You are on page 1of 1

TEKS EMCEE PELANCARAN NILAM DAN PROGRAM WAKAF BUKU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

JUMAAT 19.05.2023

Yang dihormati Puan Asnah binti Laitu, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azlan Saman @Ariffin Saman
Penolong Kanan HEM, Cik Thien Moi Yen,Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan ketua bidang, guru-guru
serta rakan putera dan puteri yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat pagi.Syukur alhamdulillah pada pagi ini kita dapat berhimpun dalam
Program Pelancaran NILAM dan Pelancaran Kempen Wakaf Buku Peringkat sekolah bagi tahun 2023.
Dengan itu, majlis dengan penuh hormatnya menjemput Yang dihormati Puan Asnah binti Laitu
Penolong Kanan Pentadbiran diiringi Encik Azlan Saman Penolong Kanan HEM untuk menyempurnakan
majlis pada pagi ini.
Cue: (berjalan naik ke pentas)
***********************************************************************************
Cue: Ketika berada di atas pentas
Baiklah tanpa melengahkan masa,
Dijemput Yang dihormati Pn. Asnah binti Laitu
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menggunting riben banting sebagai Gimik Pelancaran NILAM Tahun
2023. Dipersilakan.
Cue: tunggu sehingga hbs gunting dan murid bertepuk tangan (Lagu NILAM)
************************************************************************************
Cue: Teruskan baca apabila VIP selesai gunting riben dan murid bertepuk tangan
Seterusnya pula, sekali lagi majlis menjemput Yang dihormati Puan Asnah Laitu untuk menyempurnakan
gimik pelancaran Program Kempen Wakaf Buku peringkat sekolah tahun 2023. Dipersilakan Puan Asnah
untuk menyumbangkan buku ke dalam KOTAK Wakaf Buku Sebagai Gimik kita pada hari ini.
Cue: tunggu sehingga hbs gunting dan murid bertepuk tangan (Lagu Final Countdown)
************************************************************************************
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Asnah binti Laitu Penolong Kanan Pentadbiran atas kesudian
menyempurnakan Program Pelancaran NILAM dan Pelancaran Kempen Wakaf Buku peringkat sekolah
tahun 2023.
***********************************************************************************
Sebelum melabuhkan tirai, sedikit info berkaitan dengan Kempen Wakaf Buku Peringkat Sekolah, Pusat
Sumber Permata Minda sangat mengalu-alukan sumbangan buku bagi memenuhi keperluan murid dan
juga sekali gus bagi mencapai KPI Bahan Bacaan Pusat Sumber iaitu 1 murid nisbah 20 buku. Untuk itu,
sumbangan ini terbuka kepada semua warga sekolah juga ibu bapa murid dan komuniti setempat.
Semoga dengan kempen seperti ini bukan sahaja dapat menambahkan bilangan buku di Pusat sumber
bahkan menambahkan variasi ilmu murid. Bagi Program NILAM pula, pada tahun ini juga Peringkat PPD
mensasarkan 40 buah bahan bacaan bagi setiap murid. Marilah bersama-sama kita jadikan sebagai satu
realiti.

Dengan ini, saya menangguhkan majlis kita pada pagi ini dengan lafaz wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum wbt.

You might also like