Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Mahkamah Syariah Dimalaysiadan Usaha JKSM Memartabatkannya
Sejarah Mahkamah Syariah Dimalaysiadan Usaha JKSM Memartabatkannya
net/publication/368780693
CITATIONS READS
0 4,819
1 author:
Suhaizad Saifuddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
23 PUBLICATIONS 9 CITATIONS
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Suhaizad Saifuddin on 24 February 2023.
1.0 PENGENALAN
Dalam Islam, keadilan dalam undang-undang bersifat mutlak. Sebarang bentuk kezaliman,
penyelewengan, rasuah, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa dalam bentuk apa sekalipun
ditentang dan wajib dihapuskan kerana Islam tidak pernah bertolak ansur terhadap perkara-
perkara tersebut tadi. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dalam Islam
adalah satu tugas dan kewajipan setiap Muslim dan tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Hadaf syariat perundangan dalam Islam adalah untuk mencegah dan membanteras kezaliman
dan menegakkan keadilan. Untuk melaksanakan kehendak syariat ini maka ianya
memerlukan kepada wujudnya institusi kehakiman yang dikenali sebagai “ wilayah al-qada.”
Untuk menyelesaikan perbalahan antara pihak yang terlibat dengan hukuman –hukuman yang
hak yang berdasarkan kepada hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Mewujud dan
menegakkan institusi kehakiman Islam dan melantik kadi-kadinya dalah merupakan
perjalanan sunah Baginda s.a.w. yang diikut, tuntutan syarak yang wajib dilaksanakan dan
fardu yang tidak boleh dielak atau diabaikan.
Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi
kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perlembagaan
Persekutuan yang merupakan perundangan tertinggi di negara ini telah menetapkan bahawa
Mahkamah Sivil diletakkan di bawah bidangkuasa persekutuan sebagaimana yang
diperuntukkan pada perkara 7, Jadual Kesembilan, senarai I (Senarai Persekutuan). Manakala
Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri-negeri sebagaimana yang di
peruntukan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) yang menyentuh tentang
undang-undang Islam dan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan
secara khusus menyentuh berhubung dengan undang-undang keluarga dan diri serta klausa
‘hukum Syarak’ dan ‘hukum dan doktrin Syarak’ yang menjadi intipati dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah.
1
Keunikan sistem perundangan di Malaysia banyak dipengaruhi dengan kedatangan Biritish ke
nagara ini. Dalam susur jalur sejarah, Mahkamah Syariah sebelum kedatangan penjajah telah
dijadikan tempat bagi mendapatkan keadilan dengan kuasa rayuan diberikan kepada Sultan
Walau bagaimanapun, selepas kedatangan British, mahkamah-mahkamah lain telah
ditubuhkan di atas nasihat pihak berkuasa British dan Mahkamah Syariah telah diletakkan di
taraf yang amat rendah dan bidang kuasanya telah dibatasi. Sebelum 1948, Mahkamah
Syariah telah diletakkan di dalam struktur dan hierarki mahkamah negara bersama mahkamah
yang lain. Namun dengan lulusnya Courts Ordinance 1948, mahkamah Syariah telah
dipisahkan dari Mahkamah Persekutuan. Namun selepas kemerdekaan Malaysia, status
Mahkamah Syariah telah diubah menjadi mahkamah negeri-negeri.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di era
perkembangan Islam bermula dari zaman Baginda Rasulullah s.a.w. umumnya dan di negara
Malaysia khususnya. Kajian ini juga bertujuan untuk pengenalpasti perkembangan
Mahkamah Syariah sebelum dan selepas kemerdekaan di Malaysia selain mengenalpasti
apakah perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh masa tersebut. Disamping itu,
kajian ini bertujuan untuk menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan
Mahkamah Sivil di Malaysia.
Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini akan mengupas perkembangan institusi
kehakiman Islam di Malaysia dimana secara khusus penulisan ini akan mengkaji perubahan
yang dialami oleh Mahkamah Syariah bermula dari era sebelum kemerdekaan sehingga pasca
kemerdekaan dan perkembangan terkini. Sebagai pengenalan kajian ini akan mengupas
secara literal berhubung dengan sejarah penubuhan institusi kehakiman Islam atau
Mahkamah Syariah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah era kerajaan Umayyah.
