You are on page 1of 3

TEKS PROGRAM BICARA MERDEKA; ‘ANAK PASCA MERDEKA,

CELIK MATA,
BUKA MINDA’

ALU-ALUAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA


Yang Dihormati,
Tuan Haji Abdul Razak bin Hamzah, Penceramah Jemputan kita pada pagi yang
berbahagia ini.
Yang Berusaha,
Pn Nur Zurainy bt Awi, Penolong Kanan Pentadbiran SK Nenasi,
Yang Berusaha,
En NorJasmi bin Maaris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha,
En Abdull Latif bin Abdullah, Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Barisan guru dan kakitangan serta ibu bapa penjaga seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kelapangan waktu, untuk sama-sama berkumpul di dalam dewan ini ,bagi
menjayakan program Bicara Merdeka “Anak Paska Merdeka, Celik Mata, Buka
Minda” yang akan dilaksanakan sebentar lagi.Semoga usaha kita pada pagi ini
dilimpahkan sepenuh keberkatan.

Melihat teruna terkelu lidah


Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Selamat datang juga diucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Razak
selaku penceramah kita pada pagi ini.Terima kasih atas kesudian tuan untuk
bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman kepada warga SK Nenasi.

BACAAN DOA

Kalau pergi ke Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat
Semoga majlis mendapat berkat.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ketua Murid SK
Nenasi iaitu adik Ubaidullah bin Mohd Anwarudin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan,

-bacaan doa-

Amin, amin ya rabbalalamin. Terima kasih diucapkan kepada adik Ubaidullah atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

CERAMAH
Hadirin Sekalian,

Sebentar lagi kita akan mengikuti slot ceramah yang akan disampaikan oleh
penceramah jemputan kita. Sebelum itu,izinkan saya membacakan serba sedikit
biodata diri penceramah kita pada pagi ini.

Tuan Haji Abdul Razak bin Hamzah merupakan seorang pesara guru yang cukup
dikenali dalam kalangan masyarakat setempat. Dilahirkan pada tanggal 24
November 1956 di Kampung Tering, Tanjung Batu, Pekan, beliau kini telah berusia
67 tahun.Beliau mempunyai seorang isteri dan dikurniakan 5 orang anak dan 11
orang cucu menemani harinya.
Satu fakta menarik tentang Tuan Haji Abdul Razak adalah beliau juga pernah
berkhidmat sebanyak dua kali dalam perkhidmatan sebagai Guru Besar di SK
Nenasi, sekolah kesayangan kita ini. Mengakhiri karier beliau dalam bidang
pendidikan sebagai ____________________________________________ di
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan sudah tentu banyak pengalaman yang boleh
beliau kongsikan bersama kita.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Tuan Haji Abdul Razak bin
Hamzah, Penceramah Jemputan kita atas perkongsian yang amat bermakna dalam
program bicara merdeka kita hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian,
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan
program Bicara Merdeka “Anak Paska Merdeka, Celik Mata, Buka Minda” Majlis
mempersilakan Yang Berusaha Pn Nur Zurainy bt Awi , Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Nenasi kepada penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan Yang dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Hamzah untuk menerima
cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Pn Nur Zurainy bt Awi dan terima
kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

Terima kasih daun keladi


Kalau dijemput datanglah lagi

PENUTUP
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ini
dijalankan. Mudah-mudahan ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis
hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Yang baik itu datangnya dari Allah dan
yang kurang itu adalah kelemahan kami sendiri.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You might also like