You are on page 1of 48

MODUL LATIHAN

SUKAN PÉTANQUE

Unit Kokurikulum, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian


MAKLUMAT MODUL

MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK


MEMBANTU
GURU-GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PÉTANQUE DI MITS.

USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN SECARA


BERKALA DAN BERTERUSAN.

MODUL INI BOLEH DIGUNAPAKAI SEBAGAI PANDUAN DAN


RUJUKAN GURU DALAM USAHA MEMBANGUNKAN SUKAN
PÉTANQUE DI SEKOLAH.

Modul ini disediakan pada: 28 Oktober 2023


Modul ini selesai disiapkan pada: 13 Disember 2023

Modul ini disediakan oleh:

Pn. Hamizatul Hamiza binti Zainon,


Guru Penasihat Kelab Sukan Pétanque, MITS Alam Impian.

Modul ini disediakan untuk:

Unit Kokurikulum,
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian,
Jalan Tun Teja 35/1, Seksyen 35, Alam Impian,
40476 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 03 – 5166 7001
Email: mitsklang@gmail.com
Website: https://www.mitsklang.edu.my

1
ISI KANDUNGAN

MAKLUMAT MODUL 1
ISI KANDUNGAN 2
BAB 1 PENGENALAN
1. Sejarah Sukan Pétanque 4
2. Peraturan dan Undang-Undang Sukan Pétanque 7
3. Rasional Sukan Pétanque 17

BAB 2 PENGURUSAN SUKAN


1. Penubuhan Sukan Pétanque 19
2. Organisasi Sukan Pétanque 20
3. Bidang Tugas Jawatankuasa Sukan Pétanque 21
4. Pengurusan Mesyuarat Agung 23

BAB 3 PELAKSANAAN SUKAN PÉTANQUE DI SEKOLAH


1. Panduan Gelanggang Pétanque 25
2. Peralatan dan Pakaian Sukan Pétanque 27
3. Pengurusan Pelaksanaan Sukan Pétanque di Sekolah 28
4. Format Pertandingan Pétanque 29

BAB 4 MODUL AKTIVITI PERJUMPAAN MINGGUAN


1. Modul 1 – Mesyuarat Agung 31
2. Modul 2 – Pengenalan Sukan Pétanque 32
3. Modul 3 – Posisi Pemain dan Gelanggang 33
4. Modul 4 – Teknik Asas Sukan Pétanque 34
5. Modul 5 – Latihan Kemahiran 1: Peraturan Bulatan (ring) 35
6. Modul 6 – Latihan Kemahiran 2: Teknik Melontar Jack 36
7. Modul 7 – Latihan Kemahiran 3: Teknik Pointing 37
8. Modul 8 – Latihan Kemahiran 4: Teknik Shooting 38
9. Modul 9 – Aspek Keselamatan Sukan Pétanque 39
10. Modul 10 – Latihan Kemahiran 5: Teknik Mengukur Jarak 40
11. Modul 11 – Latihan Kemahiran 6: Balingan High Lob 41
12. Modul 12 – Latihan Kemahiran 7: Balingan Paras Pinggang 42
13. Modul 13 – Latihan Kemahiran 8: Balingan Leret 43
14. Modul 14 – Sesi Kuiz Sukan Pétanque 44
15. Modul 15 – Perlawanan Persahabatan 45
RUJUKAN 47

2
BAB 1
PENGENALAN

3
1. Sejarah Sukan Pétanque
Sejarah Awal Sukan Pétanque
Pétanque adalah sejenis sukan yang menggunakan boule atau bola yang diperbuat daripada
logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Tiada bukti Sejarah yang tepat
berkenaan permulaan sukan ini namun kewujudannya dikenal-pasti berlaku pada tempoh masa
berikut:

• 9000 Masihi
Sukan ini dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi apabila satu set
bola batu dan jek ditemui di Turki.

• 7000 sebelum Masihi


Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang Mesir, dipercayai berusia sekitar tahun
7000 sebelum masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom
dan Greek.

• Zaman Rom
Dipercayai bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa
permainan pétanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.

• Kurun Ke-17 (Era Renaissance)


Pada zaman pertengahan, permainan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari
dimainkan. Pada kurun ke-17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini
kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan
tersebut kepada 14 mata.

• Kurun Ke-18 (Era Napoleonic)


Sewaktu perang, tentera Napoleon Bonaparte menggunakan peluru 4angka sebagai bola
permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan
bola tersebut sebelum beliau 4angkah-siaga menewaskan bala tentera Sepanyol.

• Kurun Ke-19 (Eropah Moden)


Sejarah moden permainan pétanque bermula di Clotat, Perancis pada tahun 1910 apabila
sesorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan
ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali
pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua tanah jajahan
Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.

• Tahun 1958 – 1959


International Pétanque federation atau Fédération Internationale de Pétanque et Jeu
Provençal telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille. Persatuan ini mempunyai
keahlian seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Pétanque Dunia yang
pertama telah dianjurkan pada tahun 1959. Pada akhir dekad ini, ia juga dimainkan di

4
negara Eropah Timur dan Asia seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, Jepun,
Singapura dan tidak ketinggalan, Malaysia.

Sukan Pétanque di Malaysia

• Tahun 1989
Permainan pétanque dipercayai dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia
oleh Professor Diraja Ungku Aziz, Yang Dipertua ANGKASA pada pertengahan
tahun 1989.

• Tahun 1990
Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan pétanque telah dirasmikan
sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh
Menteri Belia dan Sukan pada masa itu iaitu YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada
tanggal 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya.

• Tahun 1993 – 1994


Pada tahun 1993, permainan pétanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan
Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini telah
diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan
Sukan.

• Tahun 1998
Sejak dibawa masuk ke negara ini, ANGKASA telah memainkan peranan
memperkenalkannya. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ANGKASA
ialah:
a) Mengadakan demontrasi permainan di seluruh negara dari semasa ke semasa
atas permohonan persatuan-persatuan sukan , kelab atau rekreasi.

b) Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan pétanque.


Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos jurulatih, kos alat tulis
dan peruntukan makan sebanyak RM10.00 setiap peserta yang menyertainya.
Kursus permainan pétanque ini telah dijadikan salah satu modul pendidikan
ANGKASA secara rasmi sejak 1998.

c) Menganjurkan kejohanan pétanque antara koperasi peringkat negeri dan


peringkat kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap
tahun. Pertandingan ini telah dimulakan sejak tahun 1990.

d) Mengambil bahagian dalam pertandingan pétanque jemputan antarabangsa


khasnya jemputan Singapura setiap tahun.

5
Sukan Pétanque di Selangor

• Tahun 2010
Pada 31 Mac 2020, Persatuan Pétanque Negeri Selangor dengan nombor
pendaftaran 3637/2010, di bawah seksyen 17, Akta Pembangunan Sukan 1997
adalah sebuah persatuan pétanque yang secara rasmi ditubuhkan di negeri ini
dan rasmi dijadikan salah-satu sukan yang dimainkan dan dipertandingkan dalam
kejohanan sukan-sukan peringkat negeri dan kebangsaan.

