You are on page 1of 18

Kertas Konsep

PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN


Emergency Response Team

1. PENDAHULUAN

1.1 Pasukan Tindakan Kecemasan merupakan satu pasukan dalaman yang


ditubuhkan oleh pemunya premis dalam usaha memantau serta
menyelaras program-program berkaitan pencegahan dan keselamatan
kebakaran. Sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 3,958 pasukan dengan
keahlian 103,887 orang telah direkodkan di bawah Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia.

1.2 Secara relatifnya, mutu perkhidmatan dari aspek kebombaan dapat


dipertingkatkan dengan kecekapan response time Pasukan Tindakan
Kecemasan terhadap sesuatu insiden. Maka dengan itu, kewujudan Pasukan
Tindakan Kecemasan di premis-premis hendaklah diiktiraf sebagai
response time Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

1.3 Pihak Jabatan perlulah mengambil tindakan untuk memperkukuhkan Pasukan


Tindakan Kecemasan dari aspek penubuhan, pengurusan, latihan dan
pengoperasian pasukan.

1.4 Keperluan penubuhan Pasukan Tindakan Kecemasan ini adalah selaras


dengan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan ianya
akan dapat membantu JBPM untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap
dan berkesan.

1
2. OBJEKTIF KERTAS KONSEP

2.1. Untuk menyediakan ketetapan dan penjelasan yang lebih komprehensif,


teratur dan sistematik berkaitan dengan penubuhan, pengurusan, latihan dan
pengoperasian Pasukan Tindakan Kecemasan.

2.2. Mewujudkan Terma Rujukan (TOR) pelaksanaan Pasukan Tindakan


Kecemasan.

2.3. Memperjelaskan halatuju dan transformasi Pasukan Tindakan Kecemasan

3. PUNCA KUASA

3.1 Seksyen 62 (1) (c) dan (d), Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
memperuntukkan bahawa;

“Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan dan


peruntukan Akta ini dengan lebih baik, dan khususnya, tetapi tanpa
menjejaskan keluasan peruntukan terdahulu, bagi semua atau mana-mana
perkara yang berikut;
……
(c) mengawal selia penubuhan pasukan bomba di organisasi persendirian,
institusi pendidikan dan organisasi sukarela;
(d) mengawal selia penubuhan organisasi keselamatan kebakaran di
premis ditetapkan.”

3.2 Borang 1 Perkara 10.6, P.U.A 241/2001 Peraturan-Peraturan Perkhidmatan


Bomba (Perakuan Bomba) 2001

2
4. SINGKATAN

Organisasi Keselamatan Kebakaran OKK

Pasukan Tindakan Kecemasan ERT

Pengurus Keselamatan Kebakaran PKK

Pegawai Keselamatan Kebakaran PK

Borang Pendaftaran / Pembaharuan Organisasi BOERT


Keselamatan Kebakaran dan Pasukan TIndakan
Kecemasan

Salinan Laporan Kejadian Kecemasan SLKK

Buku Harian Pasukan BHP

Borang Tugasan Harian ERT BTH

Borang Statistik Bulanan BSB

5. STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

5.1. Pasukan ERT bertanggungjawab kepada stakeholders berikut;


5.1.1. Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan tempatan,
5.1.2. Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,

5.2. Pasukan ERT bertanggungjawab kepada pelanggan berikut;


5.2.1. Pihak pengurusan dan kakitangan premis
5.2.2. Pelanggan premis

3
6. PENUBUHAN ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK) DAN
PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)

6.1. Penubuhan OKK

6.1.1. Semua premis ditetapkan dan premis ditentukan hendaklah


menubuhkan OKK bagi memantau aspek keselamatan kebakaran di
sesuatu premis.
6.1.2. OKK adalah suatu jawatankuasa ditubuhkan yang mengurus perihal
keselamatan kebakaran dan boleh bertindak sebagai ERT di premis.
6.1.3. OKK dibolehkan bergabung dengan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan di premis.
6.1.4. OKK akan mengawalselia Pasukan ERT pada premis berkenaan.
6.1.5. Setiap premis ditetapkan perlu melantik seorang Penasihat Pasukan
daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
samada di peringkat negeri, zon atau balai.
6.1.6. OKK perlu terdiri sekurang-kurangnya;
a. 1 orang Pengerusi Keselamatan Kebakaran
b. 1 orang Setiausaha
c. Sekurang-kurangnya 2 orang Pegawai Keselamatan Kebakaran

6.1.7. Tujuan Penubuhan OKK :


a. Bertanggungjawab memastikan aspek-aspek keselamatan
kebakaran di bangunan dipatuhi dan sentiasa dalam keadaan baik.
b. Memastikan pengurusan, pengoperasian dan latihan ERT
melaksanakan fungsinya dengan baik sepertimana mengikut
peraturan yang ditetapkan.

