You are on page 1of 2

Rundingan dengan Kerajaan British di London

 Wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu membuat rombongan ke


London untuk berunding dengan British
 Perkara yang dipersetujui:
o Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri
Kewangan
o Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan dilantik
dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
o British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti
pertahanan
o Pegawai British yang diberhentikan perlu diberikan ganti rugi

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid)
dibentuk berikutan persetujuan di London
 Pengerusinya Lord Reid dari British
 Tugas: Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Gerak Kerja:
 Meminta cadangan penduduk
 Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
 Meneliti kedudukan negeri dalam perlembagaan
 Menghadap Raja-raja Melayu dan Penasihat British
 Mengadakan persidangan dan membuat laporan pembentukan
perlembagaan
Memorandum yang Diterima oleh Suruhanjaya
Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu
 Mencadangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
o Bertindak sebagai Ketua Negara
o Dipilih oleh Raja-raja Melayu
o Tempoh jawatan ialah lima tahun
 Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain dilindungi
oleh Raja-raja Melayu

Memorandum daripada Parti Politik dan Awam


 UMNO menolak jus soli
 Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti
 MCA menuntut sekolah vernukular diteruskan

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


 Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
 Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
 Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong
 Parlimen dengan Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Reaksi terhadap Draf Perlembagaan


 UMNO dan PAS:
o Bimbang bahawa kewarganegeraan yang longgar akan menjejas
kedudukan istimewa orang Melayu
o Meminta meningkatkan kedudukan agama Islam dalam
Persekutuan
o Mahu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
 Sebahagian pertubuhan Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai
bahasa kebangsaan
 MIC meminta syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil
diteliti
 Draf Perlembagaan akhirnya diluluskan selepas pindaan dibuat

Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


 Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
 Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau
selepas) akan diberikan kewarganegaraan
 Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
 Agama Islam sebagai agama Persekutuan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

You might also like