• Tahun 2018
Jawatankuasa Induk Persatuan Pétanque Negeri Selangor ditubuhkan dengan
diketuai oleh presidennya, Tuan Haji Hairulnizam bin Shaari A.M.S. yang juga
adalah setiausaha Majlis Perbandaran Ampang Jaya, seterusnya dibantu oleh
Naib Presiden 1, Haji Abdul Halim bin Ishak, Ketua Pejabat LUAS Hulu Selangor
dan Naib Presiden 2, En. Basri bin Mesran, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
dan juga jurulatih SUKMA 2016.

• Tahun 2019
Sukan Pétanque diperkenalkan ke sekolah-sekolah agama tadbiran Jabatan
Agama Islam Selangor dengan pengarahnya ketika itu, Dato’ Haji Haris bin
Kasim. MITS Alam Impian terpilih untuk menjadi MITS perintis sukan ini apabila
JAIS menyumbang sebuah gelanggang pétanque di padangnya. Bermula tahun
2019, MITSAI telah dua kali menyertai kejohanan peringkat negeri Selangor yang
bertempat di SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam dengan
memenangi Best 12 dari 86 pasukan pada tahun 2022 dan Best 64 dari 104
pasukan pada tahun 2023.

6
2. Peraturan dan Undang-Undang Pétanque
Peraturan dan undang-undang penting dalam sesuatu sukan yang dijalankan. Tanpa peraturan
dan undang-undang, pelbagai masalah boleh berlaku yang akhirnya akan menjejaskan
keseluruhan proses bersukan itu sendiri. Sukan pétanque juga telah menetapkan beberapa
peraturan dan undang-undang untuk dipatuhi dan dirujuk oleh setiap pemain supaya masalah
yang tidak diingini tidak berlaku.
2.1. PERATURAN UTAMA

Perkara Huraian
1. Pemain:
• Triples – 3 pemain VS 3 pemain • Setiap pemain menggunakan 2 boules.
• Doubles – 2 pemain VS 2 pemain • Setiap pemain menggunakan 3 boules.
• Single – 1 pemain VS 1 pemain • Setiap pemain menggunakan 3 boules.

2. Boules • Mesti diperbuat daripada logam.


• Garis pusat boule mestilah antara 7.05cm
(minimum) hingga 8.0cm (maksimum).
• Berat bola mestilah antara 650gram (minimum)
hingga 800gram (maksimum).

3. Jack • Sejenis bola yang diperbuat daripada kayu


atau bahan sintetik.
• Mempunyai tanda pengeluar dan diperakui
oleh FIPJP bahawa bahan itu boleh dan
selamat digunakan.
• Sesuai dan memenuhi segala spesifikasi.
• Garis pusat mestilah antara 25mm (minimum)
hingga 35mm (maksimum).

4. Jarak jack • 4 hingga 8 – untuk kanak-kanak 12 tahun ke


bawah.
• 5 hingga 9 meter – untuk remaja 13 -15 tahun.
• 6 hingga 10 meter – untuk remaja 16 -18 tahun
• 6 hingga 10 meter – untuk remaja 19 tahun.

5. Memulakan permainan • Permainan boleh dimulakan dengan


melambung syiling untuk menentukan pemain
atau pasukan yang akan memulakan lontaran
jack.
• Pemain akan melontar jack jarak antara 6–
10meter daripada bulatan. Semasa melontar
jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada
di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua
kaki sehingga boules pemain menyentuh
gelanggang.

7
2.2. UNDANG-UNDANG PÉTANQUE

Dalam sukan Pétanque, undang-undang sukan ini terdiri daripada 5 undang-undang


rasmi utama yang dibina oleh Persekutuan Antarabangsa Permainan Pétanque atau
FIPJP (Fédération Internationale de. Pétanque et Jeu Provençal). Ia mempunyai sub-sub
undang-undang tersendiri iaitu:

Undang-Undang 1 : Peraturan Am
Undang-Undang 2 : Tatacara Permainan
Undang-Undang 3 : Pergerakan Bola
Undang-Undang 4 : Penetapan Mata dan Pengukuran Jarak
Undang-Undang 5 : Disiplin
Dalam modul latihan ini, undang-undang yang ditulis adalah ringkasan dari undang-
undang FIPJP dan untuk rujukan lanjut, pembaca boleh merujuk terus ke sumber bacaan
berkenaan undang-undang ini di media massa.
Undang-Undang 1: Peraturan Am

a) Komposisi Pasukan
• Triples – 3 pemain VS 3 pemain = Setiap pemain menggunakan 2 boules.
• Doubles – 2 pemain VS 2 pemain = Setiap pemain menggunakan 3 boules.
• Single – 1 pemain VS 1 pemain = Setiap pemain menggunakan 3 boules

b) Isu Boules
• Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke
atasnya selepas pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi
kelulusan. Walau bagaimanapun nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’
boleh diukir (engrave) di atasnya. Jika didapati bersalah, pemain akan
dibatalkan daripada menyertai pertandingan dengan serta-merta, bersekali
dengan rakan atau rakan-rakan pasukannya.

Terlebih engrave Ubahsuai isi boules

• Jika didapati bola telah diubahsuai atau ditempa semula, permit / lesen
pemain boleh digantung sehingga satu tempoh yang telah ditetapkan dalam
Kod Disiplin, bersekali dengan denda yang akan dikenakan oleh
Jawatankuasa Disiplin Persatuan Petanquenya.

8
• Bantahan berkaitan dengan perkara di atas boleh dibuat pada bila-bila masa
semasa perlawanan tetapi mesti melakukan antara ends. Jika bantahan
dibuat selepas end ketiga dan didapati tidak benar, 3 mata 9angkah
dikenakan kepada pihak pembantah yang akan diberi kepada pihak lawan.

c) Jack
• COCHONNETS adalah sejenis bola yang
diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik,
mempunyai tanda pengeluar dan diperakui oleh
F.I.P.J.P. bahawa bahan itu boleh dan selamat
digunakan serta sesuai dan memenuhi segala
spesifikasi.
• Garis pusatnya mestilah antara 25mm (minimum)
hingga 35mm (maksimum).
• Jek boleh diwarnakan 9angkah999-apa warna
Cochonnets / Jack yang memudahkannya dilihat.

d) Lesen
Sebelum bermula sesuatu kejohanan/pertandingan
rasmi, setiap pemain hendaklah menunjukkan lesen
mereka (sekiranya ada). Lesen adalah kad ahli
persatuan/Persekutuan pétanque seseorang
pemain. Bagi peserta sekolah, guru penyelaras
hendaklah mengisi borang penyertaan khas
disediakan oleh pihak penganjur.
Lesen Rasmi FIPJP

Undang-Undang 2 : Tatacara Permainan

i. Ukuran Gelanggang
Ukuran gelanggang untuk latihan, perlawanan biasa atau persahabatan antara
sekolah:
• Boleh dimainkan di atas sebarang lapangan.
• Penganjur boleh tetapkan di gelanggang tertentu (sewa di mana-mana)
• Saiz: 12m panjang x 3m lebar.
Ukuran gelanggang untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
• Saiz: 15m panjang x 4m lebar
• Boleh juga menggunakan saiz 17m panjang x 4m lebar.