Dalam konteks ini juga penulisan ini akan menyentuh sejarah penubuhan Mahkamah Syariah
di Malaysia bagi melihat sejauhmana hubungan dan persamaan yang wujud di antara
Malaysia dengan zaman kebangkitan Islam. Oleh kerana Malaysia mengamalkan dwi
undang-undang yang berbeza, artikel ini juga turut membincangkan mengenai usaha yang
dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan
Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah Sivil di Malaysia.
2
2.0 SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH
2.1 Zaman Perkembangan Islam
Kehakiman telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Rasulullah s.a.w. telah diutus
oleh Allah untuk menjadi Nabi dan Rasul, menjadi rahmat untuk sekelian alam, menjadi
pemimpin dan ikutan, menjadi contoh dan teladan, menjadi pemerintah dan hakim
demikianlah seterusnya. Baginda Rasulullah s.a.w. merukpakan ketua pemerintah, pentadbir
dan pelaksanan bagi kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Pada masa yang sama ketua
bagi institusi kehakiman Islam. Baginda merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir
dalam bidang kehakiman. Baginda telah memutuskan kes dan menyelesaikan pertikaian
berdasarkan undang-undang Islam. Terdapat banyak contoh kes yang telah diputuskan oleh
Baginda Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai aspek. Antaranya yang berhubung dengan harta
pusaka, nikah, cerai, khuluk, rujuk, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Namun,
Rasulullah s.a.w. memutuskan kes dan mengadakan perbicaraan tidaklah di dalam sebuah
bangunan yang khusus, kerana keadaan pada masa itu tidak memerlukan,namun ini tidaklah
bermakna bahawa prinsip mewujudkan mahkamah di dalam bangunan yang khusus tidak
diperlukan. Sebagai contoh ada kalanya Rasulullah s.a.w. mengadakan perbicaraan di masjid
seperti yang terjadi dalam kes Safuan bin Ummayyah yeang telah menjadi mangsa kecurian.
Selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun
632 Masihi, maka berakhirlah zaman baginda Rasulullah s.a.w. dan bermulalah zaman
Khulafa Al-Rasyidin iaitu zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Kesibukan sebagai khalifah telah mendorong Saidina Abu Bakar melantik Sidina Umar al-
Khatab menjadi kadi di Madinah pada zaman pemerintahan beliau. Walaupun Khalifah Abu
Bakar telah melanitk Umar menjadi kadi, namun beliau sendiri masih juga memegang
jawatan ketua hakim disamping menjadi ketua pentadbir dan kerajaan. Disamping bertugas
sebagai hakim, Khalifah Abu Bakar juga menggubal undang-undang yang tidak bercanggah
dengan wahyu ini kerana beliau seorang mujtahid yang berwibawa dan berkemampuan untuk
berijtihad dan menerangkan kehendak wahyu. Pada zaman tersebut masih belum terdapat
bangunan khas yang berfungsi sebagai mahkamah. Selepas wafatnya Saidina Abu Bakar,
jawatan khalifah telah disandang oleh Saidina Umar Al- Khattab. Khailfah Umar telah
memperkenalkan pemisahan kuasa antara pentadbir dan kehakiman yang tidak dilakukan
3
pada zaman sebelum itu. Sistem pemisahan kuasa ini demi menjamin pentadbiran kehakiman
utuh dan berwibawa di samping menjauhkan tohmah dan melicinkan pentadbirannya. Pada
zaman Khalifah Umar juga bangunan khusus untuk dijadikan mahkamah sebagai tempat
perbicaraan belum diadakan kerana keperluannya belum timbul. Perbicaraan masih
dijalankan di masjid atau di rumah para hakim.
