You are on page 1of 7

Jadilah Rakan Grab yang aktif dalam Ramadan ini dan berpeluang untuk memenangi Hadiah

yang menarik (“Peraduan Ramadan”)

(Terma & Syarat)

Kelayakan

1. Peraduan Ramadan (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh MyTeksi Sdn Bhd (“Grab”) dan
adalah terbuka kepada semua Rakan Penghantaran Grab (2 WD) (“Rakan Grab”)
yang menetap di Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat berikut.

2. Semua Rakan Grab dikehendaki mempunyai akaun Grab Rakan Penghantaran yang
aktif untuk menyertai Peraduan ini.

3. Rakan Grab yang telah disekat atau digantung adalah tidak layak untuk menyertai
Peraduan ini.

Tempoh Peraduan

1. Peraduan ini akan berlangsung pada 15 Mac 2024, jam 12.00 pagi hingga 07 April
2024, jam 11.59 malam - Waktu Malaysia GMT + 8 ("Tempoh Peraduan").

2. Mana-mana Penyertaan yang dihantar selepas tamat Tempoh Peraduan tidak akan
layak untuk sebarang Penyertaan.

3. Grab merizabkan haknya secara mutlak untuk meminda, mengubah suai, melanjut
atau menamatkan Tempoh Peraduan ini pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh
Peraduan tanpa memberikan sebarang notis awal, dan tiada pampasan dalam
bentuk tunai atau bentuk lain akan diberikan.

Peraturan Penyertaan

1. Peraduan ini akan berlangsung di aplikasi Rakan Grab.

2. Semua Rakan Grab yang aktif (sama ada baru atau yang sedia ada) akan secara
automatik didaftarkan untuk menyertai Peraduan ini.

3. Rakan Grab yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini akan dikelaskan
berdasarkan bandar yang didaftar dengan Grab dan selanjutnya dibahagikan kepada
kumpulan bandar seperti berikut: -
No. Kumpulan Senarai Bandar

1. Kumpulan A Klang Valley, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu,


Kuching, Miri, Sibu

2. Kumpulan B Labuan, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Bintulu,


Kuantan, Kuala Terengganu, Kemaman, Kota Bharu,
Negeri Sembilan, Muar, Kluang, Melaka, Kangar,
Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani, Batu Pahat

4. Bagi meningkatkan peluang Rakan Grab untuk memenangi Peraduan ini, Rakan Grab
adalah digalakkan untuk melengkapkan sebanyak mungkin tempahan perkhidmatan
penghantaran dalam Tempoh Peraduan.

5. Tempahan perkhidmatan penghantaran yang lengkap bermaksud apabila seorang


Rakan Grab berjaya menyelesaikan tempahan dengan menurunkan pesanan di
destinasinya (Mengambil → Menghantar → Menurunkan), tanpa sebarang tuntutan
bayaran balik atau laporan aduan daripada pengguna aplikasi Grab berkenaan
dengan tempahan tersebut (“Tempahan Penghantaran Lengkap”).

6. Setiap Tempahan Penghantaran Lengkap yang dilaksanakan semasa Tempoh


Peraduan akan diterima sebagai Penyertaan Peraduan (“Penyertaan Peraduan”).

7. Penyertaan Peraduan akan dikumpul sebaik sahaja Rakan Grab menyelesaikan


Tempahan Penghantaran Lengkap, dengan pengiraan jumlah Penyertaan Peraduan
dilakukan pada penghujung setiap hari.

8. Namun demikian, bilangan Penyertaan Peraduan yang diperolehi oleh Rakan Grab
akan berubah berdasarkan kepada waktu pelaksanaan Tempahan Penghantaran
Lengkap tersebut.

9. Rakan Grab yang melaksanakan Tempahan Penghantaran Lengkap: -

(a) antara pukul 11:00 pagi hingga 12:59 petang dan antara pukul 4:00 petang
hingga 8:59 malam akan memperolehi lima (5) Penyertaan Peraduan bagi
setiap Tempahan Penghantaran Lengkap;

(b) manakala bagi tempoh masa yang lain, Rakan Grab akan memperolehi satu
(1) Penyertaan Peraduan bagi setiap Tempahan Penghantaran Lengkap.
Sebagai Contoh:

Situasi
Ali telah melaksanakan beberapa Tempahan Penghantaran Lengkap pada 26 Mac
2024 seperti berikut:

