You are on page 1of 3

BKKM 1921

TUGASAN BERKUMPULAN 1 (20%, LO2, PO9)


SEMESTER 1 SESSION 2023/2024

TAJUK TUGASAN : INFOGRAFIK


TEMA INFOGRAFIK : PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

1. PANDUAN UMUM
a. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dengan kumpulan pelajar seramai lima (5)
orang.
b. Tarikh akhir penghantaran laporan tugasan dan infografik adalah pada Jumaat, 26 April 2024
sebelum pukul 5.00 petang.
c. Laporan tugasan DAN infografik hendaklah dimuatnaik ke dalam portal ULEARN oleh wakil
kumpulan dengan satu penghantaran sahaja bagi setiap kumpulan.

2. TAJUK: INFOGRAFIK
Terdapat 3 aktiviti utama di dalam tugasan ini
a. Penghasilan infografik (10%).
b. Menjalankan kajian ringkas kesedaran penjimatan tenaga elektrik dan mengedarkan infografik
kepada kumpulan sasar/responden bersasar (5%)
c. Penyediaan laporan akhir (5%).

2.1. PENGHASILAN INFOGRAFIK


a. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu infografik bertemakan penjimatan tenaga
elektrik bersaiz A4 dan A3 dalam format jpeg.
b. Kandungan infografik adalah bebas namun ianya mestilah mempunyai unsur memberi
kesedaran kepada umum.
c. Infografik mestilah karya asli dari kumpulan masing-masing.
2.2. KAJIAN KESEDARAN RINGKAS PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
a. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan infografik yang telah siap kepada responden
berikut:
i. seorang pelajar
ii. seorang staf UTeM
iii. seorang pekerja bukan staf UTeM
b. Memberi penerangan yang sewajarnya berkaitan infografik yang diberi kepada responden yang
dipilih.
c. Membuat kajian soal selidik ringkas ke atas responden berkaitan pandangan responden
berkaitan penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik sebelum dan selepas menerima salinan
dan penerangan berkaitan infografik.
d. Mengambil bukti bergambar bagi tujuan pelaporan di bahagian 2.3.

2.3. PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR


a. Laporan hendahlah seringkas dan setepat yang mungkin. Elakkan pengunaan bahasa yang
berbunga-bunga dan panjang.
b. Muka surat bertama adalah sebagai cover page yang menggandungi maklumat ahli kumpulan
termasuk nama, no. matrik dan kursus pengajian.
c. Muka surat kedua boleh diletakkan sebagai senarai kandungan.
d. Muka surat ketiga hendaklah diletakkan senarai tugas setiap ahli kumpulan.
e. Muka surat keempat dan seterusnya adalah pelaporan aktiviti yang telah dijalankan. Pelaporan
mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Namum, perkara-perkara berikut perlu
dinyatakan dengan jelas:
i. Tujuan tugasan
ii. Maklumat ringkas berkaitan responden
iii. Bagaimana aktiviti kajian kesedaran bahagian 2.2 di atas dijalankan.
iv. Ringkasan pandangan responden terhadap soal selidik ringkas di bahagian 2.2(c) di
atas.
v. Kesimpulan keseluruhan tugasan.
f. Bukti bergambar aktiviti boleh diletakkan dimana-mana bahagian laporan yang difikirkan
sesuai.
g. Laporan yang dimuatnaik di dalam ULEARN hendaklah dalam format .pdf.

You might also like