You are on page 1of 1

Pembangunan Latihan dan Usahawan

Program latihan dan teknologi yang dijalankan adalah bermatlamatkan pemindahan


pengetahuan, kepakaran dalam teknologi pembuatan dan pengeluaran perabot kepada
golongan yang terlibat dalam dengan industri perabot tanah air.

Pembangunan Reka Bentuk dan Pengujian Perabot


Pusat Sumber Rekabentuk FITEC atau FDRC adalah sebuah unit pembangunan rekabentuk
dan khidmat nasihat FITEC khusus dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada
usahawan perabot bumiputera mengenai keberkesanan aplikasi rekabentuk dan
pemikiran kreatif dalam perniagaan dan pengurusan pembuatan

Pembangunan Perniagaan
Jabatan Pembangunan Perniagaan ditubuhkan bagi mengenalpasti dan
mewujudkan peluang-peluang perniagaan serta membantu meningkatkan
program keusahawanan perabot Bumiputera di FITEC

Bagi memenuhi syarat untuk menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan
(Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian, saya telah menjalani latihan industri di salah
sebuah anak syarikat milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Furniture Industry Technology
Center selama 4 bulan. Di sini terdapat 3 Jabatan iaitu Pembangunan Latihan dan Usahawan,
Pembangunan Reka Bentuk dan Pengujian Perabot, dan Pembangunan Perniagaan di mana saya
boleh mengaplikasikan subjek seperti Teknologi Pembuatan Perabot, Reka Bentuk Produk Kayu,
dan Keusahawanan. Antara aktiviti yang saya pelajari termasuklah pembuatan perabot seperti
kabinet dapur, kabinet TV, sofa, katil, dan almari, pembuatan mockup, laser cutting, pengujian
perabot, pembelajaran software AutoCAD, 3D Maxs, InteriCAD dan KD Max, serta kursus
perniagaan perabot secara online. Teknologi seperti mesin dan pusat pengajian di sini sangat
lengkap.

You might also like