You are on page 1of 8

SMK AMBROSE, 32400 AYER TAWAR, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BIL. 1 TAHUN 2023/2024

Tarikh : 23 Mac 2023


Hari : Khamis
Masa : 1.00 petang
Tempat : WAR Room, SMK Ambrose, 32400 Ayer Tawar, Perak.
Kehadiran : 16 orang (seperti dalam lampiran)

1. Pesanan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran ke Mesyuarat Panitia
Reka Bentuk dan Teknologi kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024.

Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bil. 3 Tahun 2022/2023


Minit mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Bil. 3 Tahun 2022/2023 telah
dibentangkan untuk diterima dan disokong.
Cadangan : Pn. Rahmatul Salbiah Bt Ghazali
Sokongan : Pn. Rozaini Bt Mohd Idris
Tindakan: Makluman

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Dasar Kurikulum dan Pekeliling – Pekeliling


4.1 Guru perlu merancang kewangan panitia kerana jumlah wang PCG yang diperolehi
hanya 42% dari jumlah yang dipohon

4.2 Peruntukan untuk ABM dan juga cetakan modul Ticket to Victory JPN / sumber-
sumber lain.
Tindakan: Makluman

5. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2022 / UASA dan Tindakan Susulan

5.1 En.Mohd Shaharul memaklumkan penaiktarafan sistem AAA (SAPS) yang baru di
mana ada tambahan output kuantiti dan kualiti GPMP, cemerlang, lulus dan gagal
bagi memudahkan ketua panitia untuk mendapatkan data.

Tindakan: Makluman

5.2 Pn, Rosliza menyatakan peratus lulus mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
bagi Tingkatan 1 iaitu 44.66% agak rendah berbanding dengan Tingkatan 2
(71.74%) dan Tingkatan 3 (81.33%). Oleh itu, intervensi dan program peningkatan
akademik untuk pelajar perlu dijalankan.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

5.3 Guru perlu membuat perancangan strategik bagi mata pelajaran yang diajar. Perlu
merangkumi Pelan Operasi dan Pelan Taktikal yang lengkap bagi memastikan
pelajar mendapat manfaat yang sepenuhnya semasa Pdpc.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran
5.4 Analisis Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Tingkatan 3
A B C D E F
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 1.33 8 10.67 11 14.67 15 20 26 34.67 14 18.67

Bilangan Daftar : 82 orang


Bilangan Hadir : 75 orang
Bilangan A : 1 orang (1.33%)
Bilangan Lulus : 61 orang (81.33%)
Bilangan Gagal : 14 (18.67%)
GPMP : 4.32

Tingkatan 2
A B C D E F
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
0 0 9 9.78 17 18.48 22 23.91 18 19.57 26 28.26

Bilangan Daftar : 100 orang


Bilangan Hadir : 92 orang
Bilangan A : 0 orang (0.00%)
Bilangan Lulus : 66 orang (71.74%)
Bilangan Gagal : 26 (28.26%)
GPMP : 4.38
Tingkatan 1
A B C D E F
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
0 0 3 2.91 3 2.91 8 7.77 32 31.07 57 55.34

Bilangan Daftar : 108 orang


Bilangan Hadir : 103 orang
Bilangan A : Tiada (0%)
Bilangan Lulus : 46 orang (44.66%)
Bilangan Gagal : 57 (55.34%)
GPMP : 5.33

Tindakan: Makluman

6. Pembelajaran dan Pengajaran Tahun Semasa


6.1 Sesi persekolahan 2023/2024 bermula pada 20 Mac 2023 secara bersemuka. Pada
minggu pertama persekolahan murid mengikuti program yang dirancang oleh pihak
sekolah dan tiada Pdpc dijalankan.

Tindakan: Makluman
6.2 Sumber tenaga guru mata pelajaran.
Bil Nama Guru Tingkatan
1 Pn.Rosliza bt Ghazali 3 Aspirasi, 3 Progresif, 3 Kreatif, 3
Cemerlang, 2 Progresif, 2 Cemerlang
2 Pn. Nooraidah bt Mohd Noor 1 Cemerlang & 2 Progresif
3 Cik Norhatina bt Ismail 1 Progresif, 2 Kreatif, 2 Inovatif dan 2
Cemerlang
4 Pn. Rozaini bt Mohd Idris 3 Inovatif
5 Pn Rahmatul Salbiah bt Ghazali 1 Aspirasi, 2 Aspirasi, 3 Inovatif
6 Pn. Puteri Hairul Bariah Bt Megat 1 Kreatif, 1 Inovatif dan 1 Cemerlang
Idris

