You are on page 1of 10

Sisipan PIKeBM Dalam Rancangan Aktivit i Tahunan Setiap Unit KK & 1M1S

Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan


Badan Persatuan Permainan
Beruniform
1. PIKeBM / / /
Tajuk : Akbar Pembuka Minda
Membuat ulasan berdasarkan maklumat dalam akhbar,
papan kenyataan, internet atau perhimpunan sekolah
Objektif:
Murid akan dapat
1. membaca dan memahami teks bacaan.
2. memberi ulasan ringkas tentang bahan yang dibaca.
2. PIKeBM /
Tajuk : Akulah Jaguh
Menjawab soalan berkaitan dengan sukan di
sekolah yang telah diajarkan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. memberikan jawapan berdasarkan soalan yang
dikemukakan oleh guru dengan ayat yang
lengkap.
2. menyampaikan pendapat tentang sukan dengan
yakin.
3. PIKeBM / / /
Tajuk : Bina Kata
Membina perkataan berdasarkan tema yang diberikan
( Tema haiwan: sebutkan jenis haiwan)
Objektif:
Murid akan dapat
1. membina perkataan berdasarkan tema
yang diberikan.
2. membaca semula perkataan yang dibina.
4. PIKeBM / / /
Tajuk : Bisik-bisik sayang
Membisikkan perkataan kepada rakan di dalam
kumpulan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyebut ayat mudah.
2. menggunakan kebolehan bahasa sedia ada.
3. mendengar dan bertutur dengan betul.
5. PIKeBM / /
Tajuk : Burung Tiong
Melakukan aktiviti kawad kaki mengikut sebutan guru
Objektif:
Murid akan dapat
1. mendengar dan meniru arahan kawad kaki secara
lisan dengan menggunakan intonasi dan jeda
yang betul.
2. menyampaikan arahan kawad kaki secara spontan.

1
Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan
Badan Persatuan Permainan
Beruniform
6. PIKeBM / / /
Tajuk : Cakna Mata
Mengenal pasti kesalahan bahasa dalam slogan kata
atau papan kenyataan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. mengenal pasti kesalahan seperti bahasa dan
slogan daripada pelbagai sumber.
2. berbincang tentang kesalahan bahasa dan slogan.
3. membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang
telah dibetulkan ejaannya.
7. PIKeBM / / /
Tajuk : Cef Cilik
Menyatakan makanan sarapan pagi yang sesuai beserta
bahan-bahannya.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyampaikan maklumat dan menerangkan
sesuatu proses dengan jelas menggunakan ayat
yang mudah.
2. menggunakan bahasa yang sesuai.
3. menambahkan ilmu pengetahuan tentang makanan.
8. PIKeBM / / /
Tajuk : Cuit-cuit Fikir
Meneka perkataan berdasarkan aksi yang ditunjukkan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. meneka perkataan berdasarkan aksi
yang ditunjukkan.
2. membina ayat mudah berdasarkan perkataan.
9. PIKeBM / / /
Tajuk :DJ hatiku
Murid memaklumkan isu-isu terkini, mewawancara guru
atau murid dll.
Objektif:
Murid akan dapat
1. bertutur dan berinteraksi secara berkhemah.
2. menyampaikan maklumat secara berkesan dan
betul.
10. PIKeBM / / /
Tajuk : Fikir-Fikirkan
Menyambung perkataan dengan ayat yang mudah
berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.
Objektif:
Murid akan dapat
1. membina ayat mudah yang bermakna.
2. memperluas ayat menggunakan perkataan
yang bermakna.

11. PIKeBM / / /
2
3
Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan
Badan Persatuan Permainan
Beruniform
Tajuk : Getaran Bahasa
Membentuk perkataan terakhir yang disebut oleh
rakan secara permainan berkumpulan. Kita….ta >tali
Objektif:
Murid akan dapat
1. mengukuhan perbendaharaan kata.
2. membentuk perkataan daripada aktiviti
yang dilaksanakan.
3. membina ayat mudah.
12. PIKeBM / / /
Tajuk : Hai Haiku
Membina puisi dalam 3 baris ayat yang ringkas
berdasarkan gambar.
Objektif:
Murid akan dapat
1. bertutur dan melafazkan Haiku yang dibina.
2. menceritakan semula maksud Haiku yang dibina.
13. PIKeBM / / /
Tajuk : Jika Maka
Membina ayat secara spontan dengan awalan ayat JIKA
dan MAKA dalam dua kumpulan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. membina ayat mudah menggunakan awalan
perkataan Jika dan awalan perkataan Maka
secara spontan.
2. Membaca ayat yang dibina secara bersahut dengan
menggunakan perkataan Jika dan Maka.
14. PIKeBM / / /
Tajuk: Jualan Langsung
Melakonkan aksi jurujual berdasarkan bahan yang
diberikan guru.
Objektif:
Murid akan dapat
1. bercerita berdasarkan bahan yang diberi.
2. bercerita dengan sebutan dan perkataan yang betul
dan tepat.
15. PIKeBM / / /
Tajuk: Kukunci
Memulakan cerita sehingga guru mengunci perkataan
terakhir. Kumpulan seterusnya akan menyambung
perkataan awalan yang dikunci.
Objektif:
Murid akan dapat
1. membina cerita spontan berdasarkan tema
yang diberikan.
2. mendengar, memahami dan meniru semula mimik
muka dan gaya badan serta perkataan terakhir
yang
didengar.