6.1.8. Peranan dan Tanggungjawab OKK


a. OKK bertanggungjawab dalam penubuhan ERT pada premis-
premis di bawah kawalannya.
b. OKK juga perlu mengawalselia perjalanan ERT khususnya di dalam
aspek pengoperasian keselamatan kebakaran termasuk pemilihan
ahli ERT, kawalselia disiplin, latihan, kewangan, perlindungan
4
insurans, PPE dan pakaian seragam, serta jentera dan peralatan
menentang kebakaran.
c. OKK hendaklah memantau laporan-laporan yang berkaitan dengan
ERT termasuk laporan aktiviti, kehadiran operasi atau latihan, dan
laporan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.
d. OKK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
dan mengemukakan minit mesyuarat kepada Ibu Pejabat JBPM
Negeri-negeri.
e. OKK hendaklah memastikan ERT mengadakan latihan secara
berkala.
f. OKK hendaklah mengemukakan statistik bulanan dengan
menggunakan Borang Statistik Kejadian seperti di Lampiran 1.

6.2. Penubuhan ERT

6.2.1. ERT perlulah ditubuhkan di semua premis ditetapkan bagi bertindak ke


atas insiden kebakaran dan menyelamat, serta memastikan aspek
perlindungan kebakaran dipertingkatkan.
6.2.2. Premis yang perlu ada ERT adalah
a. Premis ditetapkan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta
341)
b. Premis ditentukan bermaksud premis yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah JBPM yang terdiri daripada premis yang selain daripada
premis ditetapkan yang mempunyai nilai ekonomi, keselamatan,
sejarah, warisan negara, strategik dan yang mempunyai nilai
dengan kepentingan negara, diantaranya seperti berikut:
i. Bangunan kerajaan yang dalam senarai Sasaran Penting
ii. Penjara
iii. Pusat Serenti
iv. Depoh Tahanan
v. Empangan
vi. Janakuasa
vii. Tran receiver Tower
viii.Stesen Penyiaran
5
ix. Ibu Sawat Telekomunikasi
x. Lain-lain premis yang berkaitan

6.2.3. Struktur organisasi dan jumlah pasukan ERT tertakluk kepada


keperluan premis seperti di Lampiran 2 dan dipersetujui oleh JBPM.

6.2.4. Tujuan Penubuhan ERT


a. Untuk memenuhi peruntukan undang-undang di bawah
Seksyen 62 (1) (c) dan (d) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta
341).
b. Untuk mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum
ketibaan pasukan bomba dan penyelamat.
c. Untuk memberikan khidmat nasihat kepada pengurusan
bangunan terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-
langkah pencegahan kebakaran
d. Bertindak sebagai perantara di antara Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia dengan pihak pengurusan bangunan.

6.2.5. Tanggungjawab dan Peranan ERT


a. bertanggungjawab untuk bertindak ke atas insiden di dalam
kawasan premis jagaan pasukan
i. bagi memadam, menentang, mencegah dan mengawal
kebakaran.
ii. melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
iii. melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan
nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
iv. menjalankan kerja-kerja pengungsian bangunan sekiranya
berlaku kecemasan.

b. bertanggungjawab melaksanakan latihan secara berjadual.


c. bertanggungjawab mengadakan program-program keselamatan
kebakaran di dalam kawasan premis jagaan pasukan.
d. bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan semua pepasangan
keselamatan kebakaran pada premis berada dalam keadaan baik.
6
6.3. Pendaftaran OKK dan ERT

