You are on page 1of 2

http://kelip-kelipancontest.blogspot.my/2013/03/masalah-pengangkutan-awam.

html

Masalah Pengangkutan Awam


Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT mengenakan bayaran
yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT
hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan
lalu lintas.

Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibubapa terpaksa
memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang
anak yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah
RM500!

2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang
menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu
bas menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini
berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya
terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya
kemalangan.

3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan
teksi telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan
perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna
jalan raya yang lain.

Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak
mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah
yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.

4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu
petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan
baik. Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala
Lumpur.

5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa menunggu
perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan
penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.

6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat menyebabkan tambang
pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan
bulanan untuk tambang bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.

7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van sekolah adalah kenderaan
lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

8. Pencemaran udara ~ Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi menggunakan minyak
diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam
yang berjelaga yang mencemarkan udara.

9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan suasana yang
membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu
ketenangan penumpangnya

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi
bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas.

10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang yang membuang sisa minyak ke dalam
sungai telah menyebabkan air sungai tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik

You might also like