You are on page 1of 33

PASUKAN TINDAKAN

KECEMASAN

Oleh : PB MOHD HASBI HAJAT
ABPM SABAH
011-19032760 / 016-8267691
PENDAHULUAN

 Pasukan Tindakan Kecemasan merupakan satu
pasukan dalaman yang ditubuhkan oleh pemunya
premis dalam usaha memantau serta menyelaras
program-program berkaitan pencegahan dan
keselamatan kebakaran.
 Sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 3,958 pasukan
dengan keahlian 103,887 orang telah direkodkan di
bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PENDAHULUAN

 Secara relatifnya, mutu perkhidmatan dari aspek
kebombaan dapat dipertingkatkan dengan
kecekapan response time Pasukan Tindakan
Kecemasan terhadap sesuatu insiden.
 Maka dengan itu, kewujudan Pasukan Tindakan
Kecemasan di premis-premis hendaklah diiktiraf
sebagai response time Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia.
PENDAHULUAN

 Pihak Jabatan perlulah mengambil tindakan untuk
memperkukuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan
dari aspek penubuhan, pengurusan, latihan
dan pengoperasian pasukan.
 Keperluan penubuhan Pasukan Tindakan
Kecemasan ini adalah selaras dengan peruntukan
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan
ianya akan dapat membantu JBPM untuk
menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
RUJUKAN

Seksyen 62 (1) (c) dan (d), Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 (Akta 341)

Borang 1 Perkara 10.6, P.U.A 241/2001


Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba
(Perakuan Bomba) 2001
PENUBUHAN OKK

 Semua premis ditetapkan dan premis ditentukan hendaklah menubuhkan OKK
bagi memantau aspek keselamatan kebakaran di sesuatu premis.
 OKK (Organisasi Keselamatan Kebakaran) adalah suatu jawatankuasa
ditubuhkan yang mengurus perihal keselamatan kebakaran dan boleh bertindak
sebagai ERT di premis.
 OKK dibolehkan bergabung dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan di premis.
 OKK akan mengawalselia Pasukan ERT pada premis berkenaan.
 Setiap premis ditetapkan perlu melantik seorang Penasihat Pasukan daripada
pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia samada di peringkat negeri,
zon atau balai.
 OKK perlu terdiri sekurang-kurangnya;
 1 orang Pengerusi Keselamatan Kebakaran
 1 orang Setiausaha
 Sekurang-kurangnya 2 orang Pegawai Keselamatan Kebakaran
TUJUAN PENUBUHAN OKK

Bertanggungjawab memastikan aspek-aspek
keselamatan kebakaran di bangunan dipatuhi dan
sentiasa dalam keadaan baik.

Memastikan pengurusan, pengoperasian dan


latihan ERT melaksanakan fungsinya dengan baik
sepertimana mengikut peraturan yang ditetapkan.
PERANAN &
TANGGUNGJAWAB OKK

 OKK bertanggungjawab dalam penubuhan ERT pada premis-premis
di bawah kawalannya.
 OKK juga perlu mengawalselia perjalanan ERT khususnya di dalam
aspek pengoperasian keselamatan kebakaran termasuk pemilihan ahli
ERT, kawalselia disiplin, latihan, kewangan, perlindungan insurans,
PPE dan pakaian seragam, serta jentera dan peralatan menentang
kebakaran.
 OKK hendaklah memantau laporan-laporan yang berkaitan dengan
ERT termasuk laporan aktiviti, kehadiran operasi atau latihan, dan
laporan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.
 OKK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun
dan mengemukakan minit mesyuarat kepada Ibu Pejabat JBPM
Negeri-negeri.
 OKK hendaklah memastikan ERT mengadakan latihan secara berkala.
 OKK hendaklah mengemukakan statistik bulanan.
PENUBUHAN ERT

