You are on page 1of 27

`

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK

TAJUK: Konflik Anak Terhadap Ibu Bapa Bercerai

BIL NAMA/KUMPULAN NO. MATRIK


1 MICHELLE DAVINNA ANAK MICHAEL HERRY 2022676566
2 GEOVIONA CLARESSA ANAK KARA 2022661304
3 KATHLYN MENTI ANAK KELI 2022891792
4 GRACIE ANGELINE BINTI ROBERT 2022488278
5 AMYLIA ANGELINA ANAK RAFEAL LUCAN 2022824472

IDA202 ISLAMIC SOCIETY AND STATE

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

DISEDIAKAN UNTUK:

PROFESOR MADYA DR ABDUL RAZAK BIN ABDUL KADIR

UITM CAWANGAN SARAWAK

KAMPUS MUKAH

TARIKH HANTAR:

29 NOVEMBER 2023

1
GAMBAR AHLI KUMPULAN (INDIVIDU)
GAMBAR NAMA

MICHELLE DAVINNA ANAK MICHAEL HERRY

GEOVIONA CLARESSA ANAK KARA

KATHLYN MENTI ANAK KELI

GRACIE ANGELINE BINTI ROBERT

2
AMYLIA ANGELINA ANAK RAFEAL LUCAN

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN (KETUA SAHAJA)

“Saya wakil daripada kumpulan kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua
hasil tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan palagiat daripada
mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana mahasiswa atau mahasiswi yang melanggar atau disyaki
melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Hal Ehwal Akademik
UiTM, Kampus Sarawak.”

Tanda Tangan :

Nama Ketua : MICHELLE DAVINNA ANAK MICHAEL HERRY

No. Matrik : 2022676566

Tarikh : 29 NOVEMBER 2023

3
PEMARKAHAN

BIL KRITERIA/MARKAH MARKAH


1 PENGENALAN
2 ISI HURAIAN
3 CADANGAN/KESIMPULAN
4 SUMBER
5 ETIKA/PROFESIONAL
JUMLAH MARKAH

SEMAKAN 1

Kesalahan Pembetulan Muka surat

(Sila Tanda / Jika Sudah


Semak)
CITATION Tiada citation. Buat citation setiap perenggan. 7-20

RUJUKAN Rujukan tidak cukup. Rujukan perlu ada 25. 24-27

FONT - - 1-27

TNR/SAIZ
HALAMAN Tidak cukup halaman. Perlu ada 25 halaman. 1-27
MARGIN Membetulkan margin. Kemaskan mengikut margin 1-27
dikehendaki.
TYPING - - 1-27
ERROR
PLAGIARISM - - 1-27

4
SEMAKAN 2

Kesalahan Pembetulan Muka surat

(Sila Tanda / Jika Sudah Semak)


CITATION

RUJUKAN
FONT

TNR/SAIZ
HALAMAN
MARGIN
TYPING
ERROR
PLAGIARISM
ISI/FAKTA

5
KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Muka Hadapan 1
2 Gambar Ahli Kumpulan 2-3
3 Perakuan keaslian 3
4 Semakan 1/ Semakan 2 4-5
5 Isi kandungan 6
6 Pendahuluan 7-9
7 Perbincangan 10 – 20
8 Penutupan 21 – 23
9 Rujukan 24 - 27

6
1.0 PENDAHULUAN

Definisi Penceraian Ibu Bapa Terhadap Anak

Perkahwinan merupakan peristiwa besar dalam kehidupan bagi pasangan untuk hidup bersama
mengikat ikatan sebagai suami isteri dengan tujuan membentuk sebuah keluarga. Kesejahteraan
sesebuah keluarga dipengaruhi oleh kekuatan hubungan pasangan suami isteri dalam perkahwinan
mereka. Pengukuhan keluarga yang sejahtera adalah sebenarnya bertitik tolak daripada kekuatan
pengukuhan iman yang dihayati oleh suami dan isteri yang merupakan tunggak utama kepada
sesebuah keluarga (Surah an-Nisa' ayat 1). Keluarga merupakan lambang pertama dan utama bagi
seorang anak dan peranan ibu bapa sangat penting dalam perkembangan anak yang sedang tumbuh
membesar. Melalui keluarga, kita dapat mengenal erti kehidupan. Namun, tidak semua keluarga dapat
menjalankan rumah tangga dengan baik atas sebab-sebab tertentu. Salah satu punca berakhirnya
sebuah rumah tangga ialah kes penceraian. Menurut Statistik Perkahwinan dan Penceraian di
Malaysia, jumlah penceraian di negara Malaysia menurun sebanyak 7.1 peratus dengan catatan kes
sebanyak 43,394 pada tahun lepas berbanding 47,242 kes pada 2020. Kesalahan dalam memilih
pasangan hidup akan menyeret kepada retaknya hubungan dua kekasih dan terputusnya ikatan
keluarga yang melahirkan permusuhan dan berakhir dengan penceraian.

