You are on page 1of 13

CONFIDENTIAL

24 HOURS TAKE HOME EXAMINATION


JANUARY 2023 SEMESTER
SUBJECT CODE : SCC423

SUBJECT NAME : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

LEVEL : BACHELOR

SUBMISSION DATE : 17 APRIL 2023


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

DECLARATION BY STUDENT

I certify that this assignment is my own work and is in my own words. All sources have been acknowledged and
the content has not been previously submitted for assessment to Asia e University or elsewhere. I also confirm
that I have kept a copy of this assignment.

Name : NUR HABIBAH BINTI YUSUF

Student ID : A30105200007

Date : 17 APRIL 2023

BAHAGIAN A

1.0 Pendahuluan

Sejak zaman Tuk Nadur Berkajang Kain hingga ke era pasca globalisasi ini, Falsafah
Pendidikan Islam pada dasarnya adalah berasaskan ajaran al-Quran. Menurut Hassan
Langgulung (1979), perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah :-

A. Keesaan Tuhan (Tauhid).


B. Kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh-Nya.
C. Kepercayaan wahyu-wahyu Tuhan kepada nabi-nabi.
D. Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian.
E. Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.
F. Kehidupan dunia dan akhirat.
G. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam.

Pendidikan menurut perspektif Islam merupakan :-


1. Satu proses yang berterusan dan pendidikan seumur hidup.
2. Pembangunan diri manusia yang menyeluruh dengan memupuk potensi semula jadi
manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani.
3. Pendidikan secara bersepadu, iaitu kesepaduan iman, ilmu dan amal.
4. Ke arah pembentukan insan soleh.
5. Membawa kebaikan dunia dan akhirat.

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 0


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

Konklusinya, pendidikan dalam Islam adalah wajib. Kegagalan melaksanakan


pendidikan yang dipelajari akan membawa kepada kehancuran. Pendidikan menurut Islam
juga berlaku sepanjang hayat dan merupakan suatu tindakan yang diambil oleh sesuatu
masyarakat, budaya atau tamadun untuk memelihara kesejahteraan hidup manusia.
Keselarasan alsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilihat pada
rajah 1.

Pendidikan berterusan
Perkembangan yang seimbang Falsafah
FPK. Pendidikan
Untuk kesejahteraan diri, Islam (FPI)
masyarakat dan negara.

Rajah 1 : Keselarasan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1 Konsep Falsafah Islam menurut pandangan ahli-ahli Falsafah Islam

Falsafah Islam berkembang di negara Islam, berdasarkan pemikiran ahli-ahli falsafan Islam
iaitu :-

A. Al-Kindi (805-873M)
Menurut Al-Kindi, Falsafah Islam mempunyai tiga aspek iaitu Ilmu Fizik-berasaskan benda,
Ilmu Matematik-ilmu hitung dan astronomi dan Ilmu Ketuhanan - ilmu yang tidak dengan
benda sama sekali.

B. Al-Farabi (870-950M)
Menurut Al-Farabi, falsafah boleh dilihat dari dua sudut iaitu Falsafah teori - mengetahui
sesuatu sedia ada, contohnya ilmu Matematik, ilmu Fizik, Metafizik dan sebagainya. Falsafah
amalan - mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan. Contohnya ilmu

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 1


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

akhlak (etika) dan falsafah politik.

C. Ibn Sina (980-1073M)


Menurut Ibnu Sina beliau mengkategorikan falsafah kepada dua bahagian iaitu - ilmu wahyu
termasuk makhluk-makhluk rohani yang membawa wahyu dan cara wahyu disampaikan.
Kedua ilmu akhirat - pada Hari Akhirat badan manusia tidak dihidupkan lagi, maka rohnya
yang akan abadi akan mengalami seksaan atau kesenangan.

D. Ibnu Rushd (1128-1198M)


Menurut Ibnu Rushd yang dikenali dengan ‘Averroes’ di Barat, falsafah hidup beliau ialah
hidup sederhana dan bersahaja, bersifat pemurah kepada semua orang dan bersifat rendah diri.

E. Imam AL-Ghazali (1058-1111M)


Seorang ahli falsafah, ahli teologi, ahli juri dan seorang yang alim. Beliau menghasilkan kitab
bidang teologi, falsafah, sains dan ilmu sufi.