6.3.1. OKK dan ERT hendaklah berdaftar dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia.
6.3.2. Pemohonan pendaftaran boleh dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri dengan menggunakan
borang seperti di Lampiran 3.
6.3.3. Pendaftaran OKK dan ERT bagi premis ditetapkan hendaklah dibuat
setelah bangunan mula beroperasi. Bagi OKK dan ERT selain
premis ditetapkan, pendaftaran bolehlah dibuat pada bila-bila masa.
6.3.4. Carta Aliran Proses Permohonan Pendaftaran OKK dan ERT seperti di
Lampiran 4.
6.3.5. Kad Keahlian ERT akan dikeluarkan selepas ahli ERT ditauliahkan
seperti di Lampiran 5.
6.3.6. Pendaftaran OKK dan ERT secara automatik terbubar apabila premis
berkenaan tidak lagi beroperasi.
6.3.7. OKK dan ERT hendaklah memperbaharui pendaftaran setiap tahun
atau berlaku perubahan ahli OKK dan ERT dengan menggunakan
borang seperti di Lampiran 3.

6.4. Syarat-Syarat Kelayakan Ahli ERT

6.4.1. Ahli pasukan ERT adalah kakitangan kepada sesuatu premis.


6.4.2. Calon Ahli pasukan ERT adalah dicadang dan diperakukan oleh
OKK
6.4.3. Mempunyai keupayaan kesihatan yang baik dan tidak cacat
anggota dan pancaindera.
6.4.4. Lulus Kursus Pegawai Pasukan Tindakan Kecemasan.
6.4.5. Ahli ERT sesuatu premis tidak boleh menjadi ahli kepada ERT lain
dalam masa yang sama.

7
7. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN
(ERT)

Pengurusan, pentadbiran dan kewangan sesuatu OKK dan ERT adalah


terletak di bawah tanggungjawab pihak pengurusan premis. Walau
bagaimanapun pihak pengurusan premis perlulah menyediakan kelengkapan
menentang kebakaran dan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi
membolehkan OKK dan ERT berfungsi.

7.1. Moto dan Logo

Bagi tujuan penyeragaman pasukan serta mewujudkan satu identiti seragam,


maka moto dan logo berikut dicadangkan pada ERT yang ditubuhkan.

7.1.1. Moto
“CEPAT DAN CEKAP”

7.1.2. Logo

7.2. Pakaian Seragam

7.2.1. Setiap pasukan hendaklah mempunyai pakaian seragam masing-


masing dengan menggunakan logo ERT yang telah ditetapkan oleh
Jabatan.
7.2.2. Bagi mana-mana organisasi yang mempunyai kod pemakaian pakaian
seragam mengikut entiti masing-masing boleh dikecualikan daripada
menggunakan logo berkenaan. Pengecualian perlulah mendapat
kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
8
7.3. Keperluan Minima PPE
7.3.1. Helmet Keselamatan
7.3.2. Kasut Keselamatan
7.3.3. Overall / jacket
7.3.4. Glove

7.4. Jawatan dan Tanda Pangkat

Jawatan Tanda Pangkat


Pengurus Keselamatan Kebakaran 3 bar
Penyelia Pasukan 2 bar
Ketua Pasukan 1 bar
Ahli Pasukan 0

7.4.1. Pemakaian tanda pangkat di atas adalah hanya terpakai khusus untuk
pakaian operasi sahaja bagi organisasi yang tidak mempunyai pakaian
seragam yang lengkap. Tatacara pemakaian dan tanda pangkat
seperti di Lampiran 6.

7.4.2. Mana-mana pasukan yang mempunyai struktur organisasi yang lebih


teratur, lengkap, berskala besar dan ditubuhkan berdasarkan
keperluan peraturan / piawaian boleh menggunakan tanda pangkat
mengikut organisasi masing-masing.

7.5. Tanda Pengenalan Diri

7.5.1. Setiap ahli ERT akan dibekalkan dengan suatu tanda pengenalan diri
bagi tujuan pengenalpastian ahli seperti di Lampiran 5.

7.6. Peraturan / Tatasusila

7.6.1. Tiap-tiap ahli ERT hendaklah mematuhi peraturan seperti berikut;


a. Menghadiri latihan yang telah ditetapkan.