Masa Tempahan Lengkap Bilangan Penyertaan


Peraduan

11:00PAGI – 12:59PETANG 9 45
1:00PETANG – 3:59PETANG 8 8
4:00PETANG – 8:59MALAM 13 65
9:00MALAM – 11:00MALAM 7 7

Pengiraan
Bilangan Penyertaan Peraduan yang dikumpulkan oleh Ali pada 26 Mac 2024 adalah:
45 + 8 + 65 + 7 = 125 Penyertaan Peraduan

10. Kiraan bagi jumlah keseluruhan Penyertaan Peraduan Rakan Grab akan diambil kira
selepas tamat Tempoh Peraduan, iaitu pada 08 April 2024.

Pemilihan/Pengumuman Pemenang:

1. Rakan Grab adalah digalakkan untuk melayari laman web (di sini) untuk menyemak
kedudukan mereka, dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan 4 digit
terakhir nombor telefon yang telah didaftarkan dengan Grab ke dalam palang carian
laman web tersebut. Grab akan mengemaskinikan jumlah Penyertaan Peraduan
Rakan Grab setiap hari pada jam 12:00pagi.

2. Sejurus tamat Tempoh Peraduan, Grab akan memilih para pemenang secara rawak
melalui randomiser untuk memenangi Hadiah.

3. Terdapat sejumlah tujuh ratus lima puluh (750) Rakan Grab yang akan dipilih
sebagai pemenang, dan setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1)
Hadiah.

4. Para pemenang akan dihubungi dan/atau dimaklumkan melalui mesej peti masuk
aplikasi Rakan Grab pada 09 April 2024 berkenaan dengan penerimaan/penebusan
Hadiah mereka.
5. Grab tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas
apa jua sebab.

Hadiah:

1. Setiap pemenang Peraduan ini akan diberikan dengan kredit dompet tunai yang
bernilai seperti berikut:

No. Kumpulan Hadiah Kredit Jumlah Pemenang

1. Kumpulan A Pertama RM 2500 25

Kedua RM 1000 75

Ketiga RM 500 400

2. Kumpulan B Pertama RM 2500 10

Kedua RM 1000 40

Ketiga RM 500 200

(Secara kolektif dirujuk sebagai “Hadiah”)

2. Setiap Rakan Grab hanya berlayak untuk memenangi satu (1) Hadiah sahaja.

3. Semua Hadiah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikumpul,
tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau
ganjaran-ganjaran yang lain.

Terma dan Syarat Umum

1. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan Grab dengan ini mengakui, memahami dan
bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

2. Rakan Grab bersetuju bahawa Rakan Grab akan mematuhi Syarat Perkhidmatan
Grab yang terpakai bagi perkhidmatan Grab yang disediakan, sepertimana yang
ditetapkan dalam Aplikasi Grab/Aplikasi Pemandu/Penghantaran Grab.

3. Grab merizabkan hak tunggal dan mutlak sepenuhnya untuk menarik balik,
meminda, dan/atau mengubah mana-mana bahagian terma dan syarat yang
berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan
Hadiah dengan ganjaran lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa
memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Rakan Grab, dan Rakan Grab
dengan ini bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.

4. Grab merizabkan hak, atas budi bicara tunggalnya, untuk mengecualikan /


membatalkan penyertaan mana-mana Rakan Grab dalam Peraduan ini tanpa sebab
dan tanpa notis, khususnya jika: -

(a) Rakan Grab bukanlah Rakan Grab yang layak atau berkelayakan;
(b) Rakan Grab gagal memenuhi semua atau sebahagian Terma & Syarat yang
dinyatakan di sini;
(c) Rakan Grab terlibat dalam kelakuan yang Grab anggap tidak sesuai atau tidak
dapat diterima;
(d) Rakan Grab telah melanggar sebarang Terma & Syarat atau peraturan lain
Peraduan ini, atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang
berkenaan; dan
(e) Sebab-sebab lain yang Grab anggap sesuai atas budi bicara tunggal Grab.

5. Rakan Grab bersetuju bahawa terma dan syarat di sini akan mengatasi sebarang
terma, syarat, peruntukan atau perwakilan yang tidak konsisten yang terkandung
dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain untuk Peraduan ini.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau
percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi mana-mana bahasa lain bagi
terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai pada setiap masa
(jika berkenaan).