9
Apabila satu gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain pada
hujungnya, garisan hujung gelanggang adalah Garisan Bola Mati.

Jika gelanggang dikelilingi oleh satu sempadan kekal, sempadan itu mestilah
mempunyai jarak minimum 30cm daripada garisan bola mati. Garisan bola mati
akan mengelilingi bahagian luar gelanggang tetap dalam jarak maksimum 4m atau
minimum 1m.

Kaedah ini juga digunapakai untuk kawasan di mana pertandingan peringkat akhir
diadakan.

ii. Undian
Undian mesti dilakukan bagi memulakan sesuatu perlawanan. Pasukan yang
menang undian mendapat keistimewaan berikut:
• Memilih gelanggang.
• Memilih dan memulakan balingan jack.
• Menentukan hujung gelanggang yang hendak dimulakan.
• Melukis atau meletak bulatan.
• Memulakan balingan boule yang pertama.

Sekiranya gelanggang telah ditetapkan oleh penganjur, pemain tidak boleh


berpindah ke gelanggang lain tanpa kebenaran pengadil. Penganjur boleh
menetapkan supaya pemenang undi juga berhak menentukan jack yang hendak
digunakan.

iii. Melukis Bulatan


Mana-mana ahli pasukan yang memenangi undian
akan memilih tapak mula dan melakar satu bulatan
membaling yang saiznya cukup untuk seorang
pemain berdiri dengan kedua-dua belah kaki di
dalamnya. Walau bagaimanapun diameter bulatan
tidak boleh kurang daripada 35 sentimeter dan tidak
lebih 50 sentimeter.

Apabila gelung disediakan (prefabricated circle), ia


hendaklah mempunyai diameter 50 sentimeter.
Prefabricated Cirlce

iv. Mengguna Bulatan


Kaki pemain mestilah sepenuhnya berada di
bahagian dalam bulatan dan mereka tidak boleh
meninggalkannya atau diangkat sepenuhnya dari
tanah sehingga boule yang dibaling mencecah
tanah.

Bagi pemain cacat di bahagian kaki, dibenarkan


meletakkan sebelah kakinya dalam bulatan.

Bagi yang berkerusi roda, roda sebelah tangan yang


digunakan untuk membaling boule hendaklah
diletakkan dalam bulatan.

10
e) Membaling Jack

Pasukan yang memenangi lambungan/undian akan mempunyai satu percubaan


untuk melontar jack. Jika jack ini tidak sah, ia diserahkan kepada pihak lawan,
yang mesti meletakkan, bukan melontar ia semula di atas tanah pada kedudukan
yang sah.

Jarak sah bagi balingan jack mestilah:


• 6 meter minimum dan 10 meter maksimum untuk remaja (15 – 17 tahun)
dan dewasa (18 tahun ke atas).
• Jarak yang lebih dekat boleh ditentukan oleh pihak penganjur untuk
pemain yang lebih muda (bawah 11 tahun).
• pada jarak minimum 50 cm (19.69 inci) dari sebarang halangan.
• Jack boleh dilihat oleh pemain yang berdiri tegak dalam bulatan.
• Jack dibaling dari gelanggang yang ditetapkan untuk permainan ketika itu.

Gambarajah di atas menunjukkan cara mengukur jarak balingan jack, ukuran


dibuat dari bahagian dalam garisan bulatan hingga ke hujung hadapan jack.

Jack dikira mati bagi 6 kes berikut:


• Jack teralih ke kawasan larangan atau melepasi garisan.
• Jack tidak dapat dilihat oleh pemain dalam bulatan.
• Jack teralih sejauh 15 – 20 meter (dewasa/remaja/muda).
• Jack terlepas ke gelanggang sebelah.
• Jack yang teralih tidak dijumpai setelah 5 minit pencarian.
• Jack terapung dalam lopak air.

11
f) Membaling Boule

Apabila jack berada dalam kedudukan yang sah, ahli pasukan yang memenangi
undian akan membaling boule pertama sedekat mungkin dengan jack. Tiada
peraturan mengenai teknik lontaran (atau guling).

Jika boule pertama keluar dari sempadan, pasukan lain mendapat peluang untuk
membaling boule pertama dan sebaliknya, sehingga pasukan 12angkah
mendapatkan boule di kawasan yang ditetapkan. Boule ini kini merupakan satu-
satunya boule di medan, dan yang paling hampir dengan jack.

Mulai saat ini, boule yang paling dekat dengan jack dikatakan memegang mata.
Pasukan yang tidak memegang mata membaling boule mereka sehingga mereka
meletakkan boule lebih dekat dengan jack, dengan itu mencetuskan pasukan lain
untuk membaling boule mereka sehingga mereka kembali memegang mata, dan
seterusnya.

Apabila salah satu pasukan telah membaling kesemua boule, pasukan yang satu
lagi menamatkan pusingan dengan membaling boule yang tinggal. Pasukan yang
boule terbaiknya paling hampir dengan jack pada penghujung pusingan,
memenangi pusingan itu.

Gambarajah di bawah adalah satu contoh yang menunjukkan pasukan boule Biru
memenangi perlawanan dengan 3 boule nya berada paling dekat dengan jack
berbanding pasukan boule Merah:

12
Undang-Undang 3 : Pergerakan Boule

Sebelum membaling boule, pemain hendaklah membersihkan sebarang kotoran


yang melekat pada boulenya. Hanya satu boule boleh dibaling dalam satu masa dan
mana-mana boule yang telah dibaling tidak boleh dimainkan semula. Berikut adalah
teknik pergerakan boule yang boleh dipraktikkan dan dikuasai oleh pemain pétanque:

a) Teknik Boule Devant


Sentiasa cuba baling boule pertama anda di hadapan
bicu. Kira-kira 30-50 cm adalah jarak yang baik, tetapi
walaupun satu meter di hadapan adalah lebih baik
daripada 10cm di belakang.

Kelebihan teknik Boule Devant:


• lawan anda tidak boleh melancarkan boule
mereka terus ke jacktetapi mesti menghala ke
tepi boule anda.
• Jika matlamat mereka sedikit tersasar (atau teknik Boule Devant
mereka mendapat pesongan dari rupa bumi
yang tidak rata) dan mereka terkena boule
anda, kemungkinan besar mereka akan
menolak boule anda lebih dekat dengan jack.

b) Teknik Backstops
Boule pihak lawan yang berada di belakang jack itulah
yang dipanggil “backstop”.