9
b. Menghadirkan diri untuk bertugas pemadaman dan penyelamat ke
tempat kebakaran atau lain-lain tugas kecemasan.
c. Mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh Ketua Pasukan di
dalam kerja memadam kebakaran / insiden kecemasan.
d. Memberitahu Ketua Pasukan dengan kadar segera bila tidak dapat
aktif kerana sakit atau urusan-urusan peribadi.
e. Tidak dibenarkan memberi maklumat tentang hal-hal kebakaran yang
dihadiri kepada media massa.dan mana-mana pihak yang tidak
berkenaan.
f. Memakai pakaian seragam / PPE yang telah ditetapkan bila hadir di
tempat kebakaran, perbarisan, latihan dan lain-lain aktiviti pasukan.
g. Tidak menggunakan atau memakai pakaian seragam pasukan di luar
aktiviti pasukan atau menyalahgunakan pakaian seragam.
h. Tidak menyembunyi apa-apa aduan atau maklumat kebakaran
kepada Pegawai Bomba.
i. Menjaga imej dan nama baik pasukan ERT dan JBPM.

7.7. Had Kawasan / Batas Kuasa

7.7.1. Operasi tindakan ERT hanya tertakluk pada perimeter yang sah bagi
sesuatu premis.
7.7.2. Terpakai sehingga kehadiran Pasukan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
7.7.3. Tertakluk kepada arahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.

7.8. Pembubaran / Pembatalan Pendaftaran

7.8.1. OKK boleh membubarkan pasukan dan membatalkan keahlian


pegawai ERT dengan mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

10
8. PENGOPERASIAN ERT

8.1. Persediaan Pengoperasian

8.1.1. ERT perlulah mempunyai bilik kawalan dan bilik operasi bagi tujuan
pengurusan dan pengendalian operasi.
8.1.2. Penyelia Pasukan bertanggungjawab menentukan tugas dan peranan
pegawai ERT yang bertugas pada satu-satu masa dan merekodkan
butiran agihan tugas pada Borang Tugasan Harian ERT seperti di
Lampiran 7.
8.1.3. Buku Harian Pasukan perlu diadakan dan segala aktiviti pada hari
berkenaan direkodkan di dalam buku tersebut seperti di Lampiran 8.
8.1.4. Aktiviti pra-rancang hendaklah dilaksanakan oleh ERT mengikut zon-
zon risiko kemerbahayaan.
8.1.5. ERT perlu mengadakan kawad kebakaran (fire drill) sekurang-
kurangnya satu kali setahun.
8.1.6. ERT perlu membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap semua
pepasangan keselamatan kebakaran di premis setiap 3 bulan sekali.
8.1.7. Semua aktiviti pasukan hendaklah didokumentasikan

8.2. Tindakan Operasi / Insiden Kecemasan


8.2.1. ERT hendaklah diaktifkan dengan segera apabila wujudnya insiden.
Pegawai-pegawai ERT akan bertugas sebagaimana yang telah
ditentukan oleh Penyelia Pasukan.
8.2.2. Bilik Kawalan akan diaktifkan dan menjadi perantara dengan agensi
kecemasan. Panggilan kecemasan perlu dibuat kepada JBPM serta
merta.
8.2.3. Pegawai ERT hendaklah mengaktifkan sistem amaran dan memberi
arahan keselamatan semasa berlakunya kecemasan.
8.2.4. Kerja-kerja penyelamatan, pemadaman dan pengungsian dilaksanakan
oleh ERT mengikut Prosedur Operasi Seragam seperti di Lampiran 9.

8.3. Tindakan Selepas Operasi


8.3.1. ERT akan membantu dalam proses pemulihan kecemasan di premis.
11
8.3.2. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JBPM.
8.3.3. Penyelia Pasukan perlu menyediakan Laporan Kejadian
Kecemasan seperti di Lampiran 10 dan diserahkan kepada JBPM.

9. PROGRAM KURSUS PENTAULIAHAN

9.1 Bagi memastikan setiap pegawai yang menyertai Pasukan Tindakan


Kecemasan mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas kebombaan
maka setiap Pegawai ERT wajib menghadiri Kursus Pentauliahan yang
ditetapkan. Kursus ini bertujuan untuk memberi tauliah kepada pegawai
ERT.

