You are on page 1of 69

USC1112 1

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,


42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN 1
JABATAN /
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PROGRAM

TAHUN / SEMESTER 1 DVM/ SEMESTER 1


1.0 JIRIM
1.1 Atom dan Molekul
1.1.1 Melukis dan melabel struktur atom
1.1.2 Membandingkan jisim relatif dan cas bagi proton, neutron
dan elektron
1.1.3 Menyatakan maksud nombor proton dan nombor nukleon
1.1.4 Menyatakan maksud isotop berserta contoh
1.1.5 Menyatakan maksud jisim atom relatif (JAR)
1.1.6 Menghitung jisim molekul relatif
STANDARD
KANDUNGAN 1.2 Konsep mol dan analisis isipadu
1.2.1 Menerangkan maksud jisim molar dan jisim molar bahan
1.2.2 Menentukan jisim molar
1.2.3 Menentukan bilangan mol bahan
1.2.4 Menyatakan maksud kepekatan larutan
1.2.5 Menghitung kepekatan larutan dalam unit jisim per isipadu
(g/dm-3)
1.2.6 Menghitung kepekatan larutan dalam unit mol per
isipadu/ kemolaran (mol/dm-3)
1.2.7 Menyelesaikan masalah pencairan larutan menggunakan
formula pencairan, M1V1 = M2V2

Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat :


1. Menerangkan konsep dan hukum dalam kimia tak organik secara
HASIL ringkas sejajar dengan keperluan program (C2,PLO1,LD1)
PEMBELAJARAN 2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah berkaitan konsep kimia (C3,PLO3,LD2)
3. Menjalankan amali menggunakan kemahiran saintifik yang
bersesuaian berkaitan konsep kimia.(P3,PLO2,LD3A)

NO KOD USC1112 Muka: 1 Drp: 17

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. K/P

TARIKH
USC1112 2

1.1 ATOM DAN MOLEKUL

1.1.1 Melukis dan melabel struktur atom

a) Atom-atom terbina daripada zarah-zarah yang lebih kecil yang disebut


zarah subatom.
b) Terdapat tiga jenis zarah subatom :
i) Proton
ii) Neutron
iii) Elektron

Neutron Elektron

Petala

Proton

Nukleus
Rajah 1 : Zarah-zarah subatom dalam suatu atom helium

c) Bilangan zarah subatom adalah berbeza dalam atom yang berlainan.


Atom unsur Bilangan proton Bilangan Bilangan
elektron neutron
Hidrogen 1 1 0
Helium 2 2 2
Karbon 6 6 6
Aluminium 13 13 14
Jadual 1 : Bilangan zarah subatom yang berbeza bagi atom yang berlainan.

d) Satu atom terdiri daripada satu nukleus dan elektron-elektron.


e) Elektron-elektron bergerak di sekeliling nukleus atom itu melalui petala.
USC1112 3

Petala 1

Petala 2
Nukleus
Petala 3

Rajah 2 : Susunan petala dalam atom

f) Setiap petala mengandungi bilangan elektron yang tertentu sahaja.

Petala Bilangan elektron maksimum


1 2
2 8
3 8 atau 18
4 32
Jadual 2 : Bilangan maksimum elektron dalam petala.

g) Elektron-elektron akan mula memenuhi petala-petala daripada tahap


tenaga yang paling rendah ( petala paling dekat dengan elektron ).

Contoh : Struktur atom Kalsium

• Atom kalsium mempunyai 20 elektron.

Nombor proton kalsium, Ca ialah 20.

Oleh itu, atom Ca mempunyai 20 elektron.

Petala 1 : 2 elektron

Nukleus
Ca
a Petala 2 : 8 elektron

Petala 4 : 2 elektron Petala 3 : 8 elektron

Rajah 3 : Susunan elektron bagi satu atom kalsium, Ca ialah 2.8.8.2


USC1112 4

h) Susunan elektron bagi atom dengan nombor proton dari 1 hingga 20


ditunjukkan dalam Jadual 3.

Unsur No. Bil. Bilangan elektron dalam Susunan


proton elektron Petala Petala Petala Petala elektron
1 2 3 4
Hidrogen 1 1 1 1
Helium 2 2 2 2
Litium 3 3 2 1 2.1
Berilium 4 4 2 2 2.2
Boron 5 5 2 3 2.3
Karbon 6 6 2 4 2.4
Nitrogen 7 7 2 5 2.5
Oksigen 8 8 2 6 2.6
Flourin 9 9 2 7 2.7
Neon 10 10 2 8 2.8
Natrium 11 11 2 8 1 2.8.1
Magnesium 12 12 2 8 2 2.8.2
Aluminium 13 13 2 8 3 2.8.3
Silikon 14 14 2 8 4 2.8.4
Fosforus 15 15 2 8 5 2.8.5
Sulfur 16 16 2 8 6 2.8.6
Klorin 17 17 2 8 7 2.8.7
Argon 18 18 2 8 8 2.8.8
Kalium 19 19 2 8 8 1 2.8.8.1
Kalsium 20 20 2 8 8 2 2.8.8.2
Jadual 3

Petala

O Nukleus Mg

Elektron

Rajah 4 : Struktur atom Oksigen dan Magenesium


USC1112 5

Uji Diri 1

Melukis struktur atom

a) Nitrogen b) Argon

1.1.2 Membandingkan jisim relatif dan cas bagi proton, neutron dan
elektron

a) Jisim atom tertumpu di nukleus.


b) Perbandingan antara zarah subatom:

Zarah subatom Proton Neutron Elektron

Kedudukan Dalam nukleus Dalam nukleus Bergerak


mengelilingi
nukleus

Cas relatif + 1(positif) 0 (neutral) -1 (negatif)

Jisim relatif 1 1 1/1840

Jisim sebenar / 1.672 x 10⁻² 1.675 x 10⁻² 9.107 x 10⁻²


g
Jadual 4 : Perbandingan zarah subatom
USC1112 6

1.1.3 Menyatakan maksud nombor proton dan nombor nukleon

a) Nombor proton ialah bilangan proton dalam nukleon setiap atom bagi setiap
nukleus.
Nombor proton = bilangan proton

b) Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron yang terdapat
dalam nukleus atom.

Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron

c) Atom setiap unsur boleh diwakili dengan simbol.

A Contoh: 24
X Mg
Z 12

X = simbol unsur Mg = simbol atom magnesium


24 = nombor nukleon
A = nombor nukleon 12= nombor proton

Z = nombor proton

Unsur Simbol Bilangan Bilangan Nombor Bilangan Nombor


unsur proton neutron proton elektron nukleon
Hidrogen H 1 0
Helium He 2 2 4
Litium Li 3 4
Berillium Be 4 5
Boron B 5 11
Karbon C 6 12
Nitrogen N 7 14
Oksigen O 8 8
Flourin F 10 9
Neon Ne 10 20
Natrium Na 12 11
Magnesium Mg 12 12
Aluminium Al 13 27
Silikon Si 14 14 28
Fosforus P 16 15
Sulfur S 16 32
Klorin Cl 17 18
Argon Ar 18 40
Kalium K 19 20
Kalsium Ca 20 20
Jadual 5 :Hubungan antara bilangan subatom dengan nombor proton dan nombor
nukleon.
USC1112 7

Uji Diri 2

1. Beri maksud nombor proton dan nombor nukleon.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………

2. Lengkapkan jadual yang berikut.

Bilangan Bilangan Bilangan Nombor Nombor


Atom
proton elektron neutron proton nukleon
P 6 7
Q 7 7
R 9 19
S 7 8
T 10 21

3. Tulis simbol bagi unsur yang berikut :

a) Magnesium ……………….
b) Aluminium ……………….
c) Karbon ……………….

4. Rajah di bawah menunjukkan simbol atom nitrogen

14
N
7

Tentukan :

a) nombor proton

b) nombor nukleon

c) bilangan proton

d) bilangan elektron

e) bilangan neutron
USC1112 8

1.1.4 Menyatakan maksud isotop berserta contoh

a) Isotop ialah atom-atom unsur tertentu yang mempunyai bilangan proton


yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza dalam nukleus atomnya.
b) Isotop juga dapat ditakrifkan sebagai atom-atom unsur tertentu yang
mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang
berbeza.
c) Isotop –isotop sesetengah unsur mempunyaisifat kimia yang sama kerana
mempunyai susunan elektron yang sama.
d) Sifat fizikal seperti takat lebur dan takat didih, ketumpatan dan jisim
setiap isotop bagi sesetengah unsur adalah berbeza kerana bilangan
neutronnya berbeza.

