134
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 4, 127-135, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2016). Strategi Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Jerman. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 4(2): 10-19.
Roshidah Hassan. (2017). Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
Pelajar Perancis. Journal of Language Studies 17(1): 125-146.
Sabar Mohamad. 2008. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar di Melaka. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Samsiah Yaakub.2008. Penguasaan bacaan mekanis di kalangan murid darjah 3: Satu kajian
kes di Sekolah Umar Ali Saifuddin, Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Bahasa, Instiftit
Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.
Sharala et al. (2014). Penggunaan dan Kekerapan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan Pelajar Warganegara Asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2): 25-35.
Sugiyono. 2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CV Alfabeta.
Tamam. 2010. Reading Problems in Govemment Primary School Students
in Brunei Darussalam: A Case Study.Jurnal Pendidikan Malaysia. 35 (2)(2010) : 77-85
Wiersma, W. 2000. Research method in education: An inlroduction. Needham Heights, NY:
Allyn & Bacon.
Yahya Othman. 2008. Proses dan strategi membaca berkesan.Serdang: Penerbitan Universiti
Putra Malaysia.
Yin, R.K. 1994. Case study research: Design and methods.2: Edition. Thousand Oaks, CA:
Sage Publications.
Whitehurst, G. J. & Lonigan, C. (2001). “Emergent Literacy: Development from Prereaders to
Read”. Dalam Jamila K. A. Mohamad Kutty et al. Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran
Membaca dan Menulis dalam Bahasa Melayu bagi Murid Prasekolah Bermasalah
Pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2): 111-127.52
Zamri Mahamod.2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
cemerlang sekolah menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

135
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

View publication stats

You might also like