4
5
Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan
Badan Persatuan Permainan
Beruniform
16. PIKeBM / / /
Tajuk : Langkah Demi Langkah Sayang
Menyatakan arahan mengikut urutan yang telah
disampaikan oleh ahli kumpulan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. bertutur dan menyampaikan arahan
mengikut urutan yang betul.
2. mengulang arahan yang telah didengar mengikut
urutan.
17. PIKeBM / / /
Madah Berirama
Melafazkan sajak,pantun atau syair secara kumpulan
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyebut dan melafazkan puisi seperti pantun,
sajak dan syair dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
2. memahami maksud puisi.
18. PIKeBM / / /
Pentas Aksi
Melakonkan aksi dan memberi pandangan serta ulasan
tentang aksi yang dilakukan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. melakonkan watak secara spontan dan
bertatasusila mengikut konteks.
2. memberi komen dan mempertahankan idea
yang diberikan.

19. PIKeBM / / /
Tajuk :Profesor Serba Tahu
Menyoal secara spontan menggunakan tajuk yang
diberikan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyoal secara spontan menggunakan ayat
tanya yang betul berdasarkan tajuk yang
diberikan.
2. memberi respons secara spontan menggunakan
bahasa yang betul dan tepat.
20. PIKeBM / / /
Tajuk : Pintar Bahasa
Menyampaikan laras bahasa yang sesuai mengikut
tajuk : contohnya Matematik : tolak,tambah
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyampaikan arahan menggunakan laras
bahasa yang sesuai.
2. berinteraksi secara dua hala dengan jelas.

6
7
Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan
Badan Persatuan Permainan
Beruniform
21. PIKeBM / / /
Tajuk:Sahutlah Panggilanku
Menyambung frasa yang dilagukan dalam kumpulan
dalam bentuk soalan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyambung frasa berdasarkan soalan
yang diberikan.
2. menyanyikan lagu yang dicipta sendiri
menggunakan irama lagu “Gorang Pisang”.

22. PIKeBM / / /
Tajuk :Sorak Berentap
Mencipta sorakan kumpulan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyanyikan lagu mengikut melodi yang betul.
2. mencipta lirik lagu yang bermakna.

23. PIKeBM / / /
Tajuk :Suluh Pedoman
Melakukan arahan yang diberikan dalam keadaan mata
tertutup
Objektif:
Murid akan dapat
1. memberi arahan menggunakan bahasa yang
betul dan tepat.
2. mendengar dan memahami arahan.
3. memberi respons berdasarkan arahan
yang didengar.

24. PIKeBM / / /
Tajuk :Tak Kenal Maka Tak Cinta
Memperkenalkan kumpulan dalam gaya kreatif
Objektif:
Murid akan dapat
1. memperkenalkan diri menggunakan bahasa
yang santun dan ayat yang mudah.
2. memperkenalkan diri dengan cara yang kreatif.
3. menyatakan semula apa yang didengar.

25. PIKeBM / / /
Tajuk :Teka Kata Pilihan
Membina perkataan berdasarkan huruf-huruf
yang diberikan
Objektif:
Murid akan dapat
1. memperkasakan penguasaan kosa kata
dalam pelbagai disiplin ilmu.
2. membina ayat mudah dari perkataan yang diberi.

8
9
Bil Tajuk Pasukan Kelab dan Sukan dan
Badan Persatuan Permainan
Beruniform
26. PIKeBM / / /
Tajuk :Telefon Cikgu
Menyebut bunyi yang didengari
Objektif:
Murid akan dapat
1. mendengar dengan teliti.
2. menyebut bunyi yang didengar melalui telefon.
3. membina ayat mudah berdasarkan bunyi
yang didengar.

27. PIKeBM / / /
Tajuk:Tiga Perkataan Sahaja
Membina ayat (soalan atau jawapan) dengan 3
perkataan.
Objektif:
Murid akan dapat
1. menyampaikan ayat mudah secara spontan.
2. membina soalan berdasarkan situasi.
3. menjawab soalan menggunakan tiga
perkataan sahaja.

28. PIKeBM / / /
Tajuk:Trampil dan Teladan
Berkongsi pengalaman dengan rakan yang telah
menyertai pertandingan di sekolah
Objektif:
Murid akan dapat
1. memberikan respons terhadap sesuatu perkara.
2. berinteraksi secara spontan.

29. PIKeBM / / /
Tajuk : Usahawan Muda
Membuat simulasi sebagai penjual bagi mempromosikan
barang
Objektif:
Murid akan dapat
1. mengukuhkan perbendaharaan kata.
2. membina ayat mudah.

1
0

You might also like