You are on page 1of 13

No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.

0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 1 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

11.0 MEMBANCI TANDAN

11.1 DEFINISI

Bancian untuk mendapatkan anggaran pengeluaran hasil sawit bagi tempoh tiga
bulan ke depan.

11.2 OBJEKTIF

i. Mendapatkan anggaran hasil BTS yang mampu dihasilkan oleh ladang.


ii. Menyediakan pelan tindakan awal persiapan untuk pengeluaran hasil
ladang.

11.3 PIAWAIAN

i. Mengadakan bancian secara berkala 4 kali setahun seperti jadual :

Pusingan Bulan Dijalankan Anggaran Hasil Tarikh Dijalankan


1 Disember Jan - Mac
2 Mac April - Jun selepas pusingan
akhir penuaian siap
3 Jun Julai - September dijalankan
4 September Oktober - Disember

ii. Luas kawasan yang perlu dibanci adalah berdasarkan 5 % daripada


dirian pokok.
iii. Baris bancian perlu bermula di baris nombor 3 dari tepi sempadan dan
jalan.
iv. Laporan hasil bancian perlu dimajukan ke bahagian operasi ladang
sebelum 25 haribulan setiap bulan.

11.4 BAHAN DAN PERALATAN

i. Borang bancian tandan BT1


ii. Alat tulis
iii. Mesin Kira
iv ‘Tally-counter’
v. Teropong (bila dan jika perlu)

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 1


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 2 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

11.5 PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Kerja Produktiviti (ha/man-day)


1 orang 18-20

11.6 KAEDAH

i. Penolong Pengurus/ Penyelia ladang perlu menentukan dan menanda


barisan yang terlibat bagi kali pertama bancian dijalankan.
ii. Bagi mendapatkan 5% daripada dirian pokok, bancian perlu dijalankan
sebanyak 1 baris bagi setiap 20 barisan. Rujuk lakaran penentuan baris
bancian di Lampiran 1.
iii. Untuk pembahagian blok-blok bancian, blok penuaian atau pembajaan
yang sedia ada boleh digunakan.
iv. Setiap pokok di dalam barisan bancian perlu dibanci sehingga ke jalan
atau sempadan.
v. Bancian dijalankan dengan mengira bilangan tandan pada bulan ke 3
(TIGA) dan ke atas selepas pendebungaan (anthesis).Tandan berkilat
biasanya dapat dilihat bermula pada pelepah nombor 24-25.
vi. Klasifikasi tandan selepas pendebungaan (anthesis) adalah seperti
Jadual 1 dan Lampiran 2 :

Jadual 1 : Klasifikasi Tandan Selepas Anthesis

Klasifikasi Bulan Selepas Pendebungaan (anthesis)


Tandan 1 2 3* 4* 5*
Kedudukan
20 dan 21 22 dan 23 24 dan 25 26 dan 27 28 dan 29
Tandan di Pelepah
Hijau ke Hitam ke Merah ke
Warna Buah Hitam Hitam
Hitam Merah Oren
25% 50% 80% 90% 95%
Keadaan Selaput
Terbuka Terbuka Terbuka Terbuka Terbuka
5 Bulan 4 Bulan 3 Bulan 2 Bulan 1 Bulan
Bulan Dijangka
Selepas Selepas Selepas Selepas Selepas
Tuai
Bancian Bancian Bancian Bancian Bancian
* Tandan yang diambilkira dalam bancian

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 2


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 3 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

vii. Pembanci perlu mahir dan dapat mengenalpasti kedudukan pelepah


nombor 1 sekiranya bancian dijalankan menggunakan kedudukan
tandan di pelepah.
viii. Rujuk lakaran kedudukan pelepah seperti berikut :

Rajah 1 : Lakaran susun atur pelepah sawit

ix. Bancian tandan perlu menggunakan Borang Banci Tandan BT1 seperti
Lampiran 3. Contoh borang yang diisi oleh ladang adalah seperti di
Lampiran 4 dan 5.
x. Rekod bancian serta analisa data bancian perlu diadakan dan dimajukan
salinan kepada bahagian operasi ladang setiap syarikat.
xi. Dapatkan purata berat tandan setiap blok.
xii. Pengiraan anggaran hasil ladang adalah seperti berikut :

a.Purata bil. tandan sepokok


= Jumlah bilangan tandan dibanci
Jumlah pokok dibanci
Contoh:
1500 tandan (bulanke 3 dan ke atas)
408 pokok (bilangan pokok dibanci)
= 3.68 tandan / pokok

