You are on page 1of 35

SME HIP 1

Modul:
INTEGRASI PORTAL MALAYSIABIZ DENGAN SISTEM eLESEN
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

MANUAL PENGGUNA
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

Kandungan
Kandungan................................................................................................................................ 1

1.0 Pengenalan.........................................................................................................................2

1.1 Objektif.............................................................................................................................2

1.2 Portal MalaysiaBiz......................................................................................................... 2

1.3 Senarai Lesen dan Urusan Agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)... 2

2.0 Carian Lesen Perniagaan.................................................................................................3

2.1 Membuat Carian.............................................................................................................4

Cara 1 - Carian Melalui Agensi dan Nama Lesen...................................................4

Cara 2 - Carian Melalui Aktiviti dan Lokasi Perniagaan......................................... 6

2.2 Pilih Lesen Perniagaan................................................................................................. 9

3.0 Permohonan Baru Lesen Perniagaan di MyTray....................................................... 12

4.0 Semak Status Permohonan di MyTracker...................................................................17

5.0 Permohonan Rayuan Lesen Perniagaan di MyTracker............................................ 18

6.0 Cetak Borang Akuan dan Borang Permohonan di MyTracker................................. 20

6.1 Cara 1: Klik Butang Nombor Rujukan...................................................................... 20

6.2 Cara 2: Klik Ikon Cetak............................................................................................... 22

7.0 Bayaran Lesen Perniagaan di MyLicense................................................................... 23

8.0 Cetak Lesen Perniagaan di MyLicense....................................................................... 25

9.0 Permohonan Pembaharuan Lesen Perniagaan di MyLicense.................................26

9.1 Bayaran Bagi Pembaharuan Lesen ‘Lulus Sementara’ di MyLicense................ 28

9.2 Bayaran Bagi Pembaharuan Lesen ‘Lulus Tetap’ di MyLicense......................... 30

10.0 Permohonan Pembatalan Lesen Perniagaan di MyLicense.................................. 32

1
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

1.0 Pengenalan
1.1 Objektif
Objektif utama penyediaan Manual Pengguna ini adalah untuk dijadikan sebagai rujukan
dan garis panduan bagi pengguna untuk menggunakan laman sesawang MalaysiaBiz
bagi aktiviti berkaitan pendaftaran dan pelesenan perniagaan.

Manual Pengguna ini menerangkan dengan terperinci bagaimana portal ini berfungsi
dan memberi gambaran kepada pengguna bagaimana untuk menggunakan portal ini.
Manual Pengguna ini merupakan bahan rujukan atau panduan untuk menggunakan
Portal MalaysiaBiz.

1.2 Portal MalaysiaBiz

Portal MalaysiaBiz mengandungi urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan. Ia


merupakan laman sesawang untuk memudahkan proses memulakan perniagaan.

1.3 Senarai Lesen dan Urusan Agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Senarai nama lesen yang diintegrasikan dalam Portal MalaysiaBiz bagi agensi Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti jadual dibawah:

Nama Sistem (Agensi) Nama Lesen

1. Lesen Hiburan
eLesen 2. Lesen Iklan
(DBKL) 3. Lesen Komposit
4. Lesen Premis

2
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

2.0 Carian Lesen Perniagaan


1. Carian bagi lesen perniagaan boleh dilakukan di laman utama MalaysiaBiz dengan 3
cara berikut, iaitu:
 Cara 1 - Klik menu Perkhidmatan > Pelesenan Perniagaan.
 Cara 2 - Klik butang Pelesenan Perniagaan.
 Cara 3 - Klik ikon Mohon Lesen Perniagaan.

2. Laman carian pelesenan perniagaan dipaparkan.

3
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

3. Terdapat 2 cara carian pelesenan perniagaan bagi setiap carian pelesenan perniagaan
diatas, iaitu:

 Cara 1 - Carian melalui agensi dan nama lesen


 Cara 2 - Carian melalui aktiviti dan lokasi perniagaan

2.1 Membuat Carian


Cara 1 - Carian Melalui Agensi dan Nama Lesen

1. Klik tab Carian Agensi dan Nama Lesen.


2. Klik dropdown Agensi dan pilih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Nota: Agensi ini melibatkan pihak berkuasa melesen di peringkat persekutuan seperti
kementerian dan jabatan persekutuan, dan juga di peringkat negeri seperti agensi negeri,
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
3. Klik dropdown Nama Lesen dan pilih lesen yang ingin didaftarkan.
Nota: Lesen merangkumi lesen, permit, kelulusan, kebenaran dan sebagainya.
4. Klik butang Cari.
5. Laman hasil carian dipaparkan.