Unsur Isotop
Hidrogen-1 Hidrogen-2 Hidrogen-3

Hidrogen Proton Neutron Proton Neutron


Proton

elektron

Bil.proton sama 1 2 2
tetapi bil. H
neutron 1
H H
berlainan 1 1
1 proton 1 proton
1 elektron 1 proton 1 elektron
0 neutron 1 elektron 2 neutron
Nombor proton Atau 1 neutron Atau
sama tetapi Nombor proton 1 Atau Nombor proton 1
nombor nukleon Nombor nukleon Nombor proton 1 Nombor nukleon
1 Nombor nukleon 3
berlainan
2

Oksigen-16 Oksigen-17 Oksigen-18


Oksigen 17 18
16
O O O
8 8 8
USC1112 9

8 proton 8 proton 8 proton


8 elektron 8 elektron 8 elektron
8 neutron 9 neutron 10 neutron
Atau Atau Atau
Nombor proton 8 Nombor proton 8 Nombor proton 8
Nombor nukleon Nombor nukleon Nombor nukleon
16 17 18

Karbon Karbon-12 Karbon-13 Karbon-14

12 13 14
C C C
6 6 6

6 proton 6 proton 6 proton


6 elektron 6 elektron 6 elektron
6 neutron 7 neutron 8 neutron
Atau Atau Atau
Nombor proton 6 Nombor proton 6 Nombor proton 6
Nombor nukleon Nombor nukleon Nombor nukleon
12 13 14

Jadual 6 : Contoh-contoh isotop.

e) Beberapa kegunaan isotop dalam kehidupan harian seperti jadual di bawah.

Bidang Penggunaan Isotop


- Sinaran gama daripada kobalt-60 digunakan
untuk membunuh sel-sel kanser dalam pesakit
tanpa melakukan pembedahan. Rawatan ini
disebut radioterapi.
Perubatan - Alat-alat perubatan diberikan dengan
menggunakan sinaran gama.
- Bahan radioaktif seperti iodin-131 disuntik ke
dalam badan pesakit untuk mengesan kerosakan
kelenjar tiroid.
- Radioisotop karbon-14 digunakan untuk mengkaji
Arkeologi
usia artifak purba.
- Karbon-14 digunakan untuk mengkaji lintasan
karbon dalam fotosintesis tumbuhan hijau.
Pertanian - Fosforus-32 ditambah ke dalam baja fosforus
untuk mengkaji keberkesanan penyerapan
fosforus oleh akar tumbuhan.

- Isotop natrium-24 digunakan untuk mengesan


Industri
kebocoran paip bawah tanah.
Jadual 7 : Kegunaan isotop dalam kehidupan harian
USC1112 10

Uji Diri 3

1) Nyatakan maksud isotop.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………..

2) Lengkapkan bilangan proton, bilangan elektron dan bilangan neutron bagi


isotop-isotop klorin dan bromin dalam jadual di bawah.

Unsur Isotop Bilangan Bilangan Bilangan


proton elektron neutron
a) Klorin i) Klorin-35
35
Cl
17
ii) Klorin-37

37
Cl
17

b) Bromin i) Bromin-79

79
Br
35

ii) Bromin-81

81
Br
35
USC1112 11

1.1.5 Menyatakan maksud jisim atom relatif (JAR)

a) Jisim Relatif satu objek ialah perbandingan jisim objek itu dengan jisim
satu objek piawai.
b) Jisim atom relatif ialah perbandingan jisim satu atom kepada jisim atom
yang lain.
c) Jisim atom relatif suatu unsur ialah bilangan kali satu atom suatu
unsur itu lebih berat daripada 1/12 satu atom karbon-12.
d) Jisim atom relatif karbon-12 dianggap sebagai 12.

Contoh 1

Jisim natrium adalah 23 kali lebih besar daripada 1/12


karbon-12.Apakah jisim atom relatif bagi natrium?

Jawapan: 23

Contoh 2:

Jika jisim unsur A adalah 2 kali lebih besar daripada jisim


karbon, maka jisim atom relatif bagi unsur itu ialah
__________. (Jisim atom relatif karbon = 12)

Jawapan:

Jisim Atom Relatif Unsur A = 2 x 12 = 24

Contoh 3:

Satu unsur X adalah 8 kali lebih berat daripada satu atom


litium. Hitungkan jisim atom relatif unsur X

(Jisim atom relatif: Li = 7 )

Jawapan:

Jisim Atom Relatif X = 8 x 7 = 56


USC1112 12

1.1.6 Menghitung jisim molekul relatif

a) Jisim molekul relatif suatu bahan ialah bilangan kali jisim satu molekul
bahan itu lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom karbon-12 di
mana jisim relatif bagi satu atom karbon ialah 12.

Jisim molekul relatif bagi satu molekul unsur/ sebatian

= Jisim satu molekul unsur/sebatian itu


1/12 jisim satu atom karbon-12

b) Jisim molekul relatif satu molekul adalah sama dengan jumlah jisim relatif
bagi semua atom di dalam molekul itu.

Contoh Jawapan
1. Cari jisim molekul relatif bagi Formula karbon dioksida = CO2
karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ] Jisim Molekul Relatif CO2
= (1 x 12) + (2 x 16)
= 44
2. Berapakah jisim formula relatif
bagi aluminium sulfat Jisim Molekul Relatif Al2(SO4)3
[ Al2(SO4)3]?
( Ar: O = 16, S = 32; Al = 27 ) = 2 x 27 + 3( 32 + 4 x 16)
= 342

Uji Diri 4

a) Kirakan jisim molekul relatif bagi molekul atau sebatian berikut.


[Diberi JAR C=12; O=16; N=14; H=1; Cl=35.5; Na=24; Cu=64; S=32]

a. Gas oksigen b. Gas nitrogen c. Gas ammonia

d. Asid hidroklorik e. Natrium hidroksida f. Natrium klorida

g. Etanol h. Glukosa i. Kuprum (II) sulfat


USC1112 13

1.2 KONSEP MOL DAN ANALISIS ISIPADU

1.2.1 Menerangkan maksud jisim molar dan jisim molar bahan

a) Jisim molar satu bahan ialah jisim 1 mol bahan itu.


b) Nilai jisim molar satu bahan adalah sama dengan jisim atom relatifnya
dalam unit gram.
c) Jisim molar juga ditakrifkan sebagai jisim satu bahan yang mempunyai
bilangan zarah yang sama dengan pemalar Avogadro.

Jisim atom Jisim satu mol


Unsur Jisim molar
relatif bahan
Hidrogen 1 1g 1 g mol-1
Karbon 12 12 g 12 g mol-1
Oksigen 16 16 g 16 g mol-1
Kuprum 64 27 g 27 g mol-1
Ferum 56 56 g 56 g mol-1

1.2.2 Menentukan jisim molar

Beberapa contoh pengiraan melibatkan jisim molar:

a) Jisim atom relatif kuprum ialah 64, maka jisim 1 mol kuprum ialah 64g

b) Jisim atom relatif natrium ialah 23, maka jisim 2 mol natrium = 2 x 23
= 46g

c) Jisim molekul relatif nitrogen ialah 28, maka jisim 2.5 mol nitrogen = 2.5 x
28 = 70g

d) Jisim atom relatif kalsium ialah 20, maka jisim 0.3 mol kalsium = 0.3 x 20
= 6g

Uji Diri 5

Soalan Penyelesaian
1. Jika jisim molar aluminium ialah
13 g mol-1 , berapakah jisim bagi
0.5 mol aluminium?

2. Tentukan jisim molar bagi 2 mol


atom magnesium yang berjisim
24g.
USC1112 14

1.2.3 Menentukan bilangan mol bahan

a) Hubungan di antara jisim satu bahan dan bilangan mol zarah boleh
diringkaskan seperti persamaan di bawah:

Persamaan ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di mana


anda diberi jisim bahan dan diminta mencari bilangan mol zarah (atau
sebaliknya).

Contoh:
1. Cari bilangan mol atom yang terdapat dalam 4.6g natrium
[Jisim atom relatif natrium = 23]

Jawapan:
Bilangan mol =Jisim / JAR
=4.6/23
=0.2mol

2. Cari bilangan mol natrium hidroksida yang berjisim 191 g


[Jisim atom relatif: Na=23, O=16, H=1]

Jawapan:
Jisim formula relatif NaOH = 23 + 16 + 1 = 40
Bilangan mol NaOH dalam 191g = Jisim/ JMR
=191/40
= 4.775mol

Uji Diri 6

1. Berapakah jisim bagi 7.12 mol NaI.


[Jisim Atom Relatif: Iodin = 131; Natrium = 23]

2. Tentukan bilangan mol bagi 73 g asid hidroklorik.


[Jisim Atom Relatif: Hidrogen = 1; Klorin = 35.5]

3. Berapakah jisim bagi 1.5 mol ammonia.


[Jisim Atom Relatif: Nitogen = 14; Hidrogen = 1]
USC1112 15

1.2.4 Menyatakan maksud kepekatan larutan

a) Kepekatan sesuatu larutan ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut
yang larut dalam satu kuantiti pelarut tertentu.

b) Terdapat dua kaedah untuk menentukan kepekatan iaitu berdasarkan:

i. jisim sesuatu zat terlarut dalam 1 dm3larutan (gdm-3)


ii. bilangan mol zat terlarut dalam 1dm3 larutan (moldm-3)

c) Kemolaran merujuk kepada satu unit kepekatan yang menunjukkan


bilangan mol zat terlarut dalam 1 dm-3 larutan.

