You are on page 1of 1

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK


WILAYAH PERSEKUTUAN

1/19/1984 18 April 1984

ZAKAT PERNIAGAAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali


Ke-19/1984 yang bersidang pada 18 April 1984 telah memutuskan bahawa:

1. Perniagaan yang dicampuradukkan antara halal dan yang haram tidak dapat
dipisahkan urusniaganya diwajibkan zakat kerana maslahah umum.

2. Perniagaan yang menggunakan wang yang haram seperti memodalkan


perniagaan dengan menggunakan wang bank yang jelas hukumnya haram
kerana unsur-unsur riba, wajib dikenakan zakat walaupun penglibatan di
dalam riba itu haram.

3. Perniagaan yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam
diwajibkan zakat ke atas orang Islam sahaja.

Bertarikh 18 April 1984


MJKPHSWP Kali Ke-19/1984

TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH


Pengerusi
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan

You might also like