Menurut Sanata Dharma (2013), penceraian ialah kejadian di mana ia bermaksud untuk
menamatkan sebuah hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau keputusan qadi.
Penceraian juga melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak,
mahkamah dan masyarakat. Ia bukanlah sesuatu peristiwa yang manis malah sangat pahit dan perit
bagi mereka yang melaluinya. Penceraian juga adalah jalan terakhir jika semua usaha untuk
memulihkan perkahwinan gagal. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada pasangan suami isteri
dan lebih teruk kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Sebagai seorang suami dan isteri,
perkembangan anak adalah merupakan salah satu tanggungjawab besar bagi mengekal keluarga yang
harmoni dan aman damai. Antara punca penceraian ialah tiada persefahaman antara dua pihak,
curang, keganasan dalam berumah tangga dan sebagainya. Penceraian itu tidak hanya menyakitkan
7
dan menyedihkan, namun memberi impak besar terutama kepada pasangan yang sudah mempunyai
keturunan. Menurut Ihromi, (2004: 137), penceraian adalah “cerai hidup antara pasangan suami-isteri
sebagai akibat dari kegagalan mereka menjalankan peran masing-masing.”

[Menurut Djaelani, A. R. (2013). Teknik Pengumpulan Data dalam Penelitian Kualitatif. Jakarta:
Salemba Humanika]

Sebagai seorang suami dan isteri, perkembangan anak adalah merupakan salah satu
tanggungjawab besar bagi mengekal keluarga yang harmoni dan aman damai. Penceraian ibu bapa
terhadap anak memberi impak yang sangat besar kerana ia dapat mengganggu emosi dan perasaan
anak-anak. Contoh emosi yang dihadapi oleh anak dari ibu bapa bercerai ialah malu, kecewa, sedih,
benci dan sebagainya. Selain itu, mereka juga akan merasa kesunyian di rumah kerana tidak dapat
meluang banyak waktu bersama kedua ibu bapa mereka. Anak-anak juga akan merasa diri mereka
tertekan kerana tanggungjawab mereka semakin bertambah. Di samping itu, sokongan sosial mereka
juga akan berkurangan. Beberapa penelitian seperti Amato & Keith,1991; Fine & Harvey, 2005;
Harvey & Fine, 2004; Hetherington & Stanley-Hagan, 2002, (dalam Santrock, 2007) menyatakan
setuju bahawa anak-anak dari keluarga yang bercerai menunjukkan penyesuaian diri yang lebih buruk
dibandingkan anak-anak dari keluarga yang tidak bercerai.

[Menurut Chua Yan Piaw (2011) Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 1. Kaedah Penyelidikan.
Edisi Kedua. Mc Graw Hill, Kuala Lumpur.]

Zulkefli dan Mustapha (2016), menyatakan bahawa kesan penceraian dari ibu bapa akan
memberi kesan emosi terhadap anak-anak yang masih belajar sama ada emosi positif atau negatif.
Menurut Connies (1994), pelajar yang dari keluarga yang bercerai akan berasa kehilangan yang amat
mendalam dalam diri mereka dan mudah terasa hati secara tiba-tiba dengan perkara yang berlaku di
8
sekelilingnya. Walaupun terdapat kajian bahawa anak-anak dari keluarga yang bercerai akan
memperoleh pencapaian akademik yang tidak bagus kerana masalah emosi dan tertekan, namun
terdapat kajian di mana anak-anak dari keluarga bercerai ini berjaya memperoleh keputusan yang
baik dan mampu untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap universiti dan kolej.

Menurut Fatin Hafizah (2014), penceraian juga memberi kesan yang positif terhadap sesetengah
anak-anak supaya menjadi lebih berdikari. Hal ini dapat membantu mereka untuk berusaha mengubah
kehidupan keluarga ke arah lebih baik dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.
Mereka juga berjaya menempatkan diri walaupun menghadapi kepelbagaian emosi akibat penceraian
ibu bapa mereka. Haryani Ngah (2019) melaporkan berita berkenaan kecemerlangan pelajar MRSM
walaupun mereka dari keluarga yang bercerai. Hal ini membuktikan bahawa penceraian bukanlah
faktor utama untuk meraih kejayaan anak-anak, malah turut menjadi pembakar semangat dalam
mengubah kehidupan keluarga pada masa depan. Anak-anak juga akan merasakan bahawa penceraian
ibu bapa mereka juga adalah lumrah hidup di mana mereka hendaklah meneruskan kehidupan mereka
walaupun pahit untuk diterima.

[ Menurut Zulkefli, N., & Mustapha, Z. (2016). Remaja Daripada Ibu Bapa Yang Bercerai Di
Malaysia: Suatu Penelitian Ekspresi Emosi, GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and
Space, 9(9), 150–160.]

9
2.0 PERBINCANGAN

2.1 Faktor berlakunya konflik anak terhadap ibu bapa bercerai

Setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai cabarannya yang tersendiri terutamanya
apabila kedua pasangan mempunyai anak. Ramai juga pasangan yang berjaya bertahan dan
menempuhi cabaran demi kepentingan anak-anak mereka. Sudah tentu tiada siapa yang
menginginkan perpisahan dalam rumah tangga, namun terdapat rumah tangga yang telah dibina tidak
berpanjangan. Berlakunya perceraian boleh menyebabkan hubungan silaturahim keluarga menjadi
renggang serta terkesan kepada anak-anak. Penceraian bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh
anak-anak kerana mereka perlu berpisah dan tinggal dengan ibu atau bapa. Anak-anak merasakan
hidup mereka tidak lengkap hanya disebabkan mereka tinggal bersama satu pihak sahaja. Akibatnya,
kejadian ini merupakan memori yang sangat pahit dan perit bagi anak mereka. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan penting mereka untuk membimbing anak-anak dalam keadaan seperti ini.
Sebagai contoh, semasa melalui proses penceraian ibu bapa perlu memastikan keadaan berada dalam
stabil bagi menjaga emosi anak-anak. Oleh itu, apabila kedua pasangan bercerai ia boleh
menyebabkan berlakunya konflik anak terhadap ibu bapa yang bercerai.