Saidina Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ketiga setelah Khalifah
Umar dibunuh oleh Abu Lukluah pada 23 Hijrah bersamaan 64 Masihi. Kaedah pengadilan
Khalifah Uthman sama seperti kaedah yang digunakan khalifah terdahulu iaitu dengan
merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, hukuman yang telah dijatuhkan leh khalifah terdahulu
dan akhirnya beliau akan merujuk kepada sahabat-sahabat yang ada dengan mengadakan
perbincangan dan musyawarah dengan mereka. Khalifah Uthman menjadi ketua institusi
kehakiman dan rujukan terakhir dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Khalifah
Uthman telah mewujudkan bangunan khas untuk dijadikan mahkamah bagi membicarakan
kes dan merupakan pemimpin pertama di awal perkembangan Islam yang melakukan
perubahan tersebut. Selepas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh oleh pihak
pemberontak beliau diganti oleh Khalifah Ali. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah wajar
kerana beliau berpengaruh di samping seorang yang teralim dikalangan sahabat. Di bidang
kehakiman pula, Khalifah Ali merupakan seorang yang berpengalaman. Beliau pernah
menjawat jawatan hakim di Yaman pada hayat Baginda Rasulullah s.a.w. sedang pada masa
itu beliau masih muda.Beliau juga merupakan ketua institusi kehakiman dan rujukan terakhir
dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Pada zaman ini, kedudukan hakim telah
diutamakan dari segi pemilihan yang ketat, diberi ganjaran yang sesuai dan kedudukan taraf
dan kehormatan yang perlu dijaga. Khalifah Ali juga meneruskan kesimbungan Saidina
Umar dengan mengadakan bangunan khas yang berfungsi sebagai institusi kehakiman.
Sistem kehakiman pada zaman pemerintahan Bani Ummaiyyah pula bermula pada
tahun 41 hingga 132 Hijrah. Ini adalah kesinambungan daripada sistem kehakiman yang
wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Pada zaman ini diperkenalkan catatan
hukuman agar dapat dipastikan yang ia tepat dan tidak dipertikaikan. Orang yang mula-mula
mencatatkan hukuman ini ialah Kadi Salim bin Atar, kadi di Mesir. Beliau telah memutuskan
suatu kes tentang harta, tetapi pihak berkenaan telah mempertikaikan tentang keputusan
tersebut. Mahkamah madzalim turut berfungsi dengan lebih berkesan, yang mempunyai
bidang kuasa istimewa. Ia diketuai oleh khalifah untuk memastikan undang-undang
4
dihormati dan keadilan ditegakkan. Sebagai contoh Khalifah Abdul Aziz telah menggunakan
mahkamah ini untuk mengembalikan hak orang yanag telah dizalimi oleh keluarga Bani
Ummaiyyah yang Mahkamah Kadi telah gagal melakukannya.
Walaupun kerajaan Bani Abbasiyyah telah berakhir pada tahun 560 Hijrah, namun
system kehakimannya yang dibina berdasarkan pentadbiran kehakiman pada zaman
sebelumnya terus diwarisi dan diamalkan oleh negara-negara Islam kemudiannya. Namun
apabila negara-negara Islam mula lemah, maka kedudukan mahkamah dan hakimnya turut
lemah dan undang-undang Islam mula dipinggirkan. Bidangkuasa mahkamah Islam yang
mentadbir undang-undang Islam menjadi kecil akibat kelemahan negara-negara Islam sendiri.
Kedatangan penjajah barat telah banyak mempengaruhi strukri kehakiman sesebuah negara
terutamanya melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, negara Mesir di
bawah naungan Khalifah Usmaniyyan pada tahun 1876 Masihi telah mempunyai lima badan
kehakiman yang mana pada asalnya hanya terdapat satu sahaja untuk mentadbir undang-
undang yang berbeza iaitu:
1. Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukun yang bersumberkan
fiqh Islam.
5
2. Mahkamah Nizamiyyah, yang mula didirikan pada tahun 1875 Masihi.
Mahkamah ini mentadbir dan melaksanakan undang-undang yang berasal
daripada undang-undang asing.
3. Mahkamah Ahliyyah, yang melaksanakan dan mentadbir undang-undang yang
diambil daripada undang-undang Perancis dan dipinda mengikut undang-
undang Itali.