 ERT perlulah ditubuhkan di semua premis
ditetapkan bagi bertindak ke atas insiden kebakaran
dan menyelamat, serta memastikan aspek
perlindungan kebakaran dipertingkatkan.
 Premis yang perlu ada ERT adalah
 Premis ditetapkan di bawah Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 (Akta 341)
 Premis ditentukan
 Struktur organisasi dan jumlah pasukan ERT tertakluk
kepada keperluan premis.
TUJUAN PENUBUHAN ERT

 Untuk memenuhi peruntukan undang-undang di bawah
Seksyen 62 (1) (c) dan (d) Akta Perkhidmatan Bomba 1988
(Akta 341).
 Untuk mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran
sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat.
 Untuk memberikan khidmat nasihat kepada pengurusan
bangunan terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-
langkah pencegahan kebakaran
 Bertindak sebagai perantara di antara Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia dengan pihak pengurusan bangunan.
PERANAN &
TANGGUNGJAWAB ERT

 bertanggungjawab untuk bertindak ke atas insiden di dalam kawasan
premis jagaan pasukan
 bagi memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
 melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
 melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa
dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
 menjalankan kerja-kerja pengungsian bangunan sekiranya berlaku
kecemasan.
 bertanggungjawab melaksanakan latihan secara berjadual.
 bertanggungjawab mengadakan program-program keselamatan
kebakaran di dalam kawasan premis jagaan pasukan.
 bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan semua pepasangan
keselamatan kebakaran pada premis berada dalam keadaan baik.
PENDAFTARAN OKK & ERT

 OKK dan ERT hendaklah berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
 Pemohonan pendaftaran boleh dikemukakan ke Ibu Pejabat, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Negeri dengan menggunakan borang seperti di
Lampiran 3.
 Pendaftaran OKK dan ERT bagi premis ditetapkan hendaklah dibuat setelah
bangunan mula beroperasi. Bagi OKK dan ERT selain premis ditetapkan,
pendaftaran bolehlah dibuat pada bila-bila masa.
 Carta Aliran Proses Permohonan Pendaftaran OKK dan ERT seperti di
Lampiran 4.
 Kad Keahlian ERT akan dikeluarkan selepas ahli ERT ditauliahkan seperti di
Lampiran 5.
 Pendaftaran OKK dan ERT secara automatik terbubar apabila premis
berkenaan tidak lagi beroperasi.
 OKK dan ERT hendaklah memperbaharui pendaftaran setiap tahun atau
berlaku perubahan ahli OKK dan ERT dengan menggunakan borang seperti di
Lampiran 3.
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN AHLI ERT

Ahli pasukan ERT adalah kakitangan kepada sesuatu premis.

Calon Ahli pasukan ERT adalah dicadang dan diperakukan oleh


OKK
Mempunyai keupayaan kesihatan yang baik dan tidak cacat
anggota dan pancaindera.

Lulus Kursus Pegawai Pasukan Tindakan Kecemasan.

Ahli ERT sesuatu premis tidak boleh menjadi ahli kepada ERT
lain dalam masa yang sama.
MOTO & LOGO

“CEPAT DAN CEKAP”
PAKAIAN SERAGAM

 Setiap pasukan hendaklah mempunyai pakaian
seragam masing-masing dengan menggunakan logo
ERT yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
 Bagi mana-mana organisasi yang mempunyai kod
pemakaian pakaian seragam mengikut entiti masing-
masing boleh dikecualikan daripada menggunakan
logo berkenaan. Pengecualian perlulah mendapat
kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
s
em
u
re
t KEPERLUAN MINIMA PPE
at
l
K
G 
lK
le
e
os
/s
ve
e
el
jl
a
a
m
cm
a
ka
t
JAWATAN & TANDA
PANGKAT