Adalah lebih mudah untuk menghentikan boule


dengan adanya “backstop”. Cuma baling sedikit lebih
kuat daripada yang anda fikirkan dan biarkan
“backstop” melakukan tugasnya. Boule yang
bersandar pada “backstop” juga lebih sukar untuk
dipangkah keluar. Jika ia dipangkah, ia akan diketuk
ke belakang; ia akan mencecah boule backstop; teknik Backstops
semua momentum akan dipindahkan ke boule
backstop (yang akan terbang!) dan boule yang
dipukul akan kekal hampir di tempat asalnya.

c) Teknik Promosi Boule


Seperti yang dinyatakan di atas, boule di hadapan
jack boleh didekatkan dengan membaling boule anda
ke dalamnya dan menolaknya ke hadapan. Selalunya
terdapat faedah tambahan kerana bola kedua kekal
dekat dengan titik hentaman, membentuk blocker
(penghalang).

teknik Promosi Boule

13
Undang-Undang 4 : Penetapan Mata dan Pengukuran Jarak

a) Penetapan Mata
Permainan pétanque ditamatkan dan dimenangi oleh pasukan pertama yang
mengumpul sekurang-kurangnya 13 mata dalam beberapa siri pusingan.

Contoh score sheet (borang mata) permainan pétanque:

b) Pengiraan Mata
Pasukan yang memenangi pusingan mendapat satu mata untuk setiap bola
mereka yang diletakkan lebih dekat dengan jack daripada bola terdekat pasukan
yang kalah. Jarak antara bola dan jack mesti diukur dengan alat pengukur yang
sesuai.

Pengukuran mata adalah tanggungjawab pasukan yang membaling bola


terakhir pusingan. Pasukan lain mempunyai hak untuk menyemak semula
ukuran ini.

Berikut adalah grafik berkenaan teknik pengiraan mata:

Pusingan 1: Pasukan B memenangi pusingan ini, kerana boule yang paling


hampir dengan jack adalah milik mereka. Mereka hanya mendapat satu mata,
kerana boule kedua terdekat adalah milik pasukan lawan. (yang tidak mendapat
sebarang markah untuk pusingan ini).

14
Pusingan 2: Kali ini, pasukan A memenangi pusingan, kerana boule yang paling
hampir dengan jack adalah milik mereka. Boule kedua terdekat juga milik
mereka, tetapi bukan yang ketiga terdekat. Oleh itu, Pasukan A mendapat 2 mata
untuk pusingan ini (Pasukan B tidak mendapat apa-apa.)

c) Pengukuran Jarak Boule ke Jack

i. Pemeriksaan Visual (eyeballing)


Cara untuk mengetahui yang mana antara dua
boule lebih dekat dengan jack terletak di
tempat anda berdiri. Jangan berdiri terus di
atas boule. Berdiri belakang dari boule satu
meter atau lebih, supaya anda berada pada
jarak yang sama dari setiap boule. Lihat ke
arah boules pada jack. Bayangkan garisan
antara boule, dan bayangkan garisan kedua
memanjang keluar dari tengah garisan itu.
Anda mungkin akan dapat melihat bahawa
jack jatuh pada satu sisi baris kedua itu; iaitu,
anda mungkin akan dapat melihat bahawa
jack lebih dekat dengan salah satu boule
daripada yang lain.

ii. Perbandingan
Pita pengukur adalah yang paling popular.
Cara yang betul untuk menggunakan pita
adalah dengan mengukur merentasi bahagian
atas jack ke boule. Pastikan hujung pita
diletakkan di tengah-tengah boule; jika ia
terlalu tinggi atau terlalu rendah, ukurannya
tidak akan tepat. Simpan pita di atas jack,
tanpa menyentuhnya. Lihat terus ke bawah
pada jack, dan ukur ke tepi (bukan bahagian
atas) jack.

15
Undang-Undang 5 : Disiplin

a) Bantahan
Segala bentuk bantahan hendaklah dibuat kepada pengadil semasa perlawanan
masih berjalan. Sejurus selepas perlawanan tamat, sebarang bantahan tidak
diterima.

b) Penalti kepada pasukan atau pemain yang tidak hadir


• Pasukan yang tidak hadir selepas 1 jam akan digugurkan.
• Selepas 15 minit pengumuman perlawanan bermula, pasukan tidak hadir
akan didenda 1 mata diberi kepada pihak lawan.

c) Pemain datang lewat


• Pemain yang lewat tidak dibenarkan bermain selepas perlawanan
bermula.
• Jika salah-seorang pemain dalam pasukan memenangi perlawanan,
pemain yang lewat masih boleh bermain dengan syarat Namanya
didaftarkan awal.

d) Denda
Mereka yang melanggar undang-undang boleh dikenakan denda seperti berikut:
• Amaran.
• Dibatalkan sebiji boule yang dimain atau akan dimainkan.
• Dibatalkan sebiji boule yang dimain, akan dimainkan atau semua.
• Dikeluarkan pemain yang didenda.
• Pembatalan penyertaan pasukan yang salah.
• Pembatalan penyertaan kedua-dua pasukan terus.

e) Cuaca buruk
Jika hujan, mana-mana end yang telah dimulakan hendaklah diteruskan
melainkan ada arahan berhenti/batal terus perlawanan dari pengadil.

f) Fasa baru permainan


Jika pengumuman fasa baru permainan telah dibuat, sedangkan terdapat
perlawanan yang belum tamat, pengadil boleh tentukan tindakan seterusnya untuk
memastikan kejohanan berjalan lancar (sama ada henti atau teruskan lawan).

g) Kurang semangan kesukanan


Pemain yang tidak menunjukkan semangat kesukanan, bertengkar, tidak
menghormati orang ramai, penganjur atau pengadil, akan dikeluarkan dari
kejohanan.

h) Berkelakuan buruk
Pemain yang berkelakuan buruk seperti berkata kasar atau berkelakuan ganas
terhadap penonton, pemain lain, pengadil atau penganjur akan dikenakan penalti.

16
i) Tugas pengadil
Pengadil bertanggungjawab mengawal perjalanan kejohanan, melaksana tugas
dengan tegas, berkuasa membatalkan pemain/pasukan, keluarkan laporan salah-
laku kepada pegawai Persekutuan untuk tindakan seterusnya.

j) Komposisi dan Tugas Juri


• Sebarang kes yang tiada dalam undang-undang akan dirujuk kepada juri.
• Juri tidak kurang dari 3 orang dan maksimum adalah 5 orang.
• Keputusan juri adalah muktamad.
• Jika terdapat pecah undi, pengerusi juri akan buat undi.

3. Rasional Sukan Pétanque


Merujuk kepada dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Dasar
1Murid 1Sukan yang menitikberatkan penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan, maka sukan
pétanque terpilih sebagai salah-satu sukan yang diterapkan dalam kokurikulum JAIS, berasaskan
rasional berikut:

• Mendedahkan sukan pétanque kepada murid-murid yang berminat.


• Mencungkil bakat murid-murid yang berpotensi dalam sukan pétanque.
• Mendedahkan murid dengan peraturan pertandingan pétanque.
• Memberi pengalaman baru kepada murid yang masuk pertandingan.
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana
juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum
supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

17
BAB 2
PENGURUSAN SUKAN

18
1. Penubuhan Sukan Pétanque
Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenal pasti
beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut adalah
seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah
mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran
ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan
Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman
yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku
sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu
sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah.

ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah


Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di
sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam
susun-atur program sukan khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah
tersebut. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak mengatur program-program
sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup
pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah.

iii. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah


Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai
aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah.
Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan
diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan
bilangan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu.
Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka
hayat alatan tersebut.

iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah


Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya
sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran Masyarakat dalam
komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada
bagi memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh.

v. Bilangan guru dan bilangan murid


Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai seorang ahli
sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan
dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid
dalam satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Oleh itu,
guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu secara menyeluruh.

19
1. Organisasi Sukan Pétanque
Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya berjalan lancar.
Begitu juga dalam sukan pétanque. Langkah ini merupakan latihan awal murid dalam mengurus
sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai organisasi sukan di luar.

Contoh Carta Organisasi Kelab Sukan Sekolah

20
2. Bidang Tugas Jawatankuasa Sukan Pétanque

Dalam mengendalikan kelab sukan, setelah organisasi kelab diwujudkan, guru penasihat
bertanggungjawab melantik murid di bawah kelab kendaliannya. Berikut adalah pecahan bidang
tugas mengikut jawatan dalam sukan Pétanque:

• Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.
• Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala Keputusan
Pengerusi
diambil tindakan sewajarnya.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa.

• Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.
Naib
• Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi dan
Pengerusi
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

• Mengurus hal-hal surat menyurat.


• Mencatat dan menandatangani miniti mesyuarat/laporan kegiatan
• Mencatat kehadiran ahli
Setiausaha
• Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


Penolong tanggungjawabnya.
Setiausaha • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

• Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.


• Melakukan dan meyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya.
• Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
Bendahari • Melaporkan kedudukan kewangan kelab dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
• Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam mesyuarat agung dan
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

• Membantu bendahari dalam menjalankan segala tugas dan


Penolong tanggungjawabnya dan
Bendahari • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

21
• Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
Ahli
• Mempengerusikan biro sekiranya dilantik dan
Jawatankuasa
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa

• Memeriksa, menyemak dan mengesahkan laporan kewangan


Pemeriksa
tahunan dan
Kira-Kira
• Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.

Guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa


merancang dan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Guru penasihat juga perlulah memberi
maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab.

22
3. Pengurusan Mesyuarat Agung
“Sesuatu mesyuarat merupakan sekumpulan manusia berfikir bersama-sama secara bertujuan”
~Alan Barker~

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mesyuarat bermaksud rundingan untuk
membincangkan sesuatu atau untuk mencari sesuatu ketetapan. Mesyuarat Agung pula ialah
mesyuarat utama dalam sesuatu pertubuhan/persatuan/kelab/perkumpulan yang melibatkan
semua anggota yang berdaftar. Lazimnya, mesyuarat agung diadakan sekali setahun atau sekali
dalam dua tahun.
Tujuan diadakan mesyuarat agung bergantung kepada keperluannya:
- Membentangkan laporan tahunan
- Meluluskan penyata kira-kira
- Merancang aktiviti tahun berikutnya
- Memilih ahli jawatankuasa baru
- Meluluskan sesuatu usul
Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung adalah seperti berikut:
i. Perutusan pengerusi
ii. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
iii. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan
iv. Memilih dan melantik jawatankuasa baru
v. Menbincangkan usul dan Cadangan
vi. Ucapan penangguhan
vii. Hal-hal lain
Berikut adalah tatacara ringkas dalam menguruskan Mesyuarat Agung bagi sukan Pétanque:
Perkara Tugas
Mengedarkan surat jemputan mesyuarat agung sekurang-
Setiausaha
kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan dengan disertakan
/Penolong Setiausaha
minit mesyuarat yang lalu.
Mempengerusikan mesyuarat dan memberi ucapan alu-aluan atau Pengerusi
ucapan perasmian. /Naib Pengerusi
Membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu dan mecatat Setiausaha
nama pengesah dan pencadang. /Penolong Setiausaha
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat berlangsung.
/Penolong Setiausaha
Membahaskan usul dan Cadangan Semua AJK
Bendahari
Melaporkan penyata kewangan tahunan kelab.
/Penolong Bendahari
Pengerusi
Membuat ucapan penangguhan mesyuarat
/Naib Pengerusi

23
BAB 3
PELAKSANAAN SUKAN PÉTANQUE DI SEKOLAH

24
1. Panduan Gelanggang Pétanque
Gelanggang adalah tempat untuk beraksi dalam sesuatu pertandingan. Sukan pétanque boleh
dimainkan di hampir mana-mana kawasan lapang yang rata. Tanah mungkin tidak teratur dan
diganggu oleh pokok atau batu, dan permukaannya berkemungkinan tidak rata, dengan beberapa
kawasan keras dan licin dan kawasan lain kasar dan berbatu.
Namun, untuk memastikan sesebuah permainan atau pertandingan pétanque berjalan lancar,
gelanggang khas mengikut spesifikasi tersendiri haruslah diwujudkan.

1.1. Jenis Gelanggang

Gelanggang Terbuka
(Open terrain)
• Untuk perseorangan
• Untuk berkumpulan
• Untuk permainan santai
• Terbuka (taman awam)

Gelanggang Khas Bertanda


(Marked Terrain)
• Untuk pertandingan
• Saiz lebih besar
• Ada sempadan
• Tertutup (stadium)

Gelanggang Berbumbung
(Roofed Terrain)
• Untuk pertandingan
• Untuk permainan santai
• Khas untuk warga emas
• Khas untuk kanak-kanak

25
1.2. Panduan Pembinaan Gelanggang

Sekolah yang memilih untuk mewujudkan sukan pétanque perlu membina gelanggang
agar permainan, latihan dan pertandingan dapat dijalankan dengan jayanya. Persatuan
Pétanque Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan merujuk dan mengguna-
pakai peraturan pembinaan gelanggang Pétanque FIPJP, iaitu:

a) Kawasan yang tidak terlalu rata dan mempunyai ciri serapan air yang baik.
b) 400mm tanah dikeluarkan dan diisi dengan bahan hardcore serap air.
c) Kemaskan lapisan yang telah dikorek dan isi dengan quarry reject.
d) Lapisan teratas diisi dengan quarry dust/chipping stone setebal 6mm – 15mm.
e) Kelilingi gelanggang dengan sempadan kekal berukuran 100mm x 100mm.

