You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID TAHAP 2

“KECIL TAPI HEBAT”

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT KAUNSELING

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID TAHAP 2

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan
bagi melaksanakan “Program Motivasi Kecemerlangan Murid Tahap 2 SK
2.0 LATAR BELAKANG
Program Motivasi Kecemerlangan ini dirancang bagi meningkatkan motivasi
diri dalam kalangan murid Tahap 2 untuk meningkatkan lagi prestasi diri
kepada tahap yang lebih tinggi.
J u s t e r u , merancang untuk menjemput penceramah daripada luar bagi
memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Pihak pengelola juga
berkeyakinan, penceramah jemputan mampu memberikan gaya dan input
yang berbeza daripada kebiasaan jika menggunakan khidmat guru-guru di
sekolah ini.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN


3.1 Program Motivasi Kecemerlangan Tahap 2 dirancang untuk
dilaksanakan atas beberapa faktor, iaitu :
3.1.1 Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid Tahun 4,5 dan 6
untuk berusaha gigih bagi meningkatkan prestasi PBD.
3.1.2 Memberi pengalaman yang baru kepada murid melalui sentuhan
penceramah jemputan luar daripada sekolah.

4.0 OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif dalam pelaksanaan Program Motivasi
Kecemerlangan Tahap 2 iaitu :
4.1 Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid
4.2 Membimbing murid merancang pengurusan masa yang terbaik
4.3 Membantu murid menetapkan matlamat hidup yang ingin dicapai
4.4 Membimbing murid dalam menentukan gaya pembelajaran kendiri yang
sesuai berdasarkan kebolehan diri.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Tarikh : 25 Oktober 2023
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dewan S

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN


PERBELANJAAN
1. Bahan dan peralatan bengkel Motivasi RM 275.00
JUMLAH RM 275.00

7.0 SUMBER
KAUNSELING

8.0 AHLI JAWATANKUASA


PENGERUSI: Pn Hjh (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI : En. (PK HEM)
NAIB PENGERUSI I: Pn (PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II: Pn (PK Ko Kurikulum)
SETIAUSAHA: Pn
AJK:

9.0 HARAPAN
Justeru diharapkan cadangan pelaksanaan Program Motivasi
Kecemerlangan Tahap 2 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan jayanya.

10.0 PENUTUP
Program Motivasi Kecemerlangan Tahap 2 ini diharapkan mampu
meningkatkan semangat dan daya usaha murid-murid bagi mencapai kejayaan
dalam kehidupan masa hadapan mereka. Segala kerjasama dan sokongan
daripada pihak pentadbir amat dihargai dalam memastikan segala perancangan
dapat berlangsung dengan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK DAN DISAH OLEH


…………………………………….. ……………………………………..

You might also like