Tindakan: Makluman

6.3 Pn. Rosliza memaklumkan Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dikemaskini


mengikut Takwim Persekolahan sesi 2023/2024

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

6.4 Pencerahan berkenaan Buku Rekod Mengajar (RPH)

i. Pn Rosliza memaklumkan RPH perlu dihantar dalam bentuk fail nipis bagi rekod
pengajaran mingguan. RPH mestilah bertaip dan refleksi ditulis dengan pen merah
dan dihantar pada hari Jumaat minggu pengajaran tersebut

ii. Fail induk perlu dilengkapkan merangkumi aktiviti Pdpc terpilih yang menarik
penyertaan peringkat daerah/ negeri (jika ada)

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

6.5 Guru-guru digalakkan menggunakan masa terluang untuk memeriksa latihan pelajar
serta menjalankan aktiviti PLC dikalangan guru.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

6.6 Penggunaan aplikasi komputer dan laman web sebagai bahan bantu mengajar
sangat digalakkan sebagai satu kaedah untuk menarik minat pelajar.

Tindakan: Makluman

6.8 Jadual peperiksaan mengikut Takwim Sekolah Sesi 2022/2023


Jenis Peperiksaan Bulan Peperiksaan
PBD 1 April 2023
PBD 2 Mei 2023
Peperiksaan Pertengahan Tahun Jun 2023 – Julai 2023
PBD 3 Ogos 2023
PBD 4 September 2023
PBD 5 dan Percubaan SPM Oktober – November 2023
UASA Januari 2024

Tindakan: Makluman
6.9 Rancangan Pengajaran Tahunan bagi Tingkatan 2 disediakan oleh Cik Norhatina.
Manakala bagi Tingkatan 1 disediakan oleh Pn Rahmatul dan Puan Rosliza
menyediakan Rancangan Pengajaran bagi Tingkatan 3

Tindakan: Makluman
7. Program Peningkatan Akademik
7.1 En. Mohd Shaharul mencadangkan untuk melaksanakan PLC bagi menyediakan
satu Pelan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan atau Pelan Taktikal.

Tindakan: Makluman

7.2 Berikut merupakan program dan aktiviti yang akan diteruskan bagi meningkatkan
akademik pelajar.

Program/Aktiviti/Projek Pelaksanaan
Setiap pelajar mendapat sekurang-kurangnya
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Tahap Penguasaan 4 bagi setiap modul.
Menyiapkan semua kerja kursus yang telah
ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan
Pentaksiran Pusat Malaysia yang memberi wajaran 30% dari
markah keseluruhan peperiksaan PT3 Reka
Bentuk dan Teknologi.
Teknik menjawab kertas peperiksaan bertulis
yang memberi wajaran 70% dari markah
Teknik Menjawab Soalan
keseluruhan peperiksaan peperiksaan PT3
Reka Bentuk dan Teknologi.
Kelas tambahan/ Latihan Masa Mengikut topik, format peperiksaan bertulis
Cuti Sekolah bahagian A, B dan C serta elemen KBAT.
Mengikut topik, format peperiksaan bertulis
Latihan Berfokus
bahagian A, B dan C serta elemen KBAT.
Ditampal di kelas dan juga bengkel RBT bagi
Sudu/Info/ Buletin RBT meningkatkan pengetahuan dan info terkini
mengenai subjek RBT.
Tindakan: Makluman

7.3 Bilangan buku latihan yang perlu dihantar sebanyak 10 buah buku latihan dari setiap
kelas. Sila sertakan borang semakan buku latihan yang boleh didapatkan dari bilik
PK1 atau membuat salinan dari Buku Pengurusan. Semakan akan dijalankan dua
kali setahun mengikut ketetapan berikut:

Semakan 1 Mei 2023 – Julai 2023


Semakan 2 Oktober 2023 – Disember 2023

Tindakan: Guru Mata Pelajaran


8. Analisa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Akhir Tahun
8.1 Setiap guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk mengisi maklumat Tahap
Penguasaan PBD dan peperiksaan dalaman secara atas talian menggunakan sistem
Analisis Akademik Ambrose yang telah disediakan oleh En. Mohd Shaharul.

Tindakan: Makluman

8.2 En. Mohd Shaharul memaklumkan dan mengingatkan pengisian maklumat dalam
sistem tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit, dan jika terpadam maklumat
terus maklumkan kepada beliau. Jangan ubah suai sebarang nama dan ketetapan
dalam sistem tersebut. Hanya masukkan markah sahaja

Tindakan: Makluman

8.3 Senarai penyelaras PBD tingkatan 1,2 dan 3 :

Tingkatan Penyelaras
1 En. Kee Heng Aik
2 En. Ahmad Tazali b Ayub
3 Pn. Zuraina Bt Abdul Rahman

Tindakan: Makluman

8.4 Pemberian markah PBD mestilah mengikut tahap penguasaan dan keupayaan murid
yang sebenar. Perancangan program peningkatan perlu disediakan bagi
meningkatkan tahap penguasaan murid.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

9. Headcount

9.1 Markah bagi pelajar yang tidak hadir juga perlu diisi tidak boleh ditulis tidak hadir.
Murid diberi ruang untuk menduduki peperiksaan di waktu yang lain atau mengikut
prestasi semasa.

