You are on page 1of 3

NEGERI KELANTAN

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF KELANTAN GAZETTE


PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 77 TAMBAHAN No. 2


No. 2 11hb Januari 2024 PERUNDANGAN

Kn. P.U. 5.

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN


(BAHAGIAN YANG KEDUA)

FASAL (2) PERKARA 27

KEPUTUSAN
MESYUARAT MAJLIS PERAJAAN NEGERI KELANTAN

BAHAWASANYA Kami Ahli-Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dilantik


menurut Perkara 7 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian
Yang Kedua) yang bertanda tangan di bawah ini adalah dengan surat kenyataan ini
mengakui bahawa Kami telah mengadakan mesyuarat pada hari Khamis 22 haribulan
Jamadil Akhir 1445H bersamaan dengan 04 haribulan Januari 2023 pada pukul 3.30
petang bertempat di Bilik Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Kelantan, Aras 4, MABNA-MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan, bagi maksud memenuhi kehendak Fasal (2) Perkara 27
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

DAN BAHAWASANYA Kami dengan ini bersetuju mengangkat sembah nasihat


kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M.,
D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Kedah)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Pahang)., S.P.M.K., S.J.M.K.,
S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K. Sultan dan Yang dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul
Naim untuk menarik balik akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan
kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan
Ismail Petra berdasarkan kepada kuasa Baginda di bawah Fasal (2) Perkara 27
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)
dibaca bersama dengan Seksyen 47 Interpretation Acts 1948 and 1967.
Kn. P.U. 5&6. 74

Termaktub di Kota Bharu, pada hari Khamis, 22 haribulan Jamadil Akhir 1445H
bersamaan dengan 04 haribulan Januari 2024
[SUK(S)D200/472/28/1/JLD. 2(32)]

TENGKU ABDUL HALIM AL-HAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM


D.K.(Kelantan), S.J.M.K.(Kelantan), D.P.M.K.(Kelantan)
(Tengku Laksamana Kelantan)
Yang di-Pertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan

DATO' KAYA SETIA


DATO' NAZRAN BIN MUHAMMAD
P.J.N., S.P.S.K.(Kelantan)
Setiausaha Kerajaan Kelantan
(Setiausaha Majlis)
Saksi

Kn. P.U. 6.

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN


(BAHAGIAN YANG KEDUA)

FASAL (2) PERKARA 27

KEPUTUSAN
MESYUARAT MAJLIS PERAJAAN NEGERI KELANTAN

BAHAWASANYA Kami Ahli-Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dilantik


menurut Perkara 7 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian
Yang Kedua) yang bertanda tangan di bawah ini adalah dengan surat kenyataan ini
mengakui bahawa Kami telah mengadakan mesyuarat pada hari Khamis 22 haribulan
Jamadil Akhir 1445H bersamaan dengan 04 haribulan Januari 2023 pada pukul 3.30
petang bertempat di Bilik Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Kelantan, Aras 4, MABNA-MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu Kelantan, bagi maksud memenuhi kehendak Fasal (2) Perkara 27
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

DAN BAHAWASANYA Kami dengan ini bersetuju mengangkat sembah nasihat


kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M.,
D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K.(Johor)., D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Kedah)., D.K.(Terengganu)., D.K.(Pahang)., S.P.M.K., S.J.M.K.,
S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K. Sultan dan Yang dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul
Naim untuk mengurniakan akan gelaran TENGKU MAHKOTA Kelantan kehadapan
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail
Petra, Tengku Bendahara Kelantan pada ketika ini, yang merupakan putera zuriat
Almarhum Sultan Ismail Petra, menepati dengan maksud Perkara 30 Undang-Undang
Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
75 Kn. P.U. 6.

Termaktub di Kota Bharu, pada hari Khamis, 22 haribulan Jamadil Akhir 1445H
bersamaan dengan 04 haribulan Januari 2024
[SUK(S)D200/472/28/1/JLD. 2(33)]

TENGKU ABDUL HALIM AL-HAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM


D.K.(Kelantan), S.J.M.K.(Kelantan), D.P.M.K.(Kelantan)
(Tengku Laksamana Kelantan)
Yang di-Pertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan

DATO' KAYA SETIA


DATO' NAZRAN BIN MUHAMMAD
P.J.N., S.P.S.K.(Kelantan)
Setiausaha Kerajaan Kelantan
(Setiausaha Majlis)
Saksi

Hak Cipta Pencetak H


PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang
boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya
tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,
CAWANGAN KUALA TERENGGANU
BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

You might also like