Antara faktor konflik anak terhadap ibu bapa yang bercerai ialah hak penjagaan anak. Hak jagaan
anak merupakan masalah yang sukar untuk diselesaikan. Selepas berlakunya penceraian, hak jagaan
anak sering menjadi rebutan antara kedua pihak. Kedua-dua pihak akan berebut hak jagaan anak
sehingga menyebabkan pertengkaran. Dalam hal ini, peluang besar untuk mendapatkan hak jagaan
anak ialah ibu tetapi bapa juga masih berpeluang untuk mendapatkan hak jagaan anak tersebut. Panel
hakim akan membuat keputusan untuk menentukan siapa yang berhak menjaga anak tersebut. Akan
tetapi, terdapat pihak yang mendapat hak jagaan anak menghalang anak tersebut untuk tidak berjumpa
dan berhubung dengan pihak satu lagi. Perebutan dan pertengkaran tersebut akan memberikan
tekanan dari segi emosi kepada anak tersebut. Jelaslah bahawa kedua-dua pihak perlu memberikan
kerjasama semasa dalam perbicaraan. Hal ini dikatakan demikian kerana perbicaraan hak jagaan anak
dapat dipercepatkan dengan aman tanpa ada sebarang pertengkaran.
10
[ Purnama, R. R. (2023). "Perebutan Hak Asuh Anak Setelah Perceraian Orangtua Dihubungkan
Dengan Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkawinan." Das Sollen: Jurnal Kajian
Kontemporer Hukum Dan Masyarakat 1(02). ]

Selain itu, konflik tanggungan nafkah anak selepas bercerai. Walaupun ibu bapa sudah
bercerai, tanggungan nafkah anak tetap menjadi kewajipan kedua orang tua. Nafkah wajib ke atas
individu bagi menanggung nafkah anaknya sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam
jagaan orang lain. Antara tanggungan nafkah anak ialah makanan, pendidikan, perubatan dan
sebagainya mengikut kemampuannya. Kejadian keengganan ibu atau bapa memberi nafkah kepada
anak sering berlaku. Hal ini menyebabkan kesusahan terhadap anak itu sendiri termasuk individu
yang menjaga anaknya. Oleh itu, sikap pengabaian pemberian nafkah kepada anak menyebabkan
kehidupan anak tersebut terjejas dan tidak mendapat hak yang sepatutnya.

[ Hussin, M. N. M. and M. F. A. Fauzi (2023). "PEMBAYARAN NAFKAH ANAK MELALUI


POTONGAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA: SUATU ALTERNATIF:(Alimony of
Children by Deducting of Employees Provident Fund: An Alternative)." UUM Journal of Legal
Studies 14(1): 333-363. ]

Seterusnya, konflik pembahagian harta selepas bercerai. Selepas berlakunya penceraian,


pembahagian harta hanya boleh dituntut oleh seorang sahaja, sama ada suami ataupun isteri. Hak
seseorang terutamanya diceraikan tanpa sebab cukup banyak untuk dituntut. Terdapat banyak
individu tidak tahu berurusan dalam membuat tuntutan hak mereka dan meneruskan kelangsungan
hidup setelah bercerai. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang mempunyai masalah berkaitan
tuntutan pembahagian harta. Hal ini terjadi kerana pengabaian dan kelalaian individu menjalankan
tanggungjawab terhadap anak mereka sendiri. Sebagai contoh, ibu atau bapa tidak mengotakan janji
seperti pemberian harta kepada anak. Akibatnya, anak berada dalam situasi tidak dipedulikan
terhadap harta yang dibahagi dua tetapi tiada bahagian kerana tidak dapat dari kedua pihak.

11
[ Abd Malib, M., et al. (2022). "Kit BanTow: solusi langkah pertama pasca perceraian." Journal of
Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) 4(2): 124-139. ]

Kesimpulannya, tidak semudah yang kita sangka untuk pasangan yang sudah berpisah perlu
bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak. Hak seorang anak selepas ibu bapa
bercerai sewajarnya diatur dengan baik serta perlu menerapkan nilai toleransi dalam diri agar keadaan
tidak menjadi huru hara. Faktor konflik anak terhadap ibu bapa yang bercerai memberikan kesan
terhadap anak mereka sendiri seperti menyebabkan mereka berfikir bahawa susunan hidup mereka
tidak stabil. Anak-anak seharusnya dipertahankan dengan hak dan tanggungjawab yang sepadan
dengan usia mereka untuk perkembangan supaya mereka dalam keadaan sihat dan bermaruah untuk
kelangsungan hidup mereka. Pasangan yang telah berpisah seharusnya menurunkan ego dan
meruskan berhubungan baik bersama bekas pasangan walaupun rumah tangga yang dibina tidak
berpanjangan. Hal ini kerana menunjukkan peranan yang baik dan sikap yang matang dari kedua
pihak dapat menguruskan anak-anak supaya mereka dapat membesar dalam suasana yang baik dan
positif dan bukannya dalam acuan penuh benci dan dendam.

