You are on page 1of 4

PENGENALAN TNB

- Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah merupakan sebuah syarikat utiliti utama
di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai syarikat monopoli bagi tenaga elektrik.
Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik kepada lebih
8.4 juta pelanggannya di seluruh Malaysia termasuk Sabah.
- Pada awalnya, Tenaga Nasional Berhad dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara
(LLN) namun setelah diswastakan, ia telah dijenamakan semula dan dikenali
sebagai Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.
- Tenaga Nasional Berhad telah menyediakan pusat pendidikan tinggi dikenali
sebagai Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Bukan sahaja UNITEN malah
TNB juga teah berjaya menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Malaysia melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik yang
ditawarkan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS)

ISU YANG DIHADAPI OLEH ORGANISASI

- isu yang telah lama dihadapi oleh syarikat ini adalah berkaitan dengan harga
bahan mentah yang tidak menentu dalam pasaran dunia. Di Tenaga Nasional
Berhad, antara bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan tenaga
elektrik adalah arang batu, gas dan minyak.
- Pesaing kepada syarikat ini adalah Independent Power Producer (IPP)
(Mohammad Yusri et al, 2008)6 yang terdiri daripada syarikat YTL Power
Generation Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Port Dickson Power Bhd,
Powertek Bhd dan Genting Sanyen Power Sdn Bhd.

ANALISIS PERSEKITARAN

1. Analisis persekitaran organisasi

- Berdasarkan kepada isu atau permasalahan yang dihadapi oleh syarikat iaitu kos
bahan mentah yang tidak stabil dalam pasaran dunia dan juga wujudnya pesaing
dalam pasaran maka analisis Porter telah digunakan untuk menganalisa
persekitaran organisasi
i. Persaingan dalam industri
sekiranya banyak isu yang tidak mampu diselesaikan dengan baik. Jika
tidak, peranan ini akan diberikan kepada syarikat lain yang terdiri daripada
IPP di Malaysia memandangkan mereka juga mampu menjana dan
membekalkan elektrik kepada seluruh rakyat Malaysia
ii. Potensi pendatang baru dalam organisasi
Sebagaimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad iaitu
meluaskan pasarannya ke negara lain begitu jugalah syarikat utiliti elektrik
daripada luar. Mereka juga mempunyai peluang yang sama namun
demikian, ia masih belum berlaku memandangkan pihak kerajaan masih
lagi mempertahankan hak syarikat Tenaga Nasional Berhad sebagai
syarikat utiliti utama.

iii. Kuasa pembekal


hanya satu pengeluar sahaja yang mampu menawarkan produk yang
diperlukan oleh Tenaga Nasional Berhad dimana syarikat ini terpaksa
membeli produk tersebut daripada syarikat tersebut walaupun harga yang
ditawarkan adalah tidak masuk akal.

iv. Kuasa pembeli


Walaupun syarikat ini merupakan syarikat pembekal utiliti elektrik utama di
Malaysia namun demikian kuasa pembeli masih terletak pada pelanggan

v. Ancaman produk pengganti


Memandangkan harga bahan mentah sedunia tidak stabil maka tenaga
boleh baharu mula diperkenalkan dalam pasaran elektrik seperti tenaga
solar. Sekiranya tenaga solar mula diperkenalkan dalam negara dan
pelanggan mula beralih ke tenaga solar sumber elektrik mereka maka
permintaan elektrik dalam pasaran akan mula berkurang.

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

- proses komunikasi antara pihak Tenaga Nasional Berhad dengan pembekal,


kerajaan dan juga pelanggan.
o menyatakan masalah dengan lebih mendalam agar pihak lain memahami
dan berminat untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut secara
bersama
o Elakkan masalah dikaitkan dengan masalah atau pihak lain agar tidak
berlaku salah faham semasa perbincangan dijalankan
o Memastikan semua maklumat yang disampaikan difahami dengan baik
oleh pihak lain yang terlibat supaya mereka sedar dan tahu apa yang
perlu dilakukan oleh mereka sama ada melibatkan jangka masa panjang
mahupun jangka masa pendek
o mengadakan perbincangan pada bila-bila masa bagi membincangkan
masalah yang sama sekiranya perlu pada masa akan datang.

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

- Persaingan dalam industri


Bagi menghadapi persaingan dalam industri, pihak Tenaga Nasional Berhad
pada dasarnya boleh meminta bantuan daripada pihak kerajaan untuk mengawal
kemasukan pesaing baru dalam pasaran memandangkan kerajaan juga
memperolehi banyak faedah daripada Tenaga Nasional Berhad melalui bayaran
cukai dan juga sumbangan lain apabila diperlukan

- Potensi pendatang baru dalam industri


Bagi membolehkan syarikat ini terus menerajui pasaran utiliti elektrik negara
maka Tenaga Nasional Berhad telah mewujudkan perjanjian bersama dengan
IPP dimana tenaga elektrik yang dijana oleh mereka akan dijualkan kepada
Tenaga Nasional Berhad sebagai tambahan kepada tenaga elektrik sedia ada
agar permintaan pelanggan dapat dipenuhi tambahan pula permintaan terhadap
tenaga elektrik semakin bertambah dari semasa ke semasa

- Kuasa pembekal
Bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad mendapatkan bahan mentah
dengan harga terendah dan statik apabila ia diperlukan maka Tenaga Nasional
Berhad boleh mewujudkan perjanjian dengan syarikat pembekal khususnya
pembekal utama bagi setiap bahan mentah

- Kuasa pembeli
Bagi membolehkan syarikat terus menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing
dan mampu memenuhi keperluan pelanggan sepenuhnya agar mereka terus
setia dengan Tenaga Nasional Berhad maka pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan
seperti aktiviti bersama masyarakat dimana melalui aktiviti ini, kepercayaan
masyarakat terhadap Tenaga Nasional Berhad dapat ditingkatkan.

- Ancaman produk pengganti


Bagi mengelakkan syarikat terus terancam akibat daripada wujudnya tawaran
pemasangan panel solar maka Tenaga Nasional Berhad harus mengambil
langkah yang lebih cepat dan pantas untuk menawarkan produk yang sama
dengan kualiti yang lebih baik dan juga kos yang lebih rendah berbanding
pesaing.
KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat diringkaskan bahawa setiap masalah


yang wujud dalam organisasi haruslah diselesaikan dengan baik. Antara salah satu
alternatif yang boleh digunakan adalah melalui komunikasi. Komunikasi yang berkesan
adalah merupakan satu proses yang sudah tidak dapat diragui lagi dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah sama ada melibatkan masalah dalaman mahupun luaran
organisasi.

Oleh sebab itulah, sekiranya organisasi berdepan dengan pelbagai isu ataupun
masalah, pihak pengurusan akan mengambil tindakan untuk berkomunikasi dengan
semua pihak terlibat supaya isu atau masalah tersebut dapat diselesaikan dengan
kadar segera dan tidak menjejaskan operasi serta aktiviti organisasi secara
keseluruhannya.

You might also like