4. Mahkamah Milli ( Agama) yang mengendalikan kes untuk orang Mesir yang
bukan beragama Islam
Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka kira-kira
pada tahun 812 Hijrah bersamaan 1409 Masihi. Melaka merupakan institusi kesultanan
Melayu Islam pertama di Semenanjung Malaysia. Parameswara memeluk Islam dan telah
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda diislamkan oleh pendakwah dari
Jeddah bernama Sayyid Abd Aziz. Islam bertapak kuat pada zaman Sultan Mansor Shah di
Melaka pada tahun 1459-1477 Masihi. Malah zaman itu digelar zaman kegemilangan Islam
6
di Tanah Melayu dan pada masa yang sama berlaku keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa. Pada
zaman kesultanan Melayu Melaka Islam berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor
agama membawa kepada kedatangan pedagang Arab dan India untuk membuat urusan
perdagangan di Melaka. Dari segi perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-
undang yang terpakai pada zaman itu. Mazhab Syafi’I pula amat berpengaruh sehinggalah ia
menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam di rantau ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Undang-undang Islam berdasarkan pendapat mazhab ini juga telah dikanunkan, ia menjadi
undang-undang negara dan dilaksanakan. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Islam
berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor agama membawa kepada kedatangan
pedagang Arab dan India untuk membuat urusan perdagangan di Melaka. Dari segi
perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-undang yang terpakai pada zaman itu.
Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ( 1422 M -1444 M) usaha telah dimulakan
untuk mengkanunkan undang-undang ini. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1445
M- 1450 M). Ia Berjaya disempurnakan dan seterusnya dilaksanakan.
Teks Hukum Kanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr. Ph.S. Ronkel mengandungi 27
fasal, manakala Kitab Undang-undang Melaka dari Mizium British mengandungi 44 fasal dan
Undang-undang Melaka yang diselenggara oleh Liaw Yock Fang mengandungi 44 fasal.
Teks ini telah dikaji dan diteliti dan kesimpulannya Undang-undang Kanun Melaka ini pada
keseluruhannya berdasarkan undang-undang Islam menurut mazhab Syafi’i.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat juga unsur-unsur adat Melayu.
Walaupun peruntukan dalam Kanun Melaka ini terhad tetapi ia meliputi bidang yang luas
termasuk jenayah, mua’malah, keluarga, acara, keterangan, adab al-kadi dan undang-undang
pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan terhadap orang-orang yang dibuktikan
melakukan kesalahan adalah dalam bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Antara bukti mazhab
Syafi’I dijadikan asas kepada kanun ini ialah Undang-undang Kanun Melaka telah
memperuntukkan hukuman qisas dalam fasal 5(1), 5(3), 8(2), 8(3) dan 39. Fasal –fasal ini
antaranya mengenai pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh orang Islam ke atas ornaf kafir,
orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya idmana hukuman qisas tidak
dijatuhkan terhadap pesalah tersebut. Terdapat banyak lagi peruntukan dalam Undang-
undang Kanun Melaka yang selaras dengan pandangan mazhab Syafi’i seperti hukuman
hudud, hukuman mati terhadap murtad, hukuman sebat ke atas peminum arak, bab jual beli,
tentang perkahwinan dan sebagainya.
7
Selain Melaka,terdapat beberapa buah negeri yang melaksanakan undang-undang
Islam yang dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka sama ada secara langsung atau tidak
langsung seperti Hukum Kanun Pahang yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Abdul
Ghafur al- Muhaiyudin ( 1592-1614) yang mengandungi 93 fasal, Undang-undang 99 Perak,
Undang-undang Pahang, Undang-undang Sungai Ujong dan sebagainya. Berikut merupakan
beberapa carta sistem kehakiman dan pentadbiran Islam semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan
Mahkamah Balai
8
Sultan
Mahkamah Balai
9
3.0 PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH SEBELUM DAN SELEPAS
KEMERDEKAAN
3.1 Sebelum Kemerdekaan
Corak landskap perundangan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini banyak
dipengaruhi dan berubah selepas kedatangan British. Campur tangan tidak rasmi British di
Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 oleh Sir Francais Light di Pulau Pinang dan di
Singapura oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1824. Kemasukan British pada waktu itu
bertujuan untuk memonopoli perdagangan dan bersaing dengan Belanda yang menjajah
Indonesia. Campur tangan British secara rasminya adalah pada 20 Januari 1874 apabila
Perjanjian Pangkor dimeterai antara British dengan negeri Perak. Pada masa yang sama
Sultan Perak yang baru dilantik itu bersetuju untuk menerima Residen British sebagai
penasihat dalam semua hal ehwal negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat
dan agama Islam. Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh pemimpin Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad ke-19, kesemua negeri di Tanah
Inggeris ini. Kesan penerimaan penasihat Inggeris di negeri-negeri Melayu ini menyebabkan
pelaksanaan undang-undang Islam yang berjalan sekian lama terhakis dengan cara British
memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam.