4
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

6. Klik butang Tambah ke MySelection untuk pilih lesen yang ingin didaftarkan.

7. Klik butang Cetak Maklumat Lesen untuk mencetak maklumat lesen perniagaan.

5
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

Cara 2 - Carian Melalui Aktiviti dan Lokasi Perniagaan

1. Klik tab Carian Aktiviti dan Lokasi Perniagaan.


2. Masukkan kata kunci bagi aktiviti perniagaan yang diingini (Contoh: Iklan).
3. Klik dropdown Negeri dan pilih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Klik dropdown Bandar/Daerah dan pilih Kuala Lumpur/W.Persekutuan.
5. Klik butang Cari.
6. Laman senarai maklumat lesen perniagaan Peringkat Persekutuan dan Negeri
dipaparkan.

6
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

7. Untuk mencetak senarai lesen perniagaan, klik butang Cetak Senarai Lesen.

8. Untuk melihat maklumat pelesenan, klik ikon dan laman maklumat pelesenan
dipaparkan.

7
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

Nota: Maklumat pelesenan terdiri daripada nama lesen, aktiviti/jenis lesen, tujuan/penerangan,
agensi, alamat dan sebagainya.

9. Untuk memaparkan portal rasmi bagi agensi yang terlibat, klik link agensi
10. Untuk pilih lesen yang ingin didaftarkan, klik butang Tambah ke MySelection

8
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

2.2 Pilih Lesen Perniagaan

1. Pengguna boleh pilih lesen perniagaan yang ingin didaftarkan dengan klik butang
Tambah ke MySelection. Lesen yang ingin didaftarkan berada di dalam
MySelection(1).

2. Klik butang MySelection(1), laman MySelection dipaparkan.

3. Klik butang Ke MyTray untuk meneruskan permohonan, sistem akan terus ke laman
MyTray pengguna dan memaparkan permohonan baru.

9
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

4. Pengguna perlu memilih agensi terlebih dahulu untuk meneruskan permohonan


lesen perniagaan.

5. Klik dropdown Show Recent dan pilih eLesen-DBKL daripada senarai.

Nota: Permohonan berstatus Recent dan Incomplete akan dipaparkan setelah pemohon pilih
agensi daripada dropdown Show Recent. Jika tiada permohonan berstatus draf iaitu Incomplete,
sistem akan memaparkan permohonan berstatus Recent sahaja bagi agensi yang dipilih.

6. Klik butang Action > Apply untuk menambah Login ID (LID).

7. Popup pemberitahuan ‘Sharing your agency profile to register’ dipaparkan


dengan default Choose Agency: eLesen-DBKL.

10
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

8. Klik butang Agree.

9. Laman log masuk eLesen DBKL dipaparkan.

10. Pengguna yang belum berdaftar di sistem eLesen-DBKL boleh mendaftar dengan
klik butang Register. Jika terlupa kata laluan, klik butang Forgot Password.

11. Bagi pengguna berdaftar, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

12. Klik butang LOG MASUK.

13. Login ID (LID) berjaya ditambah di sistem MalaysiaBiz dan pengguna boleh
meneruskan urusan permohonan lesen perniagaan.

11
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

Nota:

 Pengguna perlu mempunyai Login ID (LID) yang telah ditambah dalam MalaysiaBiz
bagi meneruskan urusan permohonan baru.
 Login ID (LID) bertujuan untuk menentukan samada pengguna berdaftar di
MalaysiaBiz telah berdaftar di sistem agensi ataupun tidak.
 Pengguna wajib menambah Login ID (LID) untuk membuat urusan permohonan
menggunakan MalaysiaBiz.

3.0 Permohonan Baru Lesen Perniagaan di MyTray


Setelah menambah Login ID (LID), pengguna boleh membuat permohonan lesen
perniagaan di laman MyTray.

1. Klik butang Action > Apply.

2. Laman Select Business Entity dipaparkan, klik ikon .

3. Notifikasi ‘Do you want to apply this license?’ dipaparkan, klik Yes.

4. Laman eLesen DBKL dipaparkan.

12
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5. Bagi pengguna yang masih belum mempunyai rekod syarikat di sistem agensi, klik
butang Tambah Syarikat pada notifikasi berikut:

6. Laman profil syarikat dipaparkan, pengguna klik butang Tambah Syarikat/Cawangan.

7. Laman maklumat syarikat dipaparkan, pengguna masukkan No. SSM syarikat yang
ingin ditambah dan klik butang CARI.

13
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

8. Laman maklumat syarikat dipaparkan, pengguna perlu melengkapkan maklumat


syarikat dan klik butang SIMPAN.