12
2.2 Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak

Keluarga merupakan peneraju utama dalam mewujudkan kebahagiaan bagi seseorang anak.
Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga merupakan tempat untuk seseorang anak meluahkan
perasaan, mendapat kasih sayang yang secukupnya, mendapat sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa dalam apa jua keadaan. Sebaliknya, ketiadaan salah satu ibu atau bapa dalam sesebuah keluarga
akibat penceraian dapat menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap anak. Anak daripada keluarga
yang bercerai akan mengalami banyak tekanan emosi seperti sedih, marah, malu, benci, berasa
bersalah dan sebagainya. Hal ini dapat menyebabkan tekanan emosi seseorang anak tidak stabil
kerana tidak diluahkan kepada orang yang boleh dipercayai. Kesannya, emosi seseorang anak
daripada keluarga yang bercerai tidak dapat dikawal dan sukar untuk ditangani. Mereka juga akan
menunjukkan perangai yang agresif, selalu memberontak dan mudah marah yang sukar untuk
dikawal. Ini dapat menyebabkan anak daripada keluarga yang bercerai mempunyai fikiran untuk
membunuh diri kerana tidak dapat berhadapan dengan pelbagai masalah dan emosi yang tidak stabil.
Jelaslah terbukti bahawa, jika pengurusan emosi bagi seseorang anak daripada keluarga yang bercerai
tidak dapat dikawal dengan baik maka akan menjadi satu masalah ketidakstabilan emosi kepada diri
seseorang anak.

Selain itu, anak daripada keluarga yang bercerai akan mengalami kemurungan dalam
kehidupan. Mereka akan menyalahkan diri sendiri atas penceraian ibu bapa dan beranggapan bahawa
kewujudan mereka dalam sesebuah keluarga merupakan bebanan kepada ibu dan bapa. Hal ini terjadi
kerana mereka mengalami kehidupan yang berbeza daripada kehidupan sebelumnya di mana mereka
hidup bahagia bersama ibu dan bapa mereka. Sebagai contoh yang boleh diambil, mereka akan mula
membuat perbandingan kehidupan mereka dengan orang lain yang mempunyai keluarga yang
bahagia. Hal ini menyebabkan mereka akan mengalami gangguan emosi yang mendorong mereka
kepada tekanan emosi dan sebagainya. Mereka juga sukar untuk meluahkan emosi diri kepada orang
yang dipercayai kerana mereka memilih untuk menyimpan segala emosi yang dialami dan dirasai
13
oleh mereka dan beranggapan bahawa tiada seorang pun akan faham terhadap perasaan yang dialami
oleh diri mereka kerana tidak berada pada situasi yang dialami oleh mereka. Dengan ini dapat
disimpulkan bahawa, anak daripada keluarga yang bercerai sukar untuk menangani emosi mereka
dengan lebih baik yang mendorong mereka menjadi lebih tertekan serta mengalami kemurungan yang
berpanjangan dalam kehidupan.

Dari perspektif yang lain pula, anak daripada keluarga yang bercerai mendapat kurang
perhatian daripada ibu bapa berbanding dengan anak yang masih mempunyai keluarga yang bahagia
dan mendapat perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak
daripada keluarga yang bercerai tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya seperti sebelumnya
akibat terpisah daripada ibu atau bapa yang telah bercerai. Mereka juga akan berasa kewujudan diri
mereka tidak penting lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak lagi
disayangi oleh ibu atau bapa mereka kerana tidak mendapat layanan yang baik seperti sebelumnya.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga bagi
memastikan anak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Jika ketiadaan ibu atau bapa dalam
sesebuah keluarga, anak tidak mendapat sokongan atau dorongan yang baik daripada ibu bapa mereka
malah tidak dapat merasakan kasih sayang daripada ibu dan bapa. Oleh itu, penceraian ibu bapa boleh
menyebabkan emosi anak terganggu. Hal ini disebabkan oleh salah satu ibu atau bapa terpaksa
berpisah dengan anak di mana ini merupakan dugaan yang berat bagi seseorang anak yang
memerlukan kasih sayang daripada kedua dua pihak ibu bapa. Jelaslah bahawa penceraian ibu bapa
dapat menyebabkan anak mereka mendapat kurang kasih sayang daripada ibu dan bapa kerana
mereka telah mengalami kehidupan yang berbeza seperti sebelumnya di mana mereka terpaksa
berpisah sama ada berpisah dengan ibu atau bapa mereka akibat konflik penceraian ibu bapa.

[ Menurut: Zulkefli, N. and Z. Mustapha (2016). "Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di
Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi." Geografia 12(9). ]

14
Di samping itu, kesan penceraian ibu bapa terhadap anak akan menyebabkan perubahan dalam
tingkah laku anak. Hal ini terjadi kerana anak daripada keluarga yang bercerai akan suka menyendiri.
Mereka lebih suka untuk berkurung di dalam bilik sepanjang hari kerana tidak selesa apabila berada
dengan orang lain. Mereka berasa malu dan takut dihina apabila bergaul dengan orang lain yang
mengetahui bahawa ibu bapa mereka mengalami penceraian. Hal ini boleh menyebabkan mereka
sukar bergaul dengan orang lain dan menjadi seseorang yang introvert. Apabila mereka sukar bergaul
dengan orang lain, ini akan menjejaskan kemahiran berkomunikasi diri mereka di mana kebolehan
berkomunikasi dengan orang lain amatlah penting dalam kehidupan. Dengan ini jelaslah bahawa
kesan penceraian ibu bapa menyebabkan tingkah laku anak berubah di mana mereka lebih suka
menyendiri sepanjang masa.