1.3. Bahan-Bahan Pembinaan Gelanggang

a) Rock Dust/Crusher Dust


• 15% batu
• Diameter ½ inci
• Ketebalan 2 – 2 ¾ inci
• Dipadatkan 90%

b) Gravel/batu pecah
• Saiz 2 inci
• Diameter 6 inci
• Ketebalan 6 – 8 inci

c) Quarry Dust/Granite Chips


• Saiz 4.7mm – 5mm
• Paling halus
• Ketebalan 6 – 15mm

26
2. Peralatan dan Pakaian Sukan Pétanque
Kelengkapan peralatan ketika bermain pétanque menunjukkan sukan ini adalah sukan yang
berkualiti dan sukan pétanque adalah sukan mudah yang tiada kod pakaian yang khas
disediakan, namun perlulah mematuhi ciri-ciri pakaian ketika bersukan agar keselamatan
terjamin.
2.1. Peralatan Sukan Pétanque

Boules
Beg boules
Kain pengelap

Pengutip
boule
magnetik
Pita ukur

Jack
Ring

Score Marker

2.2. Pakaian Sukan Pétanque (sesuai untuk atlet Malaysia)

Tudung yang
t-shirt/jersey kemas
(jika bertudung)

t-shirt lengan
panjang untuk
Seluar sukan / muslimah
slack hitam

Kasut sukan

27
3. Pengurusan Pelaksanaan Sukan Pétanque di Sekolah

Pengurusan pelaksanaan sukan pétanque di sekolah adalah di bawah pentadbiran Unit


Kokurikulum dan dipantau oleh pentadbiran sekolah sepenuhnya. Ia memastikan agar program
dan aktiviti sukan yang dijalankan dapat dirancang sebaiknya mengikut takwim sekolah.
Berikut adalah aktiviti sukan yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun (Dasar 1M1S):

Rujukan: Buku Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (2011)

Proses pelaksaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu:


1 Perancangan Merangka, membina, menyusun aktiviti untuk sepanjang tahun.
2 Pelaksanaan Melaksanakan aktiviti berjadual berdasarkan kemampuan sekolah.
3 Pemantauan Memastikan keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan.
4 Penilaian Menilai penglibatan aktif dan kehadiran murid dalam aktiviti sukan.
5 Post Mortem Menyenaraikan penambahbaikan untuk impak yang lebih berkesan.
6 Pendokumentasian Membuktikan semua peringkat direkod dan dijalankan.

Rujukan: Buku Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (2011)

28
4. Format Pertandingan Pétanque

Sekolah boleh menggunakan format pertandingan yang berikut untuk mengendalikan


pertandingan peringkat dalaman:

a) Sistem Liga
Setiap pasukan bertemu dengan
pasukan lain.

b) Sistem Kalah Mati


Pasukan yang kalah akan terus
disingkirkan dari pertandingan.

c) Sistem Kalah Mati Dua Kali


Setiap pasukan boleh lawan dua
kali dan jika kalah kali kedua, terus
tersingkir.

d) Sistem SWISS
Sistem terbaik kerana setiap
pasukan akan terus bermain tidak
kira menang, seri atau kalah.

29
BAB 3
MODUL AKTIVITI PERJUMPAAN MINGGUAN

30
Modul 1 – Mesyuarat Agung
Perjumpaan : Kali Pertama (1)
Aktiviti : Mesyuarat Agung
Objektif : 1. Mendaftar keahlian.
2. Melantik jawatankuasa baru.
3. Mengenali guru penasihat dan AJK
4. Mengetahui peraturan sukan dan yuran dikenakan.
Bahan/Alatan : Minit mesyuarat agung tahun lepas.
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penyelaras sukan
Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Ucapan aluan guru penasihat.
Aktiviti 2. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lepas.
3. Membincangkan perkara berbangkit (jika ada).
4. Memilih dan melantik jawatankuasa baru.
5. Membincangkan cadangan aktiviti sepanjang tahun (jika tiada).
6. Menetapkan bayaran yuran (jika ada).
Catatan : Keputusan Mesyuarat Agung:

Ketua Kelab:
Penolong Ketua Kelab:
Setiausaha:
Penolong Setiausaha:
Bendahari:
Penolong Bendahari:
AJK T1:
AJK T2:
AJK T3:
AJK T4:
AJK T5:

*AJK hendaklah diwakili oleh seorang murid lelaki dan perempuan.

31
Modul 2 – Pengenalan Sukan Pétanque
Perjumpaan : Kali Kedua (2)
Aktiviti : Pengenalan Sukan Pétanque
Objektif : 1. Menyatakan secara ringkas sukan pétanque.
2. Memperkenalkan peralatan sukan pétanque.
3. Menerangkan peraturan dan undang-undang pétanque.
4. Menerangkan cara pétanque dimainkan (secara visual).
Bahan/Alatan : Tayangan slide powerpoint, tayangan video dari YouTube, boules dan jack.
https://youtu.be/VxXUEWgpIOs?si=opOZJK6b2ecEcv55
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang).
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menerangkan sukan pétanque melalui slide powerpoint.
Aktiviti 2. Murid menonton video dari YouTube berkenaan cara bermain pétanque.
3. Murid menerangkan input diperoleh dalam aktiviti tersebut.
4. Murid diperkenalkan dengan peralatan sukan pétanque.
5. Murid diajar cara memegang boule dan jack (secara visual).

Catatan : Cara memegang boule:

Cara membaling boule (secara visual):

32
Modul 3 – Posisi Pemain dan Gelanggang
Perjumpaan : Kali Ketiga (3)
Aktiviti : Posisi Pemain dan Gelanggang
Objektif : 1. Memahami dan mempraktikkan posisi pemain dalam sukan pétanque.
2. Melakar dan mendraf gelanggang pétanque secara kasar.
Bahan/Alatan : Gambar posisi pemain, gelanggang pétanque, pita pengukur.
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menerangkan keperluan gelanggang dan jenis gelanggang.
Aktiviti 2. Murid diberi lembaran kertas mengadungi gambar gelanggang dengan
ukuran sebenar.
3. Murid dibawa ke gelanggang dan guru meminta murid mengukur
gelanggang, adakah betul ukurannya?
4. Murid diberi lembaran kertas yang mengandungi posisi pemain dan
murid mendemonstrasi posisi pemain di atas gelanggang sebenar.
5. Guru menerangkan objektif aktiviti adalah mengenali posisi pemain dan
mengenali gelanggang sepenuhnya.
6. Murid diminta untuk memberi maklum balas berkenaan aktiviti yang
dijalankan.
Catatan : Lembaran Gelanggang: Lembaran Posisi Pemain:

33
Modul 4 – Teknik Asas Sukan Pétanque
Perjumpaan : Kali Keempat (4)
Aktiviti : Teknik Asas Sukan Pétanque (praktikal atas gelanggang).
Objektif : 1. Menerangkan bagaimana cara pétanque dimainkan (praktikal).
2. Menerangkan peraturan dan undang-undang (kira mata, jarak).
3. Berlatih teknik-teknik asas di gelanggang pétanque.
4. Mengenali semula peralatan sukan pétanque.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, ring, pita pengukur.

Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)


Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Murid mendengar penerangan teknik asas sukan pétanque oleh guru.
Aktiviti 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi set boule dan jack untuk latihan memegang.
4. Setiap murid diberi peluang untuk mempraktik teknik asas bermain.
5. Murid diajar cara mengukur jarak oleh guru.
6. Murid menerangkan semula aktiviti dijalankan dalam perjumpaan ini.
Catatan : Teknik asas memegang boule:
Langkah 1: Langkah 2:

Boule perlu diletak di tapak tangan Genggam boule dengan kelima-lima


atau di hujung jari. jari dengan rapat dan kemas.