F. Ibnu Khaldun (1332-1406M)


Seorang pakar sejarah Arab teragung. Beliau dikenali sebaga bapa sejarah kebudayaan dan
sains sosial moden.

1.2 Perbezaan Falsafah Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Barat

Bil. Falsafah Pendidikan Islam Falsafah Pendidikan Barat

1. Pelaksanaan Pendidikan Islam ditunjangi Falsafah pendidikan Barat mengamalkan


oleh suatu bentuk falsafah merangkumi pemisahan ilmu (Maimun Aqsha, 2008).
prinsip-prinsip yang ideal menjurus
pembangunan insan secara holistik.

2. Pendidikan Islam mempunyai pengertian Falsafah pendidikan Barat bersifat


dan konsep yang lebih luas dan syumul. individualistik (Maimun Aqsha, 2008).

3. Falsafah Pendidikan Islam mengambil kira Tokoh-tokoh Barat melihat pendidikan

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 2


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

aspek kerohanian. Menurut Plato. Seorang hanya suatu proses melatih akal, jasmani
ahli fasafah Yunani :- dan moral yang membentuk seseorang
“Pendidikan memberikan keindahan dan untuk menjadi insan dan warganegara
kesempurnaan yang mungkin diberikan yang baik, iaitu menekankan aspek luaran
kepada jasmani dan rohani….”. manusia.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) berteraskan


konsep kesepaduan JERI.

Menyepadukan elemen roh, jasad dan akal.

Implikasi falsafah Bentuk kurikulum baru, iaitu KBSR dan KBSM


Islam terhadap (sahsiah, peribadi, emosi dan semangat
perkembangan tanggungjawab), penekanan kepada bidang fardu ain
pendidikan di dan fardu kifayah.
Malaysia
Melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan
berketerampilan.

Rajah 1 : Implikasi falsafah Islam terhadap pendidikan di Malaysia

Sebagai penutup bicara, pendidikan merupakan satu proses yang berterusan bertujuan
untuk mengubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan rhani berasaskan nilai-nilai Islam.
Nilai-nilai ini bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan
diri kepada Allah SWT agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
BAHAGIAN B

2.0 Pendahuluan

Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979).

KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu


kurikulum sekolah rendah yang dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran
tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar serta bidang

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 3


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental
serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Perakuan 2 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam
Laporan (1979) menyatakan :

“Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di


peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada
pendidikan dalam membaca, menulis dan mengira (3M).”

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1979)

2.1 Ciri-ciri KBSR

Ciri-ciri KBSR memberi penekanan kepada 2 tahap iaitu:-

(a) Fokus Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3)

 Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).

 Penguasaan nombor dan operasi asas mengira.

 Mengenal huruf serta membaca, menghfaz dan menghayati ayat-ayat al-Quran.

 Menyedari dan memahami norma-norma dan nilai-nilai murni masyarakat.

(b) Fokus Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6)

 Pengukuhan kemahiran asas berbahasa.

 Pengukuhan kemahiran asas operasi Matematik dan penyelesian masalah.

 Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain.

 Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif.

 Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati al-Quran.

 Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai.

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 4


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

2.2 Struktur KBSR

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca,Menulis,Mengira)
Bahasa , Matematik

MANUSIA
DENGAN ALAM PERKEMBANGAN
SEKELILING MURID DIRI INDIVIDU
Kerohanian, Nilai, Kesenian & Rekreasi
Sikap. Muzik
Pendidikan Islam Seni Visual
Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani &
Pendidikan Sivik dan Pendidikan Kesihatan
Kerohanian Kemahiran Hidup
Kemanusiaan dan
Persekitaran Sains
Kajian Tempatan

Rajah 2 : Struktur KBSR

2.3 Pendekatan KBSR

Pendekatan
Bersepadu

Perkembangan
Pendidikan Prinsip Individu Secara
yang sama KBSR Menyeluruh
Untuk Semua
Murid

Pendidikan
Seumur
Hidup

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 5


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

Rajah 3 : Pendekatan KBSR

2.4 Implikasi prinsip-prinsip KBSR

a) Pendekatan bersepadu dan perkembangan individu secara menyeluruh.

b) Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang dan galakan interaksi sosial,
bertukar-tukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid.

c) Murid sekolah rendah lazimnya memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti
kemahiran di bilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua
aktiviti pembelajaran harus dihubungkait dengan pengalaman hidup secara berperingkat.

d) Aktiviti dalam bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis
dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses mengusai kemahiran-
kemahiran asas.

e) Pendidikan seumur hidup, aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu bersifat
fleksibel, penekanan merentas kurikulum, menguasai 3M (membaca, menulis dan
mengira).

f) Penilaian perlu diintegrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

BAHAGIAN C

3.0 Pendahuluan

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :-

Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan


Sebelum Merdeka Semasa Merdeka Selepas Merdeka
(1400-1956) (1957)

3.1 Sistem Pendidikan sebelum Merdeka (1400-1956)


Sistem Pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada 2 fasa iaitu:-

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 6


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

(a) Sebelum Zaman Kolonialisme British (fasa pertama).