Contoh
Larutan Pengertian
• 5g dm-3 natrium hidroksida , 5 g natrium hidroksida, NaOH dalam 1
NaOH dm3 air

• 2 mol dm-3 larutan plumbum 2 mol plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2


(II) nitrat, Pb(NO3)2 dalam 1 dm3 air

1.2.5 Menghitung kepekatan larutan dalam unit jisim per isipadu (g/ dm3)

✍ Contoh 1
50g kuprum (II) sulfat kontang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan
larutan 250cm3.Hitungkan kepekatan larutan yang dihasilkan dalam g dm-3?

Penyelesaian:

Langkah 1: Langkah 2:

250cm3 Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat


=250/1000dm3 =50/0.25
= 0.25dm3 = 200g dm-3
USC1112 16

✍ Contoh 2

Kalium klorida mempunyai kepekatan 14.9g dm-3. Apakah kepekatan bagi


larutan tersebut dalam unit mol dm-3? [Jisim atom relatif: Cl, 35.5; K, 39]

Penyelesaian:
Langkah 1: Langkah 2:

Jisim formula kalium klorida, Kemolaran larutan kalium klorida


KI
= 39 + 35.5 =14.9/74.5
= 74.5 = 0.2mol dm-3

1.2.6 Menghitung kepekatan larutan dalam unit mol per isipadu/ kemolaran
(mol/dm3)

Hubungan antara bilangan mol dengan kemolaran dan isipadu larutan


■ Kepekatan suatu larutan

Bilangan mol = MV
1000

di mana M = kemolaran larutan(mol dm-3), V = isipadu larutan(cm3)


Peringatan: Sila ambil perhatian pada unit sebelum menggunakan
persamaan ini untuk pengiraan.

✍ Contoh 1

100cm3 asid hidroklorik mengandungi 0.2 mol. Hitungkan kemolaran asid


hidroklorik tersebut.

Penyelesaian:
Bilangan mol =MV/1000
0.2 = M×100
1000

Kemolaran asid hidroklorik, M = 0.2×1000


100
= 2 mol dm-3

✍ Contoh 2

Hitungkan bilangan mol asid nitrik yang terkandung dalam 200cm3 2 mol
dm-3 larutan asid nitrik.

Penyelesaian:
Bilangan mol asid nitrik =MV/1000
Bil mol = 2×200/1000
= 0.4mol
USC1112 17

1.2.7 Menyelesaikan masalah pencairan larutan menggunakan formula


pencairan, M1V1 = M2V2

Jika suatu larutan V1cm3 M1moldm-3 dicairkan dengan air supaya


terhasilnya larutan V2cm3 M2moldm-3, maka

M1V1= M2V2

Contoh 1

100cm3 air ditambahkan kepada 150cm3 2mol dm-3 larutan kalium


hidroksida. Tentukan kemolaran larutan yang dicairkan.

Penyelesaian:
Langkah 1: Langkah 2:

Jumlah isipadu M1V1 = M2V2


larutan 2(150) = M2(250)
= 100 + 150 = 250cm3 M2 = 1.2mol dm-3

✍ Contoh 2

Apakah isipadu 0.5mol dm-3 asid sulfurik yang diperlukan untuk dicairkan
dengan air suling supaya menghasilkan 100cm3 0.1mol dm-3 larutan asid
sulfurik?

Penyelesaian:

M1V1 = M2V2
0.5(V1) = 0.1(100)
V1 = 20cm3

Uji Diri 7

1. Hitungkan kepekatan dalam gdm-3 apabila 4 g zink klorida dilarutkan dalam


air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan.

2. 0.3 mol litium sulfat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 100 cm 3
larutan. Berapakah kepekatannya dalam moldm-3?

3. 5.85 g natrium klorida dilarutkan dalam 200 cm3 air suling. Hitung
kepekatan larutan tersebut dalam moldm-3.

4. 10 cm3 larutan kalium bromida 1 moldm-3 dicairkan dengan air suling


untuk menjadikan 50cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan kalium
bromida selepas dicairkan?

[Diberi JAR Zn=65 ; Cl=35.5; Li=7; S=32; 0=16; Na=23; K=39; Br=80]
USC1112 1

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,


42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN 2
JABATAN /
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PROGRAM

TAHUN / SEMESTER 1 DVM/ SEMESTER 1


2.0 JADUAL BERKALA

2.1 Pengelasan Unsur


2.1.1 Mengenalpasti kala, kumpulan, blok s,p,d, dan f
STANDARD 2.1.2 Mengenalpasti kedudukan logam, separa logam,
KANDUNGAN bukan logam dan gas dalam Jadual Berkala Unsur.
2.1.3 Menyatakan konfigurasi elektron bagi unsur dalam
Jadual Berkala Unsur
2.1.4 Menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala
berdasarkan konfigurasi elektron.

Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat :

1. Menerangkan konsep dan hukum dalam kimia tak organik


secara ringkas sejajar dengan keperluan program
HASIL
(C2,PLO1,LD1)
PEMBELAJARAN 2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah berkaitan konsep kimia
(C3,PLO3,LD2)
3. Menjalankan amali menggunakan kemahiran saintifik yang
bersesuaian berkaitan konsep kimia.(P3,PLO2,LD3A)
NO KOD USC1112 Muka: 1 Drp: 9

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. K/P

TARIKH
USC1112 2

2.1 Pengelasan Unsur

2.1.1 Mengenalpasti kala, kumpulan dan Blok s, p, d, dan f

1. Dalam jadual berkala moden, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor


proton menaik secara mengufuk.

2. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan. Terdapat 18


kumpulan.

Kumpulan 1 – logam alkali


Kumpulan 2 – logam alkali bumi
Kumpulan 3 – 12 - logam peralihan
Kumpulan 17 – halogen
Kumpulan 18 – gas adi

Kumpulan 1 terdiri daripada logam-logam yang


sangat reaktif.

Kumpulan 18 pula terdiri daripada gas adi yang tidak


reaktif. ( lengai secara kimia ).
USC1112 3

3. Setiap unsur yang mempunyai ELEKTRON VALENS YANG SAMA berada dalam
KUMPULAN YANG SAMA. Unsur yang berada dalam kumpulan yang sama
akan menunjukkan sifat kimia yang sama.
Contoh :
Unsur Susunan Kumpulan
electron
Litium 2.1 1
Natrium 2.8.1 1
Kalium 2.8.8.1 1

4. Berdasarkan kepada konfigurasi elektron, unsur-unsur dalam jadual berkala


dibahagikan kepada 4 blok, iaitu blok s, p, d, dan blok f.

Blok s terdiri daripada kumpulan 1 dan kumpulan 2.


Blok p terdiri daripada kumpulan 13 hingga kumpulan 18
Blok d terdiri daripada kumpulan 3 hingga kumpulan 12
Blok f terdiri daripada unsur Lantanida dan Aktinida

5. Setiap turus mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil kala. Terdapat 7 kala.

6. Kala 1 mengandungi 2 unsur. Kala 2 dan kala 3 pula masing-masing


mengandungi 8 unsur. Tiga kala pertama ini dikenali sebagai kala pendek.

7. Kala 4 dan kala 5 masing-masing mengandungi 18 unsur. Kala 6


mengandungi 32 unsur, manakala Kala 7 mengandungi 23 unsur. Kesemua
ini adalah kala panjang.

8. Dalam kala-6 terdapat 32 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus
mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 56 – 71 disenaraikan secara
berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan
sebagai siri lantinida.
USC1112 4

9. Dalam kala-7 terdapat 23 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus
mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 90 – 103 disenaraikan
secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan
sebagai siri aktinida

10. Unsur yang mempunyai BILANGAN PETALA YANG SAMA berada pada KALA
YANG SAMA

Contoh :

Unsur Susunan elektron Kala


Karbon 2.4 2
Nitrogen 2.5 2
Oksigen 2.6 2

2.1.2 Mengenalpasti kedudukan logam, separa logam, bukan logam dan gas
dalam Jadual Berkala.

1. Unsur kumpulan 1 (kecuali hidrogen), unsur kumpulan 2, unsur peralihan


(kumpulan 3 hingga 12), unsur kumpulan 13 (kecuali boron) ), unsur
kumpulan 14 (Stanum dan Plumbum) adalah logam.

2. Unsur kumpulan 14 (karbon), kumpulan 15, kumpulan 16, kumpulan 17 dan


kumpulan 18, kebanyakan unsur adalah bukan logam.
(Lihat Jadual Berkala di atas)
USC1112 5

3. Unsur seperti Boron (B), Silikon (Si), Germanium (Ge), Arsenik (As),
Antimoni (Sb), Telurium (Te), Polonium (Po), ialah separa logam.

