You are on page 1of 3

KOMUNITI SERANI

1. PENGENALAN MENGENAI KOMUNITI SERANI

Komuniti Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang merupakan


hasil daripada perkahwinan campur diantara lelaki portugis dan wanita tempatan
pada abad ke 16. Menurut bancian yang telah dijalankan beberapa tahun yang lalu,
jumlah penduduk serani di negara ini adalah kira-kira seramai 12,650 orang dan
tertumpu di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Kebanyakan masyarakat Serani
tinggal di melaka di kawasan perkampungan portugis atau portuguese settlement
yang terletak lebih kurang 5km di kawasan Ujong Pasir, Melaka.

1.1 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KEDATANGAN KOMUNITI SERANI

Komuniti Serani dipercayai bermula daripada hubungan dan perkahwinan


antara wanita tempatan dan lelaki portugis (pelaut, askar dan pedagang). Nama
Serani ialah ringkasan bagi “nasrani” yang bererti pengikut jesus dari nazarene dan
“gragok” (istilah slang bagi “geragau” atau udang yang merujuk kepada fakta
bahawa keturunan portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang)
Ekspedisi portugis pertama telah tiba di Melaka pada tahun 1507. Melaka menjadi
pangkalan strategik bagi pengembangan portugis di hindia timur, di bawah negeri
portugis India sejak april 1511.

Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis, wanita-wanita portugis telah


dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan tersebut memandangkan
kepercayaan karut yang tidak membenarkan kaum wanita berada di atas kapal.
Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan atau memberi kebebasan kepada
pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan bagi
tujuan penyebaran ajaran kristian dan memenuhi rancangan sebagai wizurai India di
bawah polisi yang ditetapkan oleh Afonso de Albuquerque iaitu pemerintah India
ketika itu. Satu surat dikeluarkan daripada raja portugal memastikan pembebasan
dan pelepasan cukai untuk rakyat portugis bujang yang ke luar negara dan
berkahwin di Melaka. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan
campur telah direkodkan khususnya di Tanah Melaka.

Selepas kejatuhan portugis, kuasa Belanda telah mengambil alih Melaka pada
tahun 1641. Namun, kelompok masyarakat Serani yang bermula dari zaman
pendudukan portugis masih mengekalkan tradisi mereka, kebudayaan, bahasa
portugis dalam komuniti mereka dan mengamalkan ajaran agama katholik dimana
beberapa ritual keagamaan masih disambut di Portugis dan masyarakat ini sentiasa
dirujuk sebagai orang Portugis oleh rakyat Malaysia. Komuniti Serani
kebanyakannya di dapati tinggal di kawasan seperti pinggir pantai dalam kawasan
perbandaran Melaka.

Masyarakat Serani juga dikenali sebagai Kristang (berasal dari perkataan


portugis cristao bermaksud kristian) yang merujuk kepada kumpulan etnik yang
berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya berdarah Belanda,
Inggeris, Cina dan India hasil perkahwinan campur nenek moyang mereka di abad
ke 16 dan 17 di Melaka. Perkahwinan campur di antara masyarakat kristang yang
beragama kristian dan penduduk tempatan kebiasaannya adalah dengan kaum Cina
dan India memandangkan kaum Melayu Islam tidak membenarkan penganutnya
mengahwini individu yang berlainan agama. Mengikut sejarah, komuniti portugis-
melaka dipanggil gente kristang.

Bahasa kristang merujuk kepada bahasa dan dialek Melaka-melayu portugis, di


mana bahasa Malaysia telah mengambil beberapa perkataan kristang untuk
digunapakai. Terdapat kira-kira 300 patah perkataan dalam bahasa melayu yang
diambil daripada bahasa portugis dan disesuaikan dengan kelaziman sebutan lidah
orang Melayu seperti perkataan keju (queijo), kereta (caretta), nenas (ananas), meja
(mesa), bendera (bandeira), mentega (manteiga), sekolah (escola) dan banyak lagi.
Komuniti Serani ialah produk amalgamasi yang kurang diperkatakan di
Malaysia. Pada hemat anda kenapa hal tersebut berlaku?

Produk amalgamasi adalah sebuah istilah dalam ilmu sosiologi yang


bermaksud proses sosial yang meleburkan suatu kelompok budaya yang berbeza
sehingga muncul sesuatu yang baru namun tidak meninggalkan budaya dasarnya.
Produk amalgamasi juga kurang diperkatakan di Malaysia kerana pudarnya nilai dan
budaya yang asli. Ini kerana seiring perkembangan zaman, tidak dapat dinafikan
bahawa arus globalisasi sangat berpengaruh pada kehidupan sekarang. Contohnya,
terdapat banyak sekali elektronik yang canggih seperti handphone yang dapat
mengakses apa sahaja perkara dan juga munculnya berbagai game online. Ini yang
mengakibatkan masyarakat hanya tertumpu dengan perkara sebegini tanpa
menghiraukan lingkungan disekitarnya. Selain itu, terdedah kepada konflik kerana
perbezaan budaya. Ini kerana wujudnya prasangka antara kaum yang mengekang
kekuatan perpaduan masyarakat. Terutamanya dari segi bahasa menyebabkan
jarak sosial yang ketara. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi
dalam kalangan masyarakat, dan akibat daripadanya adalah masyarakat tidak dapat
saling memahami antara satu sama lain. Ketidakfahaman yang ditimbulkan telah
membawa kepada sikap prasangka dalam kalangan masyarakat yang masing-
masing mempunyai pegangan agama, adat istiadat, budaya hidup yang

berlainan. Akhir sekali, ianya kurang diperkatakan di Malaysia kerana kurangnya


pengetahuan umum mengenai jenis kesenian warisan Portugis. Keadaan ini berlaku
kerana masyarakat tidak didedahkan dengan keunikan kesenian warisan Portugis.
Jadi, bagi membendung perkara ini Kementerian Pendidikan hendaklah
mengadakan mata pelajaran berkaitan seni dan budaya di sekolah dalam usaha
memupuk minat generasi muda terhadap warisan ini. Dengan adanya subjek seni
budaya diajar di sekolah, mereka dapat memahami dan mengenali dengan lebih
dekat warisan seni budaya yang ternyata indah dan menarik untuk dihayati.

You might also like