Tambahan pula, mereka akan lupa terhadap tanggungjawab diri sebagai anak untuk
meringankan beban ibu bapa. Sebagai contoh, mereka tidak lagi menolong ibu atau bapa dalam
melakukan tugasan di dalam rumah. Mereka juga tidak mengambil berat tentang ibu atau bapa mereka
yang penat bekerja dan terpaksa melakukan tugasan di dalam rumah selepas pulang dari bekerja. Hal
ini dapat mengakibatkan mereka menjadi seseorang yang pemalas. Malah, mereka juga menjadi
beban kepada ibu atau bapa kerana tidak mengambil berat untuk menolong ibu bapa dalam melakukan
sesuatu tugas yang telah diamanahkan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penceraian ibu bapa akan
menyebabkan anak mereka lupa terhadap tanggungjawab diri sebagai seorang anak dan menjadi
bebanan kepada ibu bapa mereka.

[ Menurut: Azizah, R. N. (2017). "Dampak Perceraian Orang Tua Terhadap Perkembanganpsikologis


Anak." Al-Ibrah 2(2): 152-172.]

Seterusnya, anak daripada keluarga yang bercerai juga sukar untuk mengawal emosi diri.
Apabila mereka sukar mengawal emosi diri, ini dapat mendorong mereka terjebak dengan perbuatan
15
yang kurang baik. Sebagai contoh, mereka akan mula mengambil alkohol untuk menghilangkan
tekanan emosi yang dialami oleh mereka. Hal ini terjadi kerana mereka sukar mengurus emosi yang
tidak stabil yang ada pada diri yang berpunca daripada penceraian ibu bapa. Mereka sukar untuk
mengawal emosi yang negatif pada diri dengan cara yang sepatutnya malah mengambil cara yang
singkat untuk menghilangkan tekanan emosi diri. Dari aspek yang lain pula, mereka akan mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya. Hal ini kerana perbuatan mereka tidak lagi dipantau oleh ibu atau
bapa mereka. Sebagai contoh yang boleh diambil, mereka akan mudah terjebak dengan perbuatan
yang negatif seperti terlibat dalam kes membuli. Kesannya, mereka akan terlibat dengan kes jenayah
akibat tersalah pilih rakan sebaya. Mereka juga tidak pandai membezakan perkara yang baik mahupun
yang buruk kerana ibu atau bapa tidak lagi mengambil berat tentang perbuatan anak mereka. Dengan
ini dapatlah disimpulkan bahawa gangguan emosi anak akibat penceraian ibu bapa mendorong anak
terjebak dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Dalam masa yang sama, pencapaian akademik anak daripada keluarga yang bercerai juga
akan menurun. Hal ini tercetus apabila mereka tidak lagi mengambil berat tentang pelajaran mereka.
Pelajaran mereka juga tidak lagi dipantau oleh ibu atau bapa. Sebagai contoh, ibu bapa tidak lagi
mengambil kisah akan kerja sekolah anak mereka dan tidak memantau pembelajaran anak ketika di
rumah. Bukan itu sahaja, mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan pelajaran mereka kerana
beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai motivasi dan sokongan daripada ibu atau bapa.
Dengan keadaan sedemikian, mereka tidak berminat untuk menamatkan pelajaran mereka dan sering
kali ponteng sekolah. Mereka beranggapan bahawa pelajaran tidak penting lagi bagi diri mereka
kerana tidak mempunyai dorongan daripada ibu atau bapa. Selanjutnya, mereka tidak mahu
membebankan ibu atau bapa mereka untuk menampung perbelanjaan persekolahan. Oleh hal yang
demikian, mereka berhasrat untuk tidak menamatkan pelajaran mereka atas sebab penceraian ibu
bapa. Kesimpulannya, penceraian ibu bapa dapat menyebabkan prestasi akademik anak menurun
dengan drastik kerana mereka tidak lagi mendapat motivasi daripada kedua dua ibu bapa mereka.

[ Menurut: Mohammad, S. N. S. and M. N. Masroom (2020). "Student Emotions Due to Parental


Divorce/Emosi Pelajar Akibat Perceraian Ibubapa." Sains Humanika 12(1). ]

16
2.3 Cara untuk mengatasi konflik anak terhadap ibu bapa bercerai

Penceraian ibu bapa dapat memberikan kesan negatif kepada perkembangan psikologi anak.
Namun, kajian Zuria, Yee Pek, Rafidah, Amla dan Salleh (2011) menunjukkan bahawa bantuan
kaunseling dapat membantu anak-anak dalam mengatasi kesan tersebut. Melalui sesi kaunseling,
anak-anak diberikan ruang untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka. Hal ini membolehkan
mereka untuk menghadapi krisis yang timbul akibat perceraian tersebut. Tambahan pula, anak-anak
yang berhadapan dengan krisis ini juga memerlukan bantuan profesional dari segi psikologi,
pendidikan, perubatan, undang-undang, dan sokongan emosi sebagai peranan dan perundingan. Oleh
itu, terapi menjadi penting bagi anak-anak untuk membantu mereka menangani permasalahan emosi
yang timbul akibat perpisahan ibu bapa mereka.

Selaras dengan itu, dengan bantuan kaunseling dan sokongan yang tepat, anak-anak dapat
memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dan mengatasi kesan negatif perceraian
ibu bapa mereka, serta memperoleh perkembangan psikologi yang seimbang dan positif. Misalnya,
melalui sesi kaunseling, anak-anak dapat belajar mengenali dan mengendalikan emosi mereka dengan
lebih baik. Mereka akan diberikan ruang yang aman dan selesa untuk meluahkan perasaan sedih,
marah, atau kebingungan yang mereka rasakan akibat perceraian tersebut. Kaunselor juga akan
membantu mereka memahami bahawa perceraian ibu bapa bukanlah kesalahan mereka dan mereka
masih disayangi oleh kedua ibu bapa mereka. Bahkan, anak-anak juga akan diajar kemahiran
komunikasi yang efektif untuk berinteraksi dengan ibu bapa mereka serta mengungkapkan keperluan
dan keinginan mereka dengan jelas.

