You are on page 1of 1

Mohd Zain Bin Taslim (Bapa)

Muhammad Imaduddin Mohd Zain (Anak)


No. 8 Jalan Bangau
Taman Desa Jenderam Hilir
43800 Dengkil
Selangor.

Guru Kelas (Teknologi Automotif)


Kolej Vokasional Sepang
Dengkil 43800 Sepang
Selangor.
18 Ogos 2023

Tuan/Puan,

PERMOHONAN KE KOLEJ DALAM TEMPOH CUTI SAKIT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bapa kepada Muhammad Imaduddin Mohd Zain, No. Kad Pengenalan 040317100533 dari
kelas 2DMD ingin memohon kebenaran pihak puan untuk memberi peluang kepada anak jagaan saya
masuk semula ke kolej belajar seperti biasa dalam tempoh cuti sakit beliau. Mengikut nasihat doktor,
kecedaraan yang dialami oleh anak saya tidak menghalangnya untuk masuk belajar seperti biasa.

3. Untuk makluman, anak saya mengalami kecederaan pada dua bahagian jari kaki sebelah kiri
dan masih di bawah rawatan Hospital Putrajaya. Pihak hospital telah mengeluarkan sijil cuti sakit
pada tarikh-tarikh yang berikut:

BIL TARIKH TEMPOH


1 5/8/2023 HINGGA 16/8/2023 12 HARI
2 17/8/2023 HINGGA 13/9/2023 28 HARI

4. Memandangkan kecedaraan yang dialami oleh anak saya tidak membataskan tugasannya
sebagai pelajar, kami akan bertanggungjawab dan tidak akan menyalahkan pihak Kolej Vokasional
Sepang atas segala risiko yang akan berlaku sepanjang anak jagaan saya meneruskan pembelajaran
dalam tempoh cuti sakit beliau.

5. Pertimbangan pihak tuan/puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(Mohd Zain Bin Taslim)


012-6246569

You might also like