(b) Semasa zaman Kolonialisme British (fasa kedua)

3.1.1 Sebelum Zaman Kolonialisme British (fasa pertama)


1. Sistem pendidikan negara telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Melaka.
Kedatangan Islam di Rantau Asia pada abad ke-15 memberi impak kepada sistem pendidikan
di negara kita. Pada masa itu, sistem pendidikan adalah berteraskan agama Islam.
2. Pelaksanaan pendidikan Islam pada zaman itu berpusat di rumah-rumah guru,
kemudian berpindah ke masjid, surau, madrasah dan akhirnya berpusat di pondok.
3. Pelajarnya adalah golongan lelaki dan perempuan dewasa dan pengajaran dijalankan
pada waktu malam kerana guru bekerja waktu siang.
4. Tida sebarang bayaran dikenakan, namun pada waktu lapang pelajar akan membantu
guru membersihkan tempat belajar, mengambil air dan kayu api atau mengerjakan sawah.
5. Guru agama lazimnya menjadi imam kampung tempat beliau menyampaikan
pendidikan agamanya.
6. Kandungan pengajaran dan pembelajaran adalah bacaan al-Quran dan hadis, tajwid,
pengajian fiqah, tauhid, kira mengira dan tulisan Jawi.
7. Pada kurun ke-18, pendidikan agama Islam menunjukkan peningkatan khususnys
dengan kedatangan alim ulama dari Timur Tengah.

Secara amnya, perkembangan Pendidikan Islam di Tanah Melayu merentasi tiga peringkat
iaitu :-

Tahap Ciri-ciri

1. Peringkat  Murid-murid belajar mengaji al-Quran dan fardu Ain daripada


evolusi pertama : guru-guru yang dipanggil ulama.
Berpusat di rumah  Pelajar terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan perempuan.
guru.  Tiada sebarang bayaran dikenakan.

2. Peringkat  Kewujudan untuk menampung bilangan murid yang kian


evolusi kedua : bertambah.
Berpusat di masjid,  Murid-murid duduk dalam bulatan bersama-sama ulama mereka

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 7


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

surau dan di dalam masjid, surau atau madrasah.


madrasah.  Tiada penetapan yuran namun bayaran mengikut kemampuan.
 Para ulama disanjung tinggi oleh masyarakat. Kadangkala mereka
diundang ke istana untuk mengajar kaum kerabat raja.

3. Peringkat  Sekolah agama tradisional pertama.


evolusi ketiga :  Tiada sukatan yang piawai yang digunakan.
Berpusat di rumah  Kurikulum berdasarkan masjid al-Haram di Mekah.
pondok  Subjek yang diajar adalah Tauhid, Al-Quran, Fiqah, Hadis, Nahu,
Sufi, Tasawuf dan Akhlak, Bahasa Arab dan Jawi.
 Murid tinggal di pondk Tok Guru.
 Selepas tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di kampung
masing-masing.
 Ada juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi supaya dapat memasuki universiti tempatan.

Jadual 1 : Sistem Pendidikan sebelum Zaman Kolonialisme British (1400-1756)

3.2 Semasa zaman Kolonialisme British (fasa kedua)


Zaman Kolonialisme (1786-1956) sebelum kemerdekaan. Zaman pemerintahan Jepun iaitu
tahun 1942 hingga 1945 semua sekolah diarahkan tutup. Hanya beberapa buah sekolah sahaja
dibuka bertujuan mempelajari bahasa Jepun. Fasa kedua terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :-
(a) Peringkat pertama sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941)
(b) Peringkat kedua selepas Perang Dunia Kedua (1942-1945)

3.2.1 Peringkat pertama sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941)


Pada peringkat ini, terdapat 4 kategori peringkat persekolahan iaitu :-
(a) Pendidikan rendah dan menengah
(b) Latihan perguruan