17
Selain itu, anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa sering memerlukan sokongan tambahan
dalam pendidikan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mengalami kesukaran untuk
menumpukan perhatian, menyesuaikan diri dengan perubahan, dan menghadapi masalah akademik
yang lain. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pendidikan yang tepat, anak-anak boleh mengatasi
cabaran ini dan kekal fokus pada perkembangan akademik mereka. Salah satu bentuk sokongan yang
boleh diberikan kepada anak-anak ialah melalui program bimbingan. Program ini menyediakan
mentor atau tutor yang dapat membantu mereka memahami subjek pembelajaran, meningkatkan
tumpuan, dan memberikan sokongan emosi. Sumber pendidikan tambahan juga boleh membantu
anak-anak mengatasi kesan perceraian ibu bapa. Contohnya, tuisyen, kursus tambahan, atau program
pemulihan boleh menyediakan akses kepada sumber pendidikan tambahan yang membantu anak-
anak meningkatkan prestasi akademik mereka.

Di samping itu, krisis perceraian ibu bapa juga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.
Tamsilnya, anak-anak yang ibu bapanya bercerai mungkin mengalami gangguan tidur yang serius
seperti kerap bangun pada waktu malam atau mengalami mimpi ngeri yang mengganggu. Dalam kes
ini, bantuan perubatan boleh membantu menjaga kesihatan fizikal mereka ketika waktu yang sukar
ini. Hal ini kerana doktor boleh melakukan rawatan insomnia atau memberikan ubat yang sesuai
untuk mengatasi kesukaran tidur. Dengan bantuan perubatan yang betul, anak-anak yang menjadi
mangsa akibat perceraian ibu bapa boleh mendapatkan perawatan yang mereka perlukan untuk kekal
sihat.

[ Menurut: Zainun, N., Sarnon, N., & Aun, N. S. M. (2020). Kesan Perceraian Ke Atas Kanak-Kanak:
Perspektif Pekerja Sosial (Effect of Divorce on Children: Social Workers’ Perspective). JURNAL
PSIKOLOGI MALAYSIA, 33(3). ]

18
Seterusnya, melalui sumber sokongan sosial dari penjaga, ahli keluarga, dan rakan-rakan, anak
dapat mengadu dan berkongsi perasaan mereka untuk membantu mereka menangani kesan perceraian
ibu bapa. Sokongan sosial bertujuan untuk mengurangkan beban emosi dan tekanan yang dialami
oleh anak-anak dan membantu mereka menguruskan emosi dengan baik. Namun begitu, terdapat
sesetengah anak yang menguruskan emosi secara negatif dan menyebabkan berlakunya perubahan
dalam tingkah laku mereka, seperti kurangnya minat dalam pelajaran, tidak hadir ke sekolah, dan
perilaku bermasalah di sekolah. Oleh itu, penting bagi semua pihak untuk memberikan sokongan dan
bimbingan yang tepat kepada anak-anak dalam menghadapi kesan perceraian ibu bapa, serta
membantu mereka mengembangkan cara yang positif untuk menguruskan emosi dan tingkah laku
mereka. Sebagai contoh, penjaga dan ahli keluarga dapat menciptakan lingkungan yang aman dan
mendukung di rumah, dengan memberikan perhatian dan mendengar anak itu secara aktif.

[ Menurut: Rani, A. M. B. A., & binti Mahmud, Z. (2019). Pendekatan Psikopendidikan Dalam
Kaunseling Kelompok Bagi Menangani Masalah Emosi Murid Mangsa Penceraian Ibu Bapa. ]

Akhir sekali, ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak dan tidak
mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, dengan sering berkomunikasi bersama anak-anak,
berinteraksi dan bertanya tentang masalah mereka di sekolah mahupun di rumah, anak tidak merasa
kesan daripada perceraian mereka, sama ada dari segi psikologi atau kesan ekonomi. Selain itu juga,
anak-anak akan mudah menerima perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa mereka malah dapat
menyesuaikan diri secara positif terhadap perceraian ibu bapa tanpa menganggu perkembangan
mereka. Justeru itu, bapa sepatutnya turut bertanggungjawab terhadap kos anak-anak. Ini akan
membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu dan membantu anak-anak mendapatkan
masa depan yang ke lebih baik.

19
[ Menurut: Mahayani, W. (2020). Mengatasi stres pada remaja akibat perceraian orang tua dengan
pendekatan analisis transaksional (Doctoral dissertation, UIN Mataram). ]