Langkah 3: Langkah 4:

Guna kelima-lima jari dengan Pergelangan tangan dibengkokkan


sokongan ibu jari pada sisi tepi supaya boule dapat menampung
supaya boule lebih selesa dengan baik dan memudahkan
digenggam dan tidak terjatuh. proses ayunan.

34
Modul 5 – Latihan Kemahiran 1: Peraturan Bulatan (Ring)
Perjumpaan : Kali Kelima (5)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 1: Peraturan Bulatan (Ring) – praktikal atas gelanggang
Objektif : 1. Mempelajari cara melukis bulatan.
2. Mempelajari saiz bulatan yang dilukis.
3. Mempelajari undang-undang berkaitan bulatan.
4. Mempelajari cara menggunakan bulatan.
Bahan/Alatan : Gelanggang pétanque, gelung bulatan (jika ada).

Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)


Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menerangkan cara melukis bulatan di atas gelanggang.
Aktiviti 2. Guru menerangkan saiz bulatan yang perlu dilukis.
3. Murid mempraktik cara melukis bulatan dengan betul.
4. Guru menerangkan undang-undang berkaitan bulatan.
5. Murid memahami undang-undang berkaitan bulatan.
6. Murid mempraktik cara berdiri dan mengguna bulatan dengan betul.
Catatan : Cara melukis bulatan guna kaki: Saiz bulatan:

Cara berdiri di dalam bulatan:

35
Modul 6 – Latihan Kemahiran 2: Teknik Melontar Jack
Perjumpaan : Kali Keenam (6)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 2: Teknik Melontar Jack (praktikal di atas gelanggang)
Objektif : 1. Mempelajari cara membaling jack.
2. Mempelajari cara kira jarak balingan jack menggunakan langkah kaki.
3. Mempelajari cara menanda kedudukan jack.
4. Mempelajari undang-undang berkaitan jack.
Bahan/Alatan : Jack, gelung bulatan.

Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)


Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menunjukkan cara membaling jack.
Aktiviti 2. Guru menunjukkkan cara mengira jarak jack menggunakan 36angkah.
3. Murid mempraktik membaling jack.
4. Murid mempraktik cara mengira jarak menggunakan 36angkah kaki.
5. Murid memahami undang-undang berkaitan jack.
Catatan : Jarak lontaran jack:

Cara menanda jack:

36
Modul 7 – Latihan Kemahiran 3: Teknik Pointing
Perjumpaan : Kali Ketujuh (7)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 3: Teknik Pointing (praktikal di atas gelanggang)
Objektif : 1. Mempelajari cara melakukan pointing yang betul.
2. Mengetahui tujuan pointing adalah menggolek boule tepat ke jack.
3. Mempelajari dua kaedah pointing (berdiri dan bertinggung).
4. Mengetahui kelebihan dan kelemahan dalam teknik pointing.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, gelung, gelanggang.
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)

Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.


Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan cara posisi pointing.
Aktiviti 2. Murid mempraktik cara tersebut.
3. Murid berlatih bersama kawan-kawan cara pointing yang betul.
4. Murid mempraktik dua kaedah pointing dengan betul.
5. Murid mengulang semula latihan pointing kedua-dua kaedah.

Catatan : Kaedah pointing secara berdiri:

Kaedah pointing secara bertinggung:

37
Modul 8 – Latihan Kemahiran 4: Teknik Shooting
Perjumpaan : Kali Kelapan (8)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 4: Teknik Shooting (praktikal di atas gelanggang)
Objektif : 1. Mempelajari cara melakukan shooting yang betul.
2. Mengetahui tujuan shooting adalah memukul keluar boule pihak lawan.
3. Mempelajari tiga kaedah shooting: short, shoot on the iron, ground shoot
Bahan/Alatan : Boules dan jack, gelung, gelanggang.
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan cara posisi shooting.
Aktiviti 2. Murid mempraktik cara tersebut.
3. Murid berlatih bersama kawan-kawan cara pointing yang betul.
4. Murid mempraktik tiga kaedah shooting dengan betul.
5. Murid mengulang semula latihan shooting kedua-dua kaedah.
6. Murid berlawan sesama kawan untuk mendapatkan mata.
Catatan : Kaedah shoot short (pukulan pendek):

Kaedah shoot on the iron (pukulan pada boule):

Kaedah ground shoot (pukulan leret):

38
Modul 9 – Aspek Keselamatan Sukan Pétanque
Perjumpaan : Kali Kesembilan (9)
Aktiviti : Aspek Keselamatan Sukan Pétanque (secara visual dalam kelas)
Objektif : 1. Mengetahui aspek-aspek keselamatan dalam sukan pétanque.
2. Menyatakan secara lisan berkenaan aspek tersebut dalam
pembentangan.
Bahan/Alatan : Slide Powerpoint, audio, video dari YouTube, Laptop
https://youtu.be/dOnDloeQAdw?si=EHUWixkaXIKDc0QT
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru membentangkan aspek keselamatan dalam sukan pétanque.
Aktiviti 2. Murid memberi pendapat berkaitan aspek keselamatan tersebut.
3. Murid menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi
perhatian dalam sukan pétanque.
4. Murid menonton video tentang aspek keselamatan dalam bersukan.

Catatan : Aspek Keselamatan dalam Sukan Pétanque:

Rujukan: https://people.bath.ac.uk/mbr20/boules/safety.pdf

39
Modul 10 – Latihan Kemahiran 5: Teknik Mengukur Jarak
Perjumpaan : Kali Kesepuluh (10)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 5: Teknik Mengukur Jarak (praktikal atas gelanggang)
Objektif : 1. Mengetahui teknik mengukur jarak boule ke jack dengan betul.
2. Mengetahui 2 jenis jarak yang memerlukan teknik mengukur yang betul.
3. Mengetahui 2 jenis teknik mengukur.
4. Mengenali alat-alat pengukur khas dalam sukan petanque.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, pita pengukur, alat pengukur.

Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)


Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan teknik mengukur jarak boule ke jack.
Aktiviti 2. Murid mempraktik teknik tersebut.
3. Guru mengenalkan beberapa alat pengukur dalam sukan pétanque.
4. Murid memegang dan mengenal-pasti kegunaan alat-alat tersebut.
5. Murid mempraktik penggunaan alat-alat tersebut di atas gelanggang.