Tindakan: Makluman

9.2 Penyedia soalan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023

Ujian/Peperiksaan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3


Peperiksaan Pn Rahmatul Cik Hatina Pn. Rosliza
Pertengahan Tahun Salbiah

UASA Cik Hatina Pn.Nooraidah Pn. Rozaini


Tindakan: Makluman

9.3 Format instrument PT3 perlu diterangkan kepada pelajar untuk mendedahkan
kepada pelajar format PT3 yang sebenar.

Bahagian Bilangan soalan Markah


Bahagian A 15 soalan (Objektif Aneka 15
Pilihan)
Bahagian B 20 soalan (Obejktif 55
Pelbagai Bentuk)
Bahagian C 3 soalan (Subjektif) 30
Jumlah Markah Ujian Bertulis 100
Wajaran Ujian Bertulis 70%
Amali 30%
Jumlah 100%

10. Perancangan PLC (SPLKPM)

Guru perlu merancang sendiri PLC yang boleh dilaksanakan. Perbincangan di kalangan
ahli panitia hendaklah sentiasa berterusan.

11. Hal-hal Lain


11.1 Fail Induk panitia dan Fail PBD perlu dilengkapkan dan dihantar untuk disemak oleh
Guru Kanan Mata Pelajaran.

Tindakan: Makluman

11.2 Pencerapan guru oleh penilai pertama. Guru perlu menghantar borang keberhasilan
kepada penilai selewat-lewatnya 5 Mei 2023

Tindakan: Makluman

11.3 Jadual penggunaan bengkel akan dibuat untuk memastikan tiada pertindihan jadual
bagi memaksimumkan penggunaan bengkel.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran

11.4 Guru berikut telah dilantik sebagai penyelaras Analisis Akademik Ambrose untuk
subjek RBT.

Tingkatan 1 – Pn Rahmatul Salbiah bt Ghazali


Tingkatan 2 – Cik Norhatina bt Ismail
Tingkatan 3 – Pn Rosliza bt Ghazali
Tindakan: Makluman
12. Penutup
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir kerana
menghadiri mesyuarat serta mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan dapat
memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan yang diamanahkan pada tahun
2023/2024.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………………..
(NOORAIDAH BT MOHD NOOR) (ROSLIZA BT GHAZALI)
Setiausaha Pengerusi
SMK AMBROSE, 32400 AYER TAWAR, PERAK.

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA BIDANG TVET KALI-1 TAHUN 2023

Tarikh : 23 Mac 2022


Hari : Rabu
Masa : 1.00 petang
Tempat : WAR Room, SMK Ambrose, 32400 Ayer Tawar, Perak.

Hadir

BIL NAMA JAWATAN


1. ROSLIZA BT GHAZALI KP REKABENTUK TEKNOLOGI
2. NOORAIDAH BINTI MOHD NOOR GURU MP REKABENTUK TEKNOLOGI
3. ROZAINI BINTI MOHD IDRIS GURU MP REKABENTUK TEKNOLOGI
4. PUTERI HAIRUL BARIAH BT MEGAT IDRIS GURU MP REKABENTUK TEKNOLOGI
5. RAHMATUL SALBIAH BINTI GHAZALI GURU MP REKABENTUK TEKNOLOGI
6. NOR HATINA BT. ISMAIL GURU MP REKABENTUK TEKNOLOGI

Hadir Bersama

1. RUZMIZAH BINTI AWANG PENGETUA


GURU MP PRINSIP PERAKAUNAN
2. MOHD SHAHARUL BIN DAUD GKPM TEKNIK DAN VOKASIONAL
3. ZAWANI BINTI MOHAMED KP SAINS RUMAH TANGGA
4. NUR ZARINA BINTI MOHD YUSOF KP PRINSIP PERAKAUNAN
5. MASYITAH BINTI AHMAD KP PERNIAGAAN
6. AIZA YANTI BINTI MOHD ANIS GURU MP PERNIAGAAN
7. SITI ROKIAH BT. MUKHTAR GURU MP ASAS SAINS KOMPUTER
8. RAZLINA BINTI ABDUL RASHID KP SAINS KOMPUTER
9. SHAHIRUL ANIS BINTI MOHD RASID KP ASAS SAINS KOMPUTER
10. NORSHIELLA BINTI SHAMDUSSIN KP MPV

Tidak Hadir

Tiada

You might also like