4. Unsur-unsur yang terletak di sebelah kiri Jadual Berkala ialah logam,


manakala unsur-unsur yang terletak di sebelah kanan Jadual Berkala ialah
bukan logam.

5. Apabila merentasi suatu kala dari kiri ke kanan, sifat kelogaman bertukar
kepada sifat separuh logam dan akhirnya kepada sifat bukan logam.

6. Hidrogen, nitrogen, oksigen, fluorin, klorin dan unsur-unsur kumpulan 18 (gas


adi) yang terdiri daripada helium, neon, argon, krypton, xenon dan radon adalah
gas-gas pada suhu bilik.

Uji Diri 1

1. Nyatakan prinsip penyusunan unsur dalam Jadual Berkala.

______________________________________________________________________________
2. Apakah nama bagi Kumpulan 17?

______________________________________________________________________________
3. Berikan lima contoh logam.

______________________________________________________________________________
4. Berikan lima contoh bukan logam.

______________________________________________________________________________
USC1112 6

2.1.3 Menyatakan konfigurasi elektron bagi unsur dalam Jadual Berkala Unsur

1. Konfigurasi elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang
menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan
dalam petala-petala yang mengelilingi nukleus.

Petala 1

Petala 2
Nukleus
Petala 3

Rajah 3 : Susunan petala dalam atom

2. Setiap petala mengandungi bilangan elektron yang tertentu sahaja.

Petala Bilangan elektron maksimum


1 2
2 8
3 8 atau 18
4 32
Jadual 1 : Bilangan maksimum elektron dalam petala.

Contoh 1:

Atom natrium, 23
Na
11

Nombor proton 11, mempunyai 11 proton dan 11 elektron.


Maka, konfigurasi elektron atom natrium ialah 2. 8. 1

Contoh 2 :

Atom klorin Cl, mempunyai nombor proton 17.


Maka, konfigurasi elektronnya ialah 2. 8. 7

3. Elektron-elektron akan mula memenuhi petala-petala daripada tahap tenaga


yang paling rendah ( petala paling dekat dengan elektron ).
USC1112 7

Contoh : Konfigurasi elektron atom Kalsium

• Atom kalsium mempunyai 20 elektron.

Nombor proton kalsium, Ca ialah 20.

Oleh itu, atom Ca mempunyai 20 elektron.

Petala 1 : 2 elektron

Nukleus
Ca
a Petala 2 : 8 elektron

Petala 4 : 2 elektron Petala 3 : 8 elektron

Susunan elektron bagi satu atom kalsium, Ca ialah 2.8.8.2

4. Susunan elektron bagi atom dengan nombor proton dari 1 hingga 20 ditunjukkan
dalam Jadual 2.

Unsur No. Bil. Bilangan elektron dalam Konfigurasi


proton elektron Petala Petala Petala Petala elektron
1 2 3 4
Hidrogen 1 1 1 1
Helium 2 2 2 2
Litium 3 3 2 1 2.1
Berilium 4 4 2 2 2.2
Boron 5 5 2 3 2.3
Karbon 6 6 2 4 2.4
Nitrogen 7 7 2 5 2.5
Oksigen 8 8 2 6 2.6
Flourin 9 9 2 7 2.7
Neon 10 10 2 8 2.8
Natrium 11 11 2 8 1 2.8.1
Magnesium 12 12 2 8 2 2.8.2
Aluminium 13 13 2 8 3 2.8.3
Silikon 14 14 2 8 4 2.8.4
Fosforus 15 15 2 8 5 2.8.5
Sulfur 16 16 2 8 6 2.8.6
Klorin 17 17 2 8 7 2.8.7
Argon 18 18 2 8 8 2.8.8
Kalium 19 19 2 8 8 1 2.8.8.1
Kalsium 20 20 2 8 8 2 2.8.8.2
Jadual 2
USC1112 8

2.1.4 Menentukan kedudukan unsur dalam Jadual berkala berdasarkan


konfigurasi elektron.

1. Elektron yang terletak pada petala terluar atom suatu unsur dipanggil elektron
valens.
2. Bilangan elektron di petala terluar suatu atom, iaitu bilangan elektron valens,
menentukan kedudukan unsur itu dalam Jadual berkala.

Bilangan elektron valens Kumpulan


1 1
2 2
3 13
4 14
5 15
6 16
7 17
8 18 (Kecuali He)

3. Bilangan petala berisi elektron adalah sama dengan nombor kala unsur
tersebut.

Contohnya:

(i) Silikon mempunyai konfigurasi elektron 2.8.4.


Silikon mempunyai 4 elektron valens, maka, ia terletak di kumpulan 14.
Silikon mempunyai 3 petala berisi elektron, maka silikon terletak di kala ke-3
dalam Jadual Berkala.

(ii) Neon mempunyai konfigurasi elektron 2.8.


Neon mempunyai 8 elektron valens, maka neon terletak di kumpulan 18.
Neon mempunyai 2 petala berisi elektron, maka neon terletak di kala ke-2
dalam Jadual Berkala.

i. Atom Helium, He, mempunyai 2 elektron dalam petala pertamanya. Susunan elektron ini
sangat stabil dan disebut sebagai susunan elektron duplet.
ii. Atom Neon, Ne, mempunyai 8 elektron dalam petala keduanya. Susunan elektron yang
sangat stabil ini disebut susunan elektron oktet.
USC1112 9

Uji Diri 2

1. Lengkapkan jadual di bawah:

Unsur Simbol Nombor Bilangan Konfigurasi Bilangan


proton elektron elektron elektron
valens
Klorin
Oksigen
Natrium
Argon
Magnesium
Karbon

2. Tuliskan konfigurasi elektron bagi unsur di bawah dan lukiskan susunan


elektron dalam petalanya.
a. Florin b. Aluminium

3. Lengkapkan jadual di bawah:

Unsur Nombor Bilangan Konfigurasi Elektron Kumpulan Bil. Kala


proton elektron Elektron valens petala
berisi
elektron
Li 3
B 5
P 15
S 16
Ca 20
K 19
USC1112 1

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,


42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN 3
JABATAN /
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PROGRAM

TAHUN / SEMESTER 1 DVM/ SEMESTER 1


3.0 IKATAN KIMIA

3.1 Ikatan ion dan ikatan kovalen


3.1.1 Menyatakan maksud ikatan ion dan ikatan kovalen
3.1.2 Melukis struktur Lewis bagi atom dan molekul
3.1.3 Menerangkan kepentingan konfigurasi elektron duplet
dan oktet
3.1.4 Menerangkan pembentukan ikatan menggunakan
struktur Lewis bagi ikatan ion
STANDARD 3.1.5 Melukis struktur Lewis bagi ikatan kovalen tunggal dan
ikatan kovalen berganda
KANDUNGAN
3.2 Daya Tarikan antara Molekul
3.2.1. Menerangkan maksud daya Van der Waals
3.2.2. Menerangkan maksud ikatan hidrogen (hydrogen
bonding)
3.2.3. Menerangkan kesan ikatan hidrogen bagi air berbanding
ais dari aspek:
a) takat didih
b) keterlarutan
c) ketumpatan
Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat :

1. Menerangkan konsep dan hukum dalam kimia tak organik secara


HASIL ringkas sejajar dengan keperluan program (C2,PLO1,LD1)
PEMBELAJARAN 2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah berkaitan konsep kimia (C3,PLO3,LD2)

3. Menjalankan amali menggunakan kemahiran saintifik yang


bersesuaian berkaitan konsep kimia.(P3,PLO2,LD3A)
NO KOD USC1112 Muka: 1 Drp: 14

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. K/P

TARIKH
USC1112 2

3.1 Ikatan Ion dan Ikatan Kovalen

3.1.1 Menyatakan maksud Ikatan Ion dan Ikatan Kovalen

1. Unsur-unsur kumpulan 18 yang terdiri daripada gas adi adalah sangat stabil kerana atom
unsur ini mempunyai konfigurasi elektron yang duplet dan oktet yang stabil.

2. Konfigurasi elektron Helium (2), ialah konfigurasi elektron duplet manakala neon (2.8),
argon (2.8.8) mempunyai konfigurasi elektron oktet yang sangat stabil.

3. Atom-atom unsur kumpulan lain yang tidak mempunyai konfigurasi elektron


duplet dan oktet seperti gas adi adalah tidak stabil akan bergabung melalui
tindak balas untuk membentuk molekul atau sebatian dan ikatan kimia akan
terbentuk.

Contohnya: Na (2.8.1) tidak stabil, Cl (2.8.7) tidak stabil

4. Dalam pembentukan ikatan kimia, setiap atom yang bergabung akan mengubah
konfigurasi elektronnya sehingga mencapai konfigurasi elektron gas adi yang
stabil dalam molekul atau sebatian yang terbentuk.