Catatan : Alat Pengukur:


Pita Pengukur Calipher (Pen-Y) Pembaris Boleh Laras

Teknik Mengukur:
Guna Pita Pengukur: Guna Calipher: Guna Pembaris:

40
Modul 11 – Latihan Kemahiran 6: Balingan High Lob
Perjumpaan : Kali Kesebelas (11)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 6: Balingan High Lob (praktikal atas gelanggang)
Objektif : 1. Mengetahui cara balingan Lob (tinggi).
2. Mempraktikkan teknik balingan Lob untuk mendapat mata.
3. Mengetahui kelebihan dan kekurangan teknik ini.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, pita pengukur, alat pengukur.
https://youtu.be/pnIzvKWCe_w?si=FHVLnU17Ot0ioapF
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan teknik balingan Lob.
Aktiviti 2. Murid mempraktik teknik tersebut di atas gelanggang.
3. Guru membahagi kumpulan dan murid menunjukkan cara.
4. Murid sesama kawan menghakimi cara balingan masing-masing.
5. Murid memberi maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan.

Catatan : Posisi kaki ketika membuat balingan tinggi (high lob):

Kaki dijarakkan dengan luas apabila membuat high lob untuk mendapatkan
lebih keseimbangan badan.

Teknik balingan tinggi (high Lob):

41
Modul 12 – Latihan Kemahiran 7: Balingan Paras Pinggang
Perjumpaan : Kali Kedua Belas (12)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 7: Balingan Paras Pinggang (praktikal atas gelanggang)
Objektif : 1. Mengetahui cara balingan paras pinggang
2. Mempraktikkan teknik balingan paras pinggang untuk mendapat mata.
3. Mengetahui kelebihan dan kekurangan teknik ini.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, pita pengukur, alat pengukur.
https://youtu.be/bFky5TCM6Kg?si=Kk3sYuV2UBFN7_8U
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan teknik balingan paras pinggang.
Aktiviti 2. Murid mempraktik teknik tersebut di atas gelanggang.
3. Guru membahagi kumpulan dan murid menunjukkan cara.
4. Murid sesama kawan menghakimi cara balingan masing-masing.
5. Murid memberi maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan.

Catatan : Teknik paras pinggang (half-lob):

42
Modul 13 – Latihan Kemahiran 8: Balingan Leret
Perjumpaan : Kali Ketiga Belas (13)
Aktiviti : Latihan Kemahiran 8: Balingan Leret (praktikal atas gelanggang)
Objektif : 1. Mengetahui cara balingan leret.
2. Mempraktikkan teknik balingan paras pinggang untuk mendapat mata.
3. Mengetahui kelebihan dan kekurangan teknik ini.
Bahan/Alatan : Boules dan jack, pita pengukur, alat pengukur.
https://youtu.be/eAcOcnaQUhY?si=dddm8m8hpPEJezsk
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru mendemonstrasikan teknik balingan leret.
Aktiviti 2. Murid mempraktik teknik tersebut di atas gelanggang.
3. Guru membahagi kumpulan dan murid menunjukkan cara.
4. Murid sesama kawan menghakimi cara balingan masing-masing.
5. Dua murid terbaik akan dijadikan mentor untuk latihan akan datang.
6. Murid memberi maklum balas berkaitan aktiviti yang dijalankan.
Catatan : Perbezaan tiga jenis balingan (High Lob, Half Lob, Rolling):

43
Modul 14 – Sesi Kuiz Sukan Pétanque
Perjumpaan : Kali Keempat Belas (14)
Aktiviti : Sesi Kuiz Sukan Pétanque (secara online menggunakan Quizziz dan
Wordwall)
Objektif : 1. Menguji minda dan pengetahuan murid-murid berkenaan pétanque.
2. Mengulangkaji teknik-teknik dipelajari.
3. Memantapkan Kemahiran secara teori.
Bahan/Alatan : 3 set soalan Quizziz:

Asas Permainan Pétanque:


https://quizizz.com/admin/quiz/5e6af4d890ad15001bab4ce4/asas-
permainan-petanque

Kuiz Sejarah Pétanque:


https://quizizz.com/admin/quiz/610162884fe151001b5f7086/kuiz-sejarah-
pentaque

Kuiz Permainan Pétanque (Wordwall):


https://wordwall.net/resource/19691747/sukan-permainan-petanque-kuiz-
permainan-petanque
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menerangkan objektif aktiviti adalah untuk menguji minda.
Aktiviti 2. Murid diberi 3 set soalan kuiz online.
3. Murid diberi masa selama 15 minit untuk menjawan 1 set kuiz.
4. Guru dan murid berbincang jawapan.
5. Guru memberi token kepada murid yang menjawab dengan betul.
6. Murid diminta memberi maklum balas berkenaan aktiviti dijalankan.

44
Modul 15 – Perlawanan Persahabatan
Perjumpaan : Kali Kelima Belas (15)
Aktiviti : Perlawanan Persahabatan
Objektif : 1. Memberi pengalaman perlawanan sebenar dalam permainan pétanque.
2. Mencungkil bakat murid untuk mewakili sekolah ke pertandingan.
3. Mengaplikasi semua teknik dipelajari sepanjang latihan.
Bahan/Alatan : Semua peralatan pétanque.
Masa : 1 ½ jam (3.00 petang – 4.30 petang)
Kehadiran : Guru penasihat kelab sukan pétanque.
Ahli kelab sukan pétanque.
Penerangan : 1. Guru menerangkan objektif aktiviti.
Aktiviti 2. Murid dibahagi kepada beberapa Kumpulan
3. Setiap Kumpulan bertanding sesame ahli Kumpulan.
4. Murid diajar cara mengisi dalam Scoring Sheet.
5. Murid dibimbing semasa sesi mengukur jarak.
6. Guru bertindak sebagai Arbitre (juri) dan lebih kepada memberi tunjuk
ajar.
7. Mendapatkan Keputusan perlawanan.
8. Penyampaian hadiah kepada Kumpulan yang menang.
Scoring Sheet:

Cara isi Scoring Sheet:


Gambar menunjukkan dalam
Round (End Pertama), kumpulan
ANGKASA A mendapat 3 mata
dengan penandaan simbol 
(End Pertama)

Kumpulan ANGKASA B pula tidak


mendapat mata, maka tiada
penandaan dibuat.

45
RUJUKAN

46
All About Pétanque https://petanque.wordpress.com/faqs/

Bath League de Pétanque – Health & Safety Guidelines


https://people.bath.ac.uk/mbr20/boules/safety.pdf

Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) https://www.moe.gov.my/muat-


turun/penerbitan-dan-jurnal/dasar-1-1/1197-buku-panduan-1murid-1sukan/file

Federation Internationale de Pétanque et Jeu Porvencal (FIPJP)


https://www.fipjp.org/index.php/en/

How to Play Pétanque (Rules of Pétanque) https://frenchyourway.com.au/how-to-play-petanque-


rules-of-petanque

Mohd Norafif bin Mohd Amin (2021). Modul Latihan Sukan Pétanque (2021). Malaysia: M.U.
Dynamic Printing. Selangor

Playing the Game of Pétanque – Introduction For Beginners


https://petanque.files.wordpress.com/2016/04/petanque_overview_pnz_introduction.pdf

The Best of Pétanque Sport (2019) https://afifpetanque.blogspot.com/2019/

Undang-undang Rasmi Permainan Pétanque https://gurubesar.my/wp-


content/uploads/2023/07/PETANQUE.pdf

47

You might also like