Jawatan Tanda Pangkat

Pengurus Keselamatan
Kebakaran

Penyelia Pasukan

Ketua Pasukan

Ahli Pasukan
JAWATAN & TANDA
PANGKAT

 Mana-mana pasukan yang mempunyai struktur
organisasi yang lebih teratur, lengkap, berskala
besar dan ditubuhkan berdasarkan keperluan
peraturan / piawaian boleh menggunakan tanda
pangkat mengikut organisasi masing-masing.
TANDA PENGENALAN DIRI

PERATURAN / TATASUSILA

 Menghadiri latihan yang telah ditetapkan.
 Menghadirkan diri untuk bertugas pemadaman dan
penyelamat ke tempat kebakaran atau lain-lain tugas
kecemasan.
 Mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh Ketua Pasukan
di dalam kerja memadam kebakaran / insiden kecemasan.
 Memberitahu Ketua Pasukan dengan kadar segera bila tidak
dapat aktif kerana sakit atau urusan-urusan peribadi.
 Tidak dibenarkan memberi maklumat tentang hal-hal
kebakaran yang dihadiri kepada media massa.dan mana-mana
pihak yang tidak berkenaan.
PERATURAN / TATASUSILA

 Memakai pakaian seragam / PPE yang telah ditetapkan bila
hadir di tempat kebakaran, perbarisan, latihan dan lain-lain
aktiviti pasukan.
 Tidak menggunakan atau memakai pakaian seragam pasukan
di luar aktiviti pasukan atau menyalahgunakan pakaian
seragam.
 Tidak menyembunyi apa-apa aduan atau maklumat kebakaran
kepada Pegawai Bomba.
 Menjaga imej dan nama baik pasukan ERT dan JBPM
HAD KAWASAN /
BATAS KUASA

Operasi tindakan ERT hanya tertakluk pada
perimeter yang sah bagi sesuatu premis.

Terpakai sehingga kehadiran Pasukan


Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tertakluk kepada arahan daripada Jabatan


Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PEMBUBARAN/PEMBATALAN
PENDAFTARAN

 OKK boleh membubarkan pasukan dan
membatalkan keahlian pegawai ERT dengan
mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PERSEDIAAN
PENGOPERASIAN

 ERT perlulah mempunyai bilik kawalan dan bilik operasi bagi tujuan
pengurusan dan pengendalian operasi.
 Penyelia Pasukan bertanggungjawab menentukan tugas dan peranan pegawai
ERT yang bertugas pada satu-satu masa dan merekodkan butiran agihan tugas
pada Borang Tugasan Harian ERT.
 Buku Harian Pasukan perlu diadakan dan segala aktiviti pada hari berkenaan
direkodkan di dalam buku tersebut.
 Aktiviti pra-rancang hendaklah dilaksanakan oleh ERT mengikut zon-zon
risiko kemerbahayaan.
 ERT perlu mengadakan kawad kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya satu
kali setahun.
 ERT perlu membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap semua pepasangan
keselamatan kebakaran di premis setiap 3 bulan sekali.
 Semua aktiviti pasukan hendaklah didokumentasikan.
TINDAKAN OPERASI /
INSIDEN KECEMASAN

 ERT hendaklah diaktifkan dengan segera apabila wujudnya
insiden. Pegawai-pegawai ERT akan bertugas sebagaimana
yang telah ditentukan oleh Penyelia Pasukan.
 Bilik Kawalan akan diaktifkan dan menjadi perantara dengan
agensi kecemasan. Panggilan kecemasan perlu dibuat kepada
JBPM serta merta.
 Pegawai ERT hendaklah mengaktifkan sistem amaran dan
memberi arahan keselamatan semasa berlakunya kecemasan.
 Kerja-kerja penyelamatan, pemadaman dan pengungsian
dilaksanakan oleh ERT mengikut Prosedur Operasi Seragam.
TINDAKAN SELEPAS
OPERASI

 ERT akan membantu dalam proses pemulihan
kecemasan di premis.
 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh
JBPM.
 Penyelia Pasukan perlu menyediakan Laporan
Kejadian Kecemasan dan diserahkan kepada JBPM.
PROGRAM KURSUS
PENTAULIAHAN