10
Sultan
Mahkamah Balai
( Dihapuskan pada 1920-an)
(
Shaykh- Islam/ Mufti (Penasihat)
Rajah 3 : Sistem Kehakiman pada zaman Kesultanan Melayu pada zaman pertengahan
penjajahan British di Malaysia ( 1800-1900)
Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan yang terdiri daripada
negeri Perlis, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor. Pada tahun itu juga Courts Ordinance 1948 ditubuhkan dan
Syariah Court dimasukkan dalam struktur mahkamah peringkat kebangsaan bersama-sama
dengan Mahkamah penghulu. Selepas Courts Ordinance 1948 dimansuhkan dan di ganti
dengan Akta Mahkamah rendah 1948, Mahkamah Syariah telah diturunkan statusnya
daripada peringkat kebangsaan ke peringkat negeri.
11
Ma
Mahkamah Agung
Mahkamah Kathi
Mahkamah Agung
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah Penghulu
Begitu juga dengan pentadbiran hukum syarak pada permulaannya jawatan naib kadi
dan kadi telah diiktiraf dengan menubuhkan Mahkamah Kadi dan Mahkamah Naib Kadi di
negeri-negeri Melayu dalam struktur Mahkamah Awam. Kedudukannya lebih rendah dari
Mahkamah Majistret, walaupun berada dalam struktur mahkamah yang sama. Akhirnya
apabila diadakan Ordinan Mahkamah 1948 bagi menubuhkan sistem kehakiman bagi
Persekutuan, Mahkamah Naib Kadi dan Mahkamah Kadi telah diabaikan dengan
mengeluarkannya daripada hierarki Mahkamah Persekutuan dan hari ini dikenali dengan
Mahkamah Syariah dan mempunyai status mahkamah negeri dengan bidang kuasa amat
rendah dan terbatas.
13
Jawatankuasa Fatwa, undang-undang Islam berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian,
nafkah, penjagaan anak, keterangan, prosedur jenayah dan sivil, perwarisan, pembahagian
harta sepencarian, wakaf dan nazar, zakat dan fitrah dan Baitulmal, pengurusan masjid,
pemelukan agama Islam, wasiat dan beberapa kesalahan matrimoni dan kesalahan yang boleh
dihukum ta’zir. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 ini ada membuat peruntukan bagi
penubuhan Mahkamah Kadi dan Kadi Besar dan bidang kuasanya. Rayuan dibuat ke
Jawatankuasa Ulangbicara.
Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu
Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah. Struktur institusi-
instusi ini telah mengalami perubahan selaras dengan peredaran zaman. Berikut merupakan
kedudukan institusi-institusi ini selepas kemerdekaan dan sebelum 1990-an.
Mufti
15
Rajah 6 diatas menunjukkan selepas negara mencapai kemerdakaan, Mahkamah Syariah
masih kekal diletakkan di bawah pentadbiran sultan atau ketua agama negeri-negeri
sehinggalah diakhir era 80-an. . Kesemua institusi ini diletakkan di bawah pentadbiran Majlis
Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri. Ketika ini Mahkamah Syariah masih dikenali
sebagai Mahkamah Kadi dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Jawatankuasa Ulang
Bicara, Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi Daerah. Pada ketika itu juga seseorang
yang memegang jawatan sebagai Mufti merupakan Ketua Hakim Syarie yang mentadbir
Mahkamah Kadi.
Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 Perlembagaan pada tahun 1988 dilihat
memberikan nafas baharu khususnya kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Perkara 121
fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua mahkamah tinggi yang mempunyai bidang kuasa
yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan
memperuntukkan bahawa;
16
“Mahkamah mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah syariah”.
Dengan pindaan ini, seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di
Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberikan kepadanya sekiranya
beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan
ini, beliau hendaklah dibawa ke hadapan hakim mahkamah syariah dalam masa 24 jam
daripada masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih
anjut lagi, kebenaran hakim mahkamah syariah hendaklah dipohon. Pindaan Perkara 5
menjadikan kuasa hakim mahkamah syariah setaraf dengan kuasa seorang majistret.
17
Sistem Mahkamah Malaysia
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Rajah 7 diatas menjelaskan bahawa Sistem Kehakiman yang diamalkan di Malaysia kini
terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah hanya
mempunyai bidangkuasa tertentu dan hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Manakala
bidangkuasa Mahkamah Sivil adalah lebih luas dan ianya berbidangkuasa terhadap Orang Islam dan
Orang Bukan Islam. Selain kedua-dua sistem ini diperuntukkan pada perundangan yang berbeza,
lokasi dan insfratruktur juga adalah berlainan. Dari aspek lain, Mahkamah Sivil mempunyai lima
peringkat mahkamah manakala Mahkamah Syariah hanya mempunyai tiga peringkat mahkamah, ini
bermakna Mahkamah Sivil mempunyai empat lapisan mahkamah untuk merayu manakala Mahkamah
Syariah hanya mempunyai dua lapisan mahkamah bagi membuat rayuan.
18
aspek-aspek perundangan dan pentadbiran Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.
Disebabkan hal ehwal agama Islam dan perundangan Islam diletakkan di bawah
bidangkuasa negeri, terdapat dua jenis penerimaan setiap negeri terhadap struktur
kerja. Negeri-negeri gunasama ialah negeri-negeri yang bernaung di bawah JKSM
dan dari sudut perlantikan kakitangan adalah melalui JKSM dan juga melalui negeri-
negeri. Negeri-negeri yang bernaung di bawah skim guna sama seperti ialah Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah-wilayah Persekutuan, Perlis dan Sabah. Selain
dari negeri-negeri tersebut masih belum mengganggotai skim guna sama di mana
perlantikan hampir kesemua jawatan adalah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri
masing-masing. Sungguhpun begitu disetiap negeri tersebut ditubuhkan Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan
Perak.
20
Bagi menjamin keselesaan dan memudahkan urusan pelanggan-pelanggan di
Mahkamah Syariah menerima kemudahan seperti di Mahkamah Sivil, JKSM telah
memperjuangkan pembinaan bangunan Mahkamah Syariah disetiap negeri dan daerah
melalui peruntukan kerajaan persekutuan. Diantara negeri yang telah menerima
bangunan baharu adalah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam, Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Sembilan di Sendayan, Jabatan Kehakiman Syariah Melaka di MITC Melaka
dan Jabatan Kehakiman Syariah Kota Baharu. Bangunan atau kompleks baharu ini
telah menyediakan kemudahan insfratruktur yang lebih banyak dan selesa seperti
bilangan dewan perbicaraan yang lebih besar dan banyak, kaunter pendaftaran yang
luas, parkir kenderaan yang banyak, Bilik Peguam Syarie, Bilik Pendakwa Syarie,
perpustakaan, Bilik Hadhanah, akses keselamatan dan lain-lain. Dengan terbinanya
bangunan dan kemudahan yang lebih baik, JKSM berharap supaya kes-kes
tertunggak dapat diselesaikan segera. Bagi memantapkan pengurusan, JKSM bakal
menerima bangunan khas di Putrajaya tidak lama lagi dimana sebelum ini ibu pejabat
JKSM adalah berkongsi bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JKSM). JKSM
dijangka berpindah ke bangunan baharu tersebut pada tahun 2015.