5. Maka, atom-atom unsur boleh berpadu melalui dua jenis ikatan kimia, iaitu
(a) ikatan ionik
(b) ikatan kovalen

• Ikatan kimia yang terbentuk melalui pemindahan elektron daripada atom logam
kepada atom bukan logam disebut ikatan ionik.

• Ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara dua atom bukan
logam pula dikenali sebagai ikatan kovalen.

3.1.2 Menulis struktur Lewis bagi atom dan molekul

1. Hanya elektron valens sahaja yang terlibat dalam tindak balas kimia maka kita
hanya perlu memberi tumpuan kepada elektron valens bagi satu atom.

2. Dalam simbol Lewis, elektron valens boleh diwakili dengan ‘dots’

3. Rajah di bawah menunjukkan struktur Lewis bagi atom oksigen, fluorin dan natrium.
USC1112 3

4. Rajah dibawah menunjukkan simbol Lewis untuk unsur 1 hingga 20 dalam Jadual
Berkala.
USC1112 4

3.1.3 Menerangkan kepentingan konfigurasi elektron duplet dan oktet

1. Jadual di bawah menunjukkan konfigurasi elektron unsur kumpulan 18, iaitu gas adi.
Nama Nombor Proton Susunan Elektron
Helium 2 2
Neon 10 2.8
Argon 18 2.8.8
Kripton 36 2.8.18.8
Xenon 54 2.8.18.18.8
Radon 86 2.8.18.32.18.8

2. Petala terluar atom helium mempunyai 2 elektron (susunan duplet), manakala petala
terluar atom gas adi yang lain mempunyai 8 elektron (susunan oktet).

3. Susunan duplet bagi helium dan susunan oktet bagi gas adi yang lain pada petala
terluarnya adalah penuh dan sangat stabil.

4. Oleh itu, semua atom gas adi mempunyai konfigurasi elektron yang sangat stabil.

5. Atom unsur kumpulan lain yang konfigurasi elektronnya bukan susunan oktet seperti
gas adi atau susunan duplet seperti helium adalah tidak stabil.

6. Untuk mencapai kestabilan seperti gas adi, atom kumpulan lain akan melepaskan
elektron di petala terluarnya atau menerima elektron.

Kumpulan Cara atom mencapai konfigurasi oktet

1 Lepas satu elektron

2 Lepas dua elektron

13 Lepas tiga elektron

15 Terima tiga elektron

16 Terima dua elektron

17 Terima satu elektron


USC1112 5

7. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh atom unsur mencapai konfigurasi


elektron yang stabil.

Simbol Nombor Bil. Konfigurasi Cara atom Konfigurasi


elektron elektron mencapai elektron baru
Unsur proton konfigurasi oktet

Li 3 3 2.1 Lepas 1 elektron 2 (Duplet)

Na 11 11 2.8.1 Lepas 1 elektron 2.8 (Oktet)

Mg 12 12 2.8.2 Lepas 2 elektron 2.8 (Oktet)

Al 13 13 2.8.3 Lepas 3 elektron 2.8 (Oktet)

N 7 7 2.5 Terima 3 elektron 2.8 (Oktet)

P 16 16 2.8.6 Terima 2 elektron 2.8.8 (Oktet)

Cl 17 17 2.8.7 Terima 1 elektron 2.8.8 (Oktet)

3.1.4 Menerangkan pembentukan ikatan menggunakan struktur Lewis bagi


ikatan ion

Unsur Simbol Lewis

Pembentukan Ikatan Ionik

1. Sebatian ionik terbentuk apabila atom unsur logam (kumpulan 1, 2 dan 13)
bergabung dengan atom unsur bukan logam (kumpulan 15, 16 dan 17) dalam
tindak balas kimia.

2. Atom logam akan cenderung melepaskan elektronnya dan menjadi ion positif
yang dipanggil kation dalam tindak balas kimia.

3. Atom bukan logam akan menerima elektron dan menjadi ion negatif yang
dipanggil anion.

4. Kation dan anion akan ditarik oleh daya tarikan elektrostatik atau ikatan ionik.
USC1112 6

Contoh 1 : Sebatian natrium klorida

1. Apabila natrium bertindak balas dengan klorin, atom natrium yang mempunyai
konfigurasi elektron (2.8.1) akan melepaskan satu elektron di petala terluarnya
menjadi ion positif Na+ yang mempunyai konfigurasi elektron (2.8.) yang stabil.

2. Elektron yang dilepaskan oleh atom natrium akan diterima oleh atom klorin
yang mempunyai konfigurasi elektron (2.8.7) akan menjadi ion negatif Cl-
dengan konfigurasi elektron (2.8.8) yang stabil. .

3. Ion Na+ dan ion Cl- akan ditarik oleh daya elektrostatik iaitu ikatan ionik.
Sebatian natrium klorida terbentuk.
USC1112 7

Contoh 2 : Sebatian Magnesium klorida

1. Apabila magnesium bertindak balas dengan klorin, atom magnesium yang


mempunyai konfigurasi elektron (2.8.2) akan melepaskan dua elektron di petala
terluarnya menjadi ion positif Mg2+ yang mempunyai konfigurasi elektron (2.8.) yang
stabil.

2. Dua elektron yang dilepaskan oleh atom magnesium akan diterima oleh dua atom
klorin yang mempunyai konfigurasi elektron (2.8.7) akan menjadi ion negatif Cl-
dengan konfigurasi elektron (2.8.8) yang stabil.

3. Sebatian ionik MgCl2 terbentuk. Ikatan antara ion Mg2+ dan ion Cl- ialah ikatan
ionik.

Uji Diri 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konfigurasi elektron yang stabil.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Berikan dua unsur yang mempunyai konfigurasi elektron yang stabil.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Dengan menyatakan satu contoh, terangkan bagaimana unsur tersebut mencapai


kestabilan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Dengan menggunakan struktur Lewis, terangkan pembentukan ikatan ionic dalam


sebatian litium klorida
USC1112 8

3.1.5 Melukis struktur Lewis bagi ikatan kovalen tunggal dan ikatan kovalen
berganda

1. Dalam tindak balas kimia, atom bukan logam daripada kumpulan 15, 16 dan 17, atom
hidrogen, atom karbon dan silikon daripada kumpulan 14 akan berkongsi elektron
untuk mencapai konfigurasi elektron seperti gas adi yang stabil.

2. Ikatan yang terbentuk antara dua bukan logam ialah ikatan kovalen.

(a) Ikatan kovalen tunggal

Contoh 1 : Pembentukan molekul klorin ( Cl2 )

1. Atom klorin mempunyai konfigurasi elektron 2.8.7. Atom klorin mempunyai 7


elektron valens, iaitu kekurangan satu elektron untuk mencapai konfigurasi elektron
gas adi yang stabil.

2. Oleh itu, dua atom klorin akan bergabung dengan menderma satu elektron daripada
petala terluarnya untuk dikongsi.

3. Ikatan kovalen tunggal akan terbentuk antara dua atom klorin dan molekul Cl2
terhasil.

Contoh 2 : Pembentukan molekul hidrogen klorida (HCl)

1. Atom hidrogen mempunyai konfigurasi elektron 1, manakala atom klorin mempunyai


konfigurasi elektron 2.8.7

2. Apabila hidrogen bertindak balas dengan klorin, atom hidrogen akan berkongsi
satu pasang elektron dengan satu atom klorin.

3. Ikatan kovalen tunggal akan terbentuk antara hidrogen dan klorin. Sebatian kovalen
HCl terbentuk.

boleh diwakili dengan


USC1112 9

(b) Ikatan kovalen berganda


Ikatan Kovalen Ganda Dua – molekul oksigen ( O2 )

Contoh 1 : Pembentukan molekul oksigen ( O2 )

1. Atom oksigen mempunyai konfigurasi elektron 2.6, iaitu atom oksigen kekurangan
dua elektron untuk mencapai konfigurasi elektron gas adi yang stabil.

2. Setiap daripada dua atom oksigen yang bergabung akan menderma dua elektron
untuk berkongsi.

3. Maka dua pasangan elektron berkongsi mengikatkan dua atom oksigen bersama
untuk membentuk molekul kovalen O2.

4. Jenis ikatan ini ialah ikatan kovalen ganda dua.

5. Contoh ikatan kovalen berganda


Ikatan kovalen ganda tiga – molekul nitrogen ( N2 )
USC1112 10

3.2 Daya Tarikan Antara Molekul


(a) Menerangkan maksud daya Van der Waals
1. Dalam sebatian kovalen, atom bukan logam diikat bersama oleh ikatan kovalen
yang kuat. Walaubagaimanapun, daya antara molekul adalah daya van der Waals
yang lemah.

