You are on page 1of 1

Irhamillah Binti Khamsim,

72 Km 16 Jalan Taiping,
34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.
_________________________________________________________________________________

Ketua Pegawai Eksekutif,


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. 13 MAC 2024/2 RAMADHAN 1445

Tuan,

Rayuan Permohonan Bantuan Zakat Bagi Pengajian Doktor Falsafah Universiti Luar Negara

Merujuk perkara di atas, saya Irhamillah Binti Khamsim; No Kad Pengenalan : 890418-01-5400 ingin
memohon rayuan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di
Universiti Saitama, Jepun.

2. Saya tidak mempunyai pendapatan tetap setelah kontrak di Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak ditamatkan pada penghujung November tahun lepas. Kini, saya bekerja sambilan sebagai
fundrising team Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan gaji adalah secara komisen.

3. Saya telah lulus ujian kelayakan di Universiti Saitama, Jepun pada tahun lepas dan ditawarkan
untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah di universiti awam tersebut. Walaubagaimanapun, saya
masih belum mendapatkan sebarang bantuan kewangan. Untuk makluman jua, saya telah memohon
bantuan dari Yayasan Pelajaran Perak melalui skim Dermasiswa Luar Negara pada bulan Februari
tahun ini. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan telah ditolak atas sebab peruntukan
yang tidak mencukupi.

4. Di sini, saya turut lampirkan perbelanjaan kos pengurusan permohonan visa yang telah
diuruskan oleh pihak universiti, yuran pengajian dan kos tiket kapal terbang sehala sebagai dokumen
sokongan.

Di harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Kerjasama dan keprihatinan dari
pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..

(IRHAMILLAH BINTI KHAMSIM)

You might also like