9. Notifikasi ‘Rekod berjaya disimpan’ dipaparkan, klik butang OK.

10. Laman senarai syarikat dipaparkan, klik butang untuk memohon lesen
perniagaan.

14
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

11. Laman borang permohonan baru lesen dipaparkan, sila lengkapkan borang
permohonan dan klik butang SETERUSNYA.

12. Laman muat naik dokumen dipaparkan, sila lengkapkan maklumat dokumen dan klik
butang HANTAR.

15
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

13. Notifikasi ‘Permohonan anda telah kami terima dan akan diproses dengan
segera’ dipaparkan, klik butang OK.

14. Permohonan yang sedang diproses berada di laman MyTracker dan berstatus
Processing.

16
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

4.0 Semak Status Permohonan di MyTracker


Pengguna boleh menyemak status permohonan lesen perniagaan di laman MyTracker.

1. Klik butang Nombor Rujukan .

2. Laman maklumat pelesenan dipaparkan.

17
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5.0 Permohonan Rayuan Lesen Perniagaan di MyTracker


Bagi permohonan lesen perniagaan yang ditolak oleh agensi, permohonan berada di
laman MyTracker dan berstatus Rejected. Pengguna boleh membuat permohonan rayuan
bagi lesen tersebut di laman MyTracker.

1. Klik butang Appeal pada permohonan.

2. Laman senarai lesen perniagaan yang boleh memohon rayuan dipaparkan, pengguna
klik pada “No. Fail Lesen”.

3. Laman borang permohonan rayuan lesen dipaparkan, pengguna perlu melengkapkan


borang permohonan dan klik butang SETERUSNYA.

18
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

4. Laman muat naik dokumen dipaparkan, pengguna perlu memuat naik dokumen yang
diperlukan dan klik butang HANTAR.

5. Notifikasi ‘Permohonan anda telah kami terima dan akan diproses dengan segera’
dipaparkan, klik butang OK.
6. Permohonan rayuan pengguna akan berada di laman MyTracker dan memaparkan
status bagi permohonan lesen yang dihantar kepada agensi iaitu Processing.
7. Pengguna boleh mula membuat pembayaran bagi lesen perniagaan tersebut setelah
mendapat kelulusan di pihak DBKL.

19
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

6.0 Cetak Borang Akuan dan Borang Permohonan di MyTracker


Pengguna boleh mencetak borang akuan dan borang permohonan di laman MyTracker
sementara menunggu permohonan diluluskan. Terdapat dua cara untuk mencetak
borang akuan dan borang permohonan di laman MyTracker, iaitu:

 Cara 1: Klik butang Nombor Rujukan .

 Cara 2: Klik ikon Cetak .

6.1 Cara 1: Klik Butang Nombor Rujukan


1. Klik butang Nombor Rujukan pada permohonan.

2. Laman butiran maklumat permohonan dipaparkan.

20
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

3. Klik butang Preview & Print.

4. Laman cetakan eLesen DBKL dipaparkan.

5. Untuk mencetak kad akuan, klik pada tab Cetak Kad Akaun.

6. Untuk mencetak borang permohonan lesen, klik pada tab Cetak Borang
Permohonan.

7. Untuk mula mencetak, klik butang .

21
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

6.2 Cara 2: Klik Ikon Cetak

1. Klik ikon cetak .

2. Laman cetakan eLesen DBKL dipaparkan.

3. Untuk mencetak kad akuan, pengguna klik pada tab Cetak Kad Akaun.

4. Untuk mencetak borang permohonan lesen, klik pada tab Cetak Borang
Permohonan.

5. Untuk mula mencetak, klik butang .

22
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

7.0 Bayaran Lesen Perniagaan di MyLicense


Bagi permohonan lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh DBKL, pengguna boleh
membuat pembayaran bagi lesen tersebut di laman MyLicense.

1. Klik butang Payment.

2. Notifikasi ‘If pop-up window not opened, please allow pop-up’ dipaparkan, klik
butang OK.
3. Laman bayaran dipaparkan, klik butang Bayar.

4. Laman maklumat pengesahan bayaran dipaparkan, klik butang BAYAR.

23
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5. Laman kaedah bayaran dipaparkan, sila pilih kaedah pembayaran dan klik butang
SETERUSNYA.