2. Contoh-contoh molekul yang mempunyai daya Van der Waals adalah air (Cl2),
metana (CH4) dll.
USC1112 11

3.2.2 Menerangkan maksud ikatan hidrogen

1. Ikatan hidrogen terbentuk sekiranya atom hidrogen diikat kepada atom nitrogen,
atom oksigen atau atom fluorin dalam pembentukan sebatian kovalen.

2. Sebatian yang mempunyai ikatan hidrogen adalah seperti molekul air (H2O), molekul
hidrogen fluorida (HF), dan molekul ammonia (NH3).

2.2.3 Menerangkan kesan ikatan hidrogen bagi air berbanding ais dari aspek (a)
takat didih, (b) keterlarutan, (c) ketumpatan

1. Ikatan hidrogen akan mempengaruhi sifat-sifat fizikal sebatian kovalen seperti:

(a) takat didih


(b) keterlarutan
(c) ketumpatan
USC1112 12

2. Air adalah sebatian kovalen yang mempunyai ikatan hidrogen antara molekulnya.
Ikatan hidrogen antara molekul air telah menyebabkan air mempunyai takat didih yang
yang lebih tinggi berbanding dengan sebatian hidrogen sulfida (H2S) dan sebatian-
sebatian lain dalam kumpulan 16. Lihat graf garis di bawah.

3. Daripada graf, didapati air yang mempunyai ikatan hidrogen antara molekulnya
mempunyai takat didih yang lebih tinggi.

4. Sebatian kovalen seperti metana (CH4) tidak dapat larut dalam air kerana molekul
metana tidak dapat membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air apabila metana
ditambah dalam air.

5. Manakala apabila molekul etanol (C2H5OH) ditambah dalam air, etanol dapat larut
dalam air kerana molekul etanol dan molekul air dapat membentuk ikatan hidrogen
antara molekul.

Ketumpatan air berbanding ais.

1. Biasanya pepejal mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding cecair dan
gas untuk jirim yang sama.
USC1112 13

2. Ketumpatan adalah Jisim / Isipadu

3. Perhatikan rajah di bawah, pepejal lebih tumpat kerana lebih banyak zarah dapat
ditempatkan dalam seunit isipadu berbanding dengan cecair atau gas.

4. Walaubagaimanapun ais (pepejal) mempunyai ketumpatan yang lebih rendah


berbanding dengan air (cecair) pada 4 oC

5. Ini ialah kerana ikatan hidrogen antara molekul air mempengaruhi ketumpatan ais.
USC1112 14

6. Dalam ais, susunan molekul-molekul H2O ais adalah lebih terbuka. Setiap molekul
air dikelilingi oleh 4 molekul air yang lain melalui ikatan hidrogen. Struktur ais
yang lebih terbuka ini menyebabkan ais kurang tumpat berbanding air pada 00C.

7. Apabila ais lebur, setengah ikatan hidrogen terputus dan menyebabkan molekul air
lebih rapat antara satu sama lain. Maka ais kurang tumpat daripada air pada 4 0C.

Uji Diri 2

1. Berikan 4 contoh molekul kovalen.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Dengan menggunakan struktur Lewis, gambarkan ikatan kovalen dalam molekul gas
karbon dioksida.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. a. Namakan dua ikatan yang terdapat dalam molekul air.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

b. Ikatan hidrogen yang wujud dalam molekul air adalah suatu ikatan yang kuat.
Dengan ikatan ini, terangkan bagaimana haiwan akuatik boleh terus hidup
walaupun di bawah lapisan ais.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
USC1112 2

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,


42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN 4
JABATAN / PROGRAM JABATAN PENDIDIKAN UMUM

TAHUN / SEMESTER 1 DVM/ SEMESTER 1


4.0 : KADAR TINDAK BALAS

4.1 Menganalisis Kadar Tindak Balas


4.1.1 Menyatakan maksud kadar tindak balas
4.1.2 Mengenalpasti perubahan yang dapat diperhatikan
pada bahan atau hasil tindakbalas
4.1.3 Menentukan kadar tindakbalas purata.

4.2 Menganalisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kadar


STANDARD Tindak Balas
KANDUNGAN 4.2.1 Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
kadar tindak balas (Saiz bahan tindak balas,
kepekatan, suhu dan mangkin)
4.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor
yang mempengaruhi kadar tindak balas seperti
saiz bahantindak balas, kepekatan, suhu dan
mangkin.
4.2.3 Mengaplikasi faktor yang mempengaruhi kadar
tindak balas dalam industri dan kehidupan harian.

Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat :

1. Menerangkan konsep dan hukum dalam kimia tak organik secara


HASIL ringkas sejajar dengan keperluan program (C2,PLO1,LD1)
PEMBELAJARAN 2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah berkaitan konsep kimia (C3,PLO3,LD2)

3. Menjalankan amali menggunakan kemahiran saintifik yang bersesuaian


berkaitan konsep kimia.(P3,PLO2,LD3A)
NO KOD USC 1112 Muka: 1 Drp: 19

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. K/P

TARIKH
USC1112 3

4.1 Menganalisis Kadar Tindak balas.


4.1.1 Menyatakan maksud kadar tindak balas.
4.1.2 Mengenalpasti perubahan yang dapat diperhatikan pada bahan atau hasil tindakbalas
untuk menentukan kadar tindak balas.
4.1.3 Menentukan kadar tindak balas purata.

1. Tindak balas kimia (chemical reaction) berlaku apabila bahan tindak balas (reactant)
dicampurkan bersama-sama, pada keadaan yang sesuai.
Kelajuan sesuatu tindak balas kimia itu dipanggil kadar tindak balas (rate of reaction).
2. Kadar tindak balas ialah sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam satu
unit masa. Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa tindak balas.
3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil masa yang singkat untuk selesai bertindak balas.
Begitu juga sebaliknya.
4. Kadar tindak balas purata ialah purata kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh
masa tertentu.
5. Kadar tindak balas pada masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku pada
masa tersebut.
6. Semasa tindak balas kimia, bahan tindak balas digunakan sehinggalah hasil tindak
balasnyanya (product) terbentuk. Oleh itu, jumlah bahan tindak balas akan berkurangan
manakala jumlah hasil tindak balas akan meningkat, sebagaimana tindak-balasnya
diteruskan.

7. Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentukan oleh salah satu daripada cara-cara berikut:
1. Kadar kehilangan bahan tindak balas, atau
2. Kadar pembentukan sesuatu hasil tindak balas (product).
8. Kadar tindak balas boleh ditakrifkan sebagai jumlah sesuatu bahan tindak balas yang
digunakan bagi setiap unit masa.

9. Kadar tindak balas juga boleh ditakrifkan sebagai jumlah hasil tindak balas yang diperolehi
per unit masa.
USC1112 4

Kaedah mengukur kadar tindak balas.


• Jumlah bahan tindak balas yang digunakan atau hasil tindak balas yang diperolehi boleh
diukur dari segi jisim bahan atau kepekatan bahan tersebut.
• Untuk tindak balas kimia yang menghasilkan gas, kadar tindak balas boleh diukur sebagai
jumlah gas yang dihasilkan per unit masa.

CONTOH : Tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik cair.
Tindak balas antara kalsium karbonat (kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair boleh
diwakili oleh persamaan berikut:

CaCO3(s) + 2HCl(aq) → CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l)


dimana;
CaCO3(s) + 2HCl(aq) adalah bahan tindak balas, dan
CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l) adalah hasil tindak balas.

Semasa tindak balas, berlaku perubahan yang dapat dilihat seperti berikut:
• Jisim kalsium karbonat (bahan tindak balas) berkurangan.
• Kepekatan asid hidroklorik (bahan tindak balas) berkurangan.
• Jumlah isipadu karbon dioksida (hasil tindak balas) yang dihasilkan meningkat.

Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentukan
dengan mengukur:
1. Penurunan dalam jisim kalsium karbonat per unit masa, atau
2. Peningkatan dalam isipadu karbon dioksida per unit masa.
Iaitu,

atau
USC1112 5

10. Kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa yang diambil bagi tindak balas
itu selesai.

11. Perubahan jumlah bahan / hasil tindak balas boleh diukur dengan :
a) pengurangan jisim bahan tindak balas ( reactant)
b) penambahan jisim hasil tindak balas
c) peningkatan isipadu gas terbebas
d) pembentukan mendakan
e) perubahan pada pH, suhu atau kekonduksian elektrik.

12. Tindak balas adalah pantas jika ia mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.
Sebaliknya, tindak balas adalah perlahan jika ia mengambil masa yang panjang bagi suatu
tindak balas itu diselesaikan/dilengkapkan.

