You are on page 1of 12

literasi

bahasa
STATISTIK BUTA
HURUF SEBELUM
MERDEKA
Sebelum merdeka, kadar buta huruf di
Malaysia adalah tinggi, kira-kira 78%. Hal ini
dikatakan demikian kerana infrastruktur
pendidikan sebelum merdeka terbatas
berbanding selepas merdeka.
STATISTIK BUTA HURUF
SELEPAS MERDEKA
Selepas merdeka pada 1957,
usaha pendidikan diperkenalkan,
dan kadar buta huruf secara
beransur-ansur menurun. Pada
2022, kadar buta huruf di
Malaysia telah berkurang secara
ketara kepada kadar yang
rendah.
statistik masalah buta huruf di sekolah
Berikut merupakan statistik masalah buta huruf di sekolah di
negeri Terengganu yang mencatatkan peratusan sebanyak
2.3% daripada jumlah keseluruhan seramai 239001 orang
murid

rujukan
statistik masalah buta huruf di sekolah
Berikut merupakan statistik masalah buta huruf di sekolah di
negeri Kedah yang mencatatkan peratusan sebanyak 2%
daripada jumlah keseluruhan seramai 336531 orang murid

rujukan
statistik masalah keciciran murid sekolah
Memetik keratan akhbar Buletin TV 3 bertarikh 11 Oktober
2023, masalah keciciran murid menunjukkan penurunan pada
tahun 2022, yakni daripada 1.14% pada tahun 2019 kepada
0.99%.

rujukan
statistik terkini masalah kemahiran literasi
Memetik keratan akhbar Astro Awani pada 13 Januari 2023,
13% kanak-kanak masih tidak menguasai kemahiran literasi,
yakni membaca dan menulis. Manakala peratusan sebanyak
5.03% merangkumi seluruh rakyat di negara ini yang tidak
mempunyai kemahiran literasi.

rujukan
FAKTOR BERLAKUNYA
KES BUTA HURUF
• Akses pendidikan
• Faktor ekonomi dan kemiskinan
• Kualiti pendidikan
• Teknologi dan media
• Kesihatan ( covid 19/individu)
program yang dijalankan oleh kpm untuk
mengurangkan kadar buta huruf di
malaysia

1.3M (Membaca, Menulis Dan Mengira)


bertujuan membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira melalui aktiviti alternatif
seperti membaca, penggunaan pusat sumber, dan kad imbasan nombor

2. KEDAP
Kementerian Pendidikan (KPM) memperkukuh pelaksanaan inisiatif Kelas Dewasa
Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) sebagai usaha berterusan menangani
masalah keciciran pendidikan anak Orang Asli.
3. LEADS
Program ini diperkenalkan di bawah inisiatif NKRA (Goal 4) dan dasar
Literasi UNESCO di mana orang dewasa diberikan peluang belajar untuk
kemajuan diri dan peningkatan taraf hidup keluarga masing-masing.

4. LINUS
LINUS merupakan akronim daripada Literacy and Numeracy Screening dan
bermanfaat bagi membantu murid-murid di sekolah rendah, di Tahap 1
bermula dari tahun 1 hingga 3 yang agak tercicir dalam penguasaan
kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
kesimpulan
Literasi bahasa sangat penting dalam memahami,
menginterpretasikan, dan berkomunikasi dengan efektif
dalam masyarakat. Kemampuan membaca, menulis, dan
memahami konteks bahasa membantu individu terlibat
secara aktif dalam kehidupan seharian, pendidikan, dan
pekerjaan. Oleh disebabkan itu, perkembangan literasi
bahasa sejak peringkat awal sangat menyokong
perkembangan peribadi dan profesional seseorang.
terima
kasih

You might also like