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 8


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

(c) Pendidikan teknik dan vokasional


(d) Pendidikan tinggi (Sabah dan Sarawak)

3.2.2 Peringkat kedua selepas Perang Dunia Kedua (1942-1945)


Pada tahun 1942 hingga 1945, hampir seluruh rantau di Asia Tenggara telah diduduki oleh
tentera Jepun. Sistem persekolahan di Tanah Melayu dihentikan digantikan dengan sistem
persekolahan Jepun. Pada Ogos 1945, Tanah Melayu telah dikembalikan kepada
pemerintahan British. Terdapat perubahan yang besar kepada sistem pendidikan di Tanah
Melayu bersifat pembinaan semula sistem pendidikan bagi menyatupadukan rakyat berbilang
kaum sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan beberapa sistem dan dasar pendidikan
telah digubal iaitu :-

1. Rancangan Cheeseman (1946)


Rancangan ini merupakan percubaan pertama untuk menyusun semula polisi pendidikan di
bawah pentadbiran British. Laporan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan
British memberi tumpuan memulihkan sekolah-sekolah yang telah musnah akibat peperangan.

2. Laporan Barnes (1951)


Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh L.J Barnes iaitu Pengarah latihan kemasyarakatan
Universiti Oxford telah dibentuk untuk menyemak dan memperbaiki sistem pendidikan untuk
kaum Melayu. Laporan Barnes mengesyorkan seluruh sistem pendidikan dirombak semula
serta memberi beberapa cadangan iaitu semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan
dengan sekolah kebangsaan.

3. Laporan Fenn Wu (1952)


Ekoran tentangan Laporan Barnes, Sir Henry Gurney menubuhkan sebuah jawatankuasa
baharu pada 1951 untuk mengkaji pendidikan vernakular cina. Jawatankuasa ini diketuai oleh
dua orang pakar iaitu Dr. W.O. Fenn dan Dr. Wu Teh Yau daripada Pertubuhan Bangsa-
bangsa bersatu (PBB). Antara pandangan mereka ialah walaupun bahasa Melayu dijadikan
bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun orang-orang Cina
perlu diberi peluang untuk membentuk kebudayaan negara.

4. Ordinan Pelajaran (1952) (berdasarkan laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu)
Memandangkan pendapat yang berbeza antara Laporan barnes dan Laporan Fenn Wu,
kerajaan British kemudian menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji laporan tersebut.

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 9


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

Laporan yang telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan


dikuatkuasakan sebagai ordinan pelajaran 1952. Antaranya menetapkan Penggunaan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu.

5. Laporan / Penyata Razak (1956)


Jawatankuasa Pendidikan yang diketuai oleh Tun haji Abdul Razak Bin Datuk Hussein,
Menteri Pelajaran pada waktu tersebut mengkaji semula dasar-dasar pendidikan negara. Ahli-
ahli lain terdiri daripada 15 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mewakili
ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Penyata Razak mengemukakan 2 cadangan
utama yang menjadi teras pendidikan negara iaitu :-
i. Setiap kanak-kanak diberi peluang untuk belajar.
ii. Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk dan melahirkan rakyat yang
bersatu padu.

Jadual 2 : Sistem dan dasar-dasar pendidikan sebelum Merdeka (1946-1956)

3.3 Penutup
Konklusinya, pada tahun 1511, sebaik sahaja Portugis menawan Melaka, Portugis
telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik.
Mazhab ini bertukar kepada mazhab Protesten apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Pada
tahun 1786, Inggeris memerintah Tanah Melayu, sistem pendidikan turut bertukar kepada
sistem pendidikan Inggeris.

ANSWER SHEET

STUDENT ID A30105200007
STUDENT NAME NUR HABIBAH BINTI YUSUF
IC / PASSPORT NUMBER 760629-08-6406
SUBJECT CODE SCC423
SUBJECT NAME KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
PROGRAMME IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
DATE OF SUBMISSION 17 APRIL 2023
LEARNING LOCATION FULLY ONLINE

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 10


CONFIDENTIAL
NUR HABIBAH BT YUSUF
A30105200007

Begin writing your answers on this page (Font: Arial or Times New Roman, Size: 11 or 12, Lines
Spacing 1.5).

SCC423 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM _SEMESTER JANUARY 2023 Page 11

You might also like