9.2 Kursus Pentauliahan yang perlu diikuti oleh Pegawai ERT adalah seperti
berikut:
9.2.1 Setiap pegawai ERT dikehendaki mengikuti kursus Pegawai Pasukan
Tindakan Kecemasan (ERT) selama tiga (3) hari yang dikendalikan
oleh Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (KOBOPEM) atau
lain-lain organisasi yang diiktiraf oleh JBPM. (perlu melalui kontrak
perjanjian di antara agensi penganjur dengan JBPM).
9.2.2 Kursus dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar dan jurulatih
yang dipersetujui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
9.2.3 Kursus Pentauliahan dijalankan dengan menggunakan kaedah kursus
merangkumi teori - 30%, praktikal dan simulasi - 70% dengan
menggunakan teknik syarahan, perbincangan dan gerak kerja
berkumpulan.
9.2.4 Kandungan kursus Pentauliahan Pegawai ERT adalah seperti berikut;

Bil. Kandungan Kursus Masa


1 Taklimat Kursus 1 jam
Pengenalan Kepada Organisasi Kebombaan
2 1 jam 30 minit
Malaysia.
Perundangan Dan Penubuhan Pegawai Pasukan
3 1 jam 30 minit
Tindakan Kecemasan (ERT).
4 Asas Sains Kebakaran Dan Prinsip Pemadaman. 3 jam

12
Bil. Kandungan Kursus Masa
5 Arahan dan Kawalan 1 jam 30 minit
6 Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Bangunan 1 jam 30 minit
7 Asas Kawad Kaki 3 jam
8 Asas Kawad Menyelamat 3 jam
9 Asas Kawad Operasi Pemadaman 3 jam
10 Simulasi Pemadaman 3 jam 30 minit
11 Pengungsian Bangunan. 1 jam 30 minit
12 Latihan Kawad Kebakaran (Fire Drill) 2 jam
13 Peperiksaan 1 jam
14 Penilaian Kursus & Penutupan Kursus 1 jam
Jumlah Jam 28 jam

9.2.5 Modul kursus seperti di Lampiran 11.


9.2.6 Penilaian kursus akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:
a. Pemerhatian
i. Kehadiran sepanjang kursus (10 %).
ii. Penilaian semasa praktikal (70 %).
b. Peperiksaan
i. Peperiksaan (20 %).
Nota: Soalan peperiksaan akan disediakan oleh Panel Subjek
Jabatan.

9.2.7 Persijilan
a. Sijil akan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya mendapat
markah 50% dan ke atas sahaja berdasarkan kepada pencapaian
seperti berikut:
i. Cemerlang : 85 – 100 %
ii. Kepujian : 70 – 84 %
iii. Baik : 50 – 69 %
iv. Kandas : 0 – 49 %
b. Peserta yang kandas penilaian tidak akan ditauliahkan.

13
c. Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan kepada peserta kursus yang
lulus seperti di Lampiran 12.

9.3 Tempat kursus hendaklah diadakan disetiap negeri dan akan ditentukan oleh
pihak penganjur dengan persetujuan JBPM.

10. PENGEKALAN KOMPETENSI

10.1. Setelah ditauliahkan, setiap pegawai ERT perlu membuat latihan berjadual
bersama pasukan masing-masing di premisnya sekurang-kurangnya 4
jam setiap bulan dan direkodkan.

10.2. JBPM berhak meminta pegawai ERT menghadiri kursus refreshment


selepas 3 tahun ditauliahkan.

11. IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada implikasi kewangan kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun pihak


pengurusan premis bertanggungjawab bagi menyediakan peruntukan latihan
kepada ERT yang ditubuhkan di bawah premis masing-masing. Butiran
pengendalian kursus adalah seperti berikut;

11.1.Setiap ahli ERT perlu membayar yuran sebanyak RM800.00* seorang tanpa
penginapan bagi menjalani kursus selama 3 hari. Butiran yuran yang terlibat
adalah untuk bayaran berikut;
11.1.1. Makan minum
11.1.2. Bahan rujukan dan nota
11.1.3. Kos Pentadbiran
a. Bahan cetakan
b. Kemudahan simulasi
c. Insurans kelompok
d. Bayaran tenaga pengajar
e. T-shirt (seperti di Lampiran 13)
f. Topi (seperti di Lampiran 14)
14
g. Sijil kursus & Kad Pengenal

11.2.Jumlah kos yang terlibat bagi setiap pasukan adalah seperti berikut;

Pasukan Bilangan Orang Jumlah Kos (RM)


3 Pasukan 23 18,400
2 Pasukan 16 12,800
1 Pasukan 9 7,200

12. ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

12.1.Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan ERT, empat faktor berikut akan


memberi kesan iaitu;
12.1.1. Memperkasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan
dengan ERT
12.1.2. Keupayaan Jabatan menguatkuasakan pelaksanaan ERT
12.1.3. Komitmen organisasi yang berterusan
12.1.4. Tadbir urus ERT yang cekap