6. Rakan Grab mengakui dan bersetuju bahawa Grab mempunyai hak eksklusif untuk
menggunakan, mengubahsuai, menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan
maklumat yang dikemukakan oleh Rakan Grab (jika ada), termasuk tetapi tidak
terhad kepada, nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, atau gambar
Rakan Grab dalam apa jua cara yang difikirkannya sesuai bagi tujuan pemasaran,
pengiklanan, publisiti dan untuk apa-apa sebab lain sekalipun tanpa notis lanjut
diserahkan kepada Rakan Grab, dan Rakan Grab bersetuju tidak akan membuat
sebarang tuntutan pemilikan, pembayaran atau pampasan ganti rugi terhadap
bahan-bahan tersebut.

7. Keputusan Grab dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah
muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat lanjut atau percubaan
untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

8. Grab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan oleh Rakan Grab
atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi
tidak terhad kepada, kerugian keuntungan, kerugian jangkaan, kerugian punitif,
kerugian tidak langsung, kerugian khusus, kerugian insidental, atau kerugian
turutan, atau bagi kerugian lainnya dan sebarang tuntutan yang berkaitan dalam
apa jua bentuk, termasuk tuntutan secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga,
turutan, atau kerosakan lain yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan
Peraduan ini.

9. Terma dan syarat bagi sebarang Hadiah yang diberikan dalam bentuk tiket/baucar
adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam tiket/baucar
tersebut. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat
Peraduan ini dengan terma dan syarat tiket/baucar, terma dan syarat tiket/baucar
akan digunapakai (jika ada).

10. Setiap Hadiah haruslah dituntut/ditebus dalam tempoh yang ditetapkan (jika
berkenaan). Sebarang Hadiah yang tidak dituntut pada akhir tempoh boleh
dilucuthakkan, dilupuskan, atau didermakan, atas budi bicara Grab, dan tiada
sebarang tuntutan untuk pembayaran atau pampasan akan dilayan.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan Grab membenarkan dan memberikan
persetujuan kepada Grab untuk mengumpul, mengguna, mendedah serta
memproses data peribadi Rakan Grab bagi memudahkan pengendalian Peraduan ini
(termasuk, memaklumkan pemenang, mengumumkan pemenang di platform dalam
talian Grab, menjalankan proses penghantaran serta penerimaan Hadiah) dan bagi
tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan-tujuan lain yang
berkaitan tanpa sebarang pampasan, selaras dengan undang-undang privasi yang
berkenaan dan Notis Privasi Grab (https://www.grab.com/my/terms-
policies/privacy-notice/).

12. Rakan Grab menjamin dan akan bersetuju bahawa (a) Penyertaan Rakan Grab tidak
pada bila-bila masa melanggar atau menyalahi mana-mana undang-undang atau
hak pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada hak privasi, hak milik intelektual,
hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan; (b) Penyertaan Rakan
Grab adalah asli dan tidak pernah dipamerkan atau diterbitkan dalam sebarang
bentuk media, termasuk dan tidak terhad kepada internet, radio, video, siaran
televisyen dan tidak pernah digunakan atau dihantar untuk sebarang peraduan yang
diadakan di mana sahaja di dunia ini.

13. Rakan Grab mengakui, memahami, dan bersetuju bahawa Rakan Grab dikehendaki
mematuhi piawaian komuniti dan mengekalkan tingkah laku yang beradab semasa
menyertai Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengelak daripada
perkongsian kandungan yang tidak sesuai, lucah, menghina, menyinggung
perasaan, ganas, palsu, berbahaya, atau menyalahi undang-undang. Grab
merizabkan haknya untuk mengambil sebarang tindakan, termasuk tindakan
undang-undang atau penyingkiran kandungan, dalam kes di mana tingkah laku
Peserta telah melanggar piawaian komuniti yang ditetapkan atau yang menimbulkan
risiko kepada integriti Grab.

14. Rakan Grab bersetuju bahawa Rakan Grab tidak akan mempersoalkan segala
keputusan Grab tanpa had atau pembatasan, dan sekiranya berlaku sebarang
pertikaian sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada atau
yang berkaitan dengan Peraduan ini, segala keputusan Grab adalah muktamad dan
tidak boleh dipertikaikan.

15. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang
kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

You might also like