20
3.0 PENUTUPAN

Berdasarkan perkara di atas, kesimpulannya bahawa perkahwinan merupakan salah satu peristiwa
yang besar dalam kehidupan manusia antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama bagi
mengikat ikatan sebagai suami dan isteri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Rumah
tangga yang bahagia amat penting dalam membantu perkembangan psikologi dan pendidikan anak-
anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak boleh belajar untuk menerima arahan dan
bimbingan malah anak-anak juga dapat kasih sayang dan perhatian yang penuh daripada kedua-dua
ibu bapa mereka yang mereka perlukan untuk mendorong mereka kepada masa depan yang cerah.
Sebagai suami isteri yang memiliki kewajipan untuk saling mencintai antara satu sama lain dan
menyayangi anak dengan adil dan saksama sangat diperlukan dalam membina keluarga yang
harmoni. Tanpa kewajipan yang dilakukan ini, sesebuah keluarga akan lebih mudah untuk terlibat
dalam sesuatu perkara yang tidak diingini dalam keluarga seperti pergaduhan yang akan
menggalakkan ke arah penceraian. Di sini dapat dilihat bahawa penceraian merupakan sesuatu proses
di mana pasangan suami isteri akan mengakhiri perkahwinan mereka berdasarkan undang-undang
negara di mana penceraian biasanya dilakukan di mahkamah dengan cara yang sah. Menurut undang-
undang dan syariat Islam, terdapat pelbagai jenis penceraian seperti secara talak, fasakh, li’an, khulu’,
taklik dan penceraian disebabkan anggapan kematian. Penceraian secara talak adalah sesuatu yang
lazim dan sering berlaku di negara kita sendiri, Malaysia. Ia merujuk kepada pelepasan ikatan
perkahwinan dengan ucapan talak, cerai dan sebagainya oleh seorang suami dan bukannya dari
seorang isteri. Dalam istilah syarak, talak bermaksud sesuatu tindakan untuk melepaskan ikatan
perkahwinan dengan menggunakan lafaz yang tertentu seperti talak memberi maksud penceraian,
firaq memberi maksud perpisahan atau sarah yang memberi maksud melepaskan. Oleh itu, penceraian
merujuk kepada peristiwa di mana pasangan suami isteri mengakhiri perkahwinan mereka dengan
cara yang sah dan mengikut undang-undang negara dan agama.

Selain itu juga, tidak lupa dengan kesan yang akan berlaku kepada anak-anak jika pasangan
suami isteri melalui fasa penceraian ini. Sesetengah pasangan akan berasa bahawa daripada
membiarkan anak terus hidup bersama ibu bapa yang sering bergaduh, lebih baik mereka bercerai.
Namun menurut kajian, penceraian bukanlah cara yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu

21
masalah dalam keluarga kerana menurut seorang pakar kanak-kanak, Penelope Leach percaya
bahawa penceraian akan memberi banyak masalah kepada anak. Ingatlah bahawa keinginan ibu bapa
dan anak adalah tidak sama. Ibu bapa yang ingin bercerai mungkin mahukan kehidupan yang baharu
tetapi anak-anak biasanya tidak inginkan perubahan dan mahu ibu bapa mereka tetap bersama.
Terdapat dua kemungkinan yang akan anak-anak hadapi di mana anak-anak akan mendapat kesan
yang negatif mahupun positif terhadap diri mereka sendiri walaupun ibu bapa sudah pun bercerai.
Antara kesan negatif yang anak-anak hadapi iaitu anak-anak akan mengalami tekanan yang
berterusan . Hal ini kerana anak-anak akan sering menyalahkan diri mereka sendiri atas penceraian
ibu bapa dan berasa bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang mencukupi untuk menyelamatkan
perkahwinan ibu bapa mereka. Kesan negatif yang lain terhadap penceraian ini iaitu anak akan berasa
susah untuk mempercayai orang lain dan memandang rendah pada diri sendiri. Contohnya, mereka
berfikir bahawa jika mereka berkahwin, mereka akan menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku
dalam perkahwinan mereka suatu hari nanti dengan cara bercerai. Di samping itu juga, penceraian
juga memberikan kesan yang positif terhadap anak seperti dapat meningkatkan keupayaan anak untuk
lebih berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang mengalami penceraian ibu bapa,
mereka akan belajar untuk menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Haryani Ngah (2019) melaporkan berita berkenaan kecemerlangan
seorang pelajar MRSM. Walaupun pelajar tersebut dari keluarga yang bercerai, penceraian bukanlah
faktor utama untuk meraih kejayaan anak-anak, malah turut menjadi pembakar semangat dalam
mengubah kehidupan keluarga pada masa depan.

Oleh itu, secara keseluruhan, penceraian memberikan impak negatif terhadap perkembangan
psikologi anak-anak kerana seperti yang telah dinyatakan, psikologi anak yang mempunyai orang tua
yang sudah bercerai boleh mengganggu kehidupan anak. Hal ini kerana mereka akan cenderung untuk
lebih memikirkan tentang penceraian yang berlaku terhadap ibu bapa mereka malah hendak mencari
jalan penyelesaian untuk ibu bapa mereka kembali semula. Secara psikologi juga, penceraian ibu
bapa boleh mengakibatkan perubahan sikap seorang anak dari segi mental dan fizikal malah
menyebabkan ketidakstabilan emosi. Kajian juga diambil daripada buku The Unexpected Legacy of
Divorce, di mana tertulis, “Satu hal yang pasti ialah anak tidak mengatakan bahawa mereka lebih
bahagia setelah ibu bapa bercerai tetapi di sebaliknya mereka tidak gembira lagi.” Seperti yang telah
ditulis di dalam buku tersebut, anak-anak berfikir dan melihat situasi yang berlaku terhadap diri
sendiri bahawa walaupun sesuatu hubungan kekeluargaan amatlah rapat tetapi suatu hari nanti akan
22
terlerai juga. Usaha sangatlah diperlukan untuk memulihkan hubungan ibu bapa anak sendiri untuk
membina sebuah keluarga yang bahagia. Sudah pasti, pasangan suami isteri tidak mahu sekadar
tinggal sebumbung dan bertahan antara satu sama lain jika pergaduhan dan perselisihan faham sering
berlaku tanpa adanya jalan penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam fasa
perkahwinan. Tidak lupa juga, komunikasi merupakan kunci utama untuk membina keluarga bahagia
terutamanya kepada pasangan suami isteri. Contohnya, jika ada sesuatu masalah berlaku,
selesaikanlah dengan cara yang baik dan hindari penceraian berlaku dalam sesebuah keluarga.