13. SYOR-SYOR PENGUKUHAN OKK DAN ERT

13.1. Bagi mengukuhkan OKK dan ERT, perkara-perkara berikut disyorkan.

13.1.1. Draf Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Organisasi


Keselamatan Kebakaran Dan Pelan Kecemasan Kebakaran)
merangkumi
a) pendaftaran
b) syarat-syarat penubuhan
c) tugas-tugas am pemohon,
d) tugas-tugas pemohon berkaitan pelan kecemasan kebakaran
e) tugas-tugas am Pengurus Pasukan Kebakaran,
f) perlantikan Pengurus Pasukan Kebakaran
g) perakuan Pengurus Pasukan Kebakaran oleh Ketua Pengarah,

15
h) tugas-tugas am Pegawai Keselamatan Kebakaran
i) perlantikan pegawai keselamatan kebakaran
j) perakuan Pegawai Keselamatan Kebakaran oleh Ketua
Pengarah
k) kuasa Ketua Pengarah untuk menyingkirkan pegawai
keselamatan kebakaran
l) perlantikan jawatan pengurus keselamatan kebakaran dan
pegawai keselamatan kebakaran bagi kursus-kursus latihan
m) Laporan Keselamatan Kebakaran
n) Kompaun dan penalti

13.1.2. Menyemak dan meminda Peraturan-Peraturan Perkhidmatan


Bomba (Perakuan Bomba) 2001 dengan memasukkan
penubuhan ERT sebagai salah satu syarat wajib bagi
pengeluaran Perakuan Bomba.

13.1.3. Meminda Seksyen 62 (1) Akta 341 :

a. dengan menambah peruntukan bagi menetapkan ‘Premis


Ditentukan’ seperti berikut;
 Sasaran Penting yang disenaraikan oleh MKN; dan
 Premis yang ditentukan oleh Jabatan yang mempunyai nilai
ekonomi, keselamatan, sejarah dan warisan negara.

b. Dengan meminda perkataan “mengawalselia” Seksyen 62 (1)


c dan d Akta 341 kepada “menetapkan dan mengawalselia”.

13.1.4. Membuat perjanjian di antara Jabatan dengan KOBOPEM atau


lain-lain agensi yang diiktiraf oleh JBPM bagi penganjuran kursus.

13.1.5. Membuat nota persefahaman di antara Kementerian / Jabatan


dengan Kementerian Sumber Manusia berkaitan Dana
Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource

16
Development Fund – HRDF) bersama dengan KOBOPEM atau
lain-lain agensi yang diiktiraf oleh JBPM.

14. PROSPEK (OUTCOME)

Melalui pelaksanaan ERT, perkara-perkara berikut akan memberikan impak


seperti berikut;

14.1. Pengiktirafan kepada penubuhan ERT akan mempercepatkan response


time Jabatan.

14.2. Perlindungan kebakaran dapat dipertingkatkan sehingga mencapai


sasaran jabatan.

14.3. Ini secara langsung akan mengurangkan kerugian harta benda dan
keselamatan nyawa dapat dipertingkatkan.

14.4. Dengan peningkatan keselamatan kebakaran serta tindakan pencegahan


yang dibuat akan dapat mengurangkan premium insurans terhadap
premis.

14.5. Pengembangan aktiviti perniagaan / operasi premis.

14.6. Keyakinan pelabur dan pelanggan dapat dipertingkatkan dari aspek


keselamatan kebakaran di premis

14.7. Meningkatkan Kesetiaan pekerja / kakitangan organisasi

15. PENUTUP

15.1. Adalah diharapkan pelaksanaan penubuhan ERT ini akan membantu


Jabatan mempertingkatkan perlindungan kebakaran khususnya di
premis-premis ditetapkan.

15.2. Ini secara langsung akan mempertingkatkan kesedaran awam terhadap


keselamatan kebakaran di premis-premis.
17
15.3. Penubuhan ERT juga akan membantu response time Jabatan setanding
dengan negara-negara maju.

15.4. Merealisasikan hasrat Jabatan untuk menginstitusikan aspek


keselamatan kebakaran.

18

You might also like