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 3


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 4 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

b.Anggaran bil. tandan untuk blok


= Purata bil. tandan sepokok x jumlah pokok dalam blok
Contoh:
3.68 x 6,800 pokok (berdasarkan 136 pokok/ha)
= 25,024 tandan

c. Anggaran hasil BTS blok


= anggaran bil.tandan untuk blok x purata berat setandan
Contoh:
25,024 tandan x 15 kg*
= 375.36 m.tan
* Bagi pokok berumur <12 , purata berat tandan bagi 4 bulan terakhir diambilkira.
Bagi pokok berumur ≥ 12, purata berat tandan bagi jangka masa setahun diambilkira.

d.Anggaran hasil sehektar untuk tempoh 3 bulan


= anggaran hasil BTS blok
Luas blok
Contoh:
375.36 m.tan / 50 ha
= 7.51 m.tan/ ha

e.Anggaran hasil sehektar sebulan


= anggaran hasil BTS untuk tempoh 3 bulan
3
Contoh:
= 7.51 m.tan/ ha/ 3 bulan
= 2.50 m.tan/ha/ bulan

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 4


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 5 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

xiii. Carta alir kerja membanci tandan adalah seperti berikut :

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 5


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 6 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

11.7 KAWALAN KUALITI

i. Baris banci perlu ditanda untuk memudahkan kerja bancian dan


penyemakan jika perlu.
ii. Bancian perlu disiapkan dalam tempoh 15 hari (1 hingga 15 haribulan).
iii. Data-data hasil bancian haruslah direkodkan dan diserahkan kepada
pihak pengurusan setiap hari tanpa gagal.
iv. Pemeriksaan secara rawak (random crosschecking) perlu dilakukan
oleh Penolong Pengurus.
v. Kumpulan bancian yang mahir perlu diwujud dan diberi latihan yang
secukupnya dan dikekalkan.

11.8 KESESUAIAN PELAKSANAAN

i. Bancian dilakukan ke atas pokok tuaian pertama berhasil hingga 20


tahun.

11.9 ALAM SEKITAR

i. Elakkan melakukan pembuangan bahan dan peralatan terpakai di


dalam ladang terutamanya di punca air.

11.10 KESELAMATAN

i. Petugas atau pekerja perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan


seperti yang telah ditentukan oleh Jabatan Keselamatan, Kesihatan
dan Alam (JKKS) Syarikat.

11.11 PETUNJUK KEJAYAAN

i. Ketepatan hasil bancian dengan pencapaian sebenar yang tinggi


dengan perbezaan ± di bawah 5%.
ii. Hasil bancian direkodkan dan mudah diperolehi bila masa diperlukan.

11.12 RUJUKAN
i. Sistem Bancian Tandan Buah Hitam (RISDA)
ii. Pekeliling Sawit (FASSB)
iii. Panduan Piawaian Pengurusan Ladang Sawit (FASSB)
iv. Manual Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 6


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 7 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

LAMPIRAN 1 : RAJAH PENENTUAN BARIS BANCIAN

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 7


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 8 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

LAMPIRAN 2 : PANDUAN KLASIFIKASI TANDAN SAWIT SELEPAS


PENDEBUNGAAN (ANTHESIS)

1 Bulan Selepas Anthesis (Pelepah No 20-21)

2 Bulan Selepas Anthesis (Pelepah No 22-23)

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 8


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 9 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

3 Bulan Selepas Anthensis (Pelepah No 24-25)


(Tandan hitam berkilat yang dikira dalam bancian)

4 Bulan Selepas Anthesis (Pelepah No 26-27)


(Tandan yang dikira dalam bancian)

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 9


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 10 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

5 Bulan Selepas Anthesis (Pelepah No 28-29)


(Tandan yang dikira dalam bancian)

6 Bulan Selepas Anthesis (Pelepah No 30-31)


(BTS MASAK)

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 10


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 11 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

LAMPIRAN 3 : BORANG BANCIAN TANDAN (BT1)


Nama Ladang
Peringkat
Blok
Luas Blok
Dirian/ha
Purata Berat Tandan
Tarikh Bancian

Bil Tandan Selepas Pendebungaan (anthesis)


No. Baris No. Pokok
3 bulan 4 bulan 5 bulan

Jum Tandan dibanci


Purata Bil Tandan
Sepokok
Anggaran Bil Tandan/
Blok
Anggaran Hasil BTS/
Blok
Anggaran Hasil/ Ha
Jangkaan Bulan BTS
dituai

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 11


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 12 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

LAMPIRAN 4 : CONTOH BORANG BANCI TANDAN

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 12


No. Dokumen : MLSL(Ed.3) - Sec.4 (11.0)
Tarikh Pindaan : 1 September 2017
MANUAL LADANG SAWIT Bil. Muka Surat : 13 daripada 13
LESTARI
DOKUMEN TERKAWAL

LAMPIRAN 5 : CONTOH BORANG BANCI TANDAN

Hak Cipta Terpelihara © 2017 - FASSB 13

You might also like