6. Laman sistem bank yang dipilih dipaparkan, sila buat pembayaran sehingga selesai.
7. Setelah lengkap membuat pembayaran, lesen akan berada di laman MyLicense dan
berstatus Active.

24
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

8.0 Cetak Lesen Perniagaan di MyLicense


Pengguna boleh mencetak lesen yang telah dibayar di laman MyLicense.

1. Klik butang Action > Print License.

2. Laman cetak lesen perniagaan dipaparkan, klik ikon untuk mula mencetak.

25
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

9.0 Permohonan Pembaharuan Lesen Perniagaan di MyLicense


Pengguna boleh membuat permohonan pembaharuan bagi lesen perniagaan yang akan
atau telah tamat tempoh di laman MyLicense.

1. Klik butang Action > Renewal.

2. Notifikasi ‘Your license has expired. Do you want to renew this license?’
dipaparkan, klik butang Yes.
3. Laman senarai lesen perniagaan yang boleh diperbaharui dipaparkan, klik pada “No.
Fail Lesen” yang ingin diperbaharui.

4. Laman borang permohonan pembaharuan lesen dipaparkan, pengguna perlu


melengkapkan borang permohonan dan klik butang SETERUSNYA.

26
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5. Laman muat naik dokumen dipaparkan, pengguna memuat naik dokumen yang
diperlukan dan klik butang HANTAR.

6. Notifikasi ‘Permohonan anda telah kami terima dan akan diproses dengan
segera’ dipaparkan, klik butang OK.
7. Permohonan lesen yang sedang diproses berada di laman MyTracker dan berstatus
Processing.

27
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

8. Jika permohonan pembaharuan lesen diluluskan oleh agensi, permohonan berada di


laman MyTracker dan berstatus Approved.
9. Pengguna boleh meneruskan membuat pembayaran bagi lesen pembaharuan
tersebut di laman MyLicense.

9.1 Bayaran Bagi Pembaharuan Lesen ‘Lulus Sementara’ di MyLicense


Pengguna boleh membuat pembayaran apabila pihak DBKL meluluskan permohonan
pembaharuan yang dipohon di laman MyLicense.

1. Klik butang Action > Renewal.

2. Notifikasi ‘If pop-up window not opened, please allow pop-up’ dipaparkan, klik
butang OK.
3. Laman bayaran lesen dipaparkan, klik butang Bayar.

4. Laman maklumat pengesahan bayaran dipaparkan, klik butang BAYAR.

28
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5. Laman kaedah bayaran dipaparkan, klik butang SETERUSNYA.

6. Laman sistem bank yang dipilih dipaparkan, sila lelengkapkan bayaran sehingga
selesai.
7. Setelah pembayaran dibuat, permohonan akan berada di MyLicense dan berstatus
Active.

29
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

9.2 Bayaran Bagi Pembaharuan Lesen ‘Lulus Tetap’ di MyLicense


Bagi permohonan lesen Lulus Tetap, pengguna boleh terus membuat pembayaran di
laman MyLicense tanpa perlu mengisi borang pembaharuan lesen.

1. Klik butang Action > Renewal.

2. Laman bayaran lesen dipaparkan, klik butang Bayar.

3. Laman maklumat pengesahan bayaran dipaparkan, klik butang BAYAR.

30
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

4. Laman kaedah bayaran dipaparkan, klik butang SETERUSNYA.

5. Laman sistem bank yang dipilih dipaparkan, sila lengkapkan proses pembayaran
sehingga selesai.

6. Setelah pembayaran dibuat, permohonan akan berada di MyLicense dan


berstatus Active.

31
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

10.0 Permohonan Pembatalan Lesen Perniagaan di MyLicense


Pengguna boleh membuat permohonan pembatalan lesen perniagaan di laman
MyLicense.

1. Klik butang Action > Request Cancellation.

2. Notifikasi ‘Are you sure to perform this action?’ dipaparkan, klik butang Yes.

3. Laman senarai lesen yang boleh dibatalkan oleh pengguna dipaparkan, pengguna
klik pada “NO. FAIL LESEN”.

4. Laman maklumat lesen yang hendak dibatalkan dipaparkan, pengguna perlu


melengkapkan borang pembatalan lesen dan klik butang SETERUSNYA.

32
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

5. Laman penghantaran borang permohonan dipaparkan, klik butang HANTAR.

33
SME HIP 1
Manual Pengguna Portal MalaysiaBiz Integrasi Dengan Sistem eLesen-DBKL

6. Notifikasi ‘Permohonan anda telah kami terima dan akan diproses dengan
segera’ dipaparkan, klik butang OK.

34

You might also like