You are on page 1of 2

Membaca

Perpaduan melalui Kokurikulum


Amna telah membaca sebuah rencana dan berita dalam sebuah majalah tentang
perpaduan melalui kegiatan kokurikulum.

Rencana

Pupuk Perpaduan melalui Kegiatan Kokurikulum


Perpaduan antara kaum di sekolah dapat dipupuk melalui kegiatan kokurikulum
dengan cara yang berikut:

1. Bekerjasama dalam Kegiatan Kokurikulum


Murid daripada pelbagai latar belakang akan
bekerjasama dalam kegiatan kokurikulum.
Amalan ini secara tidak langsung dapat
memupuk perpaduan.
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa kelab, persatuan,
dan unit beruniform hendaklah melibatkan
semua kaum. Oleh itu, murid daripada
pelbagai kaum dapat berpadu tenaga
merancang kegiatan kokurikulum.
3. Sikap Prihatin
Semasa merancang kegiatan kokurikulum, ahli
jawatankuasa perlu peka akan sensitiviti kaum
lain. Sebagai contoh, juadah yang dihidangkan
dalam acara jamuan mestilah boleh dimakan
oleh semua ahli.
4. Kegiatan dengan Sekolah Lain
Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan
kokurikulum yang melibatkan murid pelbagai kaum dari sekolah lain.
Kegiatan ini dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan murid.

Buletin Murid

88
Berita Borneo

Menyemai Semangat Perpaduan melalui Perkhemahan

KUDAT, 26 Jun – Usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, budaya,


dan agama di Malaysia tidak mudah dicapai dalam masa yang singkat. Sebaliknya,
hasrat ini memerlukan proses yang panjang dan berterusan, menurut Encik Shaarani
bin Mahmud, Guru Besar SK Bitara Jaya.
Menurut beliau, Sabah menunjukkan contoh semangat perpaduan melalui
32 suku kaumnya. Dalam hal ini, rakyat Sabah menerima dan menghargai
kepelbagaian yang wujud. Seterusnya, rakyat Sabah menjadikannya sebagai
asas bagi menjanakan kekuatan untuk kepentingan bersama.
“Hidup harmoni, muhibah, dan toleransi dalam suasana perpaduan tidak akan
membuatkan kita kehilangan identiti. Perpaduan memerlukan keikhlasan untuk
kita menikmati pembangunan tanpa rasa syak wasangka,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform, SK Bitara Jaya. Perkhemahan yang melibatkan murid
pelbagai kaum itu diadakan selama tiga hari dua malam di Kem Semangat Waja.
Antara kegiatan dalam perkhemahan tersebut termasuklah merentas hutan,
turun cenuram, luncur keluang, dan kembara berpandu arah. Kegiatan ini
bermatlamat untuk menerapkan keyakinan, semangat sepasukan, dan sikap
kerjasama.

Aktiviti

Baca teks dan nyatakan ilmu dan nilai daripada teks tersebut. Kemudian,
persembahkannya dalam pelbagai bentuk.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam bahan.
2.3.2 • Bimbing murid mempersembahkan bahan dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir 89
EMK: Nilai Murni – Kegigihan

You might also like