21
Selain itu, JKSM sedang berusaha memartabatkan perundangan Islam dengan
menaiktaraf dari tiga peringkat mahkamah kepada lima peringkat mahkamah
sebagaimana yang diamalkan di Mahkamah Sivil. Sebagaimana yang telah dijelaskan
sebelum ini, Mahkamah Sivil mengamalkan lima peringkat mahkamah bermula dari
Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan. Sedangkan Mahkamah Syariah kini hanya mempunyai tiga
peringkat mahkamah sahaja iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. JKSM mempergiatkan usaha untuk
mendapatkan persetujuan dari Ketua Agama setiap negeri bagi menambah peringkat
mahkamah di Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah
Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis
Rayuan Syariah. Satu sejarah penting bakal tercipta bagi Mahkamah Syariah di negara
ini apabila kedudukannya akan berada sama taraf dengan Mahkamah Sivil dari segi
perjawatan, emolument dan lain-lain yang berkaitan. Untuk mencapai tujuan di atas, 2
Akta di peringkat Persekutuan telah dicadangkan iaitu Akta Suruhanjaya Perlantikan
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis
Rayuan Syariah dan Akta Saraan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. Kedua-dua Akta yang akan
dicadangkan ini memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan dan Penetapan
Saraan (gaji, elaun, pencen dan faedah-faedah lain) Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Kewujudan
Suruhanjaya ini akan menjadikan taraf Hakim-Hakim di Mahkamah Syariah bermula
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sehingga ke atas akan setaraf dengan Hakim-
Hakim di Mahkamah Tinggi Sivil.
22
5.0 KESIMPULAN
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan Hukum Syarak di negara ini
mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh dan telah dilaksanakan sejak penubuhan
kerajaan Melayu Melaka dan berterusan sehingga ke zaman penjajah dengan penyempitan
pelaksanaan Hukum Syarak. Penjajah British telah memberi bentuk baru dalam pentadbiran
Hukum Syarak di negara ini iaitu dengan memperkenalkan dalam bentuk perundangan.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, Islam telah diberi kedudukan dalam Perlembagaan
dan raja telah diberi status ketua agama. Perlembagaan juga telah memberi bidang kuasa
kepada Badan Perundangan Negeri bagi membuat perundangan Islam di dalam batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada Perundangan Persekutuan
yang juga membatas pelaksanaan sepenuhnya Hukum Syarak. Kedudukan Mahkamah
Syariah buat masa ini telah diberi kedudukan yang lebih baik berbanding di zaman penjajah.
Bagaimanapun pembaikan, peningkatan dan pemantapan masih ada ruang. Justeru
Mahkamah Syariah perlulah disusun semula dan diberi kuasa yang lebih besar dan
menyeluruh. Begitu juga kakitangan mahkamah yang terlatih dan mencukupi. Cadangan
untuk menambah dari tiga kepada lima peringkat Mahkamah Syariah perlu diimplementasi
segera bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk merayu bagi menjamin keadilan dan
kesaksamaan dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.
23
RUJUKAN
Abdul Munir Yaacob, 2009, Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian,
Jurnal Fiqh, No.6
Mahmud Saedon bin Awang Othman, 1402 H, Mahkamah Syariah/ Kadi di Malaysia : Taraf,
Bidang Kuasa dan Masalah-masalah yang dihadapinya, Islamiyat
Mahmud Saedon bin Awanag Othman, 2003, Institusi Pentadbiran Undang-undang &
Kehakiman Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Saleh Hj Ahmad, 1993, Terjemahan Buku Sistem Kehakiman Islam oleh Dr. Abdul
Karim Zaidan, Pustaka Haji Abdul Majid
Ramizah Wan Muhammad, 2009, Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu
Sorotan, Jurnal Undang-undang Malaysia, 21 Kanun (1)
Rusni Hassan, Mohammad Azam Hussain, Adnan Yusoff, Penubuhan dan Bidangkuasa
Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran, 2013, Jurnal Undang-undang Malaysia,
25 Kanun (1)
Sinar Harian, 15 November 2014, Kerajaan Usaha Naik Taraf Mahkamah Syariah, Kumpulan
Media Karangkraf
Suhaizad bin Saifuddin, Pegawai Syariah JKSM ditempatkan sebagai Pegawai Sulh di
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, temuramah pada 1 Mac 2015
24
25