 Bagi memastikan setiap pegawai yang menyertai
Pasukan Tindakan Kecemasan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran asas kebombaan maka
setiap Pegawai ERT wajib menghadiri Kursus
Pentauliahan yang ditetapkan. Kursus ini bertujuan
untuk memberi tauliah kepada pegawai ERT.
KURSUS PENTAULIAHAN

 Setiap pegawai ERT dikehendaki mengikuti kursus
Pegawai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) selama
tiga (3) hari yang dikendalikan oleh Koperasi Bomba
dan Penyelamat Malaysia (KOBOPEM) atau lain-lain
organisasi yang diiktiraf oleh JBPM.
 Kursus dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar
dan jurulatih yang dipersetujui oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
 Kursus Pentauliahan dijalankan dengan menggunakan
kaedah teori - 30%, praktikal dan simulasi - 70%.
KANDUNGAN KURSUS
PENTAULIAHAN

Bil. Kandungan Kursus Masa
1 Taklimat Kursus 1 jam
Pengenalan Kepada Organisasi Kebombaan
2 1 jam 30 minit
Malaysia.
Perundangan Dan Penubuhan Pegawai Pasukan
3 1 jam 30 minit
Tindakan Kecemasan (ERT).
4 Asas Sains Kebakaran Dan Prinsip Pemadaman. 3 jam
5 Arahan dan Kawalan 1 jam 30 minit
Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di
6 1 jam 30 minit
Bangunan
7 Asas Kawad Kaki 3 jam
8 Asas Kawad Menyelamat 3 jam
KANDUNGAN KURSUS
PENTAULIAHAN

Bil. Kandungan Kursus Masa
9 Asas Kawad Operasi Pemadaman 3 jam
10 Simulasi Pemadaman 3 jam 30 minit
11 Pengungsian Bangunan. 1 jam 30 minit
12 Latihan Kawad Kebakaran (Fire Drill) 2 jam
13 Peperiksaan 1 jam
14 Penilaian Kursus & Penutupan Kursus 1 jam
Jumlah Jam 28 jam
PENGEKALAN KOMPETENSI

 Setelah ditauliahkan, setiap pegawai ERT perlu
membuat latihan berjadual bersama pasukan
masing-masing di premisnya sekurang-kurangnya 4
jam setiap bulan dan direkodkan.
 JBPM berhak meminta pegawai ERT menghadiri
kursus refreshment selepas 3 tahun ditauliahkan.
PROSPEK (OUTCOME)

 Pengiktirafan kepada penubuhan ERT akan mempercepatkan
response time Jabatan.
 Perlindungan kebakaran dapat dipertingkatkan sehingga mencapai
sasaran jabatan.
 Ini secara langsung akan mengurangkan kerugian harta benda dan
keselamatan nyawa dapat dipertingkatkan
 Dengan peningkatan keselamatan kebakaran serta tindakan
pencegahan yang dibuat akan dapat mengurangkan premium
insurans terhadap premis.
 Pengembangan aktiviti perniagaan / operasi premis.
 Keyakinan pelabur dan pelanggan dapat dipertingkatkan dari aspek
keselamatan kebakaran di premis
 Meningkatkan Kesetiaan pekerja / kakitangan organisasi
PENUTUP

 Adalah diharapkan pelaksanaan penubuhan ERT ini
akan membantu Jabatan mempertingkatkan
perlindungan kebakaran khususnya di premis-
premis ditetapkan.
 Ini secara langsung akan mempertingkatkan
kesedaran awam terhadap keselamatan kebakaran
di premis-premis.
 Penubuhan ERT juga akan membantu response time
Jabatan setanding dengan negara-negara maju.
 Merealisasikan hasrat Jabatan untuk
menginstitusikan aspek keselamatan kebakaran.

You might also like