23
4.0 RUJUKAN

1. Azizah, R. N. (2017). "Dampak Perceraian Orang Tua Terhadap Perkembanganpsikologis


Anak." Al-Ibrah 2(2): 152-172.

2. Ariani, A. I. (2019). "Dampak perceraian orang tua dalam kehidupan sosial anak." Phinisi
Integration Review 2(2): 257-270.

3. Hasanah, U. (2020). "Pengaruh perceraian orangtua bagi psikologis anak." Agenda: Jurnal
Analisis Gender dan Agama 2(1): 18-24.

4. Ismiati, I. (2018). "Perceraian Orangtua Dan Problem Psikologis Anak." At-Taujih:


Bimbingan Dan Konseling Islam 1(1).

5. Oktora, N. D. (2021). "Dampak Perceraian Orang Tua Bagi Psikologis Anak." SETARA:
Jurnal Studi Gender Dan Anak 3(2): 24-34.

6. Zulkefli, N. and Z. Mustapha (2016). "Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia:
Suatu penelitian ekspresi emosi." Geografia 12(9).

7. Dewi, P. S. and M. S. Utami (2008). "Subjective well‐being anak dari orang tua yang
bercerai." Jurnal Psikologi 35(2): 194–212.

24
8. Hafiza, S. and M. Mawarpury (2018). "Pemaknaan kebahagiaan oleh remaja broken home."
Psympathic: Jurnal Ilmiah Psikologi 5(1): 59-66.

9. Kartono, M. (2005). "Perbandingan perilaku agresif antara remaja yang berasal dari keluarga
bercerai dengan keluarga utuh." Jurnal Psikologi Vol 3(1): 1.

10. Mahayani, W. (2020). Mengatasi stres pada remaja akibat perceraian orang tua dengan
pendekatan analisis transaksional UIN Mataram].

11. Mohammad, S. N. S., & Masroom, M. N. (2020). Student Emotions Due to Parental
Divorce/Emosi Pelajar Akibat Perceraian Ibubapa. Sains Humanika, 12(1).

12. Rani, A. M. b. A., & binti Mahmud, Z. (2019). Pendekatan Psikopendidikan Dalam
Kaunseling Kelompok Bagi Menangani Masalah Emosi Murid Mangsa Penceraian Ibu Bapa.

13. Siswanto, D. (2020). Anak di Persimpangan Perceraian: Menilik Pola Asuh Anak Korban
Perceraian. Airlangga University Press.

14. Zainun, N., Sarnon, N., & Aun, N. S. M. (2020). Kesan Perceraian Ke Atas Kanak-Kanak:
Perspektif Pekerja Sosial (Effect of Divorce on Children: Social Workers’ Perspective).
JURNAL PSIKOLOGI MALAYSIA, 33(3).

25
15. Purnama, R. R. (2023). "Perebutan Hak Asuh Anak Setelah Perceraian Orangtua
Dihubungkan Dengan Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974 Tentang Perkawinan." Das
Sollen: Jurnal Kajian Kontemporer Hukum Dan Masyarakat 1(02).

16. Abd Malib, M., et al. (2022). "Kit BanTow: solusi langkah pertama pasca perceraian." Journal
of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) 4(2): 124-139.

17. Mardi, O. and F. Fatmariza (2021). "FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KETERABAIAN


HAK-HAK ANAK PASCAPERCERAIAN." Jurnal Ius Constituendum 6(1): 182-199.

18. Sari, K. D. L. and I. Budetyani (2016). "Konsep diri pada anak dengan orangtua yang
bercerai." Jurnal Psikologi Udayana 3(2): 283-291.

19. Hussin, M. N. M. and M. F. A. Fauzi (2023). "PEMBAYARAN NAFKAH ANAK


MELALUI POTONGAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA: SUATU
ALTERNATIF:(Alimony of Children by Deducting of Employees Provident Fund: An
Alternative)." UUM Journal of Legal Studies 14(1): 333-363.

20. Saad, A. H. M. and R. H. Azahari (2014). "Pengukuhan institusi keluarga melalui kawalan
terhadap perceraian: Analisis literatur." Jurnal Fiqh 11: 175-194.

21. Untari, I., et al. (2018). "Dampak perceraian orang tua terhadap kesehatan psikologis remaja."
Profesi (Profesional Islam): Media Publikasi Penelitian 15(2): 106.

26
22. Zuraida, Z. (2019). "Konsep diri pada remaja dari keluarga yang bercerai." Jurnal Psikologi
Kognisi 2(2): 88-97.

23. Ramadhani, P. E. and H. Krisnani (2019). "Analisis dampak perceraian orang tua terhadap
anak remaja." Focus: Jurnal Pekerjaan Sosial 2(1): 109-119.

24. Harsanti, I. and D. G. Verasari (2013). "Kenakalan pada remaja yang mengalami perceraian
orang tua." Prosiding Pesat 5.

25. Sulistyowati, T., Kumalasari, L. D., & Afryliani, I. W. (2020). Social Interaction Patterns in
Broken Home Family Members (A Study on the Interaction of Children as Divorce Victims
with Family Members in the Ronggomulyo Family of Tuban Regency). Jurnal Perempuan
dan Anak, 3(2), 74-82.

27

You might also like