13. Unit-unit yang digunakan untuk kadar tindak balas bergantung kepada perubahan yang
diukur. Sebagai contoh:
• cm3 per unit masa (saat atau minit) untuk gas.
• g per unit masa atau mol per unit masa untuk bahan tindak balas pepejal.
• mol dm-3 per unit masa bagi bahan tindak balas dalam larutan akueus (aqueous
solution).
14. Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak
balas berlaku dengan cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.
USC1112 6
USC1112 7

Contoh :
Katakan 5 cm3 gas hidrogen bertindakbalas dengan oksigen untuk
menghasilkan air dan masa yang diambil untuk tindak balas itu selesai ialah 40
saat. Maka,

Kadar tindak balas purata dalam 40 saat itu ialah: 5 cm3


40 s = 0.125 cm3 / s

Uji Diri 1

1.

1. Berdasarkan graf, tentukan


a. Kadar tindak balas purata untuk tiga minit pertama
USC1112 8

b. Kadar tindak balas purata untuk minit kedua

c. Kadar tindak balas purata keseluruhan

2. Dalam tindakbalas antara logam zink dengan asid hidroklorik cair, 30 cm3 gas
hidrogen telah terbebas dalam masa 50 saat. Tentukan kadar tindak balas purata.

Kadar tindak balas purata =

3. 2 g kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik cair berlebihan dan
masa yang diambil untuk tindak balas itu selesai ialah 40 saat.

Kadar tindak balas purata =


USC1112 9

4.2 Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

4.2.1 Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindakbalas (saiz bahan tindak
balas, kepekatan, suhu dan mangkin)
4.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindakbalas
seperti saiz bahan tindak balas, kepekatan, suhu dan mangkin.
4.2.3 Mengaplikasikan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam industri dan
kehidupan harian

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas


USC1112 10

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:

• Saiz bahan tindak balas (mempengaruhi Jumlah luas permukaan bahan tindak balas/
isipadu) : semakin kecil saiz bahan, semakin besar JLP/I semakin tinggi kadar tindak
balas.

Bahan yang lebih kecil mempunyai JLP/I yang terdedah kpd tindak balas yg lebih besar.
Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran bertambah. Hal ini
juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi yang betul. Lantas,
frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan kadar tindak balas pun
bertambah.

► Apabila pepejal bertindak balas dengan cecair atau gas, saiz bahan tindak balas pepejal
akan memberi kesan kepada kadar tindak balas.

► Semakin kecil saiz bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas permukaan yang
terdedah.

► Oleh itu, kadar tindak balas akan menjadi lebih tinggi.

■ Graf kadar tindak balas

► Graf berikut menunjukkan kesan luas permukaan bahan tindak balas terhadap kadar tindak
balas bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik.
USC1112 11

Aktiviti Makmal: Kesan Saiz Bahan Tindak Balas Ke Atas Kadar Tindak Balas
USC1112 12

• Kepekatan : semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.

Pertambahan kepekatan bahan tindak balas bermakna bilangan zarah bahan tindak
balas dalam satu unit isipadu campuran akan bertambah. Oleh itu, zarah bahan tindak
balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah.
Orientasi pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran
berkesan juga bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

► Kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas bagi bahan yang
berbentuk cecair.

► Semakin tinggi kepekatan, semakin tinggi bilangan zarah per unit isipadu.

► Oleh itu, kadar tindak balas akan menjadi lebih tinggi.

✍ Contoh 1.2(a)
Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kadar tindak balas di antara serbuk zink dan
asid hidroklorik pada kepekatan yang berbeza.
Jadual berikut menunjukkan lima eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji kesan
kepekatan ke atas kadar tindak balas.

a. Eksperimen I: 50cm3 1mol dm-3 HCl dalam serbuk zink berlebihan.


b. Eksperimen II: 100cm3 2mol dm-3 HCl dalam serbuk zink berlebihan.
c. Eksperimen III: 150cm3 0.5mol dm-3 HCl dalam serbuk zink berlebihan.
d. Eksperimen IV: 25cm3 1.5mol dm-3 HCl dalam serbuk zink berlebihan.
e. Eksperimen V: 100cm3 0.5mol dm-3 HCl dalam serbuk zink berlebihan.

Lakarkan graf yang menunjukkan isipadu gas karbon dioksida yang terbebas melawan masa
bagi setiap keadaan dengan membandingkannya terhadap Eksperimen I.
USC1112 13

Penyelesaian:

► Eksperimen I melawan Eksperimen II

► Eksperimen I melawan Eksperimen III

► Eksperimen I melawan Eksperimen IV

► Eksperimen I melawan Experimen V

Aktiviti Makmal: Kesan Kepekatan Ke Atas Kadar Tindak Balas


USC1112 14

• Suhu : semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas

Suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh itu,
zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran
bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang
dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat.
Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk menghasilkan
perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan meninggikan
kadar tindak balas.

► Apabila suhu tindak balas bertambah, lebih banyak zarah memperolehi tenaga kinetik
yang tinggi.

► Oleh itu, kadar tindak balas akan menjadi lebih tinggi.


USC1112 15

■ Graf kadar tindak balas

► Graf berikut menunjukkan kesan suhu ke atas kadar tindak balas bagi tindak balas antara
kalsium karbonat dan asid hidroklorik.

Aktiviti Makmal: Kesan Suhu Ke Atas Kadar Tindak Balas


USC1112 16

• Mangkin : kehadiran mangkin positif akan meningkatkan kadar tindak balas.

Kehadiran mangkin positif membekalkan suatu lintasa alternatif bagi tindak balas
berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah. Oleh
itu, bilangan zarah yang mempunyai bahan tindak balas yang mempunyai tenaga
pengaktifan yang lebih rendah ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran
berkesan bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

► Mangkin ialah Suatu bahan yang boleh mengubah kadar tindak balas kimia tetapi tidak
memberi kesan kepada jumlah hasil tindak balas.

■ Ciri-ciri bagi mangkin

► Tidak memberi kesan kepada jumlah hasil yang diperolehi.

► Hanya mempengaruhi kadar tindak balas. (Mangkin positif akan meningkatkan kadar
tindak balas sementara mangkin negatif akan mengurangkan kadar tindak balas)

► Tindakan khusus terhadap sesuatu tindak balas tertentu sahaja.

► Hanya sebilangan kecil mangkin diperlukan.

► Ciri-ciri kimia tidak berubah pada akhir tindak balas. (Ia mungkin berubah dari segi fizikal)

■ Graf kadar tindak balas

► Graf berikut menunjukkan kesan mangkin ke atas kadar tindak balas bagi penguraian
hidrogen peroksida yang dimangkinkan oleh serbuk mangan (IV) oksida.
USC1112 17

○ Persamaan kimia: 2H2O2(aq) → 2H2O(aq) + O2(g)

○ Pemerhatian: Hidrogen peroksida terurai untuk membebaskan gas oksigen.

○ Kaedah yang sesuai untuk mengukur kadar tindak balas: menyukat isipadu gas
oksigen yang terbebas.

Aktiviti Makmal: Kesan Kehadiran Mangkin Ke Atas Kadar Tindak Balas


USC1112 18

• Tekanan : tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.

Pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan bilangan


zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas. Pertambahan
tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti pertambahan
kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah bahan tindak
balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan tindak balas akan
berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran berkesan akan
bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.

► Tekanan akan mempengaruhi kadar tindak balas bagi bahan tindak balas berbentuk gas.

► Apabila tekanan gas meningkat, zarah-zarah gas akan berlanggar dengan lebih kerap.

► Oleh itu, Kadar tindak balas adalah lebih tinggi.

■ Contoh: Pengeluaran ammonia melalui proses Haber dalam industri.

► Persamaan kimia: N2(g) + 3H2(g) ⇌ 2HN3(g)

► Proses Haber dijalankan pada tekanan daripada 200-500 atmosfera.


USC1112 19

Penggunaan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam kehidupan seharian
■ Kesan tekanan

► Pembakaran arang

► Memasak makanan dalam periuk tekanan

■ Kesan suhu

► Menyimpan makanan di dalam peti sejuk

Penggunaan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam industri


1■ Pengeluaran ammonia oleh proses Haber

► N2(g) + 3H2(g) ⇌ 2NH3(g)

► Nitrogen dan hidrogen dicampurkan dalam nisbah isipadu 1: 3 akan mengalir melalui besi
(mangkin) yang dicampurkan dengan aluminium oksida pada suhu 450-550 ℃ dan
tekanan optimum 200 atmosfera.
USC1112 20

2■ Proses Sentuh untuk mengeluarkan asid sulfurik

► Langkah I: Pengeluaran gas sulfur dioksida, SO2


S(s) + O2 → SO2(g)

► Langkah II: Penukaran sulfur sulfida kepada sulfur trioksida, SO3


2SO2(g) + O2(g) ⇌ 2SO3(g)
Campuran gas mengalir melalui vanadium (V) oksida, V2O5(mangkin) pada suhu 450-500
℃ dan di tekanan 1 atmosfera.

► Langkah III: Pengeluaran asid sulfurik, H2SO4


SO3(g) + H2SO4(l) → H2S2O7(l)

3■ Pengeluaran asid nitrik oleh proses Ostwald

► Langkah I: 4NH3(g) + 5O2(g) ⇌ 4NO(g) + 6H2O(l)


Campuran gas mengalir melalui platinum, Pt (mangkin) pada suhu 850℃.

