You are on page 1of 1

Persatuan Penduduk Taman Dato Syed Abbas

(PPM-001-07-11092015)
No. 399-G-2, Taman Dato Syed Abbas,
Jelutong, 11600, George Town,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +6019-4813634 (Pengerusi) | +6011-36128411 (Setiausaha)

Ruj. Kami: SKBN1000/1


Tarikh: 13 Sya’ban 1445
23 Februari 2024

Kepada,

Penduduk Taman Dato Syed Abbas

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MALAM 27 RAMADHAN 1445 HIJRI

2. Merujuk kepada perkara diatas, Persatuan Penduduk Taman Dato Syed Abbas
akan menyediakan hidangan berbuka puasa sempena malam 27 Ramadhan yang
akan diedarkan pada 4 April 2024. Sehubungan dengan itu, saya mewakili Ahli
Jawatan Kuasa Penduduk Taman Dato Syed Abbas dengan penuh takzimnya
memohon sumbangan dana daripada semua penduduk untuk menjayakan aktiviti ini.

3. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun berikut,

Bank : Public Bank Berhad


No. Akaun : xxxxxxxxxxxxx
Pemilik Akaun : Persatuan Penduduk Taman Dato Syed Abbas

Atau boleh diserahkan kepada Ahli Jawatan Kuasa yang bertugas:

1. Ardian Amir Bin Abdul Jalil (8-1)


2. Amir Hamzah Bin Abdul Rahman (2-3)
3. Muhammad Fahmi Bin Abdul Aziz (2-2)

4. Kami dahulukan dengan ucapkan jutaan terima kasih atas perhatian dan
sumbangan yang disalurkan. Semoga amal yang dilakukan mendapat ganjaran
pahala disisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK”

Yang berkhidmat,

(MUHAMMD RAZIN BIN AMIR HAMZAH)


Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Dato Syed Abbas

You might also like