You are on page 1of 3

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

JABATAN PERNIAGAAN
UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)


DBF 2143 BUSINESS LAW

TUGASAN BERTULIS (INDIVIDU)


Program : Diploma Pengurusan Perniagaan

Ambilan : 2019/2020
CLO2 Menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kontrak perniagaan dengan
menggunakan prinsip-prinsip dalam undang-undang kontrak dan undang-undang agensi yang telah
Hasil Pembelajaran dipelajari di dalam kursus. (C3, PLO6)
Kursus
Solve problems relating to business contract by practising the principles of contract law and agency law
learned in the course.
Nama Pelajar

No. KP

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.


2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan tulisan Arial saiz fon 12, langkau baris 1.5”.
3. Sila hantar tugasan anda secara Hard Copy dan dihantar terus ke kotak serahan yang disediakan. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
4. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 27 Ogos 2019, sebelum pukul 3:00 petang. Serahan selepas 27 Ogos 2019
TIDAK akan diterima.
5. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja
sendiri. Pelajar digalakkan membuat rujukan jurnal, tesis, kertas projek, ebook, Internet dan sebagainya bagi menyokong
hujah dan cadangan.
6. Tugasan ini menyumbang sehingga 30% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan
kepada RUBRIK TUGASAN.
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM.
Drpd/of : 3

A. TUGASAN/ASSIGNMENT
Anda dikehendaki

membuat satu analisa lengkap menurut undang-undang berkaitan berdasarkan situasi


kes yang diberikan.

Soalan 1:
Mr Robinson, iaitu pengarah Tower Of Music Sdn Bhd. telah bersetuju membenarkan
Syarikat Full Dream Music Sdn. Bhd menyewa dan menggunakan dewan muzik dan
perkarangannya bagi tujuan membuat persembahan. Sebelum tiba hari persembahan,
gempa bumi telah berlaku dan memusnahkan dewan muzik. Syarikat Full Dream Music Sdn.
Bhd telah gagal menjalankan persembahan muzik dan mengalami kerugian sebanyak
RM200,0000 kerana pembayaran pampasan kepada pembeli tiket muzik.
Berdasarkan situasi di atas, nasihatkan Mr Robinson mengikut peruntukan Akta Kontrak
1950.

Soalan 2:
Rasydan ingin menjual kereta Mercedes E260 lalu melantik Jane sebagai ejennya. Pada 1
Januari 2019, Jane telah menerima tawaran RM122,000 dari Masnah dan kemudian
memberitahu Rasydan yang telah menerima tawaran itu tertakluk kepada perjanjian yang
akan ditandatangani. Pada 25 Jan 2019, Haffiz menawarkan RM150,000 kepada Jane. Jane
tidak memberitahu Rasydan mengenai tawaran ini. Selepas Rasydan dan Masnah sempurna
berkontrak barulah Rasydan mengetahui tentang tawaran Haffiz. Berdasarkan situasi di atas,
nasihatkan Rasydan.
Berdasarkan situasi di atas, nasihatkan Mr Robinson mengikut peruntukan Akta Kontrak
1950.

Tugasan anda hendaklah dihantar mengikut format seperti berikut:

1. Isu yang dikenalpasti dalam kes.


2. Akta / seksyen / rujukan kes yang berkaitan dengan kes yang diberikan.
3. Keputusan mahkamah berdasarkan rujukan kes yang berkaitan.
4. Rumusan berdasarkan isu.
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM.
Drpd/of : 3
5. Kesimpulan berdasarkan rumusan.

B. KRITERIA PENILAIAN/ASSESSMENT CRITERIA


Prestasi anda akan dinilai berasaskan kriteria berikut:
1. Pengurusan Masa- 5%
2. Membuat keputusan – 10%
3. Organisasi Idea – 10%
4. Motivasi – 5%

You might also like