► Langkah II: 2NO + 2O2(g) → 2NO2(g)

► Langkah III: NO(g) + O2(g) + 2H2O2(l) → 4HNO3

4■ Peretakan Petroleum Hidrokarbon

► Alkana (molekul hidrokarbon yang besar) mengalir melalui aluminosilikat (mangkin) pada
suhu kira-kira 500 ℃ dan tekanan 1 atmosfera.

5■ Pembuatan marjerin

► Logam nickel digunakan dalam penghidrogenan minyak sayuran untuk membuat marjerin
pada suhu kira-kira 180 ℃ dan tekanan 1 atmosfera.

Uji Diri 2

1. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

2. Terangkan bagaimana seorang tukang masak dapat membakar kepingan ayam yang lebih
kecil dengan cepat berbanding membakar seekor ayam.
SAINS 1 1

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD,


42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN 5
JABATAN /
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
PROGRAM

TAHUN / SEMESTER 1 DVM/ SEMESTER 1


5.0 HUKUM GAS

5.1 Menerangkan Teori Kinetik Jirim bagi gas unggul


5.1.1 Menerangkan bagaimana faktor isipadu, tekanan,
dan suhu mempengaruhi susunan dan gerakan atom
gas.

5.2 Menghubungkaitkan faktor isipadu, tekanan dan suhu


dalam permasalahan gas
STANDARD 5.2.1 Menghubungkaitkan faktor isipadu dan tekanan pada
KANDUNGAN suhu dan jisim gas yang tetap (Hukum Boyle)
5.2.2 Melakar graf Hukum Boyle
5.2.3 Menghubungkaitkan faktor isipadu dan suhu pada
tekanan dan jisim gas yang tetap (Hukum Charles)
5.2.4 Melakar graf Hukum Charles
5.2.5 Menghubungkaitkan faktor tekanan dan suhu pada
isipadu dan jisim gas yang tetap (Hukum Gay-
Lussac/Hukum Tekanan)
5.2.6 Melakar graf Hukum Gay-Lussac/Hukum Tekanan

Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat :

1. Menerangkan konsep dan hukum dalam kimia tak organik secara


HASIL ringkas sejajar dengan keperluan program (C2,PLO1,LD1)
PEMBELAJARAN 2. Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk
menyelesaikan masalah berkaitan konsep kimia (C3,PLO3,LD2)

3. Menjalankan amali menggunakan kemahiran saintifik yang


bersesuaian berkaitan konsep kimia.(P3,PLO2,LD3A)
NO KOD USC1112 Muka: 1 Drp: 9

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. K/P

TARIKH
SAINS 1 2

5.1 Menerangkan Teori Kinetik Jirim Bagi Gas Unggul

1. Teori kinetik gas menerangkan hubungan di antara tekanan, suhu dan isi padu
gas.
2. Teori kinetik gas menyatakan bahawa,
a. Semua gas mempunyai zarah-zarah seni yang diskrit dan berjisim
b. Zarah-zarah ini sentiasa bergerak secara rawak.
c. Zarah-zarah ini bergerak dengan halaju yang tinggi dan sentiasa
berlanggar dengan permukaan objek lain atau berlanggar antara satu
sama lain. Semua perlanggaran ini dianggap perlanggaran kenyal
sempurna.
d. Apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju. Semakin
tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik zarah-zarah.

5.1.1 Menerangkan bagaimana faktor isipadu, tekanan, dan suhu mempengaruhi


susunan dan gerakan atom gas

1. Dalam keadaan gas, atom-atom gas bergerak secara rawak dan saling berlanggar antara
satu sama lain dan juga dengan dinding bekas yang diisinya.

2. Akibat daripada perlanggaran molekul-molekul gas dengan dinding bekas secara kenyal ini,
terhasilnya tekanan gas.

3. Apabila isipadu bekas yang berisi gas menjadi lebih kecil, atom-atom gas akan berlanggar
antara satu sama lain dan juga dengan dinding bekas dengan lebih kerap.
SAINS 1 3

4. Apabila isipadu bekas berkurangan, atom-atom gas lebih rapat antara satu sama lain,
tekanan gas akan bertambah kerana perlanggaran yang lebih kerap antara atom-atom
gas dengan dinding bekas.

5. Apabila gas dipanaskan, atom-atom gas akan bergerak dengan lebih laju kerana
mempunyai lebih tenaga kinetik.

Uji Diri 1

Lengkapkan jadual berikut.

Kesan ke atas Isipadu Tekanan Suhu


Zarah gas apabila bertambah berkurang bertambah berkurang bertambah berkurang
faktor berikut
bertambah atau
berkurang
Jarak antara
zarah-zarah gas

Pergerakan
zarah-zarah gas
SAINS 1 4

5.2 Menghubungkaitkan Faktor Isipadu, Tekanan Dan Suhu Dalam Permasalahan Gas

5.2.1 Menghubungkaitkan faktor isipadu dan tekanan pada suhu dan jisim gas yang
Tetap (Hukum Boyle)

1. Hukum Boyle menyatakan bahawa tekanan gas adalah berkadar songsang terhadap
isipadu gas apabila suhu dan jisim gas adalah malar.

2. Ini bermaksud isipadu gas semakin berkurangan, tekanan gas semakin bertambah.

3. Pada suhu yang tetap, tenaga kinetik purata molekul-molekul gas juga adalah
tetap.

4. Jika gas itu dimampatkan, isi padunya berkurangan dan bilangan molekul gas
per unit isi padu bertambah.

5. Ini menambahkan kekerapan perlanggaran di antara molekul gas dengan dinding


bekas, maka tekanan gas turut bertambah.

6. Kesimpulannya ialah tekanan gas bertambah apabila isi padu gas berkurang.
SAINS 1 5

5.2.2 Melakar graf Hukum Boyle

1. Graf 1 menunjukkan bahawa tekanan gas, P adalah berkadar songsang dengan


isi padu, V.
2. Graf 2 menunjukkan bahawa tekanan P adalah berkadar terus dengan 1/V.
3. Graf 3 dan 4 menunjukkan bahawa PV adalah sentiasa malar pada suhu tetap.
SAINS 1 6

Graf tekanan melawan isipadu

3. Daripada graf menunjukkan apabila isipadu adalah besar, tekanan menjadi kecil
dan sebaliknya. (Hukum Boyle)

5.2.3 Menghubungkaitkan faktor isipadu dan suhu pada tekanan dan jisim gas yang tetap.
(Hukum Charles)

1. Menyatakan bahawa isipadu suatu gas yang berjisim tetap


adalah berkadar langsung kepada suhu mutlak (dalam Kelvin), apabila tekanannya
dimalarkan
SAINS 1 7

5.2.4 Melakar graf Hukum Charles

1. Apabila suhu gas bertambah, isipadu gas juga akan bertambah. (Hukum Charles)
SAINS 1 8

5.2.5 Menghubungkaitkan faktor tekanan dan suhu pada isipadu dan jisim gas yang tetap
(Hukum Tekanan)

1. Hukum Tekanan menyatakan bahawa tekanan gas yang ideal berkadar terus dengan suhu
mutlak gas apabila isipadu dan jisim gas adalah malar.

5.2.6 Melakar graf Hukum Tekanan

1. Apabila suhu gas bertambah, tekanan gas juga bertambah. (Hukum Tekanan)
SAINS 1 9

APLIKASI HUKUM GAS

1. Pam basikal (Piston ditolak ke dalam silinder)


a. Udara di dalamnya dimampatkan (isipadu berkurang), menyebabkan tekanan udara
dalam silinder meningkat (Hukum Boyle)
b. Tekanan udara dalam silinder lebih tinggi daripada dalam tayar.
c. Injap pada tayar terbuka lalu udara mengalir dari silinder ke dalam tayar.

2. Tayar (Kereta sedang bergerak)


a. Suhu udara dalam tayar meningkat (di sebabkan daya geseran), lalu isipadu udara
dalam tayar juga meningkat (Hukum Charles)

3. Belon udara panas:

a. Udara dalam belon dipanaskan


b. Suhu meningkat lalu isipadu udara juga meningkat (Charles’s Law). Belon
mengembang
c. Isipadu udara yang disesarkan oleh belon meningkat menyebabkan daya apungan
bertambah. (Prinsip Archimedes)
d. Belon naik jika daya apungan lebih tinggi daripada berat.

Uji Diri 2

1. Mengikut Hukum Boyle;


a. Apakah yang berlaku kepada tekanan gas apabila isipadunya bertambah?
____________________________________________________________________

b. Terangkan dengan menggunakan teori kinetik jirim.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Hukum Charles menyatakan bahawa


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. Berikan